Jumaat, 17 Ogos 2012

Dah nak raya dah??

Assalamualaikum...

Dah dekat nak raya pun kita kan?  Dok sibuk ke sana sini sinun..tau2 dah dekat raya dah.  Persiapan raya korang camner?  Dah siap semuanya?  Yup..aku masih di sini cuma rasa malas sangat terlebih.  [tak abih2 dengan malas nak update blog sendiri kan?]

Alhamdulillah..sampai gak kita ke penghujung ramadhan kan.  Pada yang baru kehilangan  di hari mulia nie, salam takziah dihulurkan.  Sesama kita mendoakan agar roh arwah dirahmati oleh Allah swt.

Anak2 aku si Julia n Lidya dah pun selamat diberi coti puasa dek uwan dorang.  Its ok, aku pun tak delah nak paksa dorang puasa sangat.  Selagi boleh aku nak dorang berpuasa tapi paksa sangat takut dorang 'cenekeh'.  Aku kekecik dulupun takdelah puasa penuh pun.  Ada jer cara nak ponteng but as time goes by dah sedar bahawa puasa di bulan ramadhan tu wajib.  Takdelah nak ponteng bagai, unless terpaksa [tahun nie kena ganti lebih la pulaks..huhuhuhu].


okay...Pada yang nak balik kampung takpun sedang dalam perjalanan ke kampung, selamat pulang.  Jangan dah balik kampung rasa taknak balik bekerja pulak yer.  Ada jugak yang tak pepasal nangih tak berlagu dapat surat dari bos...kekekekeeke


Yang balik naik pengangkutan awam, hati2 dengan penyeluk saku.  Penyeluk nie tau time2 camnilah ramai yang bawak balik 'duit raya', kang raya sakan dorang dapat seluk duit raya korang.  Bulan2 puasa nie ramai nau yang cepat panas hati almaklumkan dengan perut kosong tak sempat nak sahur tu kan, cepat jelah nak membakar.  Sabar jer yer..orang potong que pun senyum jer tapi jangan sampai turn naik tetiba tiket yilek pocik, merasa ko beraya kat stesen bas or keretapi.  ahhh...tidak..mimpi ngeri tu beb.

Apapun..moga2 dihari lebaran nanti semua dapat berkumpul bersama keluarga.  Yang perantau nun jauh 'over the sea' telan jer yer air liur tengok kitorang pulun lemang, ketupat, rendang, kuah kacang.  paaaaaling penting dapat peluk, dapat salam dengan sedara mara tersayang.  [sajer jer nak bagi korang hangin kan...ahaakkss]

ooopsss..jangan mare ler....di hari baik bulan baik nie aku nak ucapkan buat rakan2 blogger yang kenal aku dan tak kenal aku pun aku ucapkan gak....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails