Selasa, 27 November 2012

"TER"lupa blog ke apa?

Tajuk tak boleh blah kan?  Abih dah lebih sebulan tak update blog kan..haruslah soklan macam tu terkeluar.  So, aku dok terpikir apa alasan paliiiing baik nak bagi.  Asik sangat dengan cerita di internet kah?  Asik dok baca blog famous kah?  Or sajer jer dasar PEMALAS giler babun...hahahahaha

Cut to short the storylah baby, nak share pasal hubby yang tak abih2 dok bising pasal kualiti permainan bolasepak pasukan Harimau Malaya..ker dah jadi kucin?  PErgh..kan aku dah cakap time menang orang dok puji merata sajer bila asik kalah dok keji lah merata..nah rasakan.

Aku nak buat bagi point2 ringkas pun aku rasa macam tak perlu..tapi yang paling ketara kena komen si penjaga gol KFC (Khairol Fahmi Che Mat)..aiii takkan tak kenal kot, yang konon2 katanya baru kenal Leuniey pehtu terus bajet nak kahwin tulah.  Alahai...bekas tunang blogger jejariruncing tulah.  Eh..tak gak kenal...aishh..i have no komen...ahakkks..  Sibuk dah nak kahwin macam2 silap ar kot kan.  Tapi aku rasa dia tertekan orang dok perhatikan dan menunggu masa jer kesilapan yang dia buat.  Bila dah manjang jer silap..hah amek ko..

Lagi satu hubby aku pun dok mention gak si Aidil hubby si pelakon Rita tulah dok mengetis kaki pihak lawan jer.  Dah kasar jer main dia dulu tak macam tu pun.  Pendapat aku lak mungkin dia pikir sebelum orang balun kaki dia baik dia balun dulu.  Ambooi..aku rasa macam aku lak jurulatih Harimau Malaya tau ajer masalah pemain 'star' nie..hahaha.

hah..hubby kata lagi naperlah bagi chance kat Singapura bermain kat dalam liga kita, sebelum nie dorang janji nak bagi pemain muda dorang jer.  Alih2 pemain senior dorang lak yang main.  Selama setahun dok main dalam liga kita makanya dorang nie dah paham corak permainan dan dalam masa yang sama pemain kebangsaan dorang nie dah serasi.  Harimau Malaya lak dok lagi buat eksperimen tak abih2.  Sudahnya keserasian dah takde ilek pocik.

Penyokong berhak nak marah sebab FAM dapat duit bukan dari poket sendiri, kerajaan pun ada bagi duit dan duit tu sure lah dari duit cukai kita kan?  Lagipun, dorang nie wakil negara, tentulah kita pun nak wakil kita nie gah segahnya kan? kan? kan?  Ewaaah..kalah ahli politik lak aku aiii..kekekekeke

Ada banyak lagi komen hubby antara pasal formasi dok di takuk lama.  Aku tak ingat lak formasi 4-4-2 or 4-2-4.  Dia cakap lagi Dato Rajagopal tak leh bagi alasan dulu dia buat formasi yang sama tapi Malaysia dapat jadi juara.  Sebab tu pasukan kita dok kalah sebab taknak tukar formasi tapi dok tukar pemain jer.

Then hubby kata lagi pemain lama macam Indraputra [ada nama lain dia dok mention tapi aku dah lupa pulak] ada lagi skil yang layak untuk bermain.  Salah seorang pemain Singapura [nama dia aku dah lupa..asik lupa jer kan..macam tua sangat dah aku nie] dah berumur 42tahun masih boleh menyumbangkan gol.  Dia masuk bermain pun pada separuh masa kedua tapi yang penting dia berjaya menambah gol untuk pasukan Singapura tu.

Apapun, moga2 selepas nie kita tak kalah lagi.  Kalau dulu kita pelawat boleh menang, kini sebagai tuan rumah wajiblah kita menang...kan?kan..?  Tekanan kat mana2 pun ada yang penting kita kena fokus.  ewaaah..feeling pakar motivasila pulaks..hahahaha [tak abih2 dengan feeling ko jaaaahhh..ahakss]

Orait fren..wa chow sin..nak pikio apa lak citer nak share dengan korang.

p/s: kawan fb sure tertanya2 naper aku senyap jer kan..?  FB dah kureng masyukk dalam jiwa aku sekarang nie.  Instagram apa tah lagi...agggh...tak terkejar aku dengan dunia teknologi terkini weihh..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails