Jumaat, 29 Mac 2013

Dah lama tak update...

Pergggh....lama giler aku tak update blog..makan dalam ke apa? kekekekeke  Bukan takde citer, bukan busy bermukabuka or instagram or what everla kan.  Kalo dah nama malas tu memang selamba jer lah tak update.

Apa perkembangan citer selain dari 'mengembangkan' badan ek?  Jab nak pikio..hmm aku dapat anak buah baru lagi..Izzul Alhamd nama dia.  Anak sendiri takde kot nak tambah.  Tengok orang peknan sonok beb tapi bab dah kuar tu..dok kenang nak bawak kulu kilir beg susu, beg baju extra, baby wipes..hmm takperlah anak dara 3 orang cukuplah.

Lagi apa lagi eh..hmmm..fuyoooh macamkan banyak nau cerita nak diceritakan..walhal rutin hari2 tu jer kot.  Masak2 hanya dihujung minggu tapi ada sekali anak2 aku taknak makan kat umah uwan dia, aku pun tapau bawak balik.  Sampai umah dah malam, nak masak air elok nak menggelegak air tu 'pap' gas ilek pocik.  Hubby dah maleh nak kuar umah, nak panggil gas dah malam..sudahnya aku perangatkan lauk dalam periuk nasi letrik tu jer..sib baik boleh sebab dolu2 penah buat tapi periuk tu len skit.  Anak2 aku pun sibuk jer tanya, boleh ke mak? fuyooh..terer ar mak kita nie kata si sulung..kekekeke.  Aku lak dengan berlagak dok jawab.."kita buat dia, bukan dia buat kita".  Ewaaah...bangga la sangat kan...kuikuikui

Apa lagi citer ek? hah...Si sulung Julia buat perangai lagik..tak mo gi skolah.  Masa tu dah betul2 sampai kat sekolah, dia leh dok kematu dalam keta.  Hangin aku sampai berpeluh waktu pagi buta tu.  Katanya takut nak ngadap cikgu kelas sebab cikgu tu garang penah 'bagi' kat lengan dia.  Adeehh..aku tanya dia ko takut cikgu ke takut mak ko?  Saper lagi garang?  Slow jer dia jawab "maak".  "dahtu apsal ko takut dengan cikgu ko tu lak?".  Aku part cikgu nak marah anak2 aku, no problem sebab aku pun paham camner cikgu nak handle pangai budak2 dekat 40orang dalam satu kelas.  Alangkan aku pun nak handle 3 dara aku tu pun dah pening2 lalat, inikan pulak 40orang.  Silap2 aku yang tak nak gi sekolah nanti..kakakaaka

Ok dah...maleh nak taip lagi dah..buat masa nie anak2 aku macam bergilir jer demam..memula si tengah pehtu si bongsu pehtu si sulung dan sekarang nie balik si tengah pulak..herrrr..ambiklah giliran tugas makbapak kita..merasalah kan macam mana makpak kita jaga kita masa kekecik dulu.  insaf le kejab..heheheehe

Ok beb..salam jumaat semua..happy weekend..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails