Sabtu, 22 Februari 2014

Lagi satu kisah...

Kisah yang baru saja berlaku di hari Jumaat lepas.  Sebelum terlupa baik diceritakan disini.  Cewaaah...tetiba pulak ada cerita.  Tengah ada mood nak menaip baik diceritakan daripada tersimpan dan seterusnya terlupa pulak.

Lewat senja si ibu selesai membasuh pinggan di dapur lantas dia duduk sambil tangannya menggapai alat kawalan jauh televisyen.  Ditekan alat kawalan tersebut untuk menonton rancangan kesukaannya.  Sedang dia ralit menukar saluran kemudian dia berhenti di saluran KBS yang menyiarkan rancangan Korea.  Diperhatikan sahaja di televisyen idola/penyanyi berkumpulan yang langsung tak diketahui siapa mereka.  Dalam dia asyik menonton rancangan tersebut tiba2 anak bongsu berumur 6 tahun Ogos nanti berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.  Sekembali dia membasuh tangan dia berlalu dihadapan ibunya sambil mulutnya berkata "korea, korea, korea, tak abih2 dengan korea".

terkejut si ibu dengan teguran si anak sehingga dia sendiri tak dapat nak berkata apa2.  Kebetulan pulak ibu saudara anak kecil itu terdengar akan tegurannya terus ketawa.  Tak dapat nak berbuat apa2 si ibu lantas berkata "sib baik ler tangan mak ni tak sampai kat kau, kot tak, taulah nasib baik kau".  [macam nak cover line malu jer kan? kakakakaka...

Nak buat macam mana kan..si anak sudah sedia maklum betapa minatnya si ibu itu dengan rancangan2 dari Korea.  hmmm..sabarjerlah..

Moral of the story??..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails