Sabtu, 22 Februari 2014

Alkisah....

Jom kita ikuti perbualan dua beranak di mesin ATM dalam sebuah stesen tempatan...[perggh...macam nak laporkan berita jer aku nie..kekekeke]

Kisah ni adalah kisah benar...

Seorang bapa dan anak perempuan yang tersayang...[cewah...anak kesayangan katanya...].  Kedua2 beranak sedang beratur di mesin ATM cap harimau.  Dalam beratur tu...si bapa di mesin manakala anak perempuannya di mesin sebelahnya.  Sampai giliran anak perempuan tersebut, dicuba masukkan kad ATM, mesin tersebut memuntahkan kadnya.

"perkes kad aku nie?' [bisik hati si anak perempuan].  Tanpa disedari, si bapa menegur si anak perempuan kesayangannya.

"mesin tu rosak la da..." kata si bapa.

"lor..dari awal tak cakap bapak aku nie" bisik hati si anak.  "tak leh pakai, pak?" tanya si anaknya itu.

"bapak dah terkena dah..bapak siap gi tukar kad baru sebab bapak ingat kot kad bapak yang rosak".  "bapak cucuk lagi sekali benda yang sama lepas tu ada orang cakap mesin rosak".  "haramjadah punya mesin, tak pasal aku tukar kad baru sebabkan kau" sambung cerita bapaknya lagi.

Si anak perempuan terus ketawa [skit lagi nak tahap mengilai] [sib baik dia sedar dia di tempat awam, control ayu jer gelaknya].  Rupanya ada gak yang terdengar perkataan bapak "haramjadah" tu.  Siap tersengih orang yang dengar perbualan bapak dengan anak perempuannya itu.

Si anak perempuan tadi terus beratur di belakang bapaknya.  Selesai mengisi minyak, si anak tadi hulurkan sedikit wang yang dikeluarkan untuk diberikan kepada bapaknya.  Dan bapanya pula dengan ayat yang pendek sahaja berkata "Alhamdulillah, terima kasih".  Si anak tadi tersenyum sahaja dengan ungkapan ringkas bapaknya.


Moral cerita ini...takde apa yang nak disampaikan..sajer jer nak cerita, tak per kan.  Almaklumlah dah lama tak bercerita kat blog kan.  Cerita tah apa2 pun jadiklah.  Kan?kan?kan?

Selamat berhujung minggu semua...baaaiiii

Lagi satu kisah...

Kisah yang baru saja berlaku di hari Jumaat lepas.  Sebelum terlupa baik diceritakan disini.  Cewaaah...tetiba pulak ada cerita.  Tengah ada mood nak menaip baik diceritakan daripada tersimpan dan seterusnya terlupa pulak.

Lewat senja si ibu selesai membasuh pinggan di dapur lantas dia duduk sambil tangannya menggapai alat kawalan jauh televisyen.  Ditekan alat kawalan tersebut untuk menonton rancangan kesukaannya.  Sedang dia ralit menukar saluran kemudian dia berhenti di saluran KBS yang menyiarkan rancangan Korea.  Diperhatikan sahaja di televisyen idola/penyanyi berkumpulan yang langsung tak diketahui siapa mereka.  Dalam dia asyik menonton rancangan tersebut tiba2 anak bongsu berumur 6 tahun Ogos nanti berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.  Sekembali dia membasuh tangan dia berlalu dihadapan ibunya sambil mulutnya berkata "korea, korea, korea, tak abih2 dengan korea".

terkejut si ibu dengan teguran si anak sehingga dia sendiri tak dapat nak berkata apa2.  Kebetulan pulak ibu saudara anak kecil itu terdengar akan tegurannya terus ketawa.  Tak dapat nak berbuat apa2 si ibu lantas berkata "sib baik ler tangan mak ni tak sampai kat kau, kot tak, taulah nasib baik kau".  [macam nak cover line malu jer kan? kakakakaka...

Nak buat macam mana kan..si anak sudah sedia maklum betapa minatnya si ibu itu dengan rancangan2 dari Korea.  hmmm..sabarjerlah..

Moral of the story??..

Jumaat, 21 Februari 2014

Ambooiii..lama betul bertapa....

Assalammualaikum semua...

Lama betul aku tak update blog...dekat setahun...dasat..memang dasat....lama giler babun tu beb...

Naper tetiba jer nak update blog nie?  hmmm...jab nak pikir..[aiii..malas nak update tapi dok nak carik alasan paling relevan...hmmm..yer aku malas..kali nie rajin skit...tapi rasanya takde yang rindu kat blog aku pun kan?kan?kan?  aku ler rindu dengan blog aku nie...aku dok tengok tahun lepas punya..mak ai...5 jer?  ooo..sah lah malas tak ketahuan aku nie.  Nak kata takde internet..dah ada dah..nak kata merajuk..takde saper pun yang sajer nak terkehelkan hati aku nie.  

Harap2 lepas nie aku akan rajin balik...insya Allah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails