Rabu, 12 Mac 2014

PERIHAL MH370

Assalamualaikum...

Hari Sabtu dengan tak disangka2 kita dilanda musibah.  Bukan tsunami, bukan gempa bumi, bukan tanah runtuh tapi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MH370.  Sehingga hari ini takde apa2 berita di mana kapal terbang tu.

Aku takde keluarga ataupun sahabat handai yang berada dalam kapal terbang tu tapi hati aku tercarik2, gundah gelana malah sesekali airmata aku mengalir.  Tak dapat aku bayangkan hati dan perasaan ahli keluarga, sahabat handai yang terlibat.  Entah bagaimana pula perasaan mereka agaknya.

Sesekali rasa geram dengan pihak berkenaan, apsal lambat sangat nak jumpa?  Tetapi cepat2 aku tepis perasaan camtu.  Keadaan begini memanglah pelbagai macam perasaan yang timbul.  Perkara paling penting sekali dalam hal nie adalah KESABARAN.  Biarkan mereka yang pakar melakukan kerja mereka.  Mereka yang terbabit tentu ingin sekali menjumpai kapal terbang MH370 tu.

Apapun, aku hanya mampu berdoa agar MH370 segera dijumpai dan semua penumpang serta kru nya selamat.  Insya Allah..amin ya rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails