Rabu, 12 Mac 2014

PERIHAL MH370

Assalamualaikum...

Hari Sabtu dengan tak disangka2 kita dilanda musibah.  Bukan tsunami, bukan gempa bumi, bukan tanah runtuh tapi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MH370.  Sehingga hari ini takde apa2 berita di mana kapal terbang tu.

Aku takde keluarga ataupun sahabat handai yang berada dalam kapal terbang tu tapi hati aku tercarik2, gundah gelana malah sesekali airmata aku mengalir.  Tak dapat aku bayangkan hati dan perasaan ahli keluarga, sahabat handai yang terlibat.  Entah bagaimana pula perasaan mereka agaknya.

Sesekali rasa geram dengan pihak berkenaan, apsal lambat sangat nak jumpa?  Tetapi cepat2 aku tepis perasaan camtu.  Keadaan begini memanglah pelbagai macam perasaan yang timbul.  Perkara paling penting sekali dalam hal nie adalah KESABARAN.  Biarkan mereka yang pakar melakukan kerja mereka.  Mereka yang terbabit tentu ingin sekali menjumpai kapal terbang MH370 tu.

Apapun, aku hanya mampu berdoa agar MH370 segera dijumpai dan semua penumpang serta kru nya selamat.  Insya Allah..amin ya rabbal alamin.

Sabtu, 22 Februari 2014

Alkisah....

Jom kita ikuti perbualan dua beranak di mesin ATM dalam sebuah stesen tempatan...[perggh...macam nak laporkan berita jer aku nie..kekekeke]

Kisah ni adalah kisah benar...

Seorang bapa dan anak perempuan yang tersayang...[cewah...anak kesayangan katanya...].  Kedua2 beranak sedang beratur di mesin ATM cap harimau.  Dalam beratur tu...si bapa di mesin manakala anak perempuannya di mesin sebelahnya.  Sampai giliran anak perempuan tersebut, dicuba masukkan kad ATM, mesin tersebut memuntahkan kadnya.

"perkes kad aku nie?' [bisik hati si anak perempuan].  Tanpa disedari, si bapa menegur si anak perempuan kesayangannya.

"mesin tu rosak la da..." kata si bapa.

"lor..dari awal tak cakap bapak aku nie" bisik hati si anak.  "tak leh pakai, pak?" tanya si anaknya itu.

"bapak dah terkena dah..bapak siap gi tukar kad baru sebab bapak ingat kot kad bapak yang rosak".  "bapak cucuk lagi sekali benda yang sama lepas tu ada orang cakap mesin rosak".  "haramjadah punya mesin, tak pasal aku tukar kad baru sebabkan kau" sambung cerita bapaknya lagi.

Si anak perempuan terus ketawa [skit lagi nak tahap mengilai] [sib baik dia sedar dia di tempat awam, control ayu jer gelaknya].  Rupanya ada gak yang terdengar perkataan bapak "haramjadah" tu.  Siap tersengih orang yang dengar perbualan bapak dengan anak perempuannya itu.

Si anak perempuan tadi terus beratur di belakang bapaknya.  Selesai mengisi minyak, si anak tadi hulurkan sedikit wang yang dikeluarkan untuk diberikan kepada bapaknya.  Dan bapanya pula dengan ayat yang pendek sahaja berkata "Alhamdulillah, terima kasih".  Si anak tadi tersenyum sahaja dengan ungkapan ringkas bapaknya.


Moral cerita ini...takde apa yang nak disampaikan..sajer jer nak cerita, tak per kan.  Almaklumlah dah lama tak bercerita kat blog kan.  Cerita tah apa2 pun jadiklah.  Kan?kan?kan?

Selamat berhujung minggu semua...baaaiiii

Lagi satu kisah...

Kisah yang baru saja berlaku di hari Jumaat lepas.  Sebelum terlupa baik diceritakan disini.  Cewaaah...tetiba pulak ada cerita.  Tengah ada mood nak menaip baik diceritakan daripada tersimpan dan seterusnya terlupa pulak.

Lewat senja si ibu selesai membasuh pinggan di dapur lantas dia duduk sambil tangannya menggapai alat kawalan jauh televisyen.  Ditekan alat kawalan tersebut untuk menonton rancangan kesukaannya.  Sedang dia ralit menukar saluran kemudian dia berhenti di saluran KBS yang menyiarkan rancangan Korea.  Diperhatikan sahaja di televisyen idola/penyanyi berkumpulan yang langsung tak diketahui siapa mereka.  Dalam dia asyik menonton rancangan tersebut tiba2 anak bongsu berumur 6 tahun Ogos nanti berlalu ke dapur untuk membasuh tangan.  Sekembali dia membasuh tangan dia berlalu dihadapan ibunya sambil mulutnya berkata "korea, korea, korea, tak abih2 dengan korea".

terkejut si ibu dengan teguran si anak sehingga dia sendiri tak dapat nak berkata apa2.  Kebetulan pulak ibu saudara anak kecil itu terdengar akan tegurannya terus ketawa.  Tak dapat nak berbuat apa2 si ibu lantas berkata "sib baik ler tangan mak ni tak sampai kat kau, kot tak, taulah nasib baik kau".  [macam nak cover line malu jer kan? kakakakaka...

Nak buat macam mana kan..si anak sudah sedia maklum betapa minatnya si ibu itu dengan rancangan2 dari Korea.  hmmm..sabarjerlah..

Moral of the story??..

Jumaat, 21 Februari 2014

Ambooiii..lama betul bertapa....

Assalammualaikum semua...

Lama betul aku tak update blog...dekat setahun...dasat..memang dasat....lama giler babun tu beb...

Naper tetiba jer nak update blog nie?  hmmm...jab nak pikir..[aiii..malas nak update tapi dok nak carik alasan paling relevan...hmmm..yer aku malas..kali nie rajin skit...tapi rasanya takde yang rindu kat blog aku pun kan?kan?kan?  aku ler rindu dengan blog aku nie...aku dok tengok tahun lepas punya..mak ai...5 jer?  ooo..sah lah malas tak ketahuan aku nie.  Nak kata takde internet..dah ada dah..nak kata merajuk..takde saper pun yang sajer nak terkehelkan hati aku nie.  

Harap2 lepas nie aku akan rajin balik...insya Allah..


Sabtu, 13 April 2013

Anak Sedara Yang Baru...

Kalau sebelum nie aku dok membilang sampai berapa aku nak ada anak.  Now no more already...cukuplah dengan 3.  Ini adalah masa untuk aku membilang anak sedara..bukan main lagi dorang nie..lagi express dari aku..cewwaaah...

Dalam adik beradik aku sendiri dah sambut 2 boboi...salah sorang nie dia..dak tembam..cute..manja..comel..[ada ke baby yang tak comel? mestilah ada beb..time dia buat ragam melalak semedang]..

Nama dia Ahmad Musa..very2 simple name..

nilah Ahmad Musa..masa nie dalam hari lagi...
dan....gambar terbaru Ahmad Musa...


tembam kan?..ini pun dah lebih sebulan pic nie diambil...
Ahmad Musa tak ikut muka bapak dia..yup my bro dipanggil bapak.  Ahmad Musa ikut muka umi dia..chinese or korean look eh?  kata yang hangat n trendy k-pop kan?kekekekee...

And this is ..

Izzul Alhamd...the boy from my Ateh...welcome izzul...
dan seterusnya...bila dah abih pantang inilah upanya...


Macamkan dah beso jer kan?  baru masuk 2 bulan kepala dah toleh sana sini dah..very2 the pejal gitu..wait till umur dia 5-6bulan...harus dah laju merangkak..huhuhu 

Dan ini lak...

Yang kat atas tu anak2 sedara aku gak dari adik2 sepupu..ini adalah sebahagian jer yer..ada yang aku tak letak..bila kira2..perggh..ramai sungguh anak2 kecil dalam family aku...

Eish..bila citer orang beranak kecik nie sure abang aku tensi..member lum kahwin pehtu dok sorang2 kat Utara nun..for my bro.."leks bang..jodoh ko lum sampai.."  Ada sok silap2 ko lagi ramai anak dari kitorang..kekekekek  And dun forget kita pun ada pak sedara lum kahwin huhuhuu..

Selamat coti hujung minggu yer semua...sok rajin aku update blog aku nie lagi yer...tatatititutu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails