Jumaat, 22 Disember 2006

16 Disember hari tu..

haah..kalau nak tau tarikh tu adalah tarikh birthday aku.. Alhamdulillah..Allah swt masih memberi aku peluang untuk melihat anak2 membesar.

Takdelah yang istimewa sangatkan? Nak citer panjang lebar pun tak guna. Hubby hampir terlupa sebenarnya tapi tepat jam 12tghmlm dia bangun dan ucapkan HAPPY BIRTHDAY kat aku. Adik2 lak tepon henpon aku dan nyanyi ramai2 buat aku.

Abang hadiahkan aku sekeping kad (tak seberapa katanya) tapi membuatkan Alang jealous giler. Katanya masa birthday dia bulan Julai tu Abang langsung tak bagi dia apa2. Aku gelak2 kan Alang bagi dia lagi jeles.

Ada jugak beberapa kawan yang masih ingat dan hantar sms kat aku. Kira ok lah tu ada gak orang yang ingat selain dari keluarga aku sendiri.

Yang paling best tu aku share birthdate dengan pelakon Hollywood (macamlah dia tau) Benjamin Bratt.

Jumaat, 15 Disember 2006

Alahai..

Aku bukan ler nak kutuk tapi aku rasa geram giler dah nie..(sib baik tak giler). Tak abih2 citer pasal nak naikkan harga. Peh tu alasan kadar yang dinaikkan kat sini masih lagi yang paling rendah di dunia. Haloo..kalau nak dibandingkan dengan Thailand n Indonesia tu..kiralah berapa pulak penduduk dia. Dahler gaji payah nak naik, kot naik pun ciput jer. Eeeeii..bikin panas jer aku dibuatnyalah.

Tapi bukan itu yang menjadi hal penting untuk aku sekarang nie. Aku sebenarnya menanti dengan penuh debar. Sesuatu yang aku sendiri belum pasti. Setakat nie dia buat derk jer. Dibuatnya dia betul2 lupa...tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku tu nanti.

Tentu yang membaca kali nie mesti heran dengan catatan aku kali nie. Aku bukan tak nak cakap tapi tak thrill kalau bagi tau hari nie. Esok pulak aku akan bercuti sehinggalah pada 21hb nie.

Tunggulah citernya nanti ek...

Khamis, 14 Disember 2006

Cabar aku?

Ada ar seorang umat nie kan..mencabar aku. Dia cabar aku untuk bercerita hari2 sehingga hari esok ler. Aku kan nak bercuti minggu depan, dia nak ler aku 'update' apa2 dalam blog aku nie. Apa kes aku nak sahut cabaran dia. Alangkan dia tu kan setakat 2-3 ayat peh tu dah. Dia ingat aku nie takde kerja lain gamaknya. Eeeii..berbulu roma jer aku dengan dia tau. Eh..bukan aku memang berbulu roma ker? kahkahkahkah..

Yang aku geram tu kan dia boleh pulak merungut kat aku betapa lecehnya nak klik 'butang' itu ini semata nak letak 2-3 ayat tu hari2. Abih aku nie tak yah nak klik ker 'bebutang' tu semua. Apa punya tur ler dia nie kan. Sape sokong aku sila angkat tetikus memasing. Hah..tengok hampir semua orang setuju dengan aku kan? (Macam ramai jer yang baca blog aku nie ek?)

Berpuluh kali dah aku bagi tau dia blog nie aku punya..suka hatiler aku nak 'update' ker tak nak ker. Nak kata dia tak paham, sesama cakap bahasa yang sama nieh. (Berangin ler sorang umat tu bila baca blog aku kali nie).

Ok dah..maleh dah aku nak cerita panjang lebar pasal benda nie. Tak pepasal jer kang aku kena pujuk umat tu kang. Yang sebenarnya aku nak bercerita pasal 'handphone' aku yang dah berjasa dekat 4 tahun. 4 tahun? Weiih...lama tu. Dulu belum sempat setahun usia handphone aku tu sure aku dah tukar yang baru dah. Sejak dah kahwin nie kan..keutamaan bukan pada handphone lagi dah. Biasalah tentulah keperluan anak2 jadi keutamaan.

Tapikan sejak akhir2 nie handphone aku dah 'sakit' pulak. Sebelum nie aku susah nak tekan butang '*', lepas kena service manjang lak dia 'mati' tetiba. Nak kata bateri dah 'kong', aku dah tukar dah bateri yang baru. Nie aku dok lah 'usha' handphone baru. Aku dah tak tahan dengan 'peel' handphone aku tu. Belum aku jawab 'helo' tup dia mati. Bila aku 'on' kan dia tak sempat apa2 dah mati balik.

Aku pengguna setia handphone 'Nokia'. Tak kiralah member aku suruh aku pakai handphone 'sonyericsson' ker. Aku tetap gak nak pakai 'Nokia'. Aku dah bajet dah. Harga kurang dari 1k takde 3G pun takper janji aku boleh 'sms' dan boleh buat call. Tu yang penting sekarang nie. Mestilah aku nak yang baru..taknak lah pakai 2ndhand (berlagak macam banyak duit jer aku nie).

Tapi yang tak bestnya masalah 'fulus' nie. Handphone aku tu macam dah merajuk jer dengan aku. Aku bajet nak beli tahun depan. Dah problem nya pulak buatkan aku jadi tak sabar jer nak beli. Tengok jerlah nanti.

Rabu, 13 Disember 2006

Dah mula dah..

Bila dah rajin tu..terlebih2 pulak aku nie kan? Aku bukan apa, kesian pulak rasanya pada member aku yang katanya hari2 melawat blog aku tapi asyik baca benda yang sama. Aku maleh nak bagitau nama dia tu. Dia baca nie kang dia tauler sendiri...hehehehehhe

Minggu depan aku akan bercuti. Cuti tak panjang tapi dekat seminggu jugak lah..Cuti dekat seminggu tu tak panjang? Aku rasa tak panjang cuti sebab aku kan dah rasa cuti 2bulan (cuti bersalin)..hahahahahaha Best woo cuti 2 bulan peh tu gaji masyuk lak tu. Orang lelaki sure jealous kan? Maklumlah..dorang takkan dapek raso cuti nie..kihkihkihkih. Hah..pada yang belum merasa tu (perempuan dah berkahwin) copek2 lah mengandung (ehem ehem) ek.

Aku bercuti pun tak kemana. Aku nak balik Pantai Dalam. Aku nak lepak dengan adik beradik aku. Aku nie macam tak kesian langsung kat hubby kan? Ahhh..hubby pun tak kesian pada diri sendiri. Dah tau diri tu tak sihat..semput lak tu, masih lagi nak merokok. Dah penat dan berbuih dah mulut aku cakap bak kata orang Cina tu bermaksud 'muntah darah'. Tak koser dah aku nak nasihat panjang lebar. Lagipun orang lelaki dah berkahwin nie memang jarang nar nak dengar apatah lagi ikut nasihat isteri dorang. Bila dah jadi sesuatu barulah faham, lepas tu bila isteri 'kan dah cakap dulu dah' tau lak nak marah.

Lidya dah semakin bulat (gambar belum gak nak upload), dah pandai nak angkat2 punggung dia.  Silap2 si Lidya nie merangkak cepat dari kakak dia dulu. Tak kisah lah tu janji dia sihat dan tak banyak ragam. Kekadang tu ada rungutan bukan dari MIL saje malah hubby sendiri pasal si Lidya bangun tidur setiap setengah jam. Macam mana aku nak percaya, Lidya dengan aku tak pulak banyak ragam. Nak tidur pun senang jer. Si kakak pulak tak boleh langsung tengok aku dok mengagah atau bermain dengan adik dia. Mesti dia nak aku angkat dia sama. Nasib baiklah si kakak nie cekeding, tidak tu pengsan jugak aku nak angkat dia.

Masalah si kakak nie kan..susah betul nak bagi dia makan. Tak kiralah nasi ker, kuih ker memang payah. MIL dah belikan 'Appeton' untuk dia berselera makan. Aku bukan tak nak bagi tapi aku dapat tau dari adik sepupu yang pernah bagi anak dia 'appeton' nie, bukan sajer berselera badan anak dia pun bagai dipam2. Kalau dah bukan aku yang membelinya, aku nak buat camner kan. Biar jerlah.

Selasa, 12 Disember 2006

Lagu favourite baru

Apalah nak jadi dgn aku nieh..seminggu sekali jer update blog. Nak kata aku nie sibuk sangat tu takdelah jugak. Dok menyibuk 'blog hopping' ler nieh. Maklumlah sekarang kan dah banyak blog kan.. tu yang asik 'melangut' tu sampaikan lupa kat blog sendiri.

Sejak kebelakangan nie aku dah tangkap siok dengan satu lagu cinton nie. Nak kata sedap pun taklah sangat. Macam nielah aku, kalau lagu satu tu sedap aku dengar, aku akan dengar banyak kali sampai aku hafal lirik dia. Then siaplah radio jari tembam aku nie dok tekan2 carik saluran yang kuarkan lagu tu. Dulu aku suka lagu Dayang Nurfaizah..Erti Hidup..hah sekarang nie lagu apa tau, lagu 'My Heart'. Buat masa sekarang aku dok menghafal lirik dia.

Tapi aku rasa sekejab jerlah aku siok kat lagu nie. Ceritanya aku belum tonton lagi. Ada orang kata ceritanya sebijik cerita Kuch Kuch Hota Hai. Tengoklah nanti aku tengok ceritanya. Lagu satu lagu aku dok siok, alamak lirik aku dah lupa la pulak. Tapi sekarang nie Misha Omar dan Jaclyn Victor berduet menyanyi lagu nie. Sebelum nie Krisdayanti dan Melly Goeslow nyanyi.

Hubby belum dengar lagu 'My Heart' nie. Tapi dia tau lagu nie dah top kat radio ER@ tu. Hubby suka lagu Glenn, Januari. Itulah satu2nya lagu slow yang dia minat. Yang aku tengok dia siap hafal liriknya. Sesekali bila lagu tu kuar jer, aku tengok dia pastinya menyanyi sama. Siap tersengih2 tengok aku. Tah apa yang kelakar aku pun tak tau.

Rabu, 6 Disember 2006

Ulangtahun

Semalam ulangtahun perkahwinan kami yang ke3. Tak ada apa yang menarik sebab kami masing bekerja hari tu. Nak meraikan pun tak tau kat mana. (cari alasan nak hilang rasa sedih)

Pagi semalam sedang hubby enak tidur aku hadiahkan ciuman di pipi sambil mengucapkan 'Happy Anniverssary'. Dia tersenyum jer..takde pun nak terus bangun dan cium aku balik. (Elok gak..dia pun belum gosok gigi..bucuk!)

Malam tadi sambil menonton tv aku cakap kat hubby, 'ini gayanya orang celebrate annivessary ek?'  Hubby pulak jawab, 'oklah tu, banyak masa lagi nak celebrate' Aku diam bila dia jawab macam tu. Orang lelaki memang tuler. (tak usah kata dia lah, aku nie tarikh pertunangan kami pun aku tak ingat..hehehhehe) Memang betul pun..usia perkahwinan kami masih muda. Kami nie jer yang dah berusia..hahahahahaha

Hari Isnin hari tu kami (aku, hubby dan Julia) pergi ke kedai salun untuk memotong rambut. Ketiga2 kami potong rambut. Julia punyalah gelak tengok rambut aku penuh dengan syampu. Kemudian bila giliran Julia, lagilah dia seronok. Selesai jer kami terus balik rumah. Tak sampai hati nak biarkan Lidya di rumah dengan uwannya.

Malam tu aku 'basuh' hubby. Aku tanya kenapa tiap kali aku potong rambut tak pernah dia puji atau beri komen. Tapi pasal rambut Julia pandai pulak dia pesan jangan potong rambut belakang sebab nak biarkan dia berambut panjang (macamlah Julia tu pandai bergaya dengan rambut panjang nanti). Dulu masa aku berambut pendek pun dia tak komen apa2, berambut panjang apatah lagi. Aku dengan selambanya cakap sebab dia dah tak peduli kan aku lagi. Hubby terus diam.

Aku bukannya apa, hubby kot nak puji aku cantik memang tak pernah. (Aku taulah aku tak cantik tapi manis tu ada..pinjam ayat P.Ramlee..hehehehhe) Apalah salahnya dia puji aku. Bukannya jadi kudis pun. Eh..aku nie pun satu takkan sebab hubby tak puji pun aku nak sedih atau bengang. Dia tak puji bukan dia tak sayang, dia berat mulut jer (berat sangat ker mulut tu nak kata aku cantik?).

Dahlah lupakanlah bab puji memuji nie. Aku pun jarang puji hubby hensem (dah dia memang tak hensem..kahkahkahkah). Yang penting sekali apa yang terkandung dalam hati masing2. Ecewahh..dah mula nak emo lak aku nie.

Anyway, pada yang sama2 tarikh perkahwinannya jatuh pada 5hb Disember, aku ucapkan Selamat Ulangtahun dan Semoga Berbahgia sokmo..hehehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails