Rabu, 31 Januari 2007

Memang tak patut..!!

Pagi tadi masa nak pegi keja, aku dan hubby borak2..

Akak Timah (bukan nama sebenar) yang kita jumpa hari tu sebenarnya baru balik cuti 2bulan. Dia keguguran.

aku: Loor..kesiannya dia..

Itulah 1st time sebab anak2 yang ada sekarang bukan anak2 kandung. Mak betul bebudak tu tinggalkan dorang for another man.

aku: Bebudak tu comel2 ar yang..ikut muka saper ek?

Dengar citer mak bebudak tu lawa macam muka Fauziah Latiff.

aku: Ramai naa orang ngorat, tu yang dia tersangkut kot.

Kalau jadi kat saya, anak2 ikut saya.

aku (dalam hati) : aku nie kategori lawa ker kategori pompuan gatal?

Masa makan tengahari tadi..

aku: Yang, tadi awak cakap pasal kalau saya ikut orang lain. Awak maksudkan saya lawa ar ek?
(perasannya aku)

Eh..takdelah..bukan tulah maksud saya..

Aku: Itu kalau saya buat hal tapi camner lak kalau awak yang buat hal?

Amek sorang satu ar (hubby sengih2)

Aku: Banyak songeh..awak buat hal, amek sorang satu..saya buat hal awak amek semua..

Lagi panjang sengih hubby kat aku..

Aku? Geram jugak. Sebab jawapan dia tu memang tak adil.

p/s: topik yang memang tak sepatutnya ditimbulkan...

Selasa, 30 Januari 2007

Tak malas dah..

Hari nie aku tak malas dah..Sebab esok last aku bekerja..hahahahaha..(bukan berhenti keja tau) Aku ambik cuti sehari tapi cuti empat hari yang aku dapat. Aku dapat ler bermalasan di rumah mak dan bapak. Aku nak rayau2 sekitar KL <- leh caya ker nieh?

TAPI

No shopping at MidValley...
No shopping at any place at all...

BUT WHY???

Because NO MONEY loooor..
(kan ker nak meng'0'kan utang peh tu nak start saving)

Adeeeehhh...peritnya rasa bila terpaksa 'bajet' betul..

Isnin, 29 Januari 2007

Malasnya aku..

Hari nie aku jadi malas..

Malas nak buat kerja...
Bonus entah kapan jadi nyata..

Malas nak buat kerja..
Asyik dok bercerita dengan kawan pasal insiden semalam..

Malas nak buat kerja..
'Monday Blues' kononnya..

Malas nak buat apa-apa..
Sebab apa?

Sebab aku memang nie PEMALAS..hahahaahaha :D

Rabu, 24 Januari 2007

Tersepit..

Beberapa minggu lalu aku telepon Ateh (adik aku no.4), berbual kosong termasuk pasal Abang, Mak, Bapak dan Bangcik. Kemudian cerita pasal aku..macam biasa, pastinya aku bersungut mengenai hubby yang macam tak suka jer bila nak balik KL. Tetiba pulak Ateh cakap.."Ko tu Ngah kat umah nie bukan main lagi laser ko kan. Tapi bila balik ke Seremban tu macam *tut* masuk dalam". Ateh sambung lagi "Abang kau tu kenal ko bukan sehari dua tau". "Kau tak sedar dalam diam kau dah buat mak bapak terasa dengan perangai kau tu".

Aku terdiam. Aku kelu seribu bahasa. Memang aku akui dulu sebelum berkahwin aku seorang yang suka cakap lepas. Aku cuba tanya berulang kali dengan Ateh apa yang aku dah buat sampaikan mak bapak terasa dengan aku. "ko fikirlah sendiri", kata Ateh. Puas dah aku fikir, kepala aku ligat rewind segala benda yang pernah aku cakap masa aku balik hari tu. Aku jadi buntu lepas tu aku menangis. Aku mengadu dengan kawan rapat aku, Ez. Kata Ez, tanyalah bapak sendiri. Tapi aku tau, bapak takkan mengaku dan tak mungkin akan berterus terang.

Aku betul2 tersepit di antara hubby dan keluarga aku. Beginikah hidup sebagai isteri dan anak yang selalu dalam keadaan tersepit antara suami dan ibubapa?

Selasa, 23 Januari 2007

Hutang '0'

Tahun nie aku taknak toleh belakang lagi..Aku bertekad dan berazam untuk menyimpan. Kalau dulu aku tak kisah sangat pasal simpanan sebab aku tau masa aku pencen nanti aku dah ada duit KWSP, Insurans, Anuiti. Tapi bila difikirkan balik, kalau dah tua nanti lagilah banyak duit nak pakai, yerlah umur dah meningkat tahap kesihatan pun tentulah menurun. Takkan nak harap anak2 menghulur.

Tapi untuk menyimpan kenalah pastikan aku nie tak ada hutang, betul tak? Macam mana nak simpan duit kalau ada banyak hutang yang belum dilangsaikan. Aku tanamkan azam dan tekad tahun ni adalah tahun untuk aku melangsaikan segala hutang piutang. Bila hutang semua dah langsaikan aku akan pastikan menyimpan duit tunai yang lebih yang bukan untuk masa tua tapi untuk duit persiapan raya (raya tahun nie pertengahan bulan Oktober..cepat tu). Aku dah bajet, kebanyakan hutang pun akan langsai selewat2nya bulan Ogos.

Aku memang tidak boleh nak mengharap hubby sorang. Dia sendiri selalu mintak bantuan dari aku.(macamlah aku ni banyak duit)

Tahun ini juga adalah tahun untuk aku berkata 'tidak' pada sebarang 'hutang'. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah mula untuk berjimat cermat. (Eh..mana lak..hari tu aku pegi Mid Valley dan aku 'terbeli' (boleh ker perkataan 'ter'?) alat mengurut <-kantoi).

Insya Allah..ini janji pada diri aku sendiri..

p/s: Doakan aku berjaya melupuskan hutang dan berjaya menyimpan..

Isnin, 22 Januari 2007

Bekalan?

Hubby : Yang, awak siap jerlah..kang awak sorang jer tapau, saya dah makan kat kanting
Aku: Ok

Hari nie lunch aku dengan hanya nasi separuh, 2 ketul pegedil, sesudu tougeh dan secawan kerang dengan harga empat hinggit..diulang empat hinggit. Aku mengomel pada hubby..

Hubby: Senang jer..lepas nie kita bawak bekal, takyah ler awak nak ngomel camnie
Aku: Bekal?
Hubby: Kena ar bangun awal skit, tak yah nak masak banyak2 satu jenis lauk pun dah cuku dah. Nasi sejuk pun boleh kalau awak taknak masak nasi pepagi tu.
Aku: Bila nak start? Time gaji ek..awak beli ar lauk untuk seminggu bekal..

Takdelah chance aku nak sama2 lunch dengan hubby. Ehek..ehek (mengadanya aku)

Tapi bila difikirkan..lebih banyak kebaikannya..Yerlah hubby dapat merasa masakan air tangan aku hari2. Hubby pun tak yah nak cepat2 keluar time lunch semata2 nak lunch sama dengan aku. Eleh..dari dulu aku dok sarankan dia buat derk jer. Hah..sekarang tengok kengkawan ramai yang dah buat..dia pun dah sibuk nak buat jugak. Kenapa mesti nak ikut kawan? Time aku cakap taknak didengar nya? (dengar buat tak dengar ler tu).

Aku nak tengok dia beli tak nanti lauk pauk untuk bekalan tu nanti..Tungguuuu....

Rabu, 17 Januari 2007

dua beradik..

Setiap kali balik dari kerja pastinya Julia menyambut aku dan hubby dengan senyuman dia (gigi mancung sebab hisap punting, susah tul nak pisahkan dia dengan punting tu). Tak aku sedar petang semalam tuh rupanya dia selsema, hubby yang perasan pun. Ingat kot Julia sorang rupanya si Lidya pun sama selsema.

Malam tadi langsung tak boleh tido, lepas Julia mengengek (hidung tersumbat), Lidya pulak mengengek. Pagi nie bangun tido pun rasa melayang jer. Baru anak dua aku dah camnie..tak dapat aku bayangkan mereka yang anak ramai tu camner pulak. (konon2 rasa insaf ler tuh)

Sebelum Julia selsema hari tu, aku dah 'terkena' dah. Julia mintak aku buatkan susu. Aku pujuk dia "kakak mintak kat ayah buatkan, ayah buat sedap". "Mak aa wat, mak wat dap". Hubby dengar terus gelakkan aku. Hampeh tul. Julia akan berusia 3 tahun bulan November nieh. Tahun depan aku ingat nak hantar dia ker taska. Tujuan utama pun bukan apa, aku nak dia belajar berkawan.

Lagipun adik sepupu aku bekerja kat taska, boleh ar dia tengokkan sama. Tengoklah nanti. Takut ada 'orang' (aku ler tuh) tak senang punggung memikirkan si Julia. heheehehehe...

Selasa, 16 Januari 2007

dah kahwin nie...

Petang semalam pukul 5.15pm...

Hubby : Yang, awak boleh balik cepat tak?
Aku: Macam biasa ar, abih keja kul 5.30.
Hubby: Ok ..awak siap sekarang..saya gi amek awak peh tu saya nak OT
Aku: Ok..ok

tak sampai 5 minit cakap...bos lak balik, pot pet pot pet (tengok jam tepat 5.30pm)
(Kereta hubby lak dah sampai)

masuk keta..
Hubby: saya dah nak hon tadi
(aku jeling jam baru 5.34pm)
Aku: amboi..time bercinta dulu tunggu sampai dekat 2jam pun tak kisah, sekarang nie 4minit pun awak dah bersungut ek..(sambil tarik muka masam)
Huby: Takdelah..kan saya cakap dengan awak tadi, saya nak buat OT, kang sampai ofis lambat, lagi lambat ar saya balik umah kang.
Aku: (eleh...konon...)

Perubahan ketara selepas berkahwin..tak leh lambat langsung..tapi kalau dia lambat takper..tu belum keluar jenjalan tuh..silap2 aku depan dia belakang atau sebaliknya..(sib baik dia tak sound soh cepat jalan..kalau tak, harus dia tidor sorang2 memalam..)

Isnin, 15 Januari 2007

cabaran dah bermula

Baru jer beberapa hari dalam tahun baru. Aku dah buat macam2 kesilapan. Aku rasa macam nak jerit jer. Walhal aku dah target dah..tahun baru 2007 adalah tahun untuk kesilapan '0'. Maklumlah orang biasa mana lah boleh lepas dari kesilapan kan? (ayat penyedap hati jer nieh).

Aku tersilap beri harga pada customer aku. Yang menyebabkan profit margin kami turun. Nasib baiklah bila aku call customer dan betulkan harga dia terima (tapi kena marah kaw kaw dek bos). Masa tu aku bos soh aku periksan dan kira marginnya. Aku cuma glance trough jer. Mengong betul aku. Sib baik masih lagi untung kot rugi ..dah tentu aku kena buang terus.

Disebabkan kecuaian tulah aku lebih berhati2 tiap kali nak bagi harga ke customer aku tu. Takut kesilapan yang berulang. (tau pun takut aku nieh)

Orang len dah belanja dah duit bonus kan? Aku jugak tak ketahuan dapat ke tak bonus tu. Memula tu aku dah berangan dah nak pakai henpon baru. Yalah kan...ker henpon aku buat hal sebelum nieh? Tapi hari tu aku dah hantar ke kedai bukannya masalah apa pun cuma tukar bateri dia jer. Hampeh tul..tapi kira ok ler tuh pada duit aku terbang beratus2 beli henpon baru, yang nie aku keluar duit tak sampai pun 50 ringgit untuk servis dan bateri henpon(bukan original) tu.

Nilah dia kalau kerja bergaji kan? Dok harap bonus tiap tahun dan gaji tiap bulan. Sabarjerlah..

Khamis, 11 Januari 2007

alahai..my hubby

Kejadian nie berlaku 2 malam lepas..dan bukan pertama kali berlaku pun tapi kejadian nie ada skit kelainan..

Hubby hampir setiap malam suka menonton tv sampai lewat malam. Selalu jugaklah aku terjaga tengok tv tengok dia. Dan selalu jugaklah mulut aku nie dok pot pet pot pet pasal tv tu terpasang sampai kul 2-3 pagi.

Dua malam lepas terjadi lagi. Aku tak kejut dia tapi aku terus tepuk kuat2 tilam. Dengan cermin mata yang masih di mata, hubby dok jawab sambil tersengih "hehheh..saya tengah tengok ar nih" Aku nak marah ada nak gelak pun ada..tapi dengan nada serius aku jawab"tengok apanya dah kul 2.30 nieh". Hubby pun bangun tutup suis dan sambung tidur.

Aku ingat kot lah dapat tidur lena kalau anak2 tak ngengek mintak susu. Hubby pulak yang buat hal. Makanya aku nieh bukan ada dua baby tapi kena tambah lagi satu BIG baby nieh. BIG baby nie 'special' skit la layanananya..hahahhahaha

Khamis, 4 Januari 2007

Akhirnya...


hah..akhirnya dapat gak aku upload gambar si Lidya Camelia..anak kedua kami..Gambar nie diambil sehari sebelum Krismas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails