Rabu, 19 Mac 2008

Alaa..alahaiiii...

AMARAN: POSTING INI BOLEH MEMBUATKAN ANDA RASA MUAL, MUNTAH DAN SEGALA RASA YANG MEMANG TAK SIOK..
Di suatu petang yang dingin dan mendung sokmo..seorang wanita telah menerima panggilan dari salah seorang pelanggan biasanya..Selama ini dia dan pelanggannya itu hanya bercakap tentang kerja. Mari kita ikuti perbualan mereka ini...
Wanita itu: hellooo...
Pelanggannya : Halo..fren...(dah mang biasa tepon ar katakan) u ada terima fax tadi tak?
Wanita itu: Sekejab yer..I pegi tengok....(kemudian mencapai telefon)...hah ada..
Pelanggannya: Harga dia sekarang lagi naik kan?
Wanita itu: yer ..yer..memang sudah naik and the stock also very2 limited..
Pelanggannya: Ok takper nanti u let me know the price with the stock ..(sempat lagi dia bertanya)..eh..esok public holiday kan?
Wanita itu: yes..public holiday..y?
Pelanggannya: Mau pegi 'paktoh' kat mana?
Wanita itu: 'Paktoh' dengan anak2 and suami la apa lagi..
Pelanggannya: (dengan nada terkejut)hahh??!! u sudah kahwin meh? anak berapa?!
Wanita itu: Sudah kahwinla..anak pun sudah mau masuk 3 nie..
Pelanggannya: Aiyaa...i thought u belum kahwin lei..suara macam muda lagi..
Wanita itu: (dah senyum meleret),,muda apa..u sudah tertipu la dengan i punya suara..kalau u tengok i sure u tak sangka i punya suara ini macam (konon merendah diri ar tu)
Pelanggannya: umur u berapa? suara macam twenties jer..
Wanita itu: (lagi ler senyum)..twenties? itu ten years agola fren..
Pelanggannya: ayoo...sudah salah ar ini macam..
Wanita itu: Aii..bukan u sorang cakap itu macam..ramai yang sudah kena tipu lei (konon merendah diri ler tapi punya siokkkk...rasa nak terbang jer)
note:
[wanita itu: aku ler..hahahahahaha]
p/s: hah kan ker aku dah bagi warning awal2..ehehehehehe

Isnin, 17 Mac 2008

Bikin panasss...

Berangin betul aku dibuatnya...kat opis takde chance nak berinternet sebab banyak sangat benda kena buat..nak pulak tepon tak henti2 berbunyi...buat kat umah..asik dc jer..aku nak komplen pasal line umah tu noisy pun bukan line tepon aku..sakit tul hati aku dibuatnya...

aku nak ler berkongsi cerita pasal aku gi mengundi kat sekolah lama aku (sekolah rendah), memang kureng ler orang sebab aku pegi tu dah tinggal kurang setengah jam nak tutup.

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal aku bersalam dengan YB baru (Nurul Izzah) masa kenduri kahwin sedara jauh (jauh ker?) kat Pantai Dalam. Lawa gak si YB baru nie. Nampak sangat dia letih tapi tak pakai mekap mang ayu jer muka dia.

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal Bangcik masa hantar abang ke Pudu Raya dengan yang mulut dia dok memaki drebar len yang tak berhemat depan anak2 aku dan tetiba dia terus senyap bila Julia (macam sound) cakap 'lailahaillahmuhammadrasulullah'. hehehhee

aku nak ler gak berkongsi cerita pasal sana sini orang cerita pasal politik (macam dah basi) tapi tak abih2 orang dok cerita. Kejanya bila nak mula?

akhir sekali..tetiba aku dapat panggilan bila seorang rakan kerja (dah pencen) untuk sampaikan berita sedih anak dia yang telah pergi mengadap Ilahi kerana kemalangan motor..aku turut menangisi permergian arwah E-1 namanya. Semoga rohnya disamping orang2 yang beriman..amiiin..buat Abg Rosli rakan aku tu, tabahlah hati dengan dugaan ini..

itulah dia cerita yang nak aku kongsi..tapi rasanya dah basiiii...sebab internet asik dc...(ecehhh..berirama la pulak)

p/s: tahniah to kak sya atas kejayaan anak dia dapat keputusan cemerlang dlm SPM n tak lupa jugak to NBK with the new job offer..

Jumaat, 7 Mac 2008

Jom pi undi

Tak sempat nak updet tadi..tapi janji aku dapat updet gak hari nie. Esok mungkin sibok..ahh alasan ler tu kan? Tak perlah..esok korang jangan lupa pi undi tau..Aku mungkin sampai lewat tapi aku akan cuba gak pi undi.

Takkan amek masa yang lama pun. Tak kira apa pun orang kata janji kita dah buat tanggungjawab kita sebagai pengundi. Tak yah la citer saper kita pangkah, yang penting kita dah buat apa yang perlu.

Aku nak cepat nie..bau pizza nak menusuk ke hidung..kalau sempat esok aku sambung..

nak pi makan pizza jab..

Selasa, 4 Mac 2008

bila aku 'bebas'

Sejak 2 menjak nie hubby extra caring jer dengan aku. Kadang tu bukan aku sajer jadi tak larat tapi mengada jer lebih, hubby tolong aku tengokkan bebudak tu. Ahh..leganya..kain baju dah siap diangkat pehtu lak dia gak yang lipat, pinggan mangkuk siaplak berbasuh..fuhh..mang ler manja sungguh aku nie. Kot teragak nak makan itu ini..cakap jerlah sure hubby dengan segera tunaikan.

Tak ku sangka 'keterlewatan' itu rupanya ada kehadiran. Yer aku mengandung anak ke 3, bakal lahir hujung bulan Ogos nie. Kengkawan yang tau biasalah, ucapan tahniah dari diorang tapi ada juga memperli aku. Ada jugak ayat2 "nak lawan aku ker?". Tak kurang juga gelakkan aku. Sabarjerlah..Betul ar kata kak lady, tiap-tiap tahun ler bapak aku dapat cucu..hehehehe

Tipulah aku kalau aku katakan aku tak mengharap baby boy kali nie. Tapi aku taknak letak harapan yang terlalu tinggi. Kot nanti aku jugak yang kecewa. Biar apa pun dia nanti, semoga segalanya selamat seperti sebelum nie..

Sebenarnya dari sehari ke sehari aku nak cerita tapi kali nie aku tak pasti dan aku check pun lambat. Kalau sebelum nie lepas jer aku check sendiri selang seminggu dua aku dah gi buat check up kat spital. Tapi kali nie selang sebulan barulah aku pegi check up. Dah scan dan doktor pun kata ok barulah aku berani nak cerita kat sini.

Ada jugak beberapa muka yang tak berapa gembira tapi aku tak pedulikan tu semua. Yang penting sekarang nie aku gembira dan aku lebih cool dari yang sebelum-sebelum nie. Takde nak marah2 lagi dah. Mang cool sesangat. Cuma satu jerlah aku tak tahan..rasa loya dan muntah nie. Masa aku mengandung si kakak ngan lidya takde langsung rasa loya n muntah nie. So, sekarang ni merasalah aku loya2 n muntah tu.

p/s: itulah dia citer yang tak berapa gempak tu..

Sabtu, 1 Mac 2008

Sajer

Sajer jer nie..maklumlah kebetulan entri pertama untuk bulan Mac. Lagipun semalam aku tak sempat..semalam kan hari akhir bulan..kena buat segala mak report dalam system, nak pulak hari Jumaat time keja abih kul 5 awal setengah jam. Terkejar2 ler aku buat keja, kot takut balik lambat nanti. Ngam2 aku abih jer keja, hubby pun sampai..fuhhh lega!

Ingat hari nie aku nak ajak hubby gi jenjalan tapi petang nie ada jamuan hari jadi anak buah sepupu hubby la pulak. Takperlah lepas jamuan tu nanti boleh ar ajak hubby gi jenjalan. Kot window shopping ker..maklumlah kan time gaji nie. Aku mang nak beli barang pun. Bukan barang apa pun..minyak wangi aku tu dah nak abih. Aku tak memilih sangat tapi dulu aku suka betul dengan bau minyak wangi 'white musk' Body Shop tu. Tapi aku dah tukar ke Hugo kaler purple..sajer nak tukar selera. Bau minyak wangi lain apa yang best ek? hhmm..silap2 aku balik ker 'white musk' kot. Rindu lak dengan bau dia..eheheheheehe

Ok ar..pala dah jem ar pulak..nak gi tengok bebudak tu. Kakak tak tido dari kul 3 pagi tadi sebab terjaga dek adik punya melalak. Last aku check tadi kakak dah pun terlelap. Mang ler mengantuk..tido kul 12tengah malam pehtu lak terjaga dari kul 3 pagi tadi. Sekarang nie kul 12, hmm..dah 2jam akak terlelap. Adik? dok merayau dan sesekali dok kacau aku menaip..hehehehe pehtu kang nak bodek aku bertalu2 dia cium aku. Kalau hubby nampak sure dia jeles nie..hubby tak leh tengok akak or adik lelebih dengan aku..mang dia jeles ar. Apa ar hubby nie..takkan aku nak mesra lelebih dengan orang lain lak..lagilah dia jeles..sabarjelah.

Alamak..adik dah start mengacau dah..chow sin!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails