Isnin, 30 Jun 2008

hhmm..alahai..

sesekali nak biarkan blog kosong pun tak best gak kan? No excuse la..sajer jer aku tak bercerita (konon2 nak kumpul cerita then panjang ler skit ayat2 nanti).

Hari Sabtu hari tu aku balik KL as usual la kan to visit my parents, kebetulan pulak ada sedara (pangkat pakcik) meninggal dunia. But then masa aku sampai pun dah lewat sangat. Aku sempatla jumpa wife dia and the minute she saw me, dia nangis dah ler aku nie sensitif..berkongsi airmataler kami. Hubby pun sempat mintak maaf sebab tak dapat nak datang secepat yang mungkin.

Kebetulan pulak malam tu adik sepupu aku datang sama. Maka beramai2 lah kami tido di hall yang tak seberapa luas tu. Memandangkan memasing dah tau besoknya nak pegi kenduri kahwin, maka kami pun terpaksalah tido awal yang tak berapa awal (kul 2pagi). Itupun sebab anak aku si Lidya yang tetiba terjaga kul 11lebih dan cergas nak bergurau dengan semua orang.

Kenduri kahwin yang kami pegi tu di Salak tu sedara belah bapak. Kami pun tak duduk lelama sebab keadaan cuaca yang mendung. Aku dengan hubby pun tak sempat lelama sebab bangcik (pilot bapak) masuk keja kul 4 petang.

Kami sampai di Seremban dekat kul 5 petang. Sempat lagi menyinggah ke kedai perabot. Dah tengok dah usha apa2 yang patut kitorang pun balik sebab dah hujan lebat pun.

Malamnya aku mintak hubby banjer pizza...hubby said ok sebab aku tau dia bakal dapat bonus hari nie. (psst..lepas nie kan aku nak mintak dia banjer makan Japanese food lak..heheheehe)

Hujung minggu nie lak ada kenduri kahwin adik sepupu hubby. Baju baru tak yah beli sebab bulan lepas masa MIL gi KL dia ada belikan baju maternity blouse untuk dipakai time kenduri tu. (murah rezeki aku kan?). In return, aku kena ambik coti hari Jumaat nie sebab dia dah janji nak masak pulut kuning for the akad nikah nite. Aku pun tak kisah..maklumlah aku mang nak clearkan coti aku pun..heheheehe

p/s: korang rasa penting ker beli kapet? Hubby sibuk nak beli kapet untuk hall dan setiap bilik tido. Aku rasa yang penting sekarang ni mesin basuh dan peti sejuk..betul tak? Kapet bebila pun leh beli..tul tak?

Selasa, 24 Jun 2008

Amused..




hah..sejak dua menjak nie jari aku makin lama makin berat jer nak menaip cerita ceriti. Bukan sebab aku nie takde cerita tapi sebab dah makin berat kot..hahahahaa (alasan baik punya). Tapi tulah bila tak bercerita rasa tak best la pulak. Kepala otak nie asik la dok mengarang memacam ayat konon2 aku akan taip kat sini. Bila dok depan komputer..lain pulak jadinya. Menggatal jer tangan dok menekan blog orang (dasar kaypo ci tul aku nie).




Rumah mertua aku didatangi 'tetamu' tak diundang. Dulu2 mak mertua aku selalu citer betapa dia penah ada sampai berpuluh2. Dan minat dan sayang dia tu jatuh ler ke anak dara dia. Aku rasa kalau tak 'cantik' sure dia taknaknyalah.




hah..tu dia 5 ekor semuanya..Kata mak mertua aku bila dah besar skit nanti dia nak bagi kat kengkawan dia. Tak koser nak bela banyak2 der. Ibu kucing nya bagusler bersih jer anak2 kucing tu dijilatnya. Comel2 lak tu. Si Lidya dah baper kali dah dok picit2 anak2 kucing nie.


Dulu2 masa anak dara, aku ada gak bela kucing. Masa tu aku tengah sidai kain dan aku dengar anak kucing dok mengiau2. Memula mak tak bagi tapi aku kata aku sanggup bersihkan, mak aku pun said ok. Dua ekor, sekor aku namakan Mon dan sekor lagi Tel (kalau combine jadi ar Montel). Memang tak larat esp. time kucing2 nie terkurung dalam rumah dan pintu bilik air lak tertutup, siaplah pepagi buta sebelum sarapan aku kena mengadap 'pancake' kucing belaan aku tu. Well..sampai sekarang keturunannya ada lagi. Nak ikutkan sebelum aku bela Mon dan Tel, kitorang memang ada kucing2 lain. Aku memang ler sayang dengan kucing tapi atas sebab kesihatan aku jugak aku tak boleh nak rapat dengan kucing.


OK..citer lain lak.


Hari Sabtu hari tu lepas jer aku mandikan Julia dan Lidya..aku lepaskan dorang main kat depan umah. Ada ar budak sebelah umah nie dok main gasing. Aku sound ar kat adik tu..(nama dia Awal)..


'Wal, ko main gasing kayu ker?"

Dak Awal jawab "mana ada lagi kayu punya kak, sekarang semua plastik".

"oh yer ker, Wal bak pinjam jab".

"Eh..akak pandai ke main nie?"

"hahaha..dah lama tak main gak nie..cuba jerlah"


hanya selepas sekali cuba..terus jer menjadi..
(abaikan budak yang terkangkang terkiap tu..)
(dia pun excited tengok gasing tu pusing lelama)
Korang bayangkan ek..pompuan mengandung 7 bulan ..diulang mengandung 7 bulan dengan berkain batik dok main gasing nieh..
Ngam2 aku pas jer gasing nie balik kat Awal..kedua mertua aku pun balik dari pasar..fuhhh..sib baik tak tu harus aku kena sound..
Tu baru gasing jer tu..hahahahahaa..tak sangka skil main gasing tu lum ilang lagi. Dak Awal pun kekaguman tau. Sampaikan si Julia cakap.."mak hebat"..hahahahaha

Selasa, 17 Jun 2008

dah tak berangin dah..

Nak ikutkan hati mangler aku masih bengang. Tapi yerlah kan saperlah aku nak cakap lelebih pun. Tapi tulah kesian kat aku dengan hubby..lagi ler nak kena berjimat. Aku pun tengah pening kepala dan sibuk dengan rumah kami tu.

Sepanjang minggu yang berlalu nie pun aku dengan hubby dok masuk kedai kuar kedai jer kejanya. Tanpa disedari duit pun keluar jer..duit masuknya? hhmm..tahlah dengan nak sambut baby baru nie lagi..adooiii aiii..perit sungguh rasanya. Tapi tak baik kan..pikir yang bebukan nie. So, segala benda yang negatif metif kami tolak tepi dengan perasaan gembira dapat rumah baru dan ahli keluarga baru. Bak kata omputeh tu 'double happiness'. Wah gitu..heheheheehe

Hari Jumaat lepas aku gi check up lagi. Alhamdulillah..doktor kata aku n baby baik2 jer. Walaupun aku selalu lupa nak makan ubat (siap kena sound dengan doktor tu). Yelah kan dok sibuk memikirkan banyak hal sampai aku leh lupa lak nak makan ubat yang doktor bagi since last month. Pada bakal2 ibu..jangan lupa tau makan ubat vitamin yang doktor bagi tu. Kot nanti cepat penat, kurang darah..lagi susah..ecewaahh..(peringatan utk diri sendiri sebenarnya).

Setakat nie dulu jerlah..nanti bebila senang aku upload gambar umah baru kami tu. Aku pun dah tak sabar nak pindah umah baru tu. Cat2 baru jer sampai sampai, bila dah siap cat..kena nak tambah gak barang skit2 kan. Dahtu boleh ar kami pindah masuk. Doa2 ler aku cepat dok umah baru tu nanti yer..heheheehehehe

Jumaat, 6 Jun 2008

Naik Minyak???

Aku heran betul ar dengan sikap orang yang cakap macam nie. Asal barang naik harga disuruhnya tukar cara hidup. Kalau macam tu toksah ler lantik YB..toksah ler buat pilihanraya kalau dah masalah harga barang naik disuruh tukar cara hidup. Soh makan ubi kentang..ubi keledek..ini zaman penjajah Jepun ker? Nak soh makan roti..kan ker tepung dah naik harga gak? Nak bagi rebate konon..tu satu lagi masalah..ingat takde ker yang mengambil kesempatan?

Aku tengok dah baper kali harga barang naik takde pun YB ker Menteri ker yang naik bas, gi Parlimen naik basikal, takdepun yang naik bas atau teksi (dapat gak tolong pemandu2 teksi tu). Kot yer pun nak naikkan harga minyak petrol tunggulah seminggu dua..nie tak nyempat2 dah macam apa jer.

Tiap kali harga petrol naik..disuruh bandingkan dengan negara jiran yang takde minyak. Ingat semua rakyat nie tak abih sekolah ker? Aku geram..aku marah..sakit hati..sedih..semuanya ada. Takde ker pegawai2 or menteri yang cerdik pandai cari jalan nak atasi masalah nie?

Aku susah betul ar nak percaya yang kita nie rakyat Malaysia nie ‘buruk lantak’ sampai nak kena import beras dari negara jiran. Bukan sebelum nie kita ada program pertanian yang besar2an? Takkan tanam pokok herba jer??? Mana pegi sawah2 kat Malaysia nie? Mana peginya???

Ni lak tarif letrik nak naik lagi...kot nak soh tukar pakai lilin ker? Nampak gayanya kenalah kita jadi macam tok nenek kita dolu2. Bela ayam, itik, cedok air perigi, air sungai (kot sungai tak tercemar ler kan) tanam sayur sendiri. (kesian pulak yang dok umah pangsa n kondo).

Aahhhhh...tension ar macam nie!!

Selasa, 3 Jun 2008

setengah

tau tau jer kita dah di bulan 6 ek. Lagi 2 bulan aku bakal 'meletup'. Kakak dok sibuk nak 2 baby, 1 boy and 1 gal. Kesian kakak..bila tengok orang ada baby boy dia ndak baby boy pehtu kang nampak lak orang ada baby gal, dok sibuk ndak baby gal. Tu sebab ler dia nak sampai 2 baby. Kadang tu aku tengok dia nak buktikan kat aku yang dia kuat (walhal sekerempeng jer) dokla dukung si Lidya yang tembam tu. Yang adik pun gelak jer n kadang tu 'ontok' jer bila akak buat apa2 kat dia.

Ok..citer di hujung minggu. Aku balik ke Pantai ar apa lagi. Yang kelakar tu hubby awal2 lagi dah pagar dah pintu umah..yerlah takut kejadian dulu berulang..ehheehehe. Time balik tu kebetulan pulak aku diserang selsema. Tak kisahler selsema ker apa ker tapi tetap seronok sebab dapat berkumpul reramai. Kalau dah balik tu sure la ada macam2 cerita yang nak dikongsikan bersama. Dari cerita pasal politik sampailah ke kisah2 lampau yang melucukan kami adik beradik.

Dalam dok sedap bercerita tu tetiba pulak anak Alang si Amal menangis kuat. Memula tu ingat takde benda, yerlah kalau dah baby mestilah nak susu ker apa ker kan. Bila dah lama tu aku pun masuk bilik dan cuba pujuk dan masa yang sama aku dok golek perut si Amal atas kepala aku (petua untuk baby yang kembung perut). Elok jer aku pas kat atoknya terus si Amal tu muntah berlilah sampai kat hidung pun keluar gak. Barulah baby Amal diam tu pun tak lama sambung balik melalak. Aduiii..sampaikan anak2 aku pun terjaga sama. Ndak tak ndak aku soh jer dorang 'demah' perut baby Amal sebab perut dia tegang sangat nan pulak dah banyak sangat minyak dorang sapu kat perut dia. Aku soh dorang amek kain panaskan seterika untuk aku 'demah'kan perut baby Amal tu sementara tu aku tidokan balik anak2 aku. Tengok2 Alang dah pasang dapur gas, dok panaskan kain untuk di'demah'kan perut Amal. Aku tolong sambungkan sambil tu aku selawat beberapa kali. Tetiba Alang dok pujuk baby dia 'diam yer Amal, tok moh tengah ubat yer.." sabar jerlah..aku dipanggilnya tok moh. Aku diam jer tapi geram gak. Yang penting lepas tu Amal diam and perut dia dah tak tegang seperti sebelumnya. Masa tu pun dah hampir pukul 2 pagi. Aku pun dah takde mood nak sambung cerita dah terus jer aku gi tido.

Aku ingat lepas Subuh ndak ler aku sambung tido..hampeh. Mata aku terus jer terbuntang dan perut lak dah lapar. Abangcik offer gi beli nasi lemak. Oklah tu kan. Memula tu aku nak soh dia beli jer roti canai tapi dia cakap malas nak tunggu lelama. Yang lain semua dok buat taik mata, aku sorang jer melantak nasi lemak..heheheehe. Kalau dah berkumpul ramai2 tu kan, sure la banyak borak dari kerja. Makan tengahari pun lewat dari sepatutnya.

Cut to short..masa nak balik ke Seremban aku mintak dorang melawat aku lak.(sebenarnya nak mintak tolong bersihkan rumah baru). Jadiknya, hujung minggu ni berkelah kat umah baru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails