Rabu, 27 Januari 2010

Perihal Kakak@Julia

Kakak my sweet eldest daughter [sweetla tu konon..kekeke bila buat perangai jadik pahit, payau, masam so on so forth]. Kakar sangat tak suka kalo aku panggil dia dengan nama penuh dia. "mak, panggil kakak lah bukan Julia". Amboii..macamlah besor sangat kakak ko yerk..

Hampir sebulan kakak di Tabika KEMAS, minggu pertama dan kedua jer ok. Minggu lepas dan minggu nie dia dah buat hal. Dah bosan..siap meraung bagai di rumah taknak ke sekolah. Bila ayah dia dah berangin dah marah dia 'baiiikk' punya, barulah dia nak ke sekolah. Rela dalam paksa kakak tu. "Kakak, kalaulah blog nie kakak baca ingatlah yer..ini semua untuk kebaikan kakak. Untuk masa depan kakak jugak".

Minggu nie adalah minggu terakhir kakak di tadika KEMAS tu. Kakak akan ke Pra Sekolah, Insya Allah. Aku belum pun bagi tau kakak pasal nie. Aku cuma cakap hari Jumaat hari terakhir sekolah sebab Sabtu dan Ahad memang hari cuti. Hari Isnin nanti kakak akan ke sekolah semula. Hari Isnin nie aku akan bercuti, hubby pun sama.

Moga2 kakak tak buat hal di sekolah yang baru tu. Amiiinn..

p/s: aku masih dalam kesedihan dengan berita kehilangan sedara [2pupu] yang kemalangan malam semalam. Al-Fatihah buat Abg Man..moga rohnya dirahmati Allah swt..amiinn..Buat Erin, tabahkan hati mu..redhakan pemergian arwah. Kuatkan semangat demi anak2 yang masih memerlukan kamu kuat menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Jumaat, 22 Januari 2010

WHY I LIKE IT LONGER...




waaahh...tajuk jer dah ke main lagi ko. mana2 otak very the blue the kuning dah konar tang lain dah..kekekekeke

korang yer korang ler yang dok baca nie..yang tak baca tak tau der. Nuffnang dok buat contest. Aku nak cuba nasib mana tau kot berjaya kan. Kalo korang nak tau jugak perhal aku tetiba nak masuk peraduan nie lak sedangkan sebelum nie punyalah banyak peraduan aku tak masuk pun.


Weih..menang dapat hp LG Chocolate BL worthRM2,199/-. ish..ish..harga dia bukan main lagi ko..kalah LCD 32" tv. Tapi korang tau tak function dia..pegghh..sangatlah menakjubkan..macam2 ar termasuklah dgn kamera 5.0mpnya, 3D graphic, screen 4".. yang sangatlah mesra pengguna..pegghh mang ler terbaikk gitu..hah nie nak bagi tunjuk model hpnya tu..pergghh..mang menarik tertarik da bomb..weihh






cantik tak? cantik..cantik..




Sebelum nie aku sangatlah setia dengan satu brand handphone N*K*A..tak penah langsung aku terfikir nak tukar ke handphone len beb. Then pertengahan tahun lepas handphone aku tu dah mula dah buat hal..ada jer lah halnya..bateri dia kong tetiba lah..heng lah..etc..etc
Aku pun mula ar dok carik2 handphone apa yang sesuai dengan aku yang serba kekurangan ini kan. Tup tup..ada lak sorang kawan nie offer aku jenama yang amatlah asing dengan handphone aku yang bermasalah. Tak fikir panjang aku pun setuju ar beli dari kawan aku, wei tak rugi ar beb..senang jer nak guna pun. Mesra pengguna gitu. hah nie gambar aku cilok dari google. Model nielah aku dok pakai sekarang nie.. LG GW525[gambar kat bwh nie]



Bila dah biasa pakai bak kata orang 'alah bisa tegal biasa' kan. Kira2 jatuh cinta terus ko..Rasa seronok bertambah seronok hp yang sangatlah terbaik nie ko leh dapat free kalo ko menang peraduan nie.

hah amacam? rasa nak menang gak ker? hah..meh meh jom kita cuba..mana tau kan tuah datang bergolek nak dekat raya cina..leh ar kita beraya dengan hp baru..heehhehe

WHY I LIKE IT LONGER?? haloo..why not? It can be anything..betul tak? Longer live span, longer conversation, longer time for shopping, longer holidaying with your loved ones..pergghh..so many more..kekekekeke

p/s: ada gak lar kan citer dari langsung takde citer..sambil menyelam minum air..kekekeke

Khamis, 21 Januari 2010

OK..give up..

Cewaahh..tajuk bukan main lagi..kang citer jadi tah apa2 lak kang. Dengan rasa tanpa bersalah langsung dengan blog yang makin lama makin kusam dan kepam...kekekeke apa alasan mau bagi? No idea? tipu r..sibuk? yerlah tu sibuk sangat ler tu..MALAS..hah jawapan terbaik ar tu.

Malas nak cerita yang sedih hatta gembira sekalipun kat blog nie. Takdelah..i tak merajuk ler i cuma MALAS. Jangan kata blog sendiri blog orang lain pun aku g jengah bila ada mood nak jengah nak komen apatah lagi. Amppuuunn..jangan mare..aku tau ada yang sepesen jer dengan aku. Angkat tetikus kalo betul..yeay! hah tengok ada yang dok angkat tu..yerlah kot tak angkat camner nak fungsi..ngeng..kakaakakaka

Diam tak diam dah dekat hujung bulan Januari kan? Rasa baru jer sambut tahun baru tu kan? Hailah hai..bonus dah diumumkan tapi ..maleh den nak cito..pokok eh syukur r ado dari langsung tak dapek. Betul kan? Betull.. [baguss..sendiri tanya sendiri jawab].

Berita gembira yang aku nak kongsi dengan korang satu jer..[ada len lagi ker?...macam takde jer...huhuhu] lagi soklan jawab sendiri. Bapak dah tambah lagi sorang cucu..sebelum nie 5 la nie ada 6 dah..5 gals 1 boy. Tahun 2000 dapat sorang pehtu tahun 2004 lagi sorang pehtu tahun 2006, 2007, 2008 n 2010. Perghh..agak2 mau tambah kah? kakakakaka. Anak bapak yang dah berkahwin 2 orang jer, lagi 3 orang single mingle. aku 3 orang anak dan 3 orang lak dari Alang. Tahniah Alang dengan kelahiran bayi pompuan. [rasa tak sabar jer nak jengok baby baru nie tau..]. alaa..kan ada aku tunjuk kit kelahiran tu? Nanti gambar baby dia aku letak sini dengan kebenaran dia dah pastilah kan.

Ok cerita sedih lak..aku penah citer pasal kakak dah sekolah tadika kan? Hah..la nie dia dah mula buat perangai dah. Dia tak nak dah pergi sekolah. Katanya cikgu dia marah dia. Ini yang tak best nieh. Dah pastilah aku dok bayangkan cikgu tu garang giler. Allah haii..kali bila dia tunjuk kat aku cara cikgu tu marah. aku rasa aku 10kali garang dari cikgu tu. Macam2 cara dah kitorang nak suruh dia pegi sekolah. Okay tak kisahlah kan..semalam aku benarkan dia tak sekolah. Perghh..hubby berangin tu beb..sebab dia tengok kelakuan kakak yang sangat gembira kehendak dia dipenuhi. Nama pun kehendak yang dipenuhi kan, tentulah gumbira lalala.

Pagi nie dia melalak sakan, bersungguh2 dia tak nak ke sekolah tadika dia. Adeehh..pening aku..takanan tu beb. Tapi tetap gak ar dia bersiap. Tak taulah camner lagi idea nak bagi dia suka sekolah balik. Cikgu tu ok jer aku tengok. Kakak nie pun macamlah tak penah kena marah. Ngada ar..camner eh nak bagi dia suka sekolah? Ada lagi 10 bulan nak dilalui nieh..adduuuhhh..pening pening. Tu baru tadika tu..kot sekolah rendah sok camner eh?

Isnin, 11 Januari 2010

Banyaknya habuk..

Punyalah kemaruk dgn fb sampai aku lupa nak bercerita kat sini. Perghh..sesuka hati jer kan..?
Almaklumlah kan aku hanya insan biasa..tak punya cerita yang luar biasa..perghh ayat skema tak hingat tu..hehehehehe

Amacam hujung minggu korang? Best tak?? Mesti best kan? Aku biasa2 ajer..tak de pegi jalan2 pun. Banyak dok umah jer. Dah minggu sebelum tu dok ke sana sini sinun kan, kali nie dok jerlah kat umah.

Kakak dah pun mula bersekolah tadika. Macam yang aku tulih kat status dalam fb, betapa kakak sangatlah bersemangat bersekolah. Harap2 dia seronok ke sekolah rendah jugak ke tahun depan. Sekolah tadika tu mang ar seronok beb, tempat mainan dia betul2 depan mata, kengkawan pun ramai. Sampaikan hari Sabtu pun dia sibuk gak nak gi sekolah. Perghh..kakak o kakak sampai camtu dia nya seronok nak sekolah yer. Jangan sok dah sekolah biasa sok dok buat ragam tak nak pegi pulak..kes naya jer sok. [baper banyak 'sok' daaaa..hehehehe]

Kakak nie sejak dah sekolah, bahasa dia mang hai..rasa nak cubit jer mulut dia tau. Cara dia menjawab [tapi nie mang sebelum sekolah tadika dah mang mulut hampagas jer beb]. Macam yang baru2 nie kitorang gi makan kat luar..dah siap bayar dah dok borak2 lagi. Boleh lak mulut kakak men-yound "ah abih makan tak reti2 nak balik". Perghh..sib baik aku jauh jer dari dia, kot tak mang dah kena dah dengan aku. Kebetulan masa tu bapak aku pun ada dengar, boleh lak dia diam jer. Kot anak sendiri harus pelempang naik ke muka..huhuhu Tapi sebab cucu kan, diam jerlah bapak ku itu.

Kakak sekarang nei tak leh nak citer lebih2 nanti dia jadi mesin rekorder. Penah tu aku tinggalkan laptop dalam bilik ataih lantai.. Balik keja..kakak cakap, "Mak lenkali laptop mak tu letak elok tadi uwan tu bising". Lepas tu dia ajuk apa yang Uwan dok cakap. Perghh..very2 the gitu..hahahaha

Kakak nie kadang2 'over' gak dalam bab menjaga adik2 dia. Garang tu tak yah cakaplah. Laju jer mulut sekali jalan dengan tangan marah adik2 dia. Yang selalu kena tentulah si Lidya yang serba 'sengal' [selamba aku cakap anak aku 'sengal' huhuhu].

Yang best..boleh dah mintak tolong skit2. Tapi yang tak best tu sampaikan basuh pinggan [lebih nak main air jer tu] pun dia sanggup. Belum masuk aku nak basuh beras lagi tu. Korang rasa perlu tak aku larang dia dari tolong aku yang nak siapkan keja dengan kadar yang cepat? Selalunya kalo anak2 aku ada kat dapur, sure aku dok halau dorang pegi main. Salahkan? Patutnya galakkan dorang dok sesama kat dapur tengok aku masak kan? Ker belum masa nya lagi? Tapi bukan ker nak melentur buluh biar dari rebungnya? Cewahh..korang rasa camner..?

p/s: persoalan yang aku rasa aku tau jawapannya..tapi aku perlukan pendapat jugak. TQ

Isnin, 4 Januari 2010

Hjg minggu pjg sempena 2010

Turutan gambar yg mmg carca marba..




Masa nie kitorang dah nak balik, tetiba lak, Dania dok tunjuk nak main..kitorang pun bagi chance..dia sorang2 jer naik benda nie..

Naik merry go round..memula jer Lidya happy pehtu dah rasa gayat lak dia..heheh




Main kejar2..sementara tunggu countdown jam 12tghmlm..


Kakak happy sbb dpt gak dia pgg kayu pool w/pun....hehehehe


Antara aktiviti kami sekeluarga di hujung minggu yang panjang..perghhh..penat n mengantuk tak abih lagi.. tapi kami tetap seronok. Alhamdulillah..kesudian mak,bapak,Ateh dan Bangcik bersama aku di Seremban adalah pengakhiran cerita 2009 dan permulaan 2010 yang terbaik buat aku.

Catatan 2010

Empat hari dah pun berlalu di tahun 2010..

Terlalu banyak yang kita inginkan..

Moga2 tercapai impian..

Sesajer letak catatan yang hanya beberapa perkataan..

Jadilah kan..

p/s; jangan marah hah..nanti kena jual..[tingat citer 3 Abdul..]

p/p/s: aku tengah kumpul gambar ...bila senang nanti aku letakkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails