Jumaat, 30 April 2010

Ide takdak..

Hari tu aku bagi alasan takdak internet tapi hari nie apa eh alasan aku? hmmm..hah..dapat dah..betul ar weih wa dah takde idea ar..ada sesapa leh kasi aku idea nak bagi blog aku nie berupdate selalu tak? kuang kuang kuang..

Takkan aku nak citer pasal gigi kakak belah bawah dah tercabut.  elehh..gigi sebatang tercabut pun nak heboh kat blog wakakakaaka..malu ar kan.  Kakak tu siap soh aku tepon atok [bapak aku] dia soh atok dia tengok siap ajak atok dia tanam sekali...kakakakaka 

Then takkan aku nak citer lak pasal kelakuan tak semenggah hubby masa sesama beli barang dapur, aku sebut nak beli telur dok moncong kat dianya...aku siap kat situ gak aku konon2 nak sepak[naik kaki] kat dia.  Tupun dia dok gelak2 kat aku. hampeh sungguh tul.

Dah tu takkan nak citer hals semasa orang dok buang bayi, jiran kena balun sampai mati, budak baru nak kenal dunia tertembak dek polis.  ahhh..tu semua menyesakkan dada dibuatnya.  Nyawa manusia yang semakin hari semakin tiada nilai.  Nilai kemanusiaan semakin terhakis.  Semoga kita yang masih ada nilai kemanusiaan sentiasa beringat dan ambil iktibar serta pengajaran dari setiap kejadian tu.

Semoga kita beroleh rahmat serta hidayah dariNya.  Amin ya rabbal alamin.

Khamis, 29 April 2010

Bila anak taknak mamam..

Orang kata anak pompuan nie senang nak jaga.  Dok diam jer.  Hmmm..pengalaman aku dengan 3 anak pompuan walaupun masih kecik, ada gak kelakuan2 dorang yang memeningkan paler otak.

Dari dok manjat kerusi ke tembus kuar lubang pintu grill, ker anak2 aku jer perangai macam tu?  keekekekeke..





"mak, omei [comel] 2x.."

terpaksa aku jawab 'haaa..yer anak mak mmg comel' kot tak kang dok panggil aku siap jerit bagai..

Ada gak sekali tu aku usik dia cakap..'dania, tak lawa'.  uishh..bukan men lagi dia marah aku..'eh..ome ar..'kakakaka..pandai menjawab tu ko.

Tapi tulah semakin kurus lak sik kecik nie sejak baik dari demam tu.  Makan?  dah kurang nak mkn nasik la nie..dok mkn coklat, biskut n susu.  Kalau dapat jajan [makanan ringan] tu bukan main berselera lagi dia makan.  Tapi takleh ajar sangat pun.  Abih2 pun aku tetap gak bagi makan nasi walaupun tak banyak mana.  Sesuap dua pun jadilah.

Sama jer pangai dengan kakak dia yang sulung.  Aku tak rasa risau sangat dengan kekurusan Dania nie sebab yang penting dia sihat walaupun kekadang kena gak demam.  Kot tak kang, tak laku lak klinik kat somban nieh..kakakakka [selamba jer aku nieh..ayat tak cover langsung].  Kakak dulu tu lagilah memilih nak makan tapi sekarang bukan main debab lagi..hehehehe

So, korang jangan risau kalau anak taknak makan nasik, kalu dia makan hatta sekeping biskut tu kira ok per dari dia langsung taknak makan.  Kita kena pandai nak perlbagaikan pemakanan anak2 kita...ewaahh..macamlah aku yang sediakan makanan dorang yer.  Tapi kalo cuti aku memang akan pastikan anak2 aku mandi seawal pagi dan masa tu aku tau pastinya dorang lapar.  Masa nie bagilah makan apa pun sure dorang ngap ajer..hehehehe

Apapun..anak2 lah penceria tat kala aku tension..tengok gelagat dorang dah rasa lega dah.  Selain anak2 hubby pun selalu gak ceria kan aku.  Aiihh..kot tak kang..dia gak susah tengok bini dia dok masam mencuka jer kan..kuikuikui...

Rabu, 28 April 2010

Adeehh..hidung berair..

Punyalah kan..sreett..sroot..ahhhchiiihh..ahhhchikk..alhamdulillah..

Sekarang giliran aku lak..adeehh..bak tisu sekotak..ops tak cukup bak lagi sekotak..mc? tak mauu ar..tapi kalo dah tak tahan sangat kang..kena gak aku gi jumpa doktor.

haah..minum air banyak2? [dah lebih seliter aku dok tunggang<-ngalah todi ar pulak ayat nie]..jangan mandi malam [malam gak aku sampai kat umah].

dah tak larat dah nieh..kot rajin petang2 kang aku update citer [ker sebenarnya mang takdo citer? kuang kuang kuang]

eh jab..sebenarnya tenet kat umah belum pulih semalam tu yang tak update tu..baru jer tadi call hubby dia dah ok dah ..simple jer masalahnya pun 'splitter' aku terbakau..hmm..samalah dengan aku yang membakau semalam..keekekekeke

musim panas then hujan petang tu yang srooot..streeet..hidung aku tu..takpun sebab jangkit from anak2..eh tetiba lak nak nuduh anak2.

p/s: takkan nak letak gambar aku dok hembus hidung..ko, kot ada yang tak lalu makan kang..kahkahkah

Selasa, 27 April 2010

Tak nak hangin..tapi membakau!

Baru jer aku lalui hari minggu yang sangatlah menggembirakan aku.  Yerlah kan bapak bila dengar suara cucu soh datang, jam jam tu gak dia mai.  Bila cakap taknak menyusahkan, dijawab tak menyusahkan langsung malah ditambah ayat takde apa rancangan nak dibuat.

Anak2 esp si kakak demamnya dah kebah tinggal batuk dan selsema.  Peh tu kena lak kat Lidya dan Dania.  Korang sorang demam dah fening.  Bayangkan aku dengan tiga orangnya budak2 demam.  adeeehhh...Sib baik bila time nak bagi makan ubat no hal kecuali yang si kecik Dania tu.  Nampak aku bukak botol ubat jer dia dah mencelinap lari jauh2 siap cakap tu 'nanak'.  Aku tak peduli ar kan, aku kejar then aku kepit dia then aku sumbatkan jugak ubat.  Kot tak, bila ko nak baik nak oi.  Kejam or not, janji ubat masuk ke dalam perut dia tu.

Haihh..aku kurang nak update blog sebab internet kat umah tetiba takdak.  Aku dok ingat la kot kena suspend sebab tak bayar tapi bila check aktif lagi.  Bila tepon kata nak datang.  Tak ada bunyik takde sound balik umah tengok ada surat kat peti surat kata dah datang umah tapi umah tutup.  Kepala hotak berjambul sungguh kan.  Terang2 aku dah report tepon umah tak berbunyik siap tinggal no handphone lagi.  Perhal la ko tak tepon hp aku bertuah oiiii.  Kot nak cakap tak baik kang aku lak dichop kuang ajor.  Ko suka datang umah orang banyak2 kali eh?  Tak pasal aku kena tepon ko yer, vampire ker apa kena nak berjemput ke umah.  adeeehhh..Sib baiklah opis ada tenet kot tak, hari nie pun blog aku tak berupdate.

Sorilah geng..hari nie mood kureng..badan pun kureng sihat nieh..

pic. credit to google

Khamis, 22 April 2010

Baju bundle

Korang penah tak beli baju 'bundle'?  Aku penah gak beli.  Kebanyakan aku beli baju 'bundle' nie dipakai untuk pakai kat umah jer.  Baju 'bundle' ada macam2 jenis.  Yang baru [rejected] dan yang dah dipakai tapi masih elok lagi.  Kebanyakan baju 'bundle' nie adalah yang branded punya.

Hari Ahad hari tu aku pegi dengan hubby n anak2.  Konon2 nak pegi ke karnival tropika [ada makan free] tapi sebab dah tinggal khemah jer, aku ajak hubby ke kedai 'baby bundle' kat Matahari Height.  Memula tu konon2 nak tengok jerlah kan.  Aii..kalo dah nama ko masuk kedai dok belek dok tengok haruslah ko terjebak membeli skali.

Mandangkan aku baru pertama kali membeli dikedai tu dapatlah kad keahlian dan beg percuma.  Tapi syaratnya ko kena beli ar lebih 50hinggit.  Sok kalau nak beli ada bahagian lain ada r diskaun 30%.  Tapi kalau beli bawah 50hinggit beg tu dorang jual 5hinggit jer.  Lupalak nak ambik gambar kad keahlian. 


Hah..nie ar begnya pun.  Beg berlipat translate terus dari kata omputeh foldable bag...hehehehe








hah nie ar rupa beg tu bila dah bukak.  mana ar tau kan sok2 nak pakai boleh ar guna beg nieh.

Rabu, 21 April 2010

Girls day out part 3



Hah..tu dia ko..xtvt2 yang dilakukan dalam sehari. Selepas balik dari berkelah kitorang lepak umah dulu. Hubby ke stadium paroi aku lak gi main bowling seterusnya masuk ke karaoke. Ini nasib baik kakak dah mula lemau maklumlah kakak kurang sihat masa tu. Yang lebih2nya si Lidya anak kedua aku. Si kecik lak si Dania, dah tengok kakak dia dok joget2 n pegang mic, haruslah dia pun tak mo kalah. Overall sib baik masa kitorang dok melalak tu dorang tak meragam. Dok jer diam tengok perhal la ada sore sumbang yang ke laut ke sungai ke gaung dok nyanyi. Kotla nyanyi in public harus dah dapat telur, tepung takpun batu orang baling...kekekeke

Esoknya hari Ahad tu kitorang takde nak ke mana2 dah. Tupun hubby dok tunggu aku bersiap nak gi ke karnival tropikal [ada makan free laju ajer hubby nie]. Sib baik gak ko..tengok dah kosong jer khemah tak yah nak berhentikan kereta, lalu jerlah terus ke tempat lain. Apa lagi ajakler hubby gi Baby Bundle. Dalam taknak gi beli belah..terbang gak dekat seratus beli baju bundle..kakakaka

hah...nanti pasal beli baju kat baby bundle tu aku citer lain eh. Ada rasa macam tak worth it jer. Apapun untuk menyedapkan hati ku yang macam tak berapa nak best tu, kira2 suka gaklah sebab dapat beg free plus kad keahlian percuma.
Posted by Picasa

Gals Day Out part 2




Hah yang nie yang sempat aku rakamkan masa kat bowling seremban tu. Sowi pic of my SIL dikaburkan sebab aku lupa nak mintak izin dr dia untuk aku isi dalam blog nieh.

Main bowling nie paling menyampah kalo ada Ateh.  Asik dia jerlah highest point.  Langsung takde chance nak menang kalo Ateh main sekali.  Masa memula dia main siap jatuh kat lane bagai.  La nie hmm..semua yang penah main bowling dengan sure hangat hati jer.  Kitorang main 2 game jer sebab nak dalam paler otak nak gi karaoke.  [aku ler tu hikhikhik]  Lidya melalak mintak nak main bowling tapi aku wat derk jer.  Kalo ada ayah dia mang dah ada satu lane lain dah.

Lepas kami main 2 game bowling. Kami pun turun ke tingkat 4 untuk mengasah bakat masing2 di karaoke. Perghh..sila kagum lagu masing2 nyanyi ala2 lagu frust plus jiwang karan...kakakakak tapi yang sebenarnya lebih ke untuk melepaskan suara sekuatnya. Suara ke laut ke, ke sungai semuanya bantai tak kisah, janji happy. heheheh orait babeh..anak2 aku bagi gak chance menyanyi.  Satu lagu jer.."twinkle twinkle little star".  Aku oklah tu daripada langsung tak bagi chance.  Aiiih..kalo dah ada yang pegang mic macam tak nak lepaih dah..kakakakaka.  aiipp..bukan aku ar..anak2 aku si Lidya & Dania.  Tu pun sib baik kakak agak kurang sihat, kot tak, hmm..kitorang jadi penonton jerlah..hehehehehe
Posted by Picasa

Selasa, 20 April 2010

Girls Day Out


Aku ajak adik aku si Ateh, adik ipar ku dan aku angkut anak2 aku sekali ke Ulu Bendul. Awal pagi aku dah siapkan bihun goreng & sandwich sardin. Buah2an adik ipar aku tolong belikan. Maklumlah ada sebahagian blogger gi ke Gatsby tu hah. Aku lak teringin nak pegi tapi dah pasti tak dapat pegi, membawalah diri berkelah dengan anak2. Hubby aku tak ikut, dia kena keja 5.5 hari seminggu.

Konon2 nak peginya pagi skit tapi masing2 janji orang 'Melayu' kan, tengahari gak kami sampai. Masa nie kakak tak berapa sihat tapi sebab nak ikut berjalan, terus sihat katanya. kekeke..Tapi memang seronok wa cakap lu. Betul2 gals day out. Sampaikan hubby telefon soh balik cepat sebab kat umah dah ujan. Aku dok jawab 'hah..hah yerlah hah..' sampai kena sound dek hubby, 'dok hah..hah..kang hujan kang'. Ndak jer aku jawab kitorang dah memang kuyub pun. Tapi aku tak delah jawab tu, aku iyerkan jer.

Bekal makanan yang kitorang bawak macam untuk 10 orang walhal yang peginya 3 orang dewasa n 3 orang kanak2. Yang paling best tu semua pompuan. Tapi paling tak best aku kena angkat bakul makanan yang berat nak mampus. Bila pk balik, ok gak jadi orang gemuk senang nak angkut benda berat...[errrkkk...ayat nak sedapkan hati nampak..kekekeke].

Kitorang balik sebelah petang. Tapi aku tak puas hati ar beb. Si Dania anak aku paling kecik bolehlak dia nak tido, kena aku cepat dok ataih peratikan adik2 aku n anak2 aku main air. Dorang gak lah yang salin baju dulu, aku gak yang kena kemas. Sabarjerlah. Siap rancang nak gi men bowling lak sebelah malam. Semua pun set nak gi main bowling and again hubby tak ikut sebab dia gi stadium paroi tengok N9 vs Kelantan. Padan muka dia..pasukan negeri kalah. Tapi yang tak sedap tu ada sorang penonton meninggal di stadium tu sebab serangan jantung. Seorang tua kalo tak silap tupun aku dapat tau hari Isnin. Hubby kata patutlah dia nampak orang dok angkut strecher keluar stadium. Tapi tak de pun player yang cedera masa perlawanan. MIL citer kat aku semalam masa pakcik tu meninggal tetiba hujan turun. Kuasa Allah swt yang maha mengetahui segalanya.

Ok..lepas nie aku upload gambar men bowling lak. ewaaahh..mang betul2 lepaih geram sebab tak dpt gi gathering Gatsby punya pasal. huhhuhu
Posted by Picasa

Isnin, 19 April 2010

Char Kuey Teow/Kuey Teow Goreng

Hari Jumaat abih keja awal dari biasa yakni pukul 5.  Hubby ajak pegi beli barang basah dan kering untuk aku masak hari Sabtu dan Ahad.  Hubby tanya aku sama ada aku reti masak mee kari ke tidak.  perghh..soklan yang tak patut dia tanya.  Tapi kira ok gak tuh..kot aku tak reti masak bazir jer beli bahan2nya.  yer tak? heehee..

Lepas beli barang2 kat kedai aku ajak hubby pekena kuey teow goreng or la nie orang dok sebut char kuey teow.  Dedulu kan aku mang tak suka makan char kuey teow nieh.  Aku tak suka bau dia sebelum dimasak.  Masa bujang dulu mak selalu soh aku cerai2kan kuey teow yang bebuku bila kuar dari peti sejuk.  Selalu aku merungut kat mak bau kuey teow macam bau kapur barus..tu dia..mak sure marah aku then sound 'banyak tul story book ko, tolong jerlah kang dah masak ko gak yang makan dulu'.  kakakkaka..  Tapi sebenarnya dia tau aku mang takkan nak makan kuey teow goreng nie der.  Kot aku makan pun mungkin skit jer konon2 nak jaga hati orang dah masak. hehehehe 

Tapi gara2 aku mengandung anak kedua si Lidya dah jadi kegemaran ar pulak.  Masa tu balik ke KL tengok mak usu aku dok pulun kuey teow goreng beli dari pasar malam.  Pergghh..punyalah sedap terus jadi hak milik aku, langsung mak usu bagi aku makan.  Kesian kot dia tengok beria2 mak buyung dok ngap bukan main lagi kakakakaka.  Bak kata omputeh tu kan..the rest is history.  Pantang ada kedai jual kuey teow goreng sure nak rasa kot boleh tu mintak kerang lebih.  [agaknya sebab ada kerang kot sebab kerang memang kesukaan aku].

Makanya aku dengan hubby hari Jumaat tu pegilah gerai char kuey teow di TTJ [bukan Tmn Tasik Jaya yer tapi Tmn Tunku Jaafar].  Dah masuk nie kali ke 3 aku pegi gerai abang nie. 


Aku order laicikang hubby lak dok order cendol [konon2 hubby sebelum order cendol kata tak nak amek benda berais, dengar jer adik tu sebut cendul terus dia order..heeheheh]







Ini yang aku order char kuey teow 'basah' pedas sbb tu dia berkuah siap mintak cili api potong...pergghh..malatops beb!!






hubby lak order char kuey teow kering..sempat gak aku cuit..konon2 nak rasa..sedap gak ko..dok citer nie dah pun jejeh air liur aku..kakakaka






Harga sepiring RM3.50 tapi kalo order 3piring jadi RM10..jimatler 50sen bahagi 3 orang.  Cendol kosong jer RM2/- dan sama gak dengan Laicikang.

Jumaat, 16 April 2010

Jumaat Sudah..

hmm..dah jumaat dah yer.  Dok melawat blog orang lain, blog sendiri terabai.  Mang camtulah aku.  Takde no no bukan sebab 'fb' der.  Dengan fb pun aku dah kureng.  Naper yer?  hmm..biasala kan mood nak borak kat fb dah kureng, nak update blog apatah lagi.

Aku dah plan macam2 for this weekend.  Looking forward to have more time with the children.  [eleh..macamlah sibuk sangat masa hari biasa]  Tapi hujung minggu waktu siang tu dapatlah aku luangkan masa dengan anak2.  Seronok woo tengok gelagat masing2.  Rasa meriah gitu.

Kakak hari2 tanya "mak, kakak tinggal baper hari sekolah?".  Hari2 gak aku bagi tau dia siap soh dia kira sendiri.  Kakak pun suka hujung minggu, dapat bangun lambat katanya.  Kakak setiap hari tak perlu dikejut ke sekolah.  Selalunya selepas aku mandi, kakak pula menyusul.  Kalau mood tak baik, dia akan tunggu aku selesai sembahyang subuh mintak aku mandikan dia.  Tak mandikan pun takper asalkan aku mengadap dia di bilik air.  Sekarang nie setiap pagi aku akan siapkan bekal untuk kakak bawak ke sekolah.  Sebelum nie tak perlu tapi sebab kakak tak nak makan makanan yang sekolah siapkan, kenalah aku siapkan.

Apapun, moga2 hujung minggu nie terbaik untuk kita semua. aamiiinnn...

Rabu, 14 April 2010

1Malaysia

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa "merentung buluh biar dari rebungnya".  aiiikk..tetiba jer aku nak letak peribahasa yer.

Aku terfikir tentang PM dok lah pung pang pasal 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.  Ke hulu ke hilir aku dok tengok kat tv, suratkhabar heboh pasal 1Malaysia nie.  Apa usaha dorang[kerajaan] ke arah 1malaysia? Yerlah selain dari dok melayan kerenah orang dok tanya bangsa dulu atau kenegaraan dulu?  Mengong punya soklan, dah bertahun2 belajar kat uni nak bezakan bangsa dengan kenegaraan pun tak reti.

Aku bukan apa beb, kitakan ada sekolah jenis kebangsaan [tamil, cina] pehtu ada pulak sekolah agama rakyat.  Kenapa sekolah kebangsaan [rendah dan menengah] yang ditanggung sepenuh dek kerajaan tu taknak tambah matapelajaran bahasa pilihan [mandarin & tamil]?  Kalau kerajaan boleh menanggung subsidi barang keperluan tepung, gula etc etc, untuk penambahan mata pelajaran bahasa mandarin dan tamil tak menjadi masalah.  Betul tak?

Tak perlulah diajar lebih mendalam cukup sekadar mereka ini dapat bertutur dan memahami ayat2 asas bahasa mandarin & tamil tu.  Ini barulah dinamakan 1Malaysia.  Aku rasa lah kan berebut2 mak bapak masing2 soh anak2 dorang belajar bahasa pilihan nie.  Kalau benda yang baik aku rasa takkan ada yang menentang.  Kanak2 semakin bijak sekarang, perkembangan otak mereka bukan macam zaman tok moyang kita yang serba kekurangan.  Aliran pelajaran sentiasa diperbaiki seiring dengan kemajuan teknologi. [ewaahh..macam profesor lak..kekekeke]

Setuju?

Isnin, 12 April 2010

Ayu Raudah & Zaquan

Sebelum aku nak cerita panjang, tahniah kepada pasukan nogori sombilan untuk kejayaan memenangi Piala FA 2010.  waaahhh..kejayaan berganda tu.  Seronok tengok gelagat hubby menonton di depan tv.  Si kakak pun terkekek-kekek dia gelak tengok gelagat hubby meloncat setiap kali ada percubaan gol dek pasukan negeri sembilan.  "mak tengok mak ayah macam monyet, loncat2", kata kakak.

Hari ini aku nak citer pasal hubby dok ngata Ayu Raudah.  Maklumlah kan dikalangan peminat bola sepak yang selalu pegi ke Stadium Paroi tu surelah nampak dak Ayu Raudah nie.  Ada ketika si Rozita Che Wan pun ada sama kat stadium tu. 

Hari minggu baru nie, masa aku dok siapkan anak2, hubby lak tengok tv. Hubby masa tu dok tengok cerita komedi TV1 lakonan Faizal Hussein dan terselit gak Ayu Raudah.  Tajuk citer "salah sangka".  Hubby tak tengok abih pun sebab aku soh dia tolong sikat kan rambut anak esp. si Lidya.  Kakak dah pandai sikat rambut sendiri.  Siap mekap tu beb..kekekeke

Dalam dia dok tengok cerita di tv tu boleh lak tetiba hubby cakap,
Hubby: Ayu Raudah nie kalau dia kahwin dengan si Zakuan sok silap2 boleh gemuk. 
Aku : ishh awak nie tetiba jer boleh tau
Hubbyiyer, saya tengok lengan dia tu, saya dah tau dah.
Aku : "amboi, pandainya awak nak tuduh dia macam tu
Hubby [dengan selamba]: yerlah mestilah saya tau pasal saya pun dulu dah terkena dah
Aku: ??????? sambil tumbuk manja [ikut hati nak tumbuk kuat2]

Ishh...Macamlah aku nie gemuk sangat2.  Mungkin kot...ahaks..Sebelum kahwin bukan main lagi jaga badan tapi bila dah kahwin mulalah terabai segala diet miet.  Dah kena sound dek laki sendiri tau pulak nak tangkap sadis.  huhuhu..

Yerlah hubby oii..ku usahakan nanti untuk kurus seperti masa kita memula bercinta yer.  Hampehdotcom sungguh ler rasanya.  Takperlah janji dia nak gak sound dari dia langsung tak cakap apa2.

p/s: baru terperasan..seminggu aku tak update blog..kakakaka [ker saja2 buat2 tak perasan..kakakaka]

Isnin, 5 April 2010

XTVT HUJUNG MINGGU

Salam Ceria...waahhh..tetiba lak mood hari Isnin baiiiikk jer yer.  Mestilah ceria beb..hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercinta.  Haruslah aku gumbira lalala.  Petang Jumaat balik keja jer hati dah berlagu riang ria dah.  Dah terbayang2 muka ayahbonda tercinta...ewaaah..biasalah kan rasa rindu sangat2 dengan makpak.

Abangcik (adik bongsu aku) sampai Seremban jer terus ingat nak main boling.  Aippp..haruslah aku panggil dia datang ke rumah aku dulu.  [yer..yer aku balik berjemput dek adik ku..balik ke Seremban pulak dihantar oleh bapak kesayanganku itu].

Aku balik senyap2 jer langsung aku tak bising2 kat FB.  Maklumlah kan balik untuk sekejapan.  Kot balik lelama tu haruslah aku tiak2 [teriak] kat FB aku tu.  Bolehlah aku curi2 masa untuk jumpa kengkawan kat KL nun.

Part paling kelakar tu kan..sampai2 jer depan umah si kakak siap buat aksi kerinduan mendalam dengan memeluk dinding luar umah.  Bila aku teringat balik..aku asik tergelak jer.  Aksi paling terharu bila anak2 aku bila nampak atok masing2 terus menerpa dan memeluk atok seolah2 dah bertahun tak berjumpa.  Aku boleh nampak kegirangan bapak dengan kerenah cucu2 dia.  Mak pun macam jugak.

Sampai2 jer rumah bapak, Ateh dah beria2 merancang ajak aku ke sana sini situ.  Sudahnya..tak ke mana kitorang.  Paling jauh pun pegi pasar malam..kakaakakaka  Petang semalam nak balik pun si Kak Yong anak sedara aku dah men-yound aku.  'mak selalu balik mesti kita naik komuter, kali nie tak dapat pun'.  [fyi, anak sedara aku panggil aku pun mak].  Erkkk..no word to answer woo.  Aku rasa bersalah ya amat dah nei weih.  Yerlah kan dok lepak jer dengan makpak tak gi memana pun.

Apa aku buat kat umah makpak aku tu? heheheehe shhh..takdelah aku bekepit jer tapi rasa macam berkepit gak..kakakakaak.  Dah tu peluang yang ada tu mestilah taknak dilepaskan begitu jer kan.  Haruslah aku gunakan sebaiknya.

Selain pegi pasar malam, aku ajak anak2 aku [termasuk anak sedara] mewarna.  sungguhla seronok mereka ini sebab dapat mengotorkan diri dan mewarna sesuka hati.




Khamis, 1 April 2010

Din Beramboi

UPDATED: SEPERTI YANG TELAH DIKETAHUI SEMUA ..

MIOR AHMAD FUAD ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI DIN BERAMBOI TELAH PUN MENINGGAL DUNIA JAM 12.30PAGI TADI.

JENAZAH BELIAU AKAN DIKEBUMIKAN JAM 10PAGI SEBELUM SEMBAHYANG JUMAAT DI TANAH PERKUBURAN FRIM.

SAMALAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM..

AL FATIHAH...

BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM, MOGA KALIAN TABAH.  ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI DIA. 

Din Beramboi kembali kritikal lewat petang semalam.  Darah yang dimasukkan ke dalam badan ditolak dek badan dia.  Din Beramboi kena jangkitan kencing tikus dan denggi berdarah.  Maknanya 2 dalam 1 yang dah menyerang badan abang Din Beramboi.  Itu maklumat sahih yang aku baca dari sini.

Semoga abang Din Beramboi segera sembuh. Amiiinn..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails