Rabu, 2 Mac 2011

Bling Bling


sajer tak pakai 'flash'..kot tak kang, silau mata woo...hehehe
Sandal Bata aku dah hilang.  Tak tau camner leh hilang..time nak balik ko Somban carik2 tak jumpa.  Terpaksalah aku pakai selipar buruk.  Nak sedapkan hati yang panas membakar, hubby ajak gi Giant Nilai, sengih jer bila hubby ajak masuk Sushi King.  Marah terus hilang.  Pehtu nampak lak ada offer 50% untuk sandal bling bling tu, sambar la apa lagi.  [Sebenarnya aku minat kasut lain tapi takde saiz yang padan dengan aku].  Kaki GAJAH kata hubby..nyampah..siap jeling lagi kat dia.

Sandal nie aku dok pakai hari2 macam la dah takde kasut lain, tak peduli ar orang nak kata apa. Selamba jer aku pakai tak kira kemana.  Kalau korang nampak berkilau jer tang jauh terutamanya tang kaki tu kan, hah tu akulah tu..akakakaka.

Cantik tak?  cantikkkk...kata hubby [takut aku lama kat kedai kasut tu la tu..semuanya cantik].  Orang len dok pakai henpon bling bling kan?  aku lagi terer pakai kasut bling bling...kakakakaka  Tapi aku selesa pakai sandal nie.  Terus sarung jer.  Kot pegi pasar pakai kasut nie pun takper.  Aku tak kisah..janji selesa.  [ayat cover line tu].

p/s: tetiba rajin lak nak menghupdet...lepaih nie gi melawat blog lak..

Patutla tak jadi cikgu..

Hai..Assalammualaikum semua...Sihat?  Alhamdulillah..aku sihat2 jer.  Jari jemari mulus [mulus la sesangat] menggigil wooh nak menaip dalam blog sendiri.  Ampun dan maaf pada mereka yang asiklah dok baca benda yang sama jer.  Aku bukan merajuk bukan takde mood tapi laptop aku dah kena anto repair.  Ni pun dok curi2 guna opisnya [selamba jerlah kan..bukan tak biasa pun..oppss pecah rahsia sudah].

Malam tadi masa nak balik rumah selepas mengisi perut di rumah mertua, si Julia cakap...

Julia: mak, dah besar nanti kan, kakak nak jadi cikgu

Aku: hmm..bagusnya tapi kan kalo kakak nak jadi cikgu..kakak kena rajin buat kerja sekolah, buat latihan membaca, mengira, selalu dapat no. 1 atau no. 2 masa peksa [peperiksaan].

Julia: iyer mak?

Aku: iyer lah..

[tetiba hubby yang tengah drive cakap sangat perlahan, aku sorang jer boleh dengar]
Hubby: patutlah saya tak jadi cikgu..saya tak buat benda tu semua..gelak2 perlahan..siap sengih2

Aku: [sambil mencubit peha hubby dan gelak perlahan] diam jangan bagi kakak dengar..dan terus sambung cakap lagi  Hah..kalau kakak rajin ke sekolah, tak degil, selalu dapat no. 1 boleh ar kakak jadi cikgu.  Sambil mata aku dok jeling kat hubby nak tengok kalau2 dia nak buat lawak bangang lagik.

Hubby kadang2 [selalu sebenarnya] buat aku geram dengan ayat2 yang tak terjangka langsung.  Tensen?  Sikit2 la..hikksss..

nanti citer lagi eh..babai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails