Isnin, 28 Julai 2008

dah 2 pun dia..

Rasa bengang sehingga ke hari nie belumpun terungkai tapi disebabkan hari nie merupakan hari istimewa segala perasaan yang tak baik tu aku tolak ke tepi. Nanti saja jerlah aku ceritakan atau mungkin aku simpan ajer ceritanya.

Hari nie 2 tahun dulu aku di dalam sebuah bilik, ditemani hubby dan beberapa orang lain lagi. Hari nie juga 2 tahun dulu airmata aku tumpah lagi melihat dia.

Hari nie setelah sakit itu aku lalui, dia kini dah pun berlari, ketawa gembira, menyebut 'mak' 'ayah' 'kakak' dan beberapa perkataan yang lain. Dia lambat untuk menuturkan sebaris ayat tapi tingkah dan lakunya amat menggembirakan kami semua.

Dia lahir tanpa nama sehingga dia berumur 11 hari. Dan kini namanya bila disebut, dipanggil dia akan menoleh dengan senyuman dibibir.

Dialah anak aku nombor 2...LIDYA CAMELIA



Ketika berumur belum pun setahun...
















Ketika 1thn












bersama kakak raya tahun lepas

Selasa, 22 Julai 2008

Penat tapi gembira

Seminggu sekali updet kira ok gak la daripada langsung takde updet..hehehehe..Seminggu berlalu banyakla siri cerita nak ditaipkan walaupun takdelah banyak mana tapi janji minggu nie minggu 'best' gaklah.

Mana tak bestnya..untuk yang kesekian kalinya..keluarga aku dari KL telah sudi mencemarkan duli untuk melawat aku yang sarat dan menolong aku memindahkan barang2 ke rumah baru ku itu. hehehee..Mereka tiba hari Sabtu tengahari dan aku siap 'tapau' lauk untuk jamuan makan tengahari. Lewat petang tu makcik sedara tiba bersama adik sepupu. Meriah gitu. Kebetulan ada pasar malam, apa lagi berpesta sakan ler dengan durian, manggis dan dokong langsat. Mak pulak telah sudi memasak pengat durian untuk dimakan dengan pulut tanaknya. hhmmm..nyam nyam..sedapnyaaa..

Esoknya (Ahad) hanya sebahagian barang dapat kami pindahkan, selebihnya insya Allah bila ada kesempatan nanti. Mertua dengan baik hati walaupun penat balik dari rombongan ke Terengganu telah memerah keringat memasak lauk makan tengahari untuk kami. Lewat malam tu keluarga aku pun mula bertolak ke KL.

Semalam aku dan hubby bercuti..dari awal pagi kami pun kemas kain baju yang berselerak kerna almari baju kami dah pun ke rumah baru. Hubby bersungut katanya baju aku yang paling banyak dibandingkan dengan dia. Sampaikan jumlah sepentot aku pun dia sebut...nyampah tul. Aku tak suka kalau dah wat keja nak sungut itu ini. Buat jerlah dengan ikhlas. Sebab tu kita jadi cepat penat sebab kita banyak bersungut..betul tak?

Kalau takde aral melintang..insya Allah aku akan berpindah ke rumah baru secepat yang mungkin. Aku pun sedang menghitung hari untuk mendiami rumah baru kami tu.

Selasa, 15 Julai 2008

aktiviti hujung minggu

Hari Sabtu hari tu aku bekerja half day. Seperti yang telah dirancangkan, aku minta jasa baik pakmertua untuk menjemput aku di opis so that aku boleh menyertai rombongan ke rumah pengantin lelaki di Sri Menanti. As you know la kan..orang Negeri Sembilan nie ada adatnya yang perlu dibuat sementalah pulak bapa pengantin perempuan salah seorang dari 'datuk beradat'. Enak betul lauk pauk yang disediakan..ehem ehem aku menjamu selera di atas rumah pengantin yer. Seawal jam 2.30 petang kami pun beransur balik ke Seremban.

Dan seperti biasa, hari hujung minggu rutin balik ke KL untuk melawat parents aku. Jam hampir 4 petang kami pun bertolak. Paling tak bestnya kami menempuh kesesakan sebaik tiba dia tol Sungai Besi. Hubby dah mula resah gelisah, aku apatah lagi. Kejab pusing kiri kejab pusing ke kanan. Hubby bertanya pada adik yang bertugas di tol, ada 'road block' katanya. Terus jer hubby berangin satu badan. Marah betul dia. Kot nak buat roadblock macam dah takde hari lain agaknya omel hubby. Aku diamkan jer. Risau gak aku kot 'penyakit' hubby menyerang nanti. Aku suruh dia bertenang sambil menyuruh dia minum air masak yang aku hulurkan kat dia. Sib baik dia ikut jer.

Sempat jugak kami singgah di kedai kek yang baru dibuka dekat dengan rumah parents aku tu. hmm..boleh tahan rasanya, sedap dan manis. Eh..lupa lak MIL ada kirimkan pulut kuning dan serunding ayam untuk makbapak. Apalagi menjamu selera la kami petang tu. Aku ada citer kat mak pasal hubby hampir2 nak beli durian kat pasar tapi aku cakap baik beli kek jer. Terus mak tanya naper tak beli..aku cakaplah nanti mak turun ke Seremban kita pesta durian yer. Bapak sengih jer. (ada jer jalan nak soh mak datang ke Seremban).

Esoknya (Ahad) lepas makan tengahari, buat taik mata kejab, kami pun bersiap2 nak balik ke Seremban. Hmm..ada lagi roadblock menghala ke KL. Hubby pok pek pok pek lagi. Aku pun tak kuasa nak dengar, mandangkan aku dok layan kanak2 riang kat belakang. Sempat jugak kami singgah di Nilai melawat adik sepupu hubby yang baru jer bersalinkan anak perempuang yang ke-3. Aku soh hubby kuarkan bubur pulut hitam kiriman mak aku untuk diberi kepada mak sedara hubby. Selebihnya aku bawak balik Seremban.

Hari nie rumah baru aku tu akan dicat dek pak sedara aku. Katanya akan selesai dalam 2 hari ajer. Hujung minggu nie boleh la pindahkan barang skit2. Dan semoga rancangan untuk berpindah hujung bulan nie atau awal bulan depan dapat kami laksanakan..insya Allah.

Selasa, 8 Julai 2008

Secukup rasa..

Seminggu berlalu di bulan Julai tentulah macam2 aktiviti dan hal2 yang berlaku kan. Tapi yang penting aku masih belum lagi berpindah (jawapan pertanyaan NBK). Masih ada lagi barang2 yang perlu kami beli. Bukanlah aku taknak pindah. Hari2 aku dah berangan nak dok umah baru tu. Hujung minggu hari Sabtu hari tu ada kenduri kahwin adik sepupu hubby. Dan kebetulan jugak si kakak Julia demam. Kakak kalau demam tak banyak ragam mungkin sebab dia dah makin membesar kot. Setakat nak makan ubat ker nak jumpa doktor ker dia mang tak takut langsung. Alhamdulillah ..kakak dah ok dah tapi batuknya sahaja yang kesian pulak aku dengar..kadang tu sampai dia muntah.

Hari Ahadnya pulak seperti yang dijanjikan hubby, kami ke Klana Resort untuk menikmati buffet japanese food. Tak best sangat tapi aku tak kisah sangat janji aku dapat makan makanan jepun (untung time mengandung camtulah..cakap la nak apa sure hubby penuhi..hehehehe). Masa sedap menjamu selera, kedai perabot pulak telefon nak hantar sofa. Aku soh hubby bagitau bila masa sesuai..eh dia taknak pulak. Ndak takndak lepas jer makan kami ke kedai perabot tu dan settlekan bayaran. Hubby boleh pulak soh kedai tu hantar petang tu gak. Alasan hubby..takut sofa baru tu kena hujan sebab dia nampak sofa tu kat luar kedai. Alaaa..alasan ler tu..tulah peel orang lelaki kan. Konon tak excited tapi aku tengok sekarang nie dia pulak dok sibuk nak letak itulah inilah kat umah baru tu. Aku? Baik aku tumpukan pada 'perut' aku nie dulu..hehehheehe

Anyway..aku ada gak tanya kat hubby pasal mesin basuh dan peti sejuk. Waaahh..katanya nanti dia beli ler..'cash' lagi. Eleh..mentang2 ler baru dapat vitamin 'b' dari tempat keja. Eksen bukan main lagi dia dengan aku tau.

Hujung minggu nie apa lagi..time balik ke Pantai ler kan. Hubby ada gak tanya ada ker apa2 barang nak di amek dari umah Pantai tu. Aku kata ar ada tu ada tapi takdelah banyak pun. Aku ingat bila dah pindah sok barulah aku amek. Tak kuasa aku nak amek sekarang nie sebab tak koser nak semakkan bilik...kot nak anta kat umah barupun bukannya nak pakai lagi pun.

Gambar belum dapat aku nak load lagi walaupun aku dah amek dah. Sebabnya laptop kesayangan aku dah gi service center untuk direpair. Tetiba lak laptop aku tu takleh nak dihidupkan. Tapi aku dah tanya dah..insya Allah minggu nie dah siap kot. La nie aku dok guna pc yang versionnya dah kaput sangat dah. Kot nanti tak pepasal jer hang kang. Untuk selamat baik aku taip jer dulu. Gambar2 letak kendian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails