Sabtu, 31 Disember 2005

UCAPAN

BUAT SEMUA RAKAN2 BLOGGERS :-
SELAMAT TAHUN BARU 2006
SEMOGA TAHUN BARU MEMBERI
HARAPAN DAN SINAR YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN DULU..

Khamis, 29 Disember 2005

Citer akhir 2005

Aku sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana. Aku taknak citer pasal tahun baru sebabnya dah banyak kaliaku citer pasal tahun baru (baru 2kali dah kata banyak dah..eeeii..getik tul aku nei).

Seiring dengan usia yang dah pun masuk ke awal 30 an nie. Aku nak wat perubahan skit. Bukan dari segi paras rupa tapi dari segi tingkah dan laku..eeeii..cam tak caya jer aku nie nak berubah. Bukan ker selama nie aku dah banyak berubah? Eh! ada ker? Kawan aku cakap perubahan yang paling ketara ialah bentuk badan aku..Tak yah cakap pun tak per. Aku taulah aku nak gem**....eii aku tak nak sebut perkataan tu. Ngeri aku dibuatnya. Tapi gem** aku tu gem** ada isi ler. (sehingga hari nie aku masih belum pergi buat check-up). Dulu aku buat check sendiri pun sebab kengkawan opis sibuk suruh buat, maklumlah masa tu aku dah nak pindah tempat kerjala katakan. Jadinya, aku tak buat check up sekarang nie bukan sebab ianya tak penting tapi aku nak tunggu sehingga bulan depan. Kalau sampai bulan depan masih belum ada tanda aku nak kedatangan barulah aku nak pegi check.

Lagipun pengalaman lepas buat aku was2 nak pegi. Pernah aku tak kedatangan selama 2bln tanpa lengah terus jer check sendiri. Tau2 jer besok pagi aku pun kedatangan. So, kali nie aku dah nekad dah..baik tunggu sehingga bulan ke3 nanti barulah aku gi check. Mak aku pun cakap pegi selepas 3-4 bulan. Ikut jerlah cakap mak aku tu. Hubby pun fikir camtu gak. Rata2 orang rapat suoh aku pegi lepas 3-4 bulan, aku ikut jerlah.

Selama aku tinggal bersama mertua selama 2 tahun ni boleh dikira dengan jari berapa kali jer aku masak untuk hubby. Untung betul aku kan? Balik kerja jer dah ada lauk pauk atas meja. So, hari2 aku tak perlu nak pikir resipi apa yang perlu aku masak untuk hubby. Dalam kepala otak aku ligat berfikir masakan apakah bakal aku makan balik kerja nanti. Ehh..Jangan ler cakap aku malas nak masak untuk hubby tapi kekadang mood nak masak untuk dia kureng sebab dia selalu komen masakan aku. Nasi goreng tak pedas pun dia komen. Kot dia tu chef takper gak, dia sendiri masak nasi pun tak reti, nak komen aku lak. Masakan mak dia takde pulak dia komen. Selalunya aku cukup terasa dengan komen dia. Mulalah aku tarik muka peh tu berkurunglah aku dalam bilik tidur. Dia nak datang pujuk? Kirim salamler dia nak pujuk aku.

Nasib baik ler hubby tak reti langsung pasal blog nie. Kalau dia tau aku ada blog nie, harus dia suoh aku tutup. Cakap pasal blog nie kan...apa pendapat korang tentang setiap blog yang korang baca? Takpun, apakah kebaikan setiap blog yang dibaca tu dek korang?

Pada aku lah kan..blog nie banyak memberi pengajaran aku tentang kehidupan setiap insan yang berlainan. Pengalaman mereka lak aku jadikan sebagai contoh diantara pengalaman hidup yang berharga untuk aku. Kekadang tu aku dok ‘melongkai’ (meneroka) blog orang lain tanpa tinggal jejak. Setiap cerita hidup dan cabaran yang dorang lalui buatkan aku bersyukur betapa kehidupan yang aku lalui taklah begitu teruk seperti yang aku dok selalu fikirkan. Pembacaan diari hidup mereka membuat aku sedar bahawa betapa kuat dan tabahnya mereka hadapi ujian getir kehidupan harian.
Antara lainnya aku dapat kawan baru (walaupun tak pernah bersua muka) tapi kemesraan yang terjalin seolah2 kami telah pun berkawan bertahun2 dulu. Ecewah..koyo jer aku kan? Tak kisahler..

Kekadang tu aku takut gak terlepas citer yang bebukan..harapnya tak delah. Kalau bebukan pun takperlah..blog nie aku yang punya..hahahhaha

Apapun, semoga mereka (termasuk aku) tak salah gunakan blog sudah. Kekadang kesian aku nengok mereka yang terpaksa menutup blog diatas ketidakterimaan sesetengah orang dengan cerita yang mereka tulih. Ececehh..bersimpati la pulak aku nie ek..

Okaylah sebelum kekoyoan terus melanda aku ..baiklah aku chow dulu..

ADIOS..!

Rabu, 28 Disember 2005

Cerita Ceriti

Hari Krismas hari tu aku balik KL..sioknya aku..maklumlah dapat jumpa keluarga tercintola katakan..Aku sambung coti krismas tu sampai semalam..Sempatla gak aku gi MidValley..itupun sekejab sebab hubby dah nak rush balik Seremban..macam2 alasan..nanti highway jemlah..pehtu kaki krem la..nite vision problem lah..bohsan tul aku dibuatnya..bila dia pegi tempat yang dia suka takde lak problem tu semua timbul..Padan dengan muka aku nie ada lesen memandu pun macam org takde lesen..kan senang kalau aku yang boleh memandu..lesen ada tu buat hiasan kat muzium jerlah..

Lagi 3 hari kita dah masuk tahun 2006. Start tahun 2002 aku dah bosan nak nyambut..bila org ajak gi celebrate memacam alasan aku bagi. Kalau tak tu muka aku nie sure ada kat Dataran Merdeka takpun Bukit Bintang..Ntah ler mungkin sebab aku rasa rimas kot. Takpun sebab aku boleh nampak percikan bunga api dari umah.

Sepanjang tahun 2005 nie korang rasa camner? Seronok? Ada tak cabaran2 yang dilalui sepanjang 2005 nie lebih kurang cam tahun2 dulu? Kalau tanya kat aku..tahun 2005 adalah tahun yang biasa sahaja..cabaran tetap ada cuma..ntahlah aku pun taktahu nak cakap camner..mungkin sebab aku lebih matang kot. Yang menariknya tetap ada..yang sedih aku cuba untuk melupakannya terus..yang mencabar pula aku cuba hadapi dengan lebih baik dari yang sebelumnya..

Anyway, aku harap tahun 2006 adalah tahun yang lebih baik dan lebih menggembirakan buat aku..Insya Allah..Buat rakan2 semua pun begitu jua hendaknya..Amin...

Khamis, 22 Disember 2005

Tanpaku sedar

Sejak kebelakangan nie aku sibuk..tak sempat pulak aku nak berciter psl sambutan besday aku hari tu. Alih2 jer dah seminggu berlalu. Sabarjerlah. Tak lama lagi coti Krismas. Peh tu tahun baru. Aduss..Tak terkejar aku dibuatnya. Sapa suruh kejar ek? Dah..dah..yang berlalu biarkan berlalu..perghhh..skima tul ayat tu..Eleh..tu ayat nak nyedapkan hati tu..(apa yang aku melalut nie?)

Tima kasih pada ucapan selamat dari rakan bloggers sekelian. Insya Allah kalau panjang umur, murah rezeki jgnler buat2 lupa wish aku lagi ek..sahih aku nie perasan giler kan? Sambutan besday aku pun tak delah grand pun..manager aku tu belikan kek peh tu hubby lak bawak gi makan western food. Itu jerlah..Tak macam sepuluh tahun dulu besday aku disambut dek rakan sepejabat di Kelana Seafood, siap dapat buah rantai emas bentuk kunci lagi. Maklumlah 10 thn dulu aku 21 skrg dah 31 ..wuih hai..banyak jugak umur aku ek..kakakakakakaka baru nak perasan ker Puan Hani oiii..Mana taknya, aku selalu dok ingat kata2 omputeh ‘AGE IS ONLY A NUMBER’. Ececeh..koyo lagi aku nei..

Aku masih belum buat pemeriksaan utk mengesahkan kehamilan dengan doktor. Cukup dengan perubahan fizikal aku nie dan tak lupa jugak perubahan diri hubby. Aku cukup kesian kat hubby tu..yerlah dia pulak yang lemah lembik..macamlah dia yang pregnant. Katanya gosok gigi pun boleh muntah..alahai kesiankan hubby aku tu? Ok cukup citer pasal tu.

Tahun 2006 akan muncul tak lama lagi. Mesti ada kengkawan yang dok tanya apa azam ko tahun 2006 nie? Well, kali nie aku nak cuba jadi orang yang lebih tenang dan matang dalam menghadapi setiap masalah. Ecewaah..koyo jer. Tapi sebenarnya aku lebih menunggukan hujung bulan Januari..waaaweeiii banyaknya coti. Apa nie lum apa2 dah ingat coti dah. Belum pun habis bulan Disember, aku dah dok pikir cuti bulan January. Sebenarnya terlalu banyak benda yang aku dok azamkan. Tapi tulah nak jadikan sesuatu impian bukannya mudah. Hanya keazaman yang kuat dan jitu jer menjanjikan hasil yang baik..ecewwaaaah...koyo lagi aku nie..Eh masih ada orang dok berazam lagi ker setiap kali tahun baru nie? Macam takde jer..Ada lagi ker? Ntahler..aku pun tak pasti..kalau ada tu, bagusler..kalau tak dapat usaha sampai dapat tau..tapi mestilah perkara yang baik yang tak baik tu baik korang lupakan..

Anyway, aku ucapkan selamat menghabiskan coti pada yang dok perhabiskan coti dan tak lupa Selamat Hari Krismas pada yang beragama Kristian.

Khamis, 15 Disember 2005

Kurang 24jam

Sejak beberapa hari kebelakangan nie aku rasa lemau jer. Aku tak tau naper camnie. Semalam makan nasi pun rasa loya jer. Loya? hhmm..lain macam jer nie..Apakah betul macam yang aku dok pikir nie? Malam tadi pun aku takde selera nak makan. Hari Isnin hari tu aku gi lunch ngan hubby terbau asap rokok hubby pun buat aku nak muntah..Apsal ek? Dulu masa aku pregnantkan si Julia tak pulak cenggini..

Pagi tadi satu kejadian yang betul2 menguatkan keyakinan aku. Hubby pun rasa mual..hah ko..dulu masa aku prengnant Julia, hubby yang beria2 loya siap muntah2 lagi. Dia nak gosok gigi pun rasa mual. Tapi kali nie aku dengan dia sama2 rasa loya.

Aku ingat nak tunggu sampai hari Isnin sebabnya sebelum aku bukan tak pernah miss kedatangan 'itu'. Genap dua bulan..kedatangan 'itu' pun bermula. So, aku taknak terlalu yakin yang aku nie .....? Aku ingat nak buat test (beli kat farmasi) esok jer. Kira2 nak buat besday present untuk aku ler. Tapi..nanti dibuatnya aku kedatangan..buek eden ghaso lagi lomah yo..

Hah..ya..esok merupakan hari lahir ku yang ke 31. Apakah bakal hubby bagi ek? Last year kitorang gi makan jer. Kali nie aku rasa yang sama kot. Apa pun..aku nak tunggu esok..ntah2 tengah malam kang dia buat kezutan..hehehehe..Apakah kezutan itu? Tungguu...

Kat bawah nie ...


Your Birthdate: December 16

You're incredibly introverted and introspective. You live inside your head.
You spend a lot of alone time meditating and thinking.
People see you as withdrawn, and at times they are right.
You are caring and deep, but it may be difficult for you to show this side of yourself.
Your strength: Your original approach to thinking
Your weakness: You tend to shy away from others
Your power color: Pale blue
Your power symbol: Wavy line
Your power month: July

Selasa, 13 Disember 2005

Hari nie punya citer

Hari nie boss aku masuk lambat katanya keta takleh start padahal baru jer anta gi service katanya..Aku ingatkan kot dia lupa hari dia kena kerja maklumla hari Sabtu dia gi Pulau Pangkor. Dia bagi aku 2 paket "satay fish"..alaah yg dah kering bersalut gula tu lah..Ingat jugak ko kat aku yer bos..

Hari nie dengan besok hubby coti..nak habihkan coti tahunan dia ler tu. Aku? Adalah tinggai sehari jer lagi nie. Dok ingat nak amek 27hb nie. Maklumla time tu memang time balik KL. Kira ok gak tu. Boleh aku bermalasan kat umah parents aku. Yerlah tu bermalasan silap2 mak aku dera aku masak. Aku tak kisah..sebab tiap kali mak suruh masak for sure aku masak yang sempoi2 punyalah. Adalah satu kali tu aku masak tak sampai setengah jam. Bapak pun kekaguman. Peh tu satu keluarga gelak sebab aku masak sup suhun and sambal goreng. Itupun mak cakap sedap (sebenarnya mak perli aku tu). Eleh..licin ler jugak..

Aku teringat dulu masa aku darjah enam..fuhh..muda lagi dah kena dok dapur..mak aku ler tu. Masa tu ada pisang emas dah masak sangat dah..mak suoh aku buat cekodok pisang untuk minum petang. Aku pun ok jerlah. Masa tu rumah kitorang belum mampu nak pakai dapur gas..kitorang masih guna dapur minyak. Aku pun amek tepung, gula dan bermulalah aku dengan mulut kekonon buat macam kat tv tu ler. Dapur minyak masa tu mak letak rendah jer. Masak dengan duduk jerlah. Masa nak angkat tu aku pun dok macam Oshin (masa tu citer nie hangat bangat betul) aku lupa nak lapik tapisan..hah kau menitik ler minyak panas tu kat peha aku. Sampai sekarang berbekas ko..padan muka aku. Cekodok tu pun sedap (pada aku ler) diminum lak dengan air ovaltine (macam milo ler)..perghhh..sedapnya..

Ni yang buat aku lapar nei..ndak2 time hujan nie..

Okaylah cukup dulu kat sini..aku nak suoh hubby carik cekodok takpun pisang goreng utk minum petang nie..heheheheehe

Jumaat, 9 Disember 2005

Tika Hati Sayu..

Hhhhmmmm...hari tu aku dok mengemas laci almari solek..mak ai..punyalah byk surat..Surat cinta dari bank ler apa lagi..dlm dok kemas2 aku terjumpa lak gambar masa dok sanding tukar2 baju dulu..apsal lak dlm sampul surat lak nie? ooo..hari tu aku anta ke HQ kasi dorang nengok aku lupa nak letak balik..Selesai jer aku kemas laci tu aku pun capai album perkahwinan sebab nak susun balik gambar posing aku tu. Dalam dok selak2 tu tetiba jer hati aku sayu dan tak pepasal airmata aku turun dengan laju...Gambar sekeping arwah Uwan..

Lepaih tu tetiba Julia masuk bilik menerpa ke arah aku..Dia pun sibuk nak nengok peh tu dia nengok muka aku dia mulut dia pun ''aa..aa..aa'' ntah apa biji butir dia cakap aku sendiri tak paham. Agaknya dia tanya kat aku apa yang buat aku nangih kot. Tak semena2 aku senyum balik..

Peh tu aku tak menang tangan dah dengan si Julia nie. Kejab panjat katil kejab kang panjat side table..aduih..sampai satu masa tu aku jadi stuntwoman lak terpa kat dia sebab dia dah ataih hujung katil tunggu masa nak terjun..sakit lengan aku dibuatnya..dengan muka berkerut aku menahan..Julia nengok muka aku, aku pun dapat satu idea..terus jer aku buat2 muka sedih sambil pegang lengan aku tu..."sakit lar Julia..ehek ehek (koyo jer konon2 aku nak nangis)..Terus Julia gosok lengan yang aku dok pegang. Ooo..paham jugak ko yer kata aku dalam hati.

Lepaih tu Julia buat kelakuan dia yang lasak tu balik..(nama jer pompuan Julia ni tau) Tu baru anak sorang tu..tak dapat aku bayangkan kalau tambah lagi 2 ke 3 orang..tambah? eh..nak tambah lagi ke? Hari tu hubby kata tambah ke tidak ker takper..tu rezeki tu..amboi senang jer dia cakap..kalau dia yang menanggung sakitnya tak per gak..tengoklah dulu tunggu Julia besar sikit lagi..next year ker..eh next year pun tak lama lagi pun..alahai..cepatnya masa pegi ek..alaa, wait n see jerlah ..

Apapun, selamat berhujung minggu semua..enjoy..(aku nak balik KL esok nak tengok atokku, parents ku dan semuanyalah..)

Adioss..

Selasa, 6 Disember 2005

Semalam

Lewat senja ketika aku di dapur menggoreng kentang hubby panggil..

Hubby: Yang, meh jab..
Aku: Apadia?
Hubby: Mehlah jab
Aku: Cakap jerlah..kentang dalam kuali tu kang hangus kang
Hubby: Kejab jer..marilah
Aku: Cakap jerlah kat sini (kat dapur mak mertua aku pun ada sebenarnya)
Hubby: ish..sekejab jer nieha..
(aku pun mengekor dia ke bilik)
sampai ke bilik..
Aku: Hah..apadia? kentang tu kang hangus lak kang
Hubby: (sambil tersenyum dan berbisik berserta satu ciuman di ?) Happy Anniverssary
Aku: (senyum dan terus berlalu ke dapur cepat2 sebab takut kentang tu nanti hangus)

Tak lama lepas tu aku nampak hubby dengan berseluar pendek dan tshirt..
Hubby: Nak gi stadium tengok friendly game..(tersengih mcm kerang busuk)
Aku: (Dlm hati)ooo..patutlah manis jer ucapan rupanya nak keluar tengok friendly match (bolasepak) Sabarjerlah

Itulah hubby..pandai betul dia kan..?Bodek bukan main lagi..Rupanya dia agenda disebalik kemanisan kata2. Hhmm..dari mana dia belajar tu ek? Tentulah dari aku sebab aku pun selalu buat camtu bila aku ada 'something' nak dibuat tak pun ada 'something' yg aku nak dari dia..heheheheehe

Isnin, 5 Disember 2005

Hari ni..

Hari nie 5hb Disember kan..maka genaplah usia perkahwinan kami 2tahun. Bila diimbas kembali saat aku diijabkabulkan..buat aku tersenyum. Mana taknya, disaat dia menyarungkan gelang ke tangan ku sempat si dia membisikkan perkataan "I LUV U" ditelinga. Syahdu aku dibuatnya..

Pagi tadi ciuman dipipinya sambil mengucapkan Selamat Ulangtahun buat dia tersenyum. Aku tak mahu menunggu ucapan dari mulut dia. Tahun dulu dialah org pertama buat aku tersipu malu kerana terlupa akan tarikh bahagia kami. Tapi kali nie biarlah giliran aku pula.

Tak perlu hadiah..katanya. Kehadiran Julia Adriana dalam hidup kami berdua adalah hadiah yang amat bermakna baginya. Alhamdulillah..walaupun ada kalanya kami bermasam muka tapi jauh di dasar hati betapa dia mahupun aku saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

Kami masih baru dalam alam rumahtangga ini tapi kami sentiasa belajar mengenali antara satu sama lain lebih mendalam. Semoga hubungan kami senantiasa mekar dan harum sertai dilimpahi keberkatan dari Maha Esa..insya Allah..

Buat Suami tersayang..Semoga cinta kita terikat selamanya..Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

Khamis, 1 Disember 2005

ANGKA-ANGKA

4 hari lagi Ulangtahun Perkahwinan kami (aku n hubby ler..)

15 hari lagi Besday aku yang ke 31

31 adalah umur aku 16 hb nie

30 hari lagi ke 2006

Selasa, 29 November 2005

kena tag lagi..

Kena tagged lagi.. ! Tima kasih Slyn..Yer ker no. 5 nombor bertuah aku nie? Macam bukan jer...Arahan dia kat bawah nie..

1. Tengok2 ler blog lama korang tu.
2. Carik yang ke 23 entri atau yang terdekat.
3. Carik ler ayat ke5 atau yang terdekat.
4. Pehtu korang post ler ayat tu kat sini. Peh tu korang berikanlah maksud ayat tu (cewah..cam real jer ek)
5. Yang nie kena tag 5 org yang bertuah...(kesianlak nak tag org lain)

entri ke 23 dan ayat ke 5nya ialah (penin aku nak carik ayat ke 5 nie)...

" Tapi aku tak marah cuma hati aku terbetik sedikit rasa cemburu..Naper ek?"
(Ntah ler aku pun pening nak carik maksud dia) muahahahahahahah....

Ok, oleh kerana benda nie aku kena tag orang..maka dengan ini..pada sesiapa yang telah membaca entri ini kenalah buat apa yang aku buat..muaahahahahaha

Isnin, 28 November 2005

Hari itu (24/11/05)

Awal pagi Khamis 24 November 2005 bersamaan 22 Syawal 1426 tetiba Julia mengengek..selalunya bila dia begitu aku buatkan susu tapi kali nie jangan kata susu, apa sahaja yang aku lakukan jadi tak kena pada dia. Hampir hilang kesabaran aku pada Julia hinggakan akhirnya hubby memasang lampu dan dibiarkan aje si Julia bermain.

Tak lama lepas tu telefon berdering2 pula..hati aku berdetik, berita buruk apa pula kali ini..Cepat2 pulak hati aku menidakkan untuk berfikir perkara yang bebukan.
Hubby masuk ke bilik dan memandang tepat ke muka aku dan berkali2 dia meminta aku bersabar. Aaa..apa nie Yang? Tatkala hubby membuka mulut beritahu yang uwan (mak sebelah bapak aku) telah TIADA, ketika itulah air mata ini amat deras mengalir dan mulut ku hampir tak mampu untuk menyebut INALILLAH..

Bukankah Uwan sihat ajer..? Kenapa masa dia sakit kuat tak diberitahu? Timbul pula persoalan demi persoalan di fikiran aku nie.

Kalau sebelum nie hubby kehilangan Uwan dia..kini giliran aku pula. Badan aku terasa amat lemah sekali. Kali terakhir aku berjumpa arwah Uwan hari raya ketiga hari tu..dia mencium Julia berkali2 dan dipeluknya sambil berkata pada aku "Ntah bilalah nak jumpa lagi". Aku pujuk uwan dan aku katakan aku selalu balik tentulah dapat berjumpa. Mana tau..rupa2nya arwah Uwan sudah mengetahui bahawa dia takkan berjumpa lagi dengan cicit dan cucunya ini.

Kata Mak Usu (adik bapak) yang tinggal bersama Uwan beritahu aku yang Uwan tak sakit apapun. Dia cuma rasa tak selesa dan meminta air susu untuk diminumnya. Selepas Uwan minum air tu dia menadah tangan sambil mengucap dan diusapnya muka kemudian dia berbaring dengan mata terpejam. Mak Usu memanggil berkali2 tak dijawab. Selebihnya..? Tak sanggup untuk aku meneruskan ceritanya lagi..

Kehilangannya masih lagi terasa..Bertambah sedih bila melihat atuk seolah2 hilang arah. Selama lebih 50 tahun hidup bersama kini dia sendiri. Di satu kejadian yang membuat aku rasa pilu teramat, tak sempat jenazah dikebumikan Atuk sudah bangun dan meninggalkan tanah perkuburan. Tak sanggup dia nak melihat jenazah Uwan dikuburkan katanya.

Al-Fatihah buat arwah Uwan..semoga rohnya dirahmati.

Rabu, 23 November 2005

Sahabat?

Hari nie aku nak berterima kasih dengan sorang sahabat yang aku kenal hampir seluruh hidupnya begitu juga sebaliknya. Kalau tak kerana dia, aku tak mungkin ada 'mood' atau juga takde idea nak menulis hari nie.

Aku tak marah apatah lagi nak membenci. Apa yang aku rasa sekarang bercampur baur. Tapi yang pasti aku terkilan. (alah..macam budak kecik pegang belon peh tu belon tu pecah takpun macam pompuan mengandung mengidam mangga tapi dapat mempelam..boleh ker camtu? ahhh..bantai ar)

Soal kepercayaan dan amanah tu biarlah masa yang menentukan..kau pun taukan aku tengah kesedihan dengan hal yang tak aku ceritakan di sini. Takperlah..inilah risikonya berkawan. Betul tak?

Aku anggap ini sebagai satu rentetan peristiwa dalam hidup takpun satu kenangan yang harus aku kenang ke akhir hayat. (Apalah yang aku merepek nie aku tak tau).

Kau tak hutang dengan aku dan aku pun tak berhutang dengan kau.

Haluan hidup kita tak sama dan begitu juga matlamat.

Sekali lagi terima kasih sahabat..terima kasih kerana kau kini aku lebih memahami kelebihan dan kekuranganmu. Aku harap kau pun begitu juga.

Isnin, 21 November 2005

Penatnya..

Alhamdulillah...Ayah mertua aku pegi ke Sabah seorang diri. So, dia tak bawak Julia bersama. Fuh..leganya hati aku Allah swt sajerlah yang tau. Dia pergi pun tak lama, pegi hari Jumaat dan balik hari Sabtu petang. Hubby, aku, adik ipar dan semestinya aku bawa Julia pegi ke menjemput dia di KLIA. Aku sebenarnya tak nak pegi tapi hari Jumaat malam tu ayah(mertua) dah pesan bawak Julia, kenalah aku mengikut sama. Hujan lebat betul masa tu.

Sampai kat umah kepala aku dah berdenyut2 dah tapi aku tahankan. Lewat petang tu pulak hubby ajak pegi beli barang keperluan yang bakal diadakan esoknya. Tapikan kepala aku berdenyut tu hilang sekejab sebab ayah mertua ada bawakkan ole2 dari Sabah. Seutas rantai mutiara untuk aku. Ayah mertua aku nie pengerusi surau di kawasan perumahan tempat tinggal kami nie. Tetamu yang datang pun boleh tahan jugak ramainya. Aduh... penatnya.. dengan pinggan mangkuk yang nak dibasuh. Penatnya sampai hari nie terasa, sepatutnya aku ambil cuti hari nie. Tapi aku kena buat report la pulak. Peh tu banyak order nak kena buat lak.

Aku nak mintak kebenaran dengan bos aku balik awal hari nie. Harap2 dia bagilah hendaknya.

Okaylah aku nak kena siapkan kerja nie cepat2 nanti senang ar boss aku nak benarkan aku balik cepat. Apa2 citer kita sambung esok jerlah..itupun kalau aku ada masa ar kalau tak, inilah dulu citer aku.

Selasa, 15 November 2005

Hhhmm..

Lewat petang semalam aku balik lambat, maklumlah tunggu drebar (sampai hati aku kan, hubby aku panggil drebar) menjemput dari opis nie. Sampai jer kat umah aku letak handbag dalam bilik. Dah memang jadik kebiasaan balik umah aku mesti masuk bilik dan terus jer mengadap muka dicermin sambil mengikat rambut aku yang ikal mayang nie..hahahahaha perasannya aku nieh aiii..Dari dalam bilik aku dah dengar suara si Julia dengan ayah dia. Ntah apa bijik butir yang dituturkan pun aku tak tau. Aku terus keluar bilik nak nengok apa kerenah yang dia buat kali nie dengan ayah dia. Mana tau, dia nampak jer aku terus dia terkam dan peluk aku kuat2. Tangkap syahdu aku kejab. Selalunya dia cuma menegur dalam bahasa dia sendiri.

Pagi tadi dia buat hal lagi..dia taknak berenggang dengan aku lak. Tetiba jer dia taknak lepaskan kain aku. Aishh..Selalunya Julia tak macam nie.. Ngengada ar tuh..

Aku sebenarnya tengah risau nie. Ayah (mertua) nak ke Sabah. Dia nak bawak mak mertua sekali. Memang aku tak kisah. Tapi yang aku kisahkan ialah rancangan dia nak bawak Julia. Aishh..manaleh. Julia harus bersama aku, tido harus juga bersama aku. Aku tak pernah berpisah dengan Julia. Cuma ada sekali masa Julia 2bulan aku terpaksa ke KL untuk menghadiri satu majlis pejabat yg mewajibkan semua pekerja hadir. Tapi lepaih tu aku tak pernah langsung berpisah dengan Julia. Memang ar rezeki Julia tapi aku..ntahlah aku tak tau camner nak jelaskan perasaan aku sekarang nieh. Aku nak ikut tapi hari raya baru jer lepas mana aku nak cekau ongkos tiket dan penginapan ke Sabah tu. Adeehh..aku berharap sesangat rancangan ayah nak bawak Julia tu tak menjadik.

Semalam mak(mertua) bagi tau yang ayah nak buat besday party untuk Julia sama ada kat A&W atau Mcdonald. Alahh..tak best ar time raya nie buatlah kat umah. Ramai jiran tetangga boleh dijemput. Boleh buat 'open house' sekali. Setakat decoration takde masalah. Aku pasti ramai yang nak tolong buatkan. Aku pujuk mak bagitau kat ayah majlis tu lebih elok dibuat dirumah. Jimat pun jimat apa..Lagipun boleh panggil tok siak surau utk membacakan doa selamat buat Julia. Pendapat aku pulak dipersetujui dek adik ipar aku. Dia pun siap menawarkan diri untuk membuat decoration kat umah. Hahh..okler tuh.

Tengoklah nanti apa kata ayah mertua aku tu..(aku tengah berdebar2 nieh)

Isnin, 14 November 2005

Tetamu Istimewa

Semalam aku rasa teruja ler sesangat, walaupun aku tak ke mana2 pun tapi yang pasti aku rasa happy tau.

Semalam ada tetamu istimewa datang ke rumah. Yer, Cik Puan Tiara telah sudi menyinggahkan diri ke rumah. Maklumlah, last sekali aku jumpa dia masa hari persandingan di sebelah rumah lelaki tahun lepas. Masa tu Julia masih lagi kecil. Walau tak lama singgahnya tapi aku tetap merasa gembira.

Punyalah seronok sampai aku terlupa nak hidangkan lemang yang baru dibeli. Mintak mahap yer Cik Puan Tiara. Lenkali aku akan terus menerus mengingatkan diri melayan tetamu lebih baik lagi.

Tiara ada mengajak aku ke Klang. Buat apa ek nak ke Klang? Adalah...tapi kena confirm betul2 takut nanti tak menjadik pulak. Aku nak cadangkan kat Tiara tak yah ler tunggu si Din tu. Sok nanti bila dia dah balik sure dia nak jumpa sedara mara dia peh tu kengkawan lama dia. Betul tak Din?hehehehehehe..

Aku ingat nak balik KL hujung minggu nie tapi takut ada rancangan lain sebab masa sarapan tadi mak mertua aku ada kata nak wat kenduri doa selamat utk Julia. Maklumlah Julia kan dah setahun. Kenalah aku confirm betul2 dgn hubby dulu.

Apahal dengan aku nie asyik kena confirm dengan org tulah org nielah. Tulah tu benda nie cuma dalam perancangan. So, kenalah rancang betul2. Betul tak? Betullll.....

Jumaat, 11 November 2005

Mood Raya Lagi ker?

Takde benda yang menarik hari nieh..Cuma malam tadi aku gi beraya umah ofismate hubby. Si Julia pulak tak reti dok diam. Menegur semua tetamu. Mulut ntah apa biji butir cakap ntah. Anak2 ofismate hubby pun suka kat dia. Julia pulak memang suka dgn suasana yang reramai nie.

Sejak dah ada anak nie pulak, orang dah tanya dah banyak ker collection duit raya anak. Alah..banyak ke sikit ker aku tak kisah. Yang penting aku beraya dengan sedara mara aku. Maklumlah jumpa pun setahun sekali itupun kalau bernasib baik, kalau tak, langsung tak bersua muka.

Aku dok nengok2 kalendar 2006. Fuhh...bestnya orang yang kerja kat KL nie ek. Maunya tak seronok, bulan January bulan paling banyak coti ler. Bermula dengan cuti tahun baru peh tu raya haji pada 10hb peh tu lak start 29hb & 30hb cuti raya cina diikuti lak dgn cuti awal muharram 31hb peh tu sambung lak cuti hari wilayah. Wuih..kenyangler korang dek coti ek. Jeles aku dibuatnya tau.

Belum habis tahun 2005 aku dah 'usha' dah kalendar 2006. Tak senonoh tul aku nie kan? Apalak, aku bukan apa lar, aku nak plan coti for the next year. hah..yerlah tu..macamlah aku nie banyak coti pulak.

Mertua aku ada ura2 nak buat open house tapi dia takut kitorang tak cukup kakitangan, memang pun. Aku pernah buat 'open house' dulu.. rasa nak tercabut tumit nie dibuatnya. Tapi aku tak serik tau, seronok gak tapi tulah aku dok dgn mertua rasa segan tu lebih menebal. Masa cengginilah yang membuatkan aku nak cepat2 beli rumah dan dok umah sendiri. Apakan daya aku..hubby aku selalu sangat beralasan untuk terus tinggal dengan parents dia. Sabarjerlah...

Oh..ya, mertua aku pun bercadang nak buat majlis hari lahir tapi tak pulak dia cakap nak wat kat mana. Aku pun malaih nak menanya. Kalau ada, aku bersyukur dgn rezeki yang Julia dapat. Kalau jadik, insya Allah aku jemputlah nanti kengkawan yer. Kalau tak, diam jerlah.hehehehe

Okaylah cukup dulu citer nie. Aku tengah takde mood nak layan blog buat masa nieh. (Tengah kering idea sebenarnya nieh..hahahahahaha)

Rabu, 9 November 2005

RAYA TIME..!

Setelah beberapa kali aku cuba nak menghupdet maka hari inilah hari yang membolehkan aku bercerita pasal coti raya hari tu..Dah basi ker? Basipun basilah, janji aku nak gak berkongsi citer pasal raya aku nie..heh heh heh..

2 hari sebelum raya (1/11) - Barulah aku terhegeh2 dok mencari baju raya..Lega rasanya bila dapat sepasang baju kurung yang merah garang gitu..Baju raya Julia dah banyak tapi baju kurung jer takde..takper masih ada 2 hari lagi nak beraya..still got time..hubby ajak gi beli barang skit2 utk raya..ikut jerlah..maklumlah baju raya kali nie hubby yang belikan..kenalah bodek..Lewat petang tu jugak ajak hubby gi beli baju kurung untuk Julia..fuhh..lega..orang yang jual tu rupa2nya kawan lama hubby..apa lagi dapatla diskaun 50%..inilah yang dikatakan rezeki.

1 hari sebelum raya (2/11) - Genap umur Julia setahun. Pagi tu aku tolong mak mertua pasangkan langsir. Pasar Ramadan pun dah tak ramai yang meniaga. Aku tanam tekad n nekad nak belikan something untuk Julia. Aku ajak adik sepupu pegi kedai emas. Dapatlah aku belikan sepasang gelang dan cincin emas untuk Julia. Penat giler babai betul aku dibuatnya..Lepas pengumuman raya..kitorang pun siap2kan pinggan mangkuk sebab malam tu rombongan dari surau nak datang bertakbir..Dan di tengah malam raya aku sorang2 tercongok basuh pinggan mangkuk ditemani dek bunyi mercun. Sabar jerlah..

Hari raya pertama (3/11) - Dengan hati yang berbunga riang (maklumlah pagi raya walaupun kali pertama raya di rumah mertua). Aku siapkan Julia peh tu aku lak bersiap-siap. Alamak aku lupa nak isi kuih raya dalam balang ler. Sib baik mak mertua tak marah. Datang pulak rombongan jiran tetangga untuk beraya. (Sebenarnya aku dok tunggu kawan aku yang kata nak datang tapi bayang pun tak nampak, janji bukan main lagi..Kalau dia baca nie, aku nak dia tau yang aku tertunggu2 gak dia datang dah tu langsung tak call aku kata datang ke idak..sib baikla masih musim raya..sabarjerlah) Bila line dah clear aku pun suruh ayah n mak mertua duduk sebab kami (hubby, aku n adik ipar) lum bermaafan beraya lagi. Selalunya pagi raya sebelum ke masjid utk sembahyang beraya, keluarga aku akan berkumpul di umah atuk n wan utk bermaafan di pagi raya. Lewat tengahari barulah kakak ipar aku balik itupun dia pegi ke kubur arwah wan peh tu dia terus ke umah makteh (makcik hubby), kitorang nie lak dok la menunggu dia kat umah..sabar jerlah. Dari umah makteh tu kitorang terus ke Terachi ke rumah mak tiri ayah mertua aku tu peh tu ke Seri menanti lak umah makcik mak mertua aku..Lewat petang barulah sampai umah.

Hari Raya kedua (4/11) - Pagi lagi aku dah bangun dah..maklum la aku nak balik KL dah. Tapi takkan aku nak biar jer dapur bersepah lak..aku pun tolong apa yang patut dulu. Kakak ipar aku pun dah siap2 nak balik umah dia. Bila semua dah siap barulah aku kuarkan kek birthday Julia, dan kami pun raikan birthday Julia sesama kami sahaja. Lewat pagi barulah aku dapat bertolak. Mak mertua bekalkan ketupat, rendang, lemang etc etc penuh satu bakul utk parents aku. Aku tipu Ateh kata malam baru sampai. Tup tup tengahari aku dah ada depan muka pintu. Sib baik diorang semua tak kemana2. Sudahnya aktiviti raya kedua aku dirumah mak n bapak jer. Hubby pun tido sebab keletihan lagipun nak pegi umah jiran2 pun semuanya balik kampung. Tapi ada sesuatu yang paling menyeronokkan berlaku, Julia..dia dah mula berjalan. Hubby pun seronok nengok dia jalan.

Hari Raya Ketiga (5/11) - Aku ke rumah atuk n wan lak. Plan buat bbq malam nie. Wah..bestnya. Peh tu hubby dapat call dari in-law aku, diorang nak datang umah. Aku pun tinggalkan duit kat mak usu utk dia gi beli ayam dan segala rencah. Aku pun balik umah siap2 apa yang patut. Inlaw aku datang bawak lemang tu. Peh tu diorang plan nak ke Puchong lak(umah makcik hubby), aku n hubby pegi gak ler. Lewat petang balik umah mandi terus siap2 ke umah atuk n wan. Sempat lagi beli kek kecik, sambut besday Julia kat situ dan kebetulan lak anak makusu pun besdaynya lagi 3 hari, sambutler sekali. Lewat tgh mlm tu semua settle, dengan lauk ayam panggang pun habih gak.

Hari Raya Keempat (6/11) - Aku ajak hubby gi umah akak dia yang memang tak masuk dalam plan pun. Tapi hubby tuko plan lak, nak ikut parents aku gi beraya ke Sepang, Seronok ler bapak bila mendengarnya. Tapi hubby dah sound dah nak balik Seremban lewat petang, kesudahannya malam barulah dapat balik Seremban. Parents aku pun ikut sama nak gi beraya umah besan diorang. Dekat kul sebelas malam barulah parents aku gerak nak balik ke KL tapi sempat lagi dia nak menyinggah umah adik dia. Lagipun makcik aku pun ikut sama masa tuh, tak dapatler bapak nak ngelat lagi.

Hari Raya Kelima (7/11) - Mood raya ada lagi, tapi apa nak buat, dah time kerja..sabarjerlah.

Yang tak bestnya kan..setiap aktiviti yang berlaku tu tak dapat langsung aku rakamkan sebab aku tak bawak kamera.

Isnin, 31 Oktober 2005

UCAPAN

Hari nie aku masih bekerja. Start hari esok aku dah mula bercuti dan aku akan kembali bekerja pada 7 Nov nie.

So, dengan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan aku nak mintak mahap pada sesapa yang terasa hati dengan kata2 yang aku luahkan kat sini.

Semoga hari yang mulia ini penuh bererti buat semua..

Jumpa lagi..

Jumaat, 28 Oktober 2005

aku pun kena gak..

Tak pepasal jer aku pun kena tag dah..nak kena budak nieh..sabarjerlah

Memandangkan dia dah wat camtu kenalah aku buat n jawab dgn selambanya..

[Q.01] Seven Things I Plan To Do Before I Die:

1. Punya rumah sendiri (sekurang2nya ada gak harta)
2. membesarkan anak2 dan didik diorang jadi org yg berjaya
3. ke Mekah mengerjakan haji
4. belajar cakap Arab & Mandarin
5. jadi isteri yang terbaik for my hubby
6. menjadi umat Islam yang taat melakukan segala kewajiban
7. ada orang nak ziarah bila terlantar sakit tenat (dpt gak diorang baca Yassin kat aku)

[Q.02] Seven Celebrity Crushes:
1. Keanu Reeves (the way he carries himself buat aku kekagungan)
2. Will Smith (IQ dia tinggi sama tinggi dgn orgnya)
3. Yusof Wahab (muka lelaki Melayu yang serius)
4. Kurt Russel (respek kat kesetiaan cinta dia kat Goldie Hawn)
5. Sir Sean Connery (suara dia ‘macho’ beb)
6. Hans Isaac (muka Melayu walaupun bukan Melayu)
7. Phua Chu Kang (ayat "don't play2" jer aku suka dgr )

7. [Q.03] Seven Often Repeated Words:

1. eleh…
2. bodoh bangang!!
3. hah?
4. yerlah tu..
5. tau takper..
6. otak ko
7. sabarjerlah

[Q.04] Why I Chose My Husband

1. Sebab dia sayangkan aku (tak sayang, harus kena penangan..tul tak?)
2. Dia tak bermisai (aku geli tengok orang bermisai walhal bapak aku bermisai)
3. Jarang naik angin (sense of humor dia selalu buat aku gelak sakan)
4. Sabar dengan peel aku yang ‘berangin’ selalu
5. pandai jaga hati aku
6. bertolak ansur & menghargai hubungan kami
7. makan apa saja yang aku masak..(sedap tak sedap belakang kira)

[Q.05] FIVE People This Tags Goes To:
1. izzy-cun (buat jgn tak buat)
2. azima (jgn mare)
3. slyn (#4. tukar ler jadik “Seven Traits I Look For In The Opposite Sex”)
4. same goes to devil angel
5. ex-wira cyborg (takde blog pun kena buat gak)

Kalau belum jodoh

Hari nieh aku tak nak citer pasal raya. Asik2 citer pasal raya, bosan ler. (Tak bosan pun..citer pasal raya mana leh bosan).

Kenapa tetiba aku terpanggil nak citer pasal jodoh nie? Dua tiga hari lepaih aku ada beborak dgn sorang adik nie. Umur dia dah 24thn (sori ek tak leh nak bagi tau nama dia takut nanti dia marah kat aku). Dia masih solo. Katanya dia bosan orang selalu tanya bila lagi? Aku bagi tau dia dulu aku pun camtu gak. Biasalah mulut orang nie, ada jerlah persoalan diorang.

Aku siap ajar dia lenkali jawab jer zaman sekarang nie nak carik jantan lagi senang dari carik lelaki(maaf yer kaum lelaki, jgn amek ati tau). Apsal suka ati aku nak kata camtu.. Sebab inilah kenyataannya. Memang ar kita tak leh nak terlalu memilih, tapi kita kan dah diberi hak untuk memilih jadi tak salah rasanya kalau kita gunakan hak tu. Ya..aku tau aku nie berbinti kan bapak aku tak lupa juga aku dah ada suami yg datang dari kaum lelaki gak. Ya aku tau orang pompuan pun ada yang berperangai yang tak elok.

Aku dulu pernah sampai ke satu tahap mak aku panggil aku anak dara tiang para. Aku cakap kat mak yang aku ada sebab aku sendiri kenapa aku belum nak berumahtangga. Mak aku dulu selalu bising pasal kahwin bila umur aku dah cecah 24..sampaikan aku cakap kat mak, mak dah suka ker Angah dok umah nie? Sejak pada tu mak tak pernah lagi tanya soklan pasal kahwin dah. (time aku kahwin dia gaklah yang menangis sedu sedan..hehehehe)

Jadi, pada sesiapa (org pompuan) kalau ada mulut2 yang sibuk tanya soklan BILA LAGI? Korang ada 2 pilihan iaitu sama ada dok diam dan tersengih ataupun korang menjawab dengan jawapan yang aku taip kat ataih tu.

Takpun korang jawab jer 'kalau ikan senang ler carik kat pasar, pasangan hidup mana ada kat pasar tu' (harus lepaih tu korang kena penampar dek orang tua korang..serius gila babai)

Tapi yang sebenar2nya orang yang menyibuk tanya nie bukannya tak tau ajal, maut dan jodoh di tangan yang Maha Esa, sajer jer diorang dok tanya. Tak pulak aku ketahui apa tujuan sebenar diorang..kot nak carik kan calon ker, kot nak buat calon ker..aku pun kurang pasti.

Oklah yer..cukup citer nie dulu..bai bai..

Khamis, 27 Oktober 2005

Raya dah dekat

Hah..barulah sekarang radio2 nak kuar lagu raya. Lambat pulak diorang kuarkan lagu raya kali nei ek..tak kisahlah tuh..janji ada gak lagu raya yg kuar drp takde langsung.

Raya kali nie for the first time ever..di hari raya pertama aku beraya di rumah keluarga suami aku. Tapi takper..raya kedua onwards aku balik KL. Ni apa kes lak..? Orang beraya kat kampung aku beraya kat KL. Nak wat camner dah mak, bapak, atok n wan dok KL. Seronok apa raya kat KL (ayat penyedap hati sendiri). Tapi sebenarnya..raya kat mana2 tetap beraya gak nak2nya kalau dah berkumpul reramai. Fuh..meriah tu.

Aku tak tau beraya kat sini camner. Hubby kata selalunya diorang selalu gi jalan beraya on 2nd raya onwards. Tapi memandangkan kitorang ke KL maka tak dapatlah dia gi jalan beraya dengan keluarga dia. Apapun, sib baiklah kali nie beraya di awal bulan..time gaji dah kuar..nak tunggu bonus? alamatnya berjawit la menunggu.

Dolu2 masa raya aku dok mengumpul duit raya peh tu bila dah bekerja aku lak bagi duit raya tapi sekarang aku kumpul duit raya (duit raya Julia ler apa lagi).

Tahun nie aku nak beraya sakan sebab tahun lepas aku beraya dalam pantang. Nak cuba makan tu tak leh..nak cuba makan nie tak leh. Last2 dok telan air liur jer nengok orang lain makan. (alamatnya niat nak kurus tinggal niat jerlah). Tahun nie orang tak leh nak marah aku makan apa aku nak makan. ehehehehe pinjam iklan kat TM tu uihh..sioknya raya...

Telinga aku dah terngiang2 lagu raya, hidung lak dah terbau2 la rendang n kuah kacang. Rasa dah tak sabar dah nie...Ada yang serupa cam nie tak? Hopefully bukan aku sorang la yg rasa camnie.

Okay..sambung besok lak..

Rabu, 26 Oktober 2005

Raya Time

Semalam aku sibuk hari nie pun camtu gak. Ingatkan lagi dekat hujung tahun nie lagi kurang kerja. Tapi yang heran tu aku masih boleh luangkan masa untuk menulis kat blog aku nie. Takde apa yang nak diherankan pun. Pandai2lah bajet masa..(koyo jer)

Hhhmmm..diam tak diam tinggal lagi 8 hari lagi puasa. So far, yang aku rasa aku tak gak kurus..tapi maintain ayu gitu..hahahahahaha (sesekali nak puji diri sendiri..selalu sebenarnya..saperlah nak puji aku kalau bukan diri aku sendiri..kahkahkahkah)

Kuih raya tak beli pun. Hubby kata membazir..selamat..baju raya sepasang jer sebab kain 2 pasang takde orang nak terima lagik dah..benci aku. Nak wat camner sabarjerlah.

Tahun nie yang lebihnya pun si Julia. Kasut dia jer dah dekat 10pasang belum baju dia lagi tuh. Maklumlah sehari sebelum raya genap umur dia setahun. Kali nie raya title aku bertambah dari isteri plus mak orang.

Opis aku lak dah kuarkan memo kata 2hb opis tutup tapi cuti kena potong. Aku tak kisah sebabnya aku memang dah plan nak amek cuti time tu pun.

Start minggu depan aku tak dpt nak hupdet sebab aku sibuk. Sibuk apa lagi. Sibuk beraya ler..hahahahahaha…

Isnin, 24 Oktober 2005

Aku dah kembali...

Setelah seminggu lamanya menanti akhirnya aku kembali.. Ada sesapa yang merindui aku tak? Saper yang rindu aku sila angkat 'mouse' korang..heheheehehe Terperasanla pulak..

Memula aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Azima diatas kiriman blaus utk Julia. Cantik & comel tau..sorila yer gambar takleh nak letak sebab akunya digicam dah penuh. Blaus tu ngam jer utk Julia, sampaikan adik aku si Ateh mcm tak caya dijahit sendiri dia kata mcm kedai style. Fuyoh..terer gak si Azima nie punya skil ek..apa pun terima kasih bebanyak yer Azima. Aku gak yang dok penin pala memikirkan balasannya.

Peh tu aku gak nak berterima kasih pada cik Tiara kita tu (eh cik lagi ker?) kerana sudi men'cacat'kan blog aku nie. hehehee

Sempena hari raya yang tinggal lagi 10 hari nie..aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada semua umat Islam yang bakal meraikannya. Tak kiralah sama ada yang solo, yang dah berkeluarga dan semuanyalah..

Apa lagi ek? Oh ya..semalam aku balik KL, dah plan dah nak buat barbeque dgn adik beradik sepupu aku yg lain2 tu. Diorang dah setuju nak tong2(kongsi) duit utk bbq tu. Rasa cam tak sabar lak nak beraya ek?

Aku rasa cukuplah dulu kat sini..nanti bila ada masa aku akan bertandang dan bercerita sepanjang seminggu ketiadaan aku kat blog nie.

Khamis, 20 Oktober 2005

terjah..

MUEHEHEHEEEEEE...DENGAN INI TIARA NATASHA..DAPAT HAK MILIK PENUH KEPADA BLOG INI..

INI BLOG AKU YANG PUNYA...
HAHAHAHAHAHAH (ORANG JAHAT MUSTI KETAWA) HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA

SEKARANG AKU NAK BUAT APA YA??!!!
HMM RUMAH DIA TAK DER MAKANAN, MAKANAN PUN DAH BASI
APA AKU NAK WAT,..KIPAS ANGIN PUN DAH TAK JALAN PANAS GILA SINI, AIR PUN AIR PAIP DAH BERHABUK - HABUK KERUSI KAT SINI..

HAHAHAAAA.

hikhik..jangan terkejut.. jangan panik.. aku on behalf of idahani jer. nak tolong updet kesian kat dia computer dia rosak, so dia x leh nk onlina..dia kata..tanpa internet hidup dia tak bermakna..kesian tul kat dia,

apa apa pun..bleh ar aku melepak kat sini.. lalalalalalaaa.syok jugaaaaaaaaaaa

Yang Membelanda Blog IDAHANI..
Tiara Natasha

Jumaat, 14 Oktober 2005

Yeay..!!

Yeay..yeay..besok balik KL..yeay..yeay..besok bukak posa dgn mak n bapak..yeay..yeay..

Hari nie aku taknak citer pasal berbuka lagi dah. Tapikan tadi bapak ada cakap dia teringin nak makan sardin roll. Takper, esok aku balik, boleh ar aku buat utk bapak. Hisk..tak sabar pulak nak balik KL rasanya.
Hhmm..hari nie 14hb Oktober kan? Besday adik aku no. 4 (ateh) yang ke 28. Happy Besday Ateh..Kul 12tgh malam tadi aku dah anta sms, takde balasan dari dia lak. Aku ingatkan dia dah tido. So, pagi tadi aku call tapi terus ke peti simpanan suara (voicemail). Eh..mana pulak Ateh nie? Aku call umah..bapak cakap dia tak balik umah sejak berbuka semalam. Eh..mana dia pegi nie. Laa..upanya gi tido umah Uwan. Apsal la tak bagi tau, bikin owang takut dan cemas jer.

Tadi masa bos sampai opis tetiba jer tanya besday aku dah lepaih lum. Ekleh..apa ke hal la bos nie? Aku pun cakap la lum lepaih bos. Peh tu bos cakap, "Nanti on that day i buy u a cake and share with your family". Cepat2 aku jawab kat bos. "Eh..eh tak payah..malu ar bos". Tapi orang kata rezeki jangan ditolak ek. So, aku nak tunggu masa besday aku tu nanti dia beli ke idak keknya. So, tunggu......

Cepatlah hari esok, aku nak balik ke KL nie.

Selamat Berhujung Minggu Semua!!!

Khamis, 13 Oktober 2005

Diri yang serba kekurangan

Semalam aku berbuka puasa dengan air sirap bandung dan bihun goreng. Aku nak buat air cincau hubby kata tak nak sebab sebelum tu dah minum air soya + cincau. So, mungkin hari nie ler aku buat air sirap + cincau kot takpun air sarsi + cincau.

Anyway, hari nie aku nak citer lain. Aku nak berterima kasih pada seorang sahabat yang menyedarkan aku betapa pentingnya kewajiban sebagai seorang Islam. Aku seorang yang suka merungut, suka mengeluh, cepat nak marah. Tapi semalam telah menyedarkan aku betapa teruknya aku. Kewajiban sebagai seorang Islam aku amek enteng. Alhamdulillah...aku tak sangka seorang sahabat yang dulu aku tau sangat akan perangainya dah berubah. Mulanya memang aku ter'sentap' dengan pertanyaan dia. Tapi aku sekarang dah sedar bahawa aku bukan seorang Islam yang baik. Macam mana Julia nak mencontohi perkara yang baik dari aku kalau aku sendiri tak betul?

Terima kasih sahabat..kau telah menyedarkan aku kini.

Rabu, 12 Oktober 2005

Apa2 aje..

Bila baca suratkhabar, tengok tv semuanya citer pasal bencana. Alhamdulillah..aku rasa bersyukur kerana perjanalan ibadah puasa di sini tak delah disulami dengan bencana menimpa. Untungkan dok kat Malaysia nie? Tapi kenapa masih ada yang cari alasan untuk tak berpuasa? Cewah...macamlah aku nie baik sangat. Dulu masa aku sekolah rendah selalu gak aku ponteng puasa. Tapi bila dah start bersekolah menengah aku tak pernah ponteng cuma jika terpaksa 'cuti' puasa. Tapi aku ganti tau. Lagipun masa aku kecik2 dulu mak n bapak strict betul pasal puasa nie. Tapi mak dan bapak taklah paksa sangat pun.

Semalam aku berbuka puasa dengan air soya + cincau. Perghhh...sedap tu. Dalam dok menahan diri daripada minum yang terlalu banyak tak menjadi lagi. Beli laksa pun tak habih makan. Apalah nak jadi dengan aku nie. Maklumlah semalam kat sini panas terik. Aku lak takleh nengok air sejuk depan mata. Walhal aku nie bukannya suka sangat minum air berais (konon jaga suaraler tuh..eleh ngalah penyanyi la pulak). Apalah yang susah sangat nak kawal diri tu, betul tak? Sepatutnya bulan puasa nie bukan setakat menahan lapar dan dahaga, aku sepatutnya kawal amarah aku. Kalau dah bulan puasa nie masih gak nak berangin, bulan tak puasa apatah lagi. Camner nak jadi penyabar camnei? Aduss..apalah nak jadik dengan aku nie.

Hari nie nak beli apa untuk berbuka puasa nanti? Laa...belum apa2 dah ingat berbuka dah. hehehheehehe Kenalah merancang kalau tak nanti, apa yang aku nampak semua aku nak makan. Aku ingat aku tunggu dalam kereta jerlah biar hubby belikan jer. Tapi kot nanti aku lak yang tak suka dengan apa yang dia belikan pulak. Hishhh..camner nieh? Ah..takper hari karipap ada balance lagi. Boleh ar aku goreng jer. Hhmm lagi jimat kan? Hah..ok kali nie berbuka dengan kuih karipap peh tu baru aku makan nasik. Lagipun sepanjang minggu puasa nie aku tak pernah pun berbuka dengan makan nasi. Mana taknya, kenyang dek air jer.

Ok, aku dah buat keputusan hari nie tak yah gi beli juadah tapi sure hubby gi beli air. Eh..tak yah ler, semalam aku ada beli cincau..hah boleh ler aku buat sirap + cincau, takpun air sarsi + cincau..orait..perghhhh..terliur la pulak.

Isnin, 10 Oktober 2005

Citer basi..hehehe

Hari nie aku lambat hupder ler..tak kisahlah janji aku menghupdet..tul tak? Aku baru ada masa pun sebab tadi aku ada benda yang nak dibuat.

Semalam macam tak caya jer..aku buat kuih karipap untuk juadah berbuka puasa. Fuyoo... Adik Ipar aku tolong buat klim. Mula2 tu dia tak tau buat, aku pun ajar dia. So, boleh la lagipun bukan untuk dijual. Kalau untuk dijual harus tak laku kot. Rasa ntah apa2 kelim lak orang amatur yang buat. Korang boleh imagine la camner bentuknya kan..hahahahahahaha

Semalam kan masa aku pegi Pasar Ramadan or PARAM (mcm yang Wirawan dok kata tu). Dalam aku dok tinjau juadah ada gak terselit orang jual bunga api dan mercun. Hubby siap cakap tu..nanti ayah beli untuk Julia yang lain..kat sini tak best. Amboi..yang nak main sebenarnya korang rasa sapa ek? Semestilah hubby kan. Cover line ler tuh.

Lagikan semalam disebabkan terlalu panas, masa berbuka ntah berapa gelas air aku teguk. Macam2 air lak tu. Start dari air belimbing, air tembikai sampai ker air cincau pun aku bantai. Teruk betul aku nie kan. Ntah apa punya nafsu agaknya aku nie. Kenalah aku belajar sabar. Kureng sungguh betul mak orang nie kan?

So, hari nie aku dah tekadkan diri untuk tidak bertindak sebegitu rupa. Perghhhhh...macam tak caya jer. Aku ker yang berkata begitu? Oh Tidak!! Apalah nak jadi dengan aku nie ..belum sampai seminggu puasa dah macam nie jadiknya..belum lagi sebulan tuh. Boleh dibayangkan selepas sebulan puasa nie aku jadik apa kan.

Dah..dah..aku tak nak lagi pikir yang bebukan. Aku mesti kontrol diri aku nieh. Macam wirawan control depan Putri Ketam tuh..Aku boleh!!! Semangat Hikmat Naga Syawal sudah mari..hahahahahaha

Jumaat, 7 Oktober 2005

Puasa lagi

Hari nie dah masuk hari ke 3 puasa ek? Dulu sebelum kahwin aku selalu call Ateh tunggu kat stesen komuter Pantai Dalam tuh. Peh tu sama2 gi beli juadah berbuka. Aku beli otak2 (kegemaran bangcik), mihun sup utara (kesukaan aku n ateh) peh tu kuih-muih tak lupa jugak kitorang pasti beli air soya takpun air tebu. Selalunya aku dan ateh time berbuka tak pernah makan nasik. Bapak jer yang makan nasik. Aku makan nasi time sahur jer tu pun kalau aku rajin bangun ler. Kalau tak, minum air sejuk ler. Maklumlah orang paling malas nak bangun sahur pun akulah orangnya. Ahli keluarga pun dah masak dah dengan peel aku tuh. Tapi sekarang manaleh buat camtu maluler mak bapak aku dicop tak ajar anak bangun sahur. Heheheehehehe

Selalunya bila time hari pertama puasa kitorang berbuka puasa kat rumah uwan. Tapi sekarang aku dah tak join lagi dah. Sedih gak ler. Apa nak buat...maklumlah aku sekarang nie kan dah dok kat Seremban. Ikut style orang Nogori ler jawabnya.

Aku sebenarnya tengah bengang giler dengan ada sorang umat yang bukan satu agama dan pastilah tak sebangsa dengan aku. Nasib baiklah aku nie puasa, kalau tak...tak taulah nak kata apa. Dia bagi banyak alasan bila aku tanya kenapa cawangan tempat aku kerja nie tak diberi peluang balik cepat. Sedangkan HQ kat KL tu boleh pulak. Tapi aku bernasib baik sebab bos aku tak kisah dan dia bagi pulak kebenaran aku balik cepat semalam. Fuhh..selamat aku.

Raya kali nie aku kena raya kat rumah mertuala pulak. Hopefully petang raya tu aku dah boleh balik ke KL. Harus menangis kalau hubby taknak balik. Silap2 aku call bapak suoh amek aku kat Seremban nie. Hubby bila aku tanya buat derk jer. Mungkin dia serba salah kot. Maklumlah last year tak dapat beraya sesangat sebab aku dalam pantang. Habih aku nie beraya sangat ker tahun lepas? Aku lagilah, yang dalam pantang nie dok umah jer. At least dapatla jugak dia gi beraya kat rumah kengkawan dia. Takper, nanti aku nak pinjam hikmat dari Wirawan Terulung tuh. Eh..En Wirawan tak malu ek mintak duit raya kat oghang. Puasa baru 3 hari tau.

Ada sorang umat nie lak bercadang nak buat gathering. Aku dgn Azima cadangkan lepaih raya. Takpun bulan Disember sebab besday aku dalam bulan tu gak. Kira celebrate skalilah. Azima, besday aku 16hb Dec nie, ko lak biler? Boleh ar kita exchange present. Si Wirawan nak join tak? Kalau nak join kenalah beli extra hadiah besday tu. Sebab Besday Wirawan 1hb Nov. nak dekat raya tuh. Ok tak wirawan? Din, besday din dah lepaih tapi kalau nak sambut sekali leh gak. Alah sekali ler dgn si Tiara tuh. Kot kang dia majuk lak kang.

Rabu, 5 Oktober 2005

Bila Ramadhan Menjelma

Hari nie dah 1st day Ramadhan ek? Cepat tul masa berlalu kan? Kejab lagi kang dah berbuka. Masa nielah ramai orang amek kesempatan berniaga. Maklumla nak carik duit raya..tul tak? hehehheehehe..

Masa nielah orang yang balik dari kerja bergegas ke bazaar ramadhan. Meriah betul bazaar ramadhan kan? Masa nie kalau nak carik segala jenis kuih pun ada. Yang aku suka otak2, bihun sup utara dan murtabak. Hubby lak masa nie dia akan suruh mak dia buat air asam sebab dia suka beli ikan bakar. Masa nie jugak aku tengok kawasan rumah aku tu kurang bau asap rokok. Harapnya hubby dapatlah berhenti hendaknya. Teringat tahun lepas hubby beria2 mencarik bubur lambuk untuk aku, maklumlah masa tu aku sarat mengandungkan Julia. Nasib baik aku tak mintak bubur lambuk kat Kg Baru tu, jenuhlah dia nak travel ke KL beratur semata2 nak dapatkan bubur lambuk yang aku mintak sesangat tu.

Masa bulan puasa terutamanya bila seminggu nak raya..masa nielah kejadian kemalangan di jalanraya menjadi2. Risau dan ngeri aku bila memikirkannya. Masa nie jugaklah bas-bas ekspress sudah mula menjual tiket sempena Syawal nanti. Tak lupa jugak yang balik kampung dengan keretapi. Seronok ker kali nie balik kampung? Yang berkenderaan sendiri tu aku cadangkan balik kampung dengan pengangkutan awam. Taklah mahal sesangat. Betul tak? Yerlah dengan minyak petrol dan tol tu dah boleh dibuat duit raya untuk bebudak. Ntah2 ada yang tak balik kampung tak sebab bajet dah lari. Hah tu dia..biar betik..

Anyway, aku tetap bersyukur kerana masih boleh memikirkan apa yang nak dimakan bila berbuka puasa nanti. Yalah..dibandingkan dengan negara2 yang sedang bergolak dengan bermacam2 ancaman. Tapi puasa tu puasa jugak jangan lupa bayar zakat fitrah tau. Jangan nak mengada2 nak buat 'last minute'. Buat sekarang lebih baik daripada kemudian kot kang terlupa lak. Ehh..aku tak yah bayar ler. Hubby kena bayarkan aku zakat..hehehehe untung jadi pompuan ek. Sebelum kahwin bapak bayarkan, dah kahwin suami lak yang bayarkan.

Okay, aku pun nak chow nie. Pada yang tinggal or kerja di Kedah, Johor dan Melaka, aku ucapkan Selamat Bercuti hari nie. Seronok ek..leh bangun lambat pada 1st Ramadhan nie.

Selasa, 4 Oktober 2005

3 in 1

Sabtu (1/10) – T/hari gi umah pak ngah hubby ada kenduri doa selamat dan tahlil utk arwah wan (sebelah hubby). Petang balik ke KL jumpa parents. Mama (mak sedara aku) ikut sekali. Julia tak tido nyeyak mlm tu. Tak tau naper. Hubby dok ralit nak nengok final Piala Malaysia yang dah pasti milik Selangor. Apa nak heran, sebab memang aku dah agak dah. Aku ajak bapak gi Terminal 3 Subang esok, bapak ngangguk sesaja. Aku lak, senyum ler apa lagi.

Ahad (2/10) – Bangun lewat skit. Gi pasar beli ayam dan segala keperluan nak masak. Mak kirim memacam sebab dia yang nak masak. Terus beli nasi lemak. Brunch nasik lemak ler apa lagi. Lepas zohor gi Terminal 3 Subang tu. Alang belikan aku kasut. Dia pun belikan Julia cermin mata hitam. Julia pun bila aku cakap cantiknya dia..amboi tersengih jer dia. Kebetulan pulak hari nie genap Julia 11 bulan dan kebetulan jugak hari nie ulangtahun perkahwinan mak n bapak aku yang ke 34.

Isnin (3/10) – Aku amek cuti untuk jaga Julia sebab mak mertua aku mengikut ayah mertua aku ke Kuantan. Hubby bawak aku ke Jaya Jusco Seremban 2 petang tu. Aku sempat lagi bershopping minyak wangi kat Body Shop. Ada diskaun separuh harga tu dan kebetulan pulak aku dah kehabisan minyak wangi pun. Lewat petang balik umah. Seronok betul Julia berjalan 3 hari berturut2. Dia taknak dok dalam babystroller terpaksalah aku bawak dia jalan. Hubby nak pegang tangan dia sebelah pun dia taknak. Macam pandai sangat nak jalan. Sabarjerlah..

Hari nie (4/10) bila aku nak gi kerja Julia dah bergayut kat kaki aku dah. Alahai..kesian anak mak. Biasanya dia buat derk jer bila aku nak pegi kerja. Dia dah seronok berulit dan pegi berjalan dengan mak dia itu sebablah dia menangis bila aku nak pegi kerja pagi tadi. Esok dah start berpuasa kan?

So, SELAMAT BERPUASA dan juga semoga dimudahkan olehNya untuk kalian mengerjakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Insya ALLAH.

Jumaat, 30 September 2005

Harapan

Semalam aku busy, hari nie pun aku busy gak..cewaahh..macamlah orang nak tau sesangat. Itulah sebab naper aku tak dapat nak bercerita.

Tapi hari nie aku curik2 masa untuk bercerita tentang harapan aku. Dulu masa aku solo aku berharap sesangat dapat dijodohkan dengan orang yang sayangkan aku, yang mengambil berat pasal aku dan macam2 lagilah. Alhamdulillah..doaku termakbul. Kekurangan tu tetap ada. Tapi aku pun ada gak kekurangan kan. So, takleh la aku nak harap sempurna 100% kan.

Sekarang nie harapan aku dah lain pulak dah. Maklumla sejak dah ada Julia nie, aku harap bila dia dah dewasa nanti jadi orang yang bebaik. Tentulah aku kena didik dia dari sekarang. Kekadang tu takut gak sebab Julia kekadang terlalu dimanjakan dek atuk dan uwan (belah ayah dia belah aku nie lagilah). Aku pun manjakan Julia gak tapi bertempat. Semenjak dua menjak Julia suka mengengek. Geram pulak aku dibuatnya. Itu cara dia nak tarik perhatian kami ler tu.

Kekadang tu aku pun takut gak harapan aku tu tinggal harapan. Sebab tu aku tak pernah lupa mendoakan agar Julia menjadi anak yang solehah. Mungkin itu gaklah harapan mak n bapak masa aku kecik dulu. Bila Julia dah besar nanti aku nak bagi tau kat dia yang aku tak mampu nak beri segala kemewahan tapi aku akan cuba penuhi setiap keperluan dia. Insya Allah. Macam tu jugak bila mak dan bapak dok selalu pesan kat kami suruh kami pandai menjaga diri dan pandai2 membawa diri. Mak dan bapak walaupun tak mampu nak beri kemewahan tapi diorang sarat dengan kasih dan sayang dan mereka sedaya upaya memenuhi setiap permintaan anak2. (nie yang buat aku nak balik jumpa diorang nie)..isk isk isk..

Bila aku dah jadi mak nie..barulah aku mengerti dan lebih menghargai mak n bapak. Kalau dulu aku ada gak berbalas cakap dgn diorang especially dgn mak tapi sekarang nie aku tak buat camtu dah. Aku tau sekarang nie giliran aku pulak merasa menjadi mak macam mak aku dulu. Tulah kan..kita takkan tau or faham selagi kita tak mengalaminya. Setakat mendengar dari citer orang tak sama dengan apa yang dialami oleh tuan punya badan.

Apalah yang aku mengarut pun aku tak tahu (sindrom hujung minggu dah sampai kot).

Isnin, 26 September 2005

2006

Hujung minggu sudah berlalu..start minggu depan (5 Oktober nanti) kita dah pun berpuasa..Diam tak diam kita dah pun dia 3/4 tahun 2005. Tahun 2006 pulak menjelma dengan Hari Raya Haji disambut 2x tahun depan.

Apa yang dapat aku rumuskan tahun 2005 adalah tahun paling mencabar buat aku (nak ikut tiap2 tahun ada cabarannya). Tapi tahun nie banyak memberi aku pengajaran dan pengalaman sebagai isteri dan ibu.

Aku tak tau apakah cabaran tahun depan. Apa yang penting aku dapat merasakan yang tahun depan mungkin lebih mencabar kot. Cewah..naper tetiba jer aku terpikir pasal tahun baru nie? Ntahler..aku ingat tahun nie (2005) aku nak berazam tahun depan..fuyooo macam tak caya jer.

Tapi sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR atau HAPPY BIRTHDAY to cik TIARA kita dengan ucapan "semoga keceriaan dan kebahagian milikmu selamanya"..ececeh macam ucapan kat radiola pulak.

Yang sebenarnya kalau diingatkan balik setiap tahun yang berlalu azam aku tak lain..nak menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Walhal..pusing balik pusing balik aku tetap seperti dahulu cuma kekadang tu aku lagi lebih 'outspoken'. Tu yang kekadang mengundang padah pada diri aku.

Pada yang berazam untuk tahun 2006 dan sedang berusaha ke arah tu..baguslah..Jangan jadik macam aku neh nama jer berazam tapi habuk pun tarak..Kot nampak perubahan tu takper gak. Ini langsung takde..Takperlah sekurang2nya aku ada gak berazam daripada tak berazam langsung. Betul tal? (tu ayat nak menyedapkan hati tu).

Apapun, aku harap azam aku di tahun 2006 akan tercapai..Insya Allah..

Okaylah..aku sebenarnya ada 2-3 kerja kena buat tapi aku buat derk..Bos aku dah call dah suoh aku buat..kot kang aku gak yang kena marah kang..

Nanti kita sambung ok..

Jumaat, 23 September 2005

Merajuk ker mengada2 ?

Aku nie bila sakit hati atau marah orang boleh nampak jelas dari raut muka aku yang serius nak mampus. Aku sorang ker macam tu? Entahlah..dah memang tabiat aku macam tu. Dan selalu jadi mangsa kemarahan aku tak lain tak bukan hubby aku ler. Kesian dia. Nak buat camner kan..dah dia yamg paling dekat dan paling rapat dengan aku sudah pastilah dia yang kena. heh heh heh..

Kenapa mesti ada perasaan macam nie? Kurang sabar ker aku nie? Apa yang boleh buat aku sakit hati sesangat sampai hubby yang jadi mangsa kemarahan aku? Nak ikutkan aku nei jenis 'happy go lucky' (yerlah tu). Mungkin aku nak lebih perhatian dari hubby aku kot. Tapi hubby tak pernah lak buat derk dgn aku bila aku cakap dengan atau bila aku mintak tolong dari dia..dia tak banyak cakap buat jer.

Hhhmm..tapi nak ikutkan aku taklah banyak kerenah pun..cewaahh..koyo lagik aku nie. Agaknya aku jeles dengan Julia kot. Sejak Julia ada hubby lebih beri perhatian kat dia dibandingkan kat aku nie. Tapi apsal lak aku nak jeles dgn anak aku sendiri. Kira oklah tu kalau hubby bagi perhatian kat dia. Tak salah rasanya. Tapi yang buat aku beng tu bila aku marah or pukul (tak kuat langsung) hubby marah kat aku..time mak mertua aku tu marah kat Julia tak pulak hubby kata apa2. hah..tulah tu..mungkin sebab tu aku cepat hangin kot. Takpun aku nie jer yang suka pikir benda2 yang tak baik. hishh..apalah nak jadik dengan aku nie.

Bukan aku tak tau yang syaitan dan iblis senantiasa membisikkan kata2 nista di hati manusia supaya manusia hilang rasa sabar, hilang rasa kasih dan sayang. Ntahnya..aku nie..ntah apa2 ntah..dah toksah pikir lagi benda2 yang tak baik nie. Hari niekan hari Jumaat..hari penuh kekberkatan..penghulu segala hari..

Hari nie aku nak gi makan kat luar peh tu aku nak cuci rambut nie peh tu aku nak merayau2..bos aku takde..dia gi outstation lagi..hahahhahaahahah (gelak jahat sudah mari)

Apapun..selamat berhujung minggu semua..semoga korang enjoy dengan weekend nie..kita jumpa lagi hari Isnin.

Bye..Adios..Sayonara..Wa chow sin..

Khamis, 22 September 2005

Suatu topik di radio..

Masa dalam perjalanan ke pejabat aku mendengar satu topic yang menarik dari satu stesen radio yang popular. Topik mengenai mak tiri dan bapak tiri. Topik yang tak kurang menarik jugak. Yang benar2 menyentuh perasaan aku apabila salah seorang pemanggil dengan suara yang amat sayu dan syahdu mengenai kekesalannya melayan ayah tiri dia. Dia rasa menyesal kerana layanan buruk yang diberinya suatu ketika dahulu. Dia bernasib baik kerana mendapat ayah tiri yang baik. Tapi macam mana dengan mak tiri atau bapak tiri yang tak baik tu?

Aku sesungguhnya amat bersyukur kerana tak mengalami benda nie semua. Kalau dulu aku selalu bengang dengan mak aku. Sebab mak tak pernah nak beri aku sokongan malah selalu memandang rendah akan kebolehan aku. Selalu jugak dia bandingkan aku dengan abang aku tu. Sekarang mak dah tak camtu. Satu perangai dia yang kami adik beradik tak suka ialah mak nie suka berleter. But then bila kami pikir balik mak berleter tu sebab dia sayangkan kitorang. Dia taknak perkara buruk berlaku pada kami. Lagipun kalau perangai kami nei teruk tentunya orang akan mengata mak dan bapak tak pandai ajar kami adik beradik adab sopan dan tata susila. Cereeehh…koyo jer aku nie. Ini pandangan dari sudut positif aku ler. Dari pandangan negative pulak, hishh..tak yah lah aku terangkan panjang lebar. Kang ada lak yang kata aku nie anak yang tak mengenang budi. Hehehhehehehe..


Kekadang mak nie pun lawak gak. Bila dia dah takde benda nak marah..ayat yang dia selalu sebut ialah “Banyaklah ko punya story book” takpun dengan nada tinggi “Korang ingat aku nie kengkawan korang eh” tu time dia nak guna kuasa veto sebagai mak ler tu. Hahahahahaha..Aku ingat lagi masa hari persandingan aku tahun 2003 dulu, mak beria2 menangis di pelamin..bila aku tengok dia camtu..aku pun nangis ler jadiknya..habih mekup aku..isk isk isk..

Tapi sebenarnya aku takut bila mak dan bapak dah uzur nanti aku tak mampu nak luangkan masa untuk diorang. Aku takut nanti mak dan bapak rasa kecil hati dengan aku. Aku tengah cuba sedaya upaya cuba nak luangkan masa yang ada nie untuk bersama diorang. Aku cuba jugak sedarkan diri yang selalu lupa yang aku satu hari nanti dah tua jugak. Mampu jugak ker bakal anak2 aku menjaga aku bila aku dah tua nanti?

Aku juga cuba ingatkan diri aku yang mudah jugak lupa (maklumlah bak kata Tun Mahathir ..Melayu Mudah Lupa) bahawa setiap perbuatan sama ada baik atau buruk pasti ada pembalasannya. Tak kiralah sama ada di dunia ataupun di akhirat (nie yang buat aku rasa takut nie tapi masih jugak buat2 derk jer..).

Apa pun..Insya Allah aku takkan lupa atau buat2 lupa lagi. Aku takde alasan untuk membalas jasa mak dan bapak aku selama diorang membesarkan aku. Aku teringat ada sorang akak tu pesan kat aku HARGAILAH IBUBAPA SELAMA HAYAT MEREKA ADA tak kira betapa buruk atau betapa jahat pun mereka tanpa mereka siapalah kita. Darah mereka tetap mengalir dalam tubuh kita.

Selasa, 20 September 2005

Hati n Hati-hati

Setiap seorang kita nie sure ada kawan baik. Kawan yang benar2 memahami diri kita. Bak kata orang tu sehati sejiwa. Ada yang memilih kawan baik bukan dari kaum sejenis. Kalau dah datang jodoh silap2 kawan baik nie berkahwin. Orang tua kita selalu berpesan berhati2 bila memilih kawan. Alasan kita yang muda pulak alaa..kawan jer apalah salahnya. Bak kata pepatah tu..berkawan biar seribu berkasih biar satu. Ada juga yang berkawan dengan kita hanya untuk mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan yang macam mana? Pinjam duit tak bayar ker? Ataupun kawan yang bila ditimpa masalah barulah nampak batang hidung.

Aku rasa semua perkara tu tak timbul kalau memasing IKHLAS dan yang paling penting sekali MEMAHAMI hati dan perasaan kawan. Menjaga hati kawan samalah seperti menjaga kaca kristal. Sesuatu yang amat berharga namun amat mudah pecah kalau terhempas. Bila berkawan jadi musuh, masing2 mula mengata yang tak baik tentang kawan yang lain. Sedangkan memasing tahu kelemahan dan kelebihan memasing. Pada masa inilah ada yang sudi jadi 'api dalam sekam' yang kononnya jadi orang tengah untuk mendamaikan kawan. Tapi yang sebenarnya 'orang tengah' inilah boleh menghancurkan lagi perhubungan kawan. Kalau benar mahu jadi pendamai sepatutnya panggillah bersemuka dan ceritakan apa yang terbuku di hati memasing. Bersemuka lebih baik dari bercerita melalui 'orang tengah'.

Kalau kita nak jadi kawan yang baik. Tanyakan dulu pada diri sendiri sama ada kita boleh atau tidak menjadi kawan yang baik. Hubungan kawan yang berpanjangan boleh jadi hancur berderai kalau memasing taknak bertolak ansur dan beralah. Berbincang dan berterus-terang adalah jalan terbaik untuk menjaga tali persahabatan yang lama terjalin. Insya Allah.

Isnin, 19 September 2005

Hujung Minggu Aku..

Sabtu (17/09/05) – Nothing special pun..gi umah Wanchu (mak sedara bapak) di Sepang sebab ada kenduri doa selamat. Biasalah bila dah berkumpul tu memasing ada jer citer memasing. Dekat pukul 12tgh malam barulah kitorang balik ke KL. Sampai jer umah kat KL terus diorang tunjukkan aku kain2 yang diorang beli. Terus jer aku capai kain warna biru macam tau2 jer Alang belikan aku kain tu. Alang kata Bangchik yang pilih kain tu. Rezeki jangan ditolak..betul tak? Betull!! Yang tak sioknya tu aku tido dekat pukul 3 pagi sebab melayan si Julia dok bergurau dengan atuk dia.

Ahad (18/09/05) – Bangun pagi lambat sikit..maklumlah hujung minggula katakan. Julia pun bangun sama, terus aku prepare breakfast utk dia. Peh tu mandikan dia sekali dengan si Farah (anak adik aku) yang berumur 4thn tu. Peh tu aku terus prepare nasi goreng for my beloved family termasuk untuk hubby. Dekat pukul 4 lak aku geledah satu umah sebab mencari kolam renang plastic. Yang excited sebenarnya bukan bebudak tapi mak budak (aku ler tu) hahahahaha…Dekat pukul 7 barulah kitorang gerak untuk balik ke Seremban. Si Farah menangis sakan sebab nak ikut aku. Sian aku nengok dia, aku pulak rasa nak nangis nengok dia nangis tu.

Hari ini (19/09/05) – Tepat pukul 12tgh malam hubby kejut. Cepat2 aku capai handphone call bapak to wish him Happy Birthday. BangChik dari jauh dah sound dah lambat sebab dia dah wish dulu. Eleh kalau aku tak pesan kat bapak jangan off handphone for sure dia pun lupa nak wish. Peh tu bapak cakap kat aku orang yang first ingat adalah aku bukan sesapa. Masa tu kembang hidung n bonts aku kejab. Hahahahahaha..maklumlah aku yang paling rapat dan manja dengan bapak. Surelah bapak cakap macam tu sebab dia tau anak pompuan dia nei camner.

Walaupun sebenarnya hari Isnin adalah hari yang paling bosan tapi kali nie aku rasa hari nie hari paling Istimewa. Yalah, mana taknya..Dahlah hari nie Birthday Bapak ditambah pulak masa breakfast tadi mak mertua bagitau yang kakak ipar aku ada beli baju blaus untuk aku. Murah rezeki aku..Alhamdulillah..tapi problem sikit..kain yang Alang bagi tu, mana nak cari tailor nie..? Kalaulah si Azima tinggai dekat, for sure aku mintak dia tolong jahitkan. Maklumlah..Azima nie pandai menjahit tau hari tu dia jahitkan pijama utk Julia..cute sangat baju tu..Korang rasa apa aku patut balas kat Azima nie? Walaupun dia tak mintak, aku rasa tak sedap hatilah tak bagi dia apa2. Hah..dah tau dah..tak leh citer kat sini..nak wat surprise kat dialah..hehehehhee

Khamis, 15 September 2005

Posa n Raya

Bulan Puasa dah nak dekat dah nie..kebanyakan tukang jahit dah taknak terima tempahan. Aku langsung tak teringat nak menempah baju. Adussss…nampak gayanya kenalah aku beli baju dah siap.

Hopefully by the time hari raya Julia dah boleh jalan..hhmm boleh ar dia pakai baju kurung yang sama corak dengan aku. Hubby lak pakai baju melayu yang sama kaler dengan kami. Tahun lepas aku tak dapat nak beraya sangat sebab masa tu aku masih dalam pantang dan banyak makanan yang aku tak dapat nak ngap. Rasa macam aku masih berpuasa gak.

Citer pasal raya jer aku nie..posa dah ganti lum? Tengah gantikan lah nie. Insya Allah by the time nak dekat posa..posa ganti pun habih..Insya Allah. Hah..pada saper yang lum ganti tu ganti cepat ek..kot nanti berganda lak jadiknya. Cereh cakap kat orang pandai diri sendiri pun tak betul. Hahahahaha

Anyway, tahun nie aku dok pikir2 lagi nak pilih tema kaler untuk baju raya nie. Almaklumlah…first time beraya as one new family la katakan. Hehheeheheh

Dahler citer pasal raya nie..kot nanti orang ingat aku over excited nak beraya pulak. Tak lama sure banyaklah kuih muih yang tak pernah kita nengok bersepah2 kat gerai. Beli benda makan time lapar memang menakutkan. Kalau boleh itu nak yang ini pun kita nak. Kesudahannya besok pagi buang dalam tong sampah.

Kali nie aku nak disiplinkan diri..taknak beli benda makan yang bebukan tu. Kalau nak beli gak, suoh hubby jer yang beli pakai duit dia. Hahahahahahaaha jahat tul aku nie kan? Bukan jahat..nakal jer..heheheehe

Okaylah..aku nak sambung kerja jab peh tu kang aku datang balik..ok..adios my fren.

Rabu, 14 September 2005

Tentang 'DIA' (aku)

Laaaa....apa kenalah aku letak tajuk camtu..ahhh lantak ar..janji dia ber'tajuk'. Memula aku taknak bercerita pasal hal nie. Bukan apa, nanti apa lak orang fikir pasal aku. Lepaih tu aku pikir balik..laa..pedulik apa orang nak pikir pasal aku pun. Masing2 ada perangai masing2, lagipun bukan semua bagus pun (termasuk akula tu) Anyway, apa yang aku nak ceritakan sebenarnya langsung tak de kena mengena dengan aku. Hahahahahaha

Ada orang malah aku pun pernah terbaca dalam majalah. Untuk menilai diri sendiri kita kena selalu buat penilaian. Penilaian yang macam mana? Ianya adalah untuk kita mengenal pasti apa yang baik dan apa yang buruk tentang diri sendiri. Aku dulu pernah buat..laaaaa..terus aku koyak kertas hasil penilaian tu. Mana taknya banyak sikap negatif daripada sikap positif. Tapi lepas tu aku buat lagi. (yelah tak puas hati ar kan..bila nengok keputusan yang banyak negatif). Kali nie memang betul. Masa tulah aku buat perubahan sedikit demi sedikit. Okaylah kan..nampaklah perubahan tu. Yang tak bestnya..orang lain tak perasan langsung perubahan sikap aku tu..cehh..hampeh tul.

Kali nie aku nak buat tapi takdelah buat senarai lagi dah..apa guna internet kan kalau tak digunakan sepenuhnya. Hahhahahaaha..hhmmm seronok pulak buat penilaian macam tu. Tak taulah korang suka dengan benda macam tu ke tidak. Walau apa pun..benda2 macam nie memberikan impak (impak?..fuh dasat bahse aku kali nie) kat aku. Macam yang aku buat kat blog din, (promote tu din..hehehehehe) seronok rasanya..hehehehehe

Kalau korang nak buat kuiz tu..pegilah kat sini.

Selasa, 13 September 2005

Curang??

Apabila kecurangan berlaku dalam hubungan suami isteri, terlalu banyak pulak kata2 yang tak baik timbul. Masing2 cuba mencari kesalahan walaupun sebesar zarah.

Banyak yang berlaku kepada pasangan yang berkahwin tak kiralah sama ada usia perkahwinan sudah menjangkau melebihi 5 tahun dan ada juga lebih dari 20 tahun.

Kenapa ianya terjadi? Sudah hilangkah rasa CINTA dan SETIA dan KASIH SAYANG di antara mereka? Kehendak nafsu melebihi segalanya kah? Itulah antara persoalan yang bermain di kotak pemikiran aku setiap kali terdengarkan kisah kecurangan dalam perkahwinan.

Semoga perkahwinan aku tidak diduga sebegitu rupa. Insya Allah

Jumaat, 9 September 2005

CINTA BUTA???

Betul ker cinta itu buta? Atau sebenarnya takde istilah cinta buta, yang sebenarnya manusia itu yang buta cinta. Yang tak tahu menilai dan menghargai cinta. Cinta tak pernah buta. Cinta itu agung. Kalaula cinta itu buta, cacatla cinta itu. Tapi kalau dah cacat dah nampak kekurangannya itu kenapa masih mahu cinta?

Jadinya selama ini cinta itu tak butalah ek? Yang buta sebenarnya manusia, bukan buta penglihatan tapi buta akal dan fikiran. Terlalu mengikut perasaan. Ahhh..betapa uniknya makhluk bernama manusia ini. Bila asyik bercinta selalu lupa dunia yang nyata. Tapi bila terputus cinta barulah sedar cinta sesama manusia ini tak kekal. Bukan tak tahu cinta mana yang kekal, bukan tak tahu cinta mana yang kekal tapi kenapa? Kenapa makhluk bernama manusia ini jugalah yang menjadi pemusnah alam semesta. Berbunuh sesama sendiri, merogol darah daging sendiri malah sanggup menikam belakang sesama sendiri.

Yang maha Esa tak pernah melarang manusia bercinta kecuali sesama jenis. Yang terang dan nyata cinta sesama jenis ini dikutuk, dilaknat spt termaktub di dalam Al-Quran. Bukan takde ilmu agama bukan takde akal fikiran. Yang telah kembali ke pangkal jalan, Alhamdulillah tapi yang masih belum mahu ke pangkal jalan. Tak takutkah mereka dgn seksaan api neraka? Tak takutkah mereka dgn balasan di dunia.

Ini doaku hamba paling lemah…Ya Allah....Segala puji ke atasMu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Yang memiliki hari pembalasan (kiamat), Hanya kepadaMu kami sembah dan kepadaMu jualah kami meminta pertolongan, Berilah kami petunjuk di jalan yang lurus (jalan kepada yang kau beri nikmat), bukannya jalan yang merekai kau murkai dan bukan jua jalan yang sesat…Dari maksud surah Al-fatihah..Wallahualam..

Rabu, 7 September 2005

Setia

Hari nie aku nak citer apa ek? Semalam aku tak bercerita bukan sebab takde idea atau sibuk tapi sebab aku takde mood peh tu pulak aku banyak ‘melongkai’ website sampai lupa nak bercerita. Cereeehh..boleh caya ker tu?

Hari nie aku nak citer skit pasal SETIA. Aku kekadang tu pikir gak aku nie betul2 setia atau tidak. Of cos I do..cewahh..perasan ler tu. Kita mesti yakin tapi tak leh terlalu yakin nanti kita jadi riak kita jadi sombong (iyer ker?). Anyway, bila sebut pasal SETIA nie semua orang nak pasangan memasing SETIA (tak terkecuali aku). SETIA yang macam mana? Kalau tak berlaku curang tu, SETIA ker namanya? Boleh ker kita jadi kawan yang SETIA, anak yang SETIA pada ibubapa, isteri atau suami yang SETIA atau pekerja yang SETIA dgn majikan atau rakyat yang SETIA pada negara? Aahah..lagi satu SETIA pada blog nie..hahahahahaha

Tepuk dada tanya selera..tul tak? (tingat lagu SETIA yang masa Tok Mat jadi Menteri Penerangan tu..heheheehehe)

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Isnin, 5 September 2005

Jumpa artis..

Sabtu 04/09/2005 (malam)

At first kitorang nak pegi karnival Moto GP tu waktu petang tapi memandangkan si Julia tido sampai lewat petang, so kitorang pun tukar plan pegi waktu malam. Hubby pun takde chance nak gi nengok moto GP yang comel2 tu. Kesian hubby..takperlah demi anak dia tak kisah.

So, waktu malam memang takde aktiviti kecuali konsert sahaja. Kebetulan pulak malam tu adik sepupu hubby pun salah sorang petugas kat sana. Ingatkan dia dah balik hotel, tapi rupanya dia ada (dia staff RTM) kat belakang pentas. Dia pun bawak kitorang ke belakang pentas tu. Guess what? Makanya dapatlah kitorang bersalaman dengan Azharina (alah..penyanyi yang nyanyi lagi Elegi Sepi tulah). Sebenarnya Ali XPDC pun ada tak lupa jugak AC Mizal and isteri dia pelakon tu Emilia Rosnaida. Julia dapat lak bergambar dgn Azharina. Rupa2nya Azharina tu kawan rapat adik sepupu hubby.

Yang kelakar tu..adik ipar aku boleh pulak cakap kat aku "dok kat belakang pentas nie rasa macam artisla pulak'..hahahahaha kelakarnya. Aku tak pulak rasa macam tu. Ntahla..artis ni kan orang biasa cuma mereka nie lebih dikenali. itu jer..cewah..koyo jer aku nie. Lepas jer si Azharina nyanyi si Ali XPDC pulak nyayi, masa tulah kitorang balik. Tapi sebenarnya kitorang balik sebab ada sorang mamat (siap ngaku yg dia n hubby kawan sekolah) datang mintak autograf. Walhal sebelum nie kitorang pernah terserempak dengan dia..hubby did mention yang dia nie 'kureng' skit. Nampak macam normal jer dia tu tapi hubby kata mamat nie kalau start bercakap susah tul nak berhenti. Masa nak balik tu sempatlah aku salam sumer artis kat situ. Hhhmm..hubby lagi teruk, aku dah keluar dia kat dalam khemah tu dok salam dengan semua orang.

Anyway, malam tadi hubby bawak lagi kitorang ke karnival tu. Tapi aku taknak turun kereta sebabnya tak aku tak pakai baju yang approriate. Hubby kata takperlah tak yah gi back stage. Weih..sori aku kalau setakat pakai t shirt tu takper lagi tapi kalau pakai baju tido jangan nak ke back stage, nak turun kereta pun tak hingin aku. Kot ya pun soundla awal nak pegi ke karnival tu. Walhal aku yang ajak dia keluar malam tadi sebab aku nak gi ATM dan beli top-up prepaid..tu jer.

Okaylah..yer..nanti kita sambung citer. Aku nak chow. Ada kerja skit nak buat. But at the same time aku nak berterima kasih pada Tiara di atas pemberian cenderahati dari Sarawak tu. Terima kasih daun keladi, next time kalau pegi, jangan lupa akak kat sini...hehehehehehehehe..

Jumaat, 2 September 2005

lagi takde tajuk

2/09/2005
Diam tak diam Julia genap 10 bulan hari nie. Dah pandai berdiri sekarang cuma nak bertatih tu dia takut skit. Dua hari coti buat aku jadi malas jer nak buat apa2. Kalau dulu bila aku tak hupdet ada sorang jer umat tanya bila nak hupdet tapi sekarang nie bertambahla pulak. Sabarjerlah...Sekarang nie aku dok hupdet ler nie.
Jangan time aku tak hupdet korang pulak buat derk jer tau. Memangla cari pasal namanya tu. Start besok pulak ada karnival Moto GP. Bestnyaa..for sure aku nak gi nengok (walhal tak minat tapi sajer nak menyibuk..hehehehe). Meriahkan suasana..lagipun karnival nie dokek yo. Cewah sepeking nogori lagi. Cam baguuih yo sopiking nogori aku nie (tingat citer Haji Lombu..kihkihkihkih).

Hari nie lunch hubby tapaukan untuk aku. Maklumla hari nie dia amek coti sebab nak gi renew road tax dan settlekan sumer bill. Harapnya dia tapaukan yang best2 (A&W ker, McDonald ker, KFC ker). Maklumla lepaih nie aku kena posa ganti la pulak (baru terhegeh2 nak ganti..suka tul buat kerja last minute). Padan muka aku.

Oklah aku nak chow dulu..(nak cari idea topik hari nie) Kot la ada yang sudi nak beri idea kat aku nie dialu2kan dengan segala hormatnya..cewah...tetiba lak nak jadi sopan. Ah ha..dapat dah idea..Kita citer pasal kesopanan nak tak? Saper yang rasa dia sopan? Betul ker sopan tu? Sopan yang macam mana? Bila lintas jalan korang bongkok...kihkihkih (tingat masa sekolah dulu selalu buat camtu).

Selasa, 30 Ogos 2005

Merdeka!!!

Hari nie 30/08/2005, maknanya detik 12tgh mlm nanti akan kedengaran di KLCC, Sungei Wang, Dataran Merdeka dan lain2 tempat serata Malaysia laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Genap detik 12tgh malam 31/08/2005, Malaysia meraikan hari kemerdekaan yang ke 48. Alhamdulillah..segala puji keatasNya dan Syukur diatas nikmat kemerdekaan ini. Besoknya pulak hari Israk & Mikraj. Tapi bukan semua negeri coti pun. (Din, akak dah jawab kat sini tau). Takperlah janji aku menikmati 2hari coti. heeheheheeh

Pihak media (tak kiralah apa jenis pun) memasing dok memberi kita ingatan untuk menghayati dan menikmati hari merdeka. Tapi berjaya ker message diorang ke semua penduduk Malaysia nie? Kekadang aku pun rasa biasa jerk. Tapi bila difikirkan, camner nak menghargai hari kemerdekaan nie, aku sendiri tak pasti. Bukan maksudnya aku langsung tak menghayati atau menghargai apa yang kita dapat selepas merdeka nie. Aku sendiri tak pass dalam mengenali menteri2 di Malaysia nie.

Yang aku kenal of cosla Pak Lah, PM negara kita peh tu Najib timbalan PM. Yang len2 tu aku kenal mcm Samy Vellu sbb tol, Rafidah sbb AP. Dulu aku tak kenal saper Datuk Effendi tu tapi sbb dia kahwin dgn Tiara so aku kenalla dia tu rupanya bekas menteri pertanian. Peh tu yang terbaru menteri dlm negeri Dato Azmi (ker Tan Sri)tu yang kahwin dgn Normala Samsudin. Teruk betul aku nei. Apala nak jadi dengan aku nie pun aku tak tahu. Of cos aku tau saper menteri pendidikan tapi timbalan dia aku tak tau. Aku sorang jer ker yang macam nie?

Nak salahkan saper? Media atau diri sendiri? Kekadang pihak media lebih citer pada hiburan, tapi kalau kita tak tengok takkan diorang nak siarkan. Hishh..apala yang aku mengarutkan nie.

Isnin, 29 Ogos 2005

Hari nie..

Hari nie aku start kerja dengan mood yang baikkk saaangaaat. Mana taknya, semalam aku dah jumpa parents aku tentulah aku gembirakan. Masa nak balik aku salam siap cium kat pipi bapak. Aku dah tak kisah dengan peluh atau bau peluh bapak tu. Bapak siap sound tu..dulu tak tahan langsung dengan bau peluh bapak tu. Nak jer aku jawab..itu dulula bapak tapi sekarang ni dah lain. Aku taknak sampai di satu ketika aku menyesal tak peluk cium bapak. Aku tak kisah orang nak kata apa kat aku. Lain keluarga lain cara diorang tunjukkan kasih dan sayang. Tapi inilah cara aku cara keluarga kitorang tunjukkan kasih dan sayang. Atuk dan Uwan aku pun dah tua dah...tapi bila aku jengok diorang aku sure peluk cium dorang. Dorang pun tak kisah malah diorang pun suka, sebab diorang tahu betapa cucu2 diorang nie sayang sangat kat dorang. Hishh..taknak ar citer pasal atuk n uwan..nanti aku tangkap sadis jerk.

Walau apapun..aku bersemangat bekerja hari nie sebab aku melalui hujung minggu yang penuh bermakna. Bos aku pun senyum jer tengok gelagat aku hari nie. Memang ar..orang baru jumpa parents camtulah..(macamlah tak pernah jumpa dorang bertahun2).

Lagi satu aku happy sebab hari Rabu dan Khamis coti..Yahoooo!!!..taklah rasa lelama sangat kerja minggu nie. Itu yang sebenarnya..hahahahahaha..

Jumaat, 26 Ogos 2005

takde tajuk gak..

25/08/2005 (Petang)
Petang pukul 5, tinggal lagi ½ jam nak habih waktu pejabat, bos aku balik ofis sebab ada discussion dengan suppliers. Dalam dia dok borak2 kat dalam bilik discussion tu, boleh pulak dia kuar dan bagi tau kat aku yang dia ada belikan aku buah dokong. Terkesima aku sekejab. Ini takde lain ler ni, sure dia membodek aku pasal pagi tadi punya hal. Hah..tau pun ko salah yer bos. Lenkali kalau ko buat lagi, for sure aku tak teragak2 pegi report ke HQ nanti. Cereh…berlagak pulak aku nie. Anyway, aku kenalah maintain dengan status pompuan Melayu terakhir (as what Wirawan kata kat aku) gitu, aku tak lupa cakap terima kasih kat bos aku tu. Kebetulan dokong tu memang kesukaan hubby dan Ateh. Sampai jer kat umah, aku letakkan dalam bekas. Hhmm.. tak lama pun, tak sampai 15 minit dokong tu tinggal separuh dah. Maklumla penggemar dokong nie bukan sorang dua jer, mak dan ayah mertua aku pun suka rupanya.

(Malam)
Pegi cosway VCD cartoon PINGU. Julia suka nengok cartoon Pingu tu. So, memandangkan aku ada kupon cosway yang belum ditebus lagi, lagipun kupon tu expired hujung tahun nie. Sempat jugak aku beli sikat dan krim pelembab rambut.

Peh tu bawak Ateh gi kedai yang jual pakaian kat Senawang tu. Dia nak beli seluar. Lepaih beli seluar tu, kitorang terus balik umah. Sampai kat umah jer, aku mulakan operasi menggoreng ikan seperti yang dipesan dek mertua aku. Teringin pulak aku nak makan nasi goreng. Memasing yang lelain tu pun sibuk ndak gak. Hissh..kacau jerlah diorang nie. Siap jer sekuali nasi goreng tu, aku siap pesan kat diorang “kalau sedap, cakap tau, tapi kalau tak sedap simpan jer kat dalam hati”. Muaahahahaha…jahat betul aku niekan. Takkan diorang berani nak komplen masakan aku tu. Komplen lebih2 nanti, confirm mogok masakler jawabnya. Heheheheeheh..

26/08/2005
Apa plan hari nie ek? Tadi hubby kata malam nie nak bawak Ateh gi main bowling kat Seremban Parade. Kesian Ateh, hari tu kitorang tak berkesempatan. So, harapnya malam nie menjadikla plan tu. Aku pun dah lama gak tak main bowling. Lari ler budget bulan nie. Hhhmmm..sabar jerlah. Dahlah road tax expired 28hb nie. Adusss..ada sesapa nak sedekah duit kat aku tak? Hahahahahah..As if!!

Anyway have a nice weekend everyone!! Aku tau aku sure happy weekend nie. Heheehehehe..Insya Allah..

Selasa, 23 Ogos 2005

benci..

Kalau kau dah benci tengok aku
Aku lagi benci bila dengar nama kau
Jangan kata nama, dengar suara kau pun aku jadi allergic
Kalau kau kata aku teruk
Apa kurangnya kau yang lebih teruk dari segala jin tu
Kalau aku gila
Kau tu lagi gila
Kalau aku lawa
Kau langsung tak lawa (Muka cipan lagi lawa dari kau)
Kau aku takut dengan angin kau tu
Kau belum tengok aku naik angin tau


Eh eh apsal nie? Aku marah kat saper nie? Sebenarnya aku tak marah kat sesapa pun. Cuma inilah ayat yang biasa terlintas di kepala otak and hati aku bila aku marah kat seseorang. Tak taulah apa akan jadi kalau betul cakap2 ayat2 tu semua bila aku tak puas hati dengan sesapa yang aku beng sesangat.

Tak baik kan? Nak wat camner, but so far aku belum lagi gaduh sampai kuar ayat2 camtu. (Baik ler tu kekonon). Bukan nak tunjuk betapa baiknya aku nie. Aku tahu dan sedar diri aku lebih dari orang yang mengenali aku.

Bukan semua orang suka dengan hakikat kebenaran yang terjadi pada diri mereka. (aku tak terkecuali). Tapi kekadang tu aku pun fikir gak, buat apala aku nak berangin dan marah sampai macam tu sekali? Nanti bila dah lelama sure aku rasa menyesal nak marah2 kat orang sampai cam tu sekali.

Itu time berangin dengan orang tu. Bila time ok tu, siap gelak2 and laga hidung lagi. (Boleh ker camtu?). Padahal aku bukan tak tau marah tu buat aku jadi lebih tua, jiwa aku lebih tersiksa. Orang yang beragama Islam takkan macam tu perangainya. Ha’ah ya tak ya gak..apalah nak jadi kat aku nie..hish hish hish..macam manala perut mak aku nak sejuk kalau macam tu perangai aku. Kesian mak aku yang mengandungkan aku yang penat lelah didik aku jadi orang yang bebaik, aku pulak sendiri buat perangai macam nie. Padahal aku gak yang marah nanti kot ada orang dok ngata mak aku tak pandai didik and ajar anak dia. Kesian mak. Tapi camner nak buang perasaan marah, benci dan meluat tu?

Susah betul nak jadi penyabar ni kan? Banyak betul dugaan orang sabar nie, betul ker? Ntah aku pun tak pasti. Aku pun bukannya penyabar, cepat jer nak berangin. Bila pikir balik, menyesal sesangat sebab mulut celupar aku nie tak reti nak diam bila berangin. Takperlah..at least, sekarang nie I have learned my lesson. Aku nak jadi super cool mom for my children. (mintak2lah bolehlah hendaknya). Insya Allah.

Isnin, 22 Ogos 2005

Bila masalah menimpa..

Aku terpikir nak menulis tentang ini selepas aku terima panggilan dari seseorang yang amat rapat denganku. Maaflah yer, masalah dia tak dapat aku nak ceritakan di sini kerana amanah dari dia untuk tidak aku ceritakan pada sesiapa pun.

Setiap kali masalah yang menimpa, aku sure emosional. Muka tangkap sadih jerk. Bak kata orang tu macam muka tapai basi jer aku buat. Sabarjerlah. Aku tak marah sebab aku tau dan paham orang yang cakap macam tu pun tak lari dari ditimpa masalah. Mana tau, masalah yang diorang tanggung tu lagi teruk dari aku. Cewah.. aku rasa macam kaunselor jer. Oklah sebenarnya aku nak berkongsi dan dalam masa yang sama nak beri peringatan pada diri aku (selalu lupa) apa nak buat bila masalah menimpa.

- Bersedih tu takper tapi jangan sampai berlanjutan kerana ianya memberi kesan kepada jiwa dan mental kita.
- Berkongsi dengan masalah dengan orang yang boleh dipercayai. Sekurang2nya apa yang terpendam dapat diluahkan dan bebanan emosi pun berkurangan.
- Selesaikan masalah dengan akal dan fikiran yang waras. Isi masa dengan mempelbagaikan aktiviti harian termasuklah menulis blog. heheheeh..
- Fikirkan bahawa setiap masalah yang menimpa itu pasti ada jalan penyelesaian.
- Takde sorang pun manusia di dunia ini yang boleh lari dari masalah. Orang yang berani menghadapi masalah adalah orang bijak kerana bila ditimpa masalah yang sama, dia tau untuk menyelesaikannya.
- Orang yang lari dari masalah adalah orang yang takut menghadapi kenyataan. Masalah yang menimpa walaupun adalah berpunca dari diri sendiri sepatutnya diselesaikan dengan akal dan fikiran dan hati yang tenang.
- Akal dan fikiran anugerah dariNya membezakan kita dari makhluk yang lain.
- Jauhkan diri dari berkawan orang yang sentiasa memberi masalah pada kita. Namun kalau kita masih mahu berkawan dengan orang begitu, bantu mereka dengan kata2 nasihat yang tegas dan bernas. (tapi kalau tak dengar jugak, tak dapek den nak nolong)
- Anggaplah segala masalah yang menimpa adalah ujian keimanan dan ketaqwaan dari Nya.
- Tak ada satu manusia di dunia ini yang tidak ditimpa masalah. Tak kiralah masalah apa pun, hadapi dengan sabar dan tenang kerana berkat kesabaran itulah hasilnya amat bernilai sekali.

Oklah..aku pun bukannya pandai sangat nak beri nasihat. Kalau ada sesapa nak tambah..silakan, aku pun perlukan kata2 nasihat dan panduan sebab aku pun taklah sepandai mana.

Rabu, 17 Ogos 2005

Aku dan diriku

Apa yang harus dibuat kalau pengorbanan tak dihargai?
Adakah nanti mulut2 mula mengata aku tak ikhlas dengan pengorbanan itu?
Perlukah aku berterus-terang..tak ker nanti orang kata aku mengungkit?
Ntahlah..aku dah penat..aku taknak ingat lagi...nanti aku jugak yang bersedih lak kang..

Aku malas nak pikir lagi dah..Aku sekarang nie dah berazam...yang aku harus sesekali kena "selfish" (bukan jual ikan tau). Aku dah buang jauh2 perasaan yang tangkap sadis tu. Kalau aku rasa sedih..sekurang2nya aku dah tau ke mana aku nak luahkan rasa sedih tu.

Lumrah hidup di dunia ini..beginilah..bukan kita sentiasa gembira..bukan jugak kita sentiasa sedih. Kalau gembira, kita kongsikan bersama orang tersayang tapi kalau kita bersedih itu bukan berakhirnya diari hidup gembira kita. Aku kan sorang yang ceria, yang tak heran dengan setiap cabaran hidup. Aku bukan lagi anak2 muda seperti dulu. Aku kini adalah seorang yang lebih dewasa menjalani hidup seperti biasa yang cuma bertambah gelaran isteri kepada seorang lelaki yang menyayangi aku dan ibu kepada bayi yang bernama Julia.

Cewaaahh...poyo jer aku nie. Yelah nak pujuk diri sendiri camtulah..

Selasa, 16 Ogos 2005

MC daaa..

Semalam aku tak dapat pegi kerja kerana ada 2 sebab. Sebab yang pertama aku tak sihat (disebabkan jerebu hari tu, aku diserang dek somput atau pun lebih tepat athma) manakala sebab yang kedua adalah kerana hubby telah kehilangan salah seorang ahli keluarga dia tersayang iaitu UWAN (nenek). Pada subuh Isnin (13 Ogos 2005) tepat jam 4.25pagi Uwan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital ditemani dek Mak Tam (mak sedara hubby) dan Mak Long Wati (sepupu Mak Tam). Alhamdulillah..segala acara pengebumian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jenazah uwan dikebumikan selepas waktu zohor. Majlis Tahlil diadakan selama 3 malam berturut2 bermula malam tadi.

Aku rasa mak mertua aku amat berbangga dengan aku (rasanyalah) sebab semasa memandikan jenazah arwah uwan, aku dengan tanpa rasa takut dan malu ikut sama memandikan jenazah. Air mata yang mengalir cepat2 aku kesat supaya tidak jatuh ke atas jenazah. Keinsafan menyelinap dihati tatkala menatap wajah mulus dan suci arwah uwan. Wajah yang seolah2 sedang tidur lena kutatapi dengan hati sayu dan pilu. Dan pada ketika jenazah arwah uwan hendak dikafankan sekali lagi airmata ini mengalir tapi cepat2 aku kesat dan aku mengucup wajah arwah uwan yang putih sejuk untuk kali yang terakhir.

Ketika van jenazah datang untuk membawa jenazah disembahyangkan dan dikebumikan kami sedekahkan Al-fatihah untuk uwan.

Semoga rohnya dikalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah..

Jumaat, 12 Ogos 2005

Nak MC?

Aku sebenarnya tengah gatal hidung, tekak dan mata nie. Dah lama aku tak mc dah nei. Keadaan macam nie buatkan aku nak MC jer. Hah..buat jangan tak buat. Aku teringat lagi ada satu kisah pasal MC nie. Benda nie berlaku masa tahun 1997. Rasa macam baru jer berlaku.

Kerja masa tahun tu adalah tahun yang paling best. The best ever. Tak mungkin hilang dari ingatan aku nie. Aku masa tu kena check kerja clerk2 yang proses order termasukla kerja sorang minah nie. Nama minah (Melayu) apa nak letak nama dia ek? Oklah kita letak nama dia si Bunga. Cik Mek Molek nama dia sebenar takleh bagi tau. Mampus dia taknak ngaku aku kawan sebab aku bocorkan rahsia nie kat orang len.

Si Bunga nie kalau buat kerja memang bagus. Dia tak paham dia tanya peh tu kerja dia pun cekap gakla. Dia pun pandai ambik hati customer/client kitorang masa tu. Seronok tengok dia buat kerja. Dia pun happy kerja ngan aku kot. Nak kata aku baik takla jugak tapi kekadang tu aku 'laser' jugaklar. Ok ok kita sambung citer..asik puji dia kot kang muntah berlilah lak korang baca aku dok puji dia lelebih. Kot ntah2 dia pulak yang kembang hidung sebab terbaca aku dok puji dia jer.

Nak dijadikan satu cerita, dia nie dah plan nak MC surelah dia tak citer kat aku kan? Aku nie supervisor dia, kot nanti kena marah ngan aku. Aku ingatkan dia MC satu hari, boleh pulak doktor bagi dia MC sampai 2 hari. Heran gak aku. Baiknya doktor nie, sampai bagi 2 hari MC. Yelah, setau aku si Bunga ni dok bagitau dia MC pun sebab sakit kepala. Ai..takkan sakit kepala pun sampai MC 2 hari kot.

Bila dia datang kerja, aku pun tanyalah. Sakit apa? Sebenarnyakan kak..saya nak MC sehari jer. Malas nak gi kerja. (Dia ni lurus bendul skit bila cakap ngan aku) Dah tu? aku tanyalah kan. Saya cakaplah saya selalu sakit kepala peh tu doktor tu check blood pressure(BP). Terus doktor bagi MC 2 hari sebab BP saya tinggi sangat. Hahahahahaha..tulah nak tipu MC lagi. Tu baru sikit tu. Tak berkat tau tak. Kata aku lagi. Ingat kot dia dah sadar dah..hhmm next change dia buat lagi. Sib baik masa tu aku dah transfer ke department lain.

Pada yang nak MC tu, biarlah MC yang betul2 sebab korang sakit. Lagipun kisah nie bukan terjadi kat si Bunga sorang jer. Hubbynya kawan pun camtu gak siap masuk wad seminggu lak tu. So, nak MC biarlah yang betul2 sakit bukan yang dibuat2. Ceewaaaah...macamla aku nie baik sesangat pulak.

Anyway, selamat berhujung minggu sumer. Tapi aku kerja daa besok..bohsan!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails