Sabtu, 24 Disember 2011

Salah saper tu?

eh..eh apa kes hari Sabtu ada cerita lak nie?  Takperlah sementara aku teringat nak cerita untuk dikongsikan bersama pembaca blog aku nie..cewaaah...

Yang nie dikisahkan dek pak mertua aku masa aku balik keja bulan lepas.  Masa tu dah nak dekat cuti sekolah.  hah..jika sebelum nie pak mertua aku bekerja tapi sejak dia dah berhenti dia pun menawarkan diri untuk menjemput Julia dari sekolah.  Okay..keputusan peperiksaan akhir tahun Julia biasa jer..dia dapat no. 12 dari 39 murid di kelas dia.  Dan dia punyai guru kelas yang sangat2 lembut dengan anak2 muridnya.

Dipendekkan cerita, walaupun dalam kedudukan no.12, Julia pun merasa gak hadiah hamper yang comel dari guru kelas dia.  Siap cikgu tu letak tag no.12 kat hamper comel tu.  Orang dapat hadiah mestilah happy kan?  Alangkan kita yang dewasa nie pun suka, inikan pulak budak kecik 7 tahun.

Masa pak mertua aku jemput, Julia pun show-off ar dengan hamper yang dia dapat tu.  Atok dia pun senyum ar kan..tapi atok dia pun cakaplah "naper ar kakak tak dapat no. 1 ker no. 2 ker, ini no. 12".  Si Julia nie pun jawablah "apa susah kalo atok nak no. 1, kakak tutup ar no. 2 nie pehtu kalo nak no. 2, akak tutup ar no. 1 nie lak" sambil dibuat kat tag hamper comel dia tu.  hah..koo..anak aku punyalah pandai dia menjawab..ko nak kata apa? Aku dulu kot jawab macam tu harus makan penampar dengan mak aku..

Pak Mertua aku bila citer balik..kepala dia siap geleng2 tu beb..tak caya cucu 7tahun dia pandai betul nak menjawab.  Dah tu esok pagi masa breakfast pun dia still lagi cakap macam tak caya dengar jawapan cucu dia tu, siap geleng2 paler lagi sekali..

Salah saper tu anak aku tu?  erkkk...

p/s:  aku rasa aku yang bersalah....gulllppp...

Rabu, 21 Disember 2011

Kisah Di Hari Lahir..

16hb Disember hari istimewa buat diri aku sendiri.  Dari apa yang mak aku citer, aku dilahirkan di Kem Sungai Besi sebab mak tak sempat nak gi spital.  Makna kata mak lahirkan aku kat umah.  Naper Kem Sg Besi?  Sebab masa tu bapak masih berkhidmat sebagai anggota tentera.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah..Allah swt masih memanjang usia hambaNya ini ke 37 tahun..[erkk..lagi 3 tahun 40, takper sebaya dengan Erra Fazira..heheheehe].  Ramai yang mengucapkan selamat di fb malah selepas 2-3 hari pun kawan2 yang sudi telefon mengucapkan selamat.  Syukur dan terharu kerana ada rakan2 walaupun sibuk dgn hal masing2 masih sudi meluangkan masa berharga mereka untuk bagi ucapan selamat kat aku nie.  Terasa diri sungguh berharga..cececce..

Memang aku dah rancang setiap tahun pada 16 Disember, aku akan cuti bekerja.  Konon2 untuk memanjakan diri dengan tidak membuat apa2 kerja pun.  Baguskan? sampaikan kerja2 rumah pun aku tak pandang..aku rasa amat penting untuk aku menghargai diri aku terutamanya di hari lahir aku.

Dan paling seronok pada hari istimewa aku tu, aku dapat sepasang kasut, hubby belikan untuk menggantikan kasut yang rosak.  aishh..maleh nak citer panjang lebar..kita tengok gambar jerlah yer..

memula kitorang isi perut dulu..makan kat Secret Recipe...aku order mozella cheese baked fish [eh betul ke eja mozella? ker mozarella? hahahah..bantai janji sodap..] hubby pun fish gak tapi aku dah lupa lak nama dia then anak2 kitorang orderkan kids burger diikuti dengan air minuman aku green apple kasturi dan anak2 oreo milk shake, hubby ngengada order air nak sama dengan aku..[pengsan baca, taip punyalah panjang takde titik langsung..kekekekeke]. Dan tak lupa mestilah aku order cheese cake gak..creme brule ke apa nama dia..marvelous betul rasa dia.  Aku soh si Julia mencuba, dia taknak tapi aku suoh gak siap cakap kat dia rasa macam aiskrim dan padan muka aku, terus kek tu jadi hakmilik si Julia..aisssh..

cute jer kan kids burger nie?

ok dapat rasa sikit dari langsung tak merasa..

green apple kasturi a must kalo gi Secret Recipe..


lupa betul nama hidangan nie..

kenyang woo..kentang tu abih kena songlap dek anak2
selepas acara makan kat Secret Recipe, hubby tanya kat aku nak gi mana lagi..pergh..aku pulak konon2 nak tunjuk baik, jawab "gi mana2 pun boleh".  Padahal dari rumah dah cakap dah nak test makan kat situ sini sinun.  Hubby pun dengan senyuman [tak tau ar ikhlas ke tak tu..kuikuikui] ajak gi Tutti Frutti..yesss!!  Bukan jauh sangat pun dari Secret Recipe tu, selang 2 kedai jer pun.  Macam mana ar tak jadi macam mak dugong..boleh lagi aku sumbat aiskrim [bukan aiskrim pun tapi rasa dia memang macam aiskrim].  Ingat nak amek semangkok jer lah kan sebab baru jer abih makan, dah anak2 aku nie jenis teruja tak hingat tengok mesin kat dalam kedai tu..hamek ko RM19.60 untuk 3 mangkok tu hah..tu pun aku yang dok control soh dorang jangan letak bebanyak.

yummy!!!..
then next is..gi karaoke ler apa lagi...layan jangan tak layan...kekekekee

bagi chance kat anak2 dulu..

mak dugong melayan perasaan..kekeke
hubby tak boleh blah..siap berdiri tu beb..kakakaaka
Ada gak sesi aku duet lagu dengan hubby, lagu My Heart lagi..kakakaka..jangan ditanya pasal pitching..bantai jer..asalkan boleh kuar suara dah ok ar tu..

Petang balik umah terus terbongkang...letih dah masing2..tapi semua rasa happy..terutamanya besday gal..[gal? hah..gal ar sangaaaaat...pui..]

okla kan..takdelah best mana pun sebab bukan tak biasa buat cenggini tapi sebab ianya sempena hari lahir, kira2 jadi istimewa ar kat aku.  Dan kira cover ar dengan sambutan anniversary kitorang yang tak menjadi.

p/s: perghh...entri paling panjang aku buat nie..syabas2 kat diri sendiri..

Selasa, 13 Disember 2011

Ateh now a married woman..

pandai ajer nak cover dagu 3 lapis..hehehehe



Nie citer lama geng..patutnya dah lama letak pun tapi mood aku tak berapa nak baik masa tu, nak pulak manjang jer aku tak sihat. Then tambah lagi dengan mood malas jer kan..citer dah basi baru nak letak...hehehehe

Ateh my youngest sister berkahwin hujung bulan Oktober hari tu. Aku tak jemput ramai pun sebab bapak pun tak jemput ramai orang, maklumlah ruang untuk kenduri pun sangat2 terhad. Alhamdulillah..kini semua anak perempuan bapak dah pun berumahtangga. Kot ada rezeki, tahun depan mungkin bapak tambah menantu sorang lagi [perempuan]. perggh..dalam keluarga aku nie tak abih2 dengan kenduri kahwin. Ok ar tu..berkembang ahli keluarga.

eishh..nak letak gambar hantaran pun maleh..tapi sebab maleh nak taip citer panjang2...tempek jerlah..


suka tengok sirih junjung..mawar merah lagi..

dan paling best bila majlis hampir selesai..kedua2 pengantin dipersilakan untuk didera membasuh periuk yang sengaja ditinggalkan buat mereka..muahahahaah [giler jahat gelak nie weih.., macam tak pernah kena dulu..kuikuikui]
kesian aku dengan mereka nie..aku pun tolong ar skali..tolong ambik gambar termasuk gak dengan tolong tengok...kekeekekekeke..

hah..nanti share citer lagi eh..babai..

Jumaat, 9 Disember 2011

Bila tak sihat..

Badan tak sihat..hidung tersumbat..tekak pulak perit dan gatal..adeeh..boring betul ar.  Tapi kira ok ar tu kan..dalam tak sihat tu boleh lagi jari jemari klik2 blog pilihan tanpa meninggalkan jejak [yang tau tu taulah kan takpun buat jer tak tau].

Agaknya nie demam rindu kat makbapak yang dah pun balik KL.  Rumah aku dah tak semeriah hari tu..huhuhu..ntah bila ar rumah aku nak meriah balik...huhuhuu

Nie nak luah rasa nie..konon2 nak sambut ulangtahun ke 8 dengan gi dating berdua2an tapi abuh pun tarak.  Masing2 dok dendiam kat umah layan kerenah anak2 yang macam2 ragam.  Nak buat camner kan..kadang2 apa yang dirancang adalah rancangan semata2.  Nie tengah sabar sangat2 nie.  Dah ar tinggal lagi beberapa hari nak ulangtahun tu kami bermasam muka..rasa nak menitik ayormate teman biler dikenang. huhuhu..takperlah kan..takkan kenangan indah jer ko nak ingat, kenangan pahit kena gak ko simpan walaupun kenangan pahit tulah kalo boleh nak di"erase" terus dari kotak ingatan.

Yang pasti hujung minggu nie aku tak kemana2 lagi..badan memang tak larat sangat2 dah nie..tido pun rasa tak puas jer.  Dah "kertu2" nie memang tak boleh silap skit mesti demam takpun selsema.  Alhamdulillah..setakat demam pehtu takde lelah tu kira dah ok ar tu.  Demam pun bukan selalu sangat pun..kot sihat semedang sure klinik2 dah bankrap sebab takde pesakit..hehehehe..

orait geng..nanti sambung citer eh..tak larat dah nak taip banyak2..kepala pun dah rasa weng2 jer nie..

babai...happy weekend yer..muaaahh..

Jumaat, 2 Disember 2011

Kembali..

tak abih2 dok tengok tajuk yang sama kan? sorilah geng bukan aku sengaja pun..tengah happy sakan ar katakan tu yang maleh jer nak update blog tu.  naper maleh?  sebab i ada tetapi VVVIP kat umah [VVVIP kat aku la bukan kat korang pun].  yup..makbapak telah sudi meninggalkan rumah mereka kat KL selama seminggu dan berada di rumah ku.  Dan aku sendiri dapat tau ketika mereka sampai dihari pertama.  Kalo aku tau awal2 lagi aku dah apply coti untuk bersama2 mereka ke sana ke sini, ke hulu dan ke hilir.

Rumah aku dah macam apa je tu..almaklumlah anak2 aku jer dah 3 orang, campurlak dengan anak2 Alang lagi 3 orang.  Meriah sakan, dah macam ada kenduri lak kat umah aku tu.  Tiap kali balik kerja berderet jer muka dorang kat muka pintu ngadap kitorang..hilang terus rasa penat tengok muka innocent anak2 aku dan anak2 sedara aku.

Tiap kali mak datang aku sure sakit kapla..aisshh..bukan sebab aku gaduh dengan mak aku la tapi sebab mak aku tu penghirup tegar Nescafe jadi aku pun terjebak sama.  Aku nie asal minum nescafe sure mata macam burung hantu terbalalak jer..tak boleh nak tido awal.  Tu yang buat aku sakit kepala tu. adeeehh..

Mak dan bapak bakal pulang ke rumah mereka setelah selesai menghadiri kenduri kahwin adik sepupu aku di Senawang.

Jadi, hujung minggu nie adalah aktiviti kami menghadirkan diri ke majlis perkahwinan semata2..saat2 berkumpul, bergurau senda bersama sanak saudara dinantikan sangat2 hujung minggu nie.

korang ke mana hujung minggu nie?  apapun..selamat bergumbira lalalalala dengan keluarga..chow sin..

Rabu, 23 November 2011

Musim Mengawan Lagi..

Start jer coti sekolah hujung tahun, maka selamat para2 ibu dari aktiviti memasak di hujung minggu.  Ada ketika di satu hujung minggu tu sampai 2-3 jemputan yang terpaksa dalam rela untuk menghadirkan diri.  Aku dulu pun tak terkecuali, makcik2 aku awal2 dah pesan sila buat kenduri kahwin kala coti sekolah.  La nie anak2 masing2 dah besar panjang lain lak citernya, anak2 mereka itu adalah tak mendapat coti kerja mereka.  Tapi dalam masa yang sama gak sekarang nie giliran makcik2 aku pulak ke hulu hilir menghantar jemputan kenduri kahwin anak2 mereka.  Keluarga masing2 pun dah bertambah..rata2 adik spupu aku yang perempuan khasnya berkahwin pada usia sama ada awal 20an atau pertengahan 20an.  Kira ok ar tu..sedang elok ar pun kan usia macam tu nak kahwin pun.

Aku ingat aku kahwin lagi baper hari nak 29tahun tu dah rasa tua dah, sib baik Ateh ada [yang baru jer kahwin bulan Oktober hari tu umur dia dah 34].  Adik aku si Ateh muda dari aku 3 tahun, so korang leh agak baper umur aku sekarang.  Dan nasib baik jugak Alang yang muda dari aku 2 tahun [apsal aku rasa macam menaip soklan matematik spm jer nie?] tu badan dia besar dari aku..nampaklah aku nie muda skit [dasar aku tak sedar diri, perasan giler babun awet muda].  Alang..ko jangan marah eh tapi mang betul ko nampak macam anak sulung sebab ko tinggi n besar dalam adik beradik kita.  hah..nak citer sikit dalam kelompok adik beradik aku n adik beradik sepupu aku yang ramai, asal no.3 sure badan diorang debab dan dalam masa yang sama gak sure ada yang tak berapa nak cerah kulitnya dan ada yang sangatlah cerah kulitnya.  Aku dalam kelompok mana?  Cerah tak cerah, gelap tak berapa tapi malap..kakakakaka...apa punya tur daaa...

Musim mengawanlah a.k.a kenduri perkahwinan dinanti2kan dek ahli keluarga yang lain, kerna saudara yang jauh, sahabat handai dapat bertemu di dalam majlis tersebut.  Dalam masa yang sama hubungan kekeluargaan menjadi lebih rapat lagi.  Masa nielah masing2 dok sibuk pasang angan2 nak membuat perjumpaan yang tidak berkait langsung dengan kenduri kahwin [kan senang taip jer hari keluarga or family dah..sajer ar tu].

Apa pun..kepada bakal2 pengantin, selamat pengantin baru dan semoga korang dapat keberkatan dan kebahagian berkekalan ke akhir hayat dari Yang Maha Esa.

chooowwww...


Selasa, 22 November 2011

Stesen Komuter Senawang

hah..nie citer dah basi tapi sebab aku tengah rajin nak adjust draft2 blog aku tu, maka inilah hasilnya.  [poyo jer..macam nak bagitau citer best..walhal tetttt..]

Gambar nie aku amek masa aku nak jemput adik aku si Ateh dari stesen komuter Senawang pehtu hantar dia balik ke stesen yang sama gak.  Ingat kot tak ramai orang tapi ok gak leh tahan gak ramainya.  Maklumlah hujung minggu kan..ramai ar yang nak gi ke bandar Seremban takpun ke MidValley naik komuter jer.  eh..aku pun nak cuba ar nanti nek komuter dari Senawang ke MidValley tapi aku sorang jer ar..kot nak bawak 'askar2' tu kena ar ajak hubby sekali.   Tak sanggup rasanya nak handle 3 orang budak2 riang ke KL lak tu..errk tak leh aku nak bayangkan peel sorang2 macam mana nanti.

Ok..korang tengok jer gambar2 kat bawah nie untuk menguatkan bukti bahawasanya memang tak boleh aku nak angkut sorang2 bawak 3 Charlie's Angel aku tu.

hah..dia siap mencangkung taknak balik..

sambil2 dia gelak buat aksi nie

tu dia..tangan letak kat belakang kepala..rileks jer

lagi satu aksi yang sama..

dah ready jer nak meluru keluar..

yang nie takde keja lain, lari sana sini situ sinun

sori pic goyang sbb tgn dah gigil tahan geram n marah

dah rasa macam umah sendiri jer dorang nie..

Tu baru aksi sambil tunggu orang tu..hah belum lagi aksi2 naik komuter.  aishh..bukan tak pernah dorang nie buat hal masa aku nek komuter yang penuh sesak dek orang..rasa nak nangih pun ada tau..

Tunggu ar bila agak2 malu nak buat aksi cenggitu barulah aku berani sorang2 nek komuter bawak dorang nie jenjalan.

p/s; terlebih rajin sudah...

Pasal bola sepak Sukan Sea 2011

cecece..semangat nak menaip bukan main lagi nie..menang ar katakan..cer kalo kalah, confirm haram kot nak amek tau.  Malam tadi tengok dengan hubby..aku sampai berselimut..rasa sejuk semacam ko..tak pernah aku alami macam tu punya gabrak tengok. Hubby aku tak abih2 dok ulang cakap, "kalo kalah ar team Malaysia, saya tak ralat, sekurang2nya dapat gak masuk final".   Punyalah dia nak cover line gabrak dia kan.

Secara keseluruhan, SEMANGAT pemain Malaysia untuk bermain bermatian2 dan secara profesional amat aku kagumi. [perggh..ayat mengalahkan pengulas sukan]  Walaupun ada 2-3 orang gelagat pemain yang aku rasa macam nak sepak2 tapi ianya dapat diatasi dengan kesungguhan dorang untuk menang.  Nahh..ini yang kita ndak dari pemain Malaysia. Bukan setakat dalam bola sepak malah untuk semua sukan yang diceburi.

Tergelak tengok aksi sorang pegawai FAM Dato Hamidin mencium kapla jurulatih Ong Kim Swee pehtu masa bagi pingat Menteri Sukan Dato Shabery pun sama gak.  Tu time menang ar kan..cer kalo kalah bukan cium kapla jer malah silap2 si jurulatih tu mesti kena "pancong kapla".  Dah jadi adat ar kan..bila masa menang, bila tengah top segala pujian diberikan, segala jenis anugerah dianugerahkan.  Bak kata hubby aku, 'lagi laku ar jersi Malaysia nanti nie'.  Kalo dulu saper ndak nak pakai jersi bola sepak Malaysia?  Malu nak pakai lagi ada.

Apa pun harap2 pemain2 Malaysia tak kira ar walau dalam apa jua sukan yang diceburi, teruskan usaha mengharumkan nama negara.

p/s: larat ker pasukan bola sepak Malaysia nak lawan Syria hari Rabu nie?[aish..takkan korang tak tau..bukan perlawanan sahabat tapi untuk kelayakan Olimpik]

Khamis, 17 November 2011

Big Apple di Tesco Seremban Jaya


cer teka cer teka...baper bijik ada dalam nie?











































yummy...sedapnya....2bijik sekotak kecik..



Petang semalam sementara ke pukul 5.30pm, hubby gi menyinggah kat Tesco Seremban Jaya.  Perggh...sangat gebu..sangat sedap..bawak balik licin ko...Kesian kat Julia, dok tercuit2 lagi sebijik tapi awal2 dah kena sound yang tinggal tu untuk Uwan n Acik dia.  Sure ar dia tak suka aku cakap macam tu tapi kalo tak cakap abih semua dia nak sauk.  Walhal sebelum tu dia dah sedap dok makan pisang goreng dengan Atok dia.  Pehtu bila ajak makan nasik dah kenyang lak katanya.  Sabarjerlah..

Semua aku suka..semua gebu macam aku..eh gebu sangat ke ko jah? hahaha... Ada apa lagi kat dalam Tesco Seremban Jaya tu?  hmmm..aku tak sure tapi as hubby cakap most of shop dah pun bukak..pinjam dari pak Astro tu [aku lupa nama arwah atok tu]..MACAM2 ADA...Ad Jeans, Cosway, Xes shoe shop, Takasima..even cafe pun ada..aku pun blum terjah masuk lagi...hehehehe

Isnin, 14 November 2011

Cerita hujung minggu..

Hari Jumaat malam hari tu, aku kat dapur dok perangatkan lauk pauk untuk makan malam kat umah MIL.  Yer..yer aku di hari bekerja makan malam di rumah MIL..yer yer aku tau aku sangat beruntung kerana balik kerja tak yah nak pening kepala nak masak lauk apa untuk makan malam.  Tu bukan citer utama..citer utama ialah panggilan tepon yang aku terima bila kala hubby pas henpon dia kat aku.  Bila aku jawab 'helo' jer terus suara sebelah sana sound aku persal henpon aku tak berjawab.  Sib baik yang bertanya bapak aku sendiri so, jawapan pun kira agak bersopan la skit.  Nak pulak masa jawab tu mak mertua, pak mertua even adik ipar aku pun ada kan.  Kot jawab ngengada kang lagi ar orang nyampah dengar.  Hah..aku memang lebih mengada dengan bapak aku, adik beradik aku sendiri pun dah maklum dengan pangai ngada2 aku tu.

Aku dah agak sure bapak call nak bagi tau dia nak datang ke Seremban.  So, dia tanya ar samada aku kerja ke tak hari Sabtu tu.  Aiishh..kalo tak kerja kan best boleh gak dia datang Jumaat malam tu gak.  Takper2 semalam pun dah kira ok dah.  Lagipun bapak bagi tau dia nak pulangkan barang2 dipinjam masa kenduri kahwin Ateh hari tu.  Barang2 tu pun kepunyaan makcik aku yang bakal mengadakan kenduri kahwin bulan depan.

Hari Sabtu tu pulak abih jer time keja adik ipar datang menjemput sebab nak ikut dorang ke kenduri kahwin.  Hubby tak ikut sebab time dia abih keja lewat sejam dari aku tapi dah siap pesan cepat2 kemas apa yang patut boleh terus pegi beli barang untuk makan malam.
Dah siap jer beli barang, hubby terus jer letak tulang ataih dapur untuk dibuat sup.  Aku pulak siang ikan siakap yang tak berapa besar untuk dibuat stim.  Bapak aku memang suka ikan siakap masak stim, favourite katanya.  Dalam dok makan malam tu boleh lak aku terlupa nak snap gambar masakan aku tu.  yerlahkan orang masak sesekali kena ar tunjuk kat blog..adeeh..boleh gak jadi bahan kat blog nie..hmmm..hampeh tul ar.

Dah siap semuanya adik sepupu aku lak call, bagi tau mama dia suruh aku datang untuk makan tengahari esoknya [Ahad].  Suruh tu beb..bukan ajak yer..siap adik spupu aku cakap 'ya, mama suruh, ini arahan yer'..kakakakaka  Bila dah sampai jer kat umah makcik aku tu..sampai ke malam ler kitorang dok the pot the pet, pot pet..almaklumlah jumpa sesekali ada jer ar citer yang nak diciterkan.

So, itulah kisah hujung minggu aku..korangnya hujung minggu lak camner?

Khamis, 10 November 2011

KAMPUNG LOBAK THAI SEAFOOD & BBQ RESTAURANT




Tengahari tadi kami gi makan kat restoran Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ Restaurant. Lauk pauk yang kami makan macam kat gambar atas tu butter prawn, siakap stim, ayam goreng pandan, ketam curry paste, tomyam seafood dan kailan goreng ikan masin. Miunuman pula kami pesan air kepala eh kelapa. Sedap ker? Aish..dah nama makan FREE mestilah sedap. Kami tu bukan maksud aku dan keluarga sendiri tapi keluarga pejabat. Korang teka ar baper orang makan tu? 4 orang makan tu beb, aku sorang jer pompuan then aku jugak sorang jer melayu. Yang best tu bos aku tanya nak makan apa order jer..aii..pucuk dicita ulam mendatang, aku order jerlah..suka tak suka kenalah dorang ikut tekak aku..muahahaah [gelak sangat jahat nieh].

Oklah lauknya pun..nak kata tak sedap, sedap jer..nak kata tak sedap, sedap jer kat tekak aku nie. Nak pulak aku jenis suka makan yang pedas2 kan..hah amik ko..nasik aku amek sikit jer..tapi lauk aku bedal macamkan dah baper hari tak makan. Takde nak cover macam pompuan melayu terakhir bagai. Selamba jer aku makan depan 3 janz yang konon2 tak heran or buat2 tak nampak dengan cara aku makan tadi.

Layanan dia? hmm..boleh tahan gak ar cepat jer dorang nie masak sebab masa tengahari mang tak ramai yang datang.  Kot malam as per bos aku cakap..ramai gak yang gi makan kat restoran nie.  Kalo ramai tu maka nya boleh ar diterima dek tekak ramai..kot tak sedap korang gi ar makan tempat lain.  Kat malaysia nie banyak kedai makan korang leh pilih nak gi makan.  Asalkan ada $$ no problem beb.

Kat mana eh restoran nie? aku nak kata pandai sangat pasal somban nie, dah dekat 8 tahun aku dok sini, lokasi memang ar aku failed. Yang pasti aku tengok restoran sebelah jer dengan stesen petronas. hah..yerlah tau ar banyak stesen petronas kat somban nie. alah kalo yang tau nak ke Jln Manickavasagam. Tak gak tau? aish..sendiri google map ar[amboi..garang ko jah..]

Eh lupa nak bagi tau restoran nie pun ada free WIFI yer. Mana tau ar kan kot ada yang sambil makan tu nak updet blog ker fb ker twitter ker kan..cececce..

dah tu jer nak share dengan korang..eh tetiba mood rajin nak updet blog..walhal citer yang lelama tu dok terperam..ah bantai ar kan..blog sendiri punya kan..suka2 jer nak rajin ker..malas ker..janji wa happy [yer..happy la sangat ko jaaaahh..]

babai..
Posted by Picasa

3 beradik perempuan..

hai..hai..amcam ada sihat ka? wa hari nie suara sudah tukar la beb..feeling sexy dengan suara baru [ceh perasan sexy walhal macam angsa ada r..kakakaka].  Padan muka aku pun, asal panas jer teguk air dari peti sejuk tu.  Takperlah..suara angsa pun angsa lah at least ada gak suara daripada yang sebelum nie langsung tak kuar suara.  Gi keja time jawab tepon dah orang ingat aku dok berbisik..walhal punyalah perit tekak masa tu Tuhan ajer yang tau.

Dah lama tak kongsi dengan korang gambar anak2 aku kan?  Meh nak tunjuk anak2 aku konon2 bajet comel..bajet cun dalam gambar nie.  Gambar budak2 kalo buat apa pun nampak comel kan?  Cer kalo dah tua bangka buat cenggitu confirm orang chop ko bertebiat..kakakaka

melaram dengan spek mato makcik dorang...
tu baru satu pos jer tu..ada lagi..jab nak tunjuk..bukan main lagi dorang nie..masa nie Hari Raya Haji hari tu on the way nak ke umah MIL.  Hubby drive adik dia nyer keta..SIL gi Melaka beraya kek umah tunang eh.  Anak2 aku tau mana 'acik' dorang simpan spek dia, maka siaplah bergaya sakan dorang dengan spek tu.

tu dia siap tunjuk 'peace' lagik..heheehe
Seronok tengok gambar dorang nie, aku rasa cepat sangat masa berlalu..dulu dorang nie dalam kendongan dan sekarang nie dah pandai berkata2.  Dan secara tetiba aku rasa diri ini semakin tua [woi..dah lama dah tuanya beb ko tu yang kahwin lambat..adeeh]

Ah..oklah nak chow dulu..nanti sambung lagi citer..bila? lagi seminggu? 2 minggu? ahh..tidak..*lari sambil tutup muka*..

Sabtu, 5 November 2011

Sarapan Nasi Lemak

assalamualaikum..jawab tau, tak jawab dosa..[macam ar aku dengar korang jawab salam aku kan?]  apa mimpi aku tetiba update blog pagi buta nie?  Kira2 nie kurang pelik tau..lagi pelik tetiba time macam nie aku dah pun makan nasi lemak masakan sendiri..tak caya jer kan?  aku pun pelik naper tetiba aku rajin lak nak masak nasi lemak.  Time sabtu pagi camni bila tak kerja dok mengadap jer depan laptop, nie tak, lepas jer sembahyang subuh tadi aku takde nak sambung tido der..terus jer kuarkan bahan2 nak masak nasi lemak tu.

Konon2 nak buat sekali ar rendang kerang..perghh kot jadi ar aku masak rendang kerang tu tadi, sure hubby bertambah heran dengan tahap kerajinan aku nie.  mesti ada apa2 kan? nolah..takde apa pun..yang sebenarnya aku malas nak masak untuk makan tengahari kang..gasak ar ko..makanlah nasik lemak nie pagi dan tengahari kot nak buat makan malam pun boleh gak..akakakakaka  tapi sangatlah melampau kalo sampai dinner makan nasi lemak.  Kesian kat anak2 aku..lemau jer kang..malam nie ada pasar malam kat area umah aku nie.  So, boleh ar soh jer hubby gi beli apa2 yang patut untuk makan malam kang..

dan inilah dia...nasi lemak yang aku dah masak..sajer taknak pakai sudu garfu sebab nanti takde feel time makan nasi lemak aku tu.  perggh..makan nasi lemak pun nak ber'feel' bagai..apa daa..kakakaka

Jemput makan semua...

Khamis, 27 Oktober 2011

Hah..buat apa tu?

Dah ngam2 seminggu barulah reti nak update blog.  Ampunn..sangat tak malu nak mengaku bahawasanya aku sangat malas sekarang nie.  Ikut mood aku, ikut suka aku jer.  Kot tak tu, aku dah letak siap2 dalam auto publish.  Tapi memandangkan aku dah start coti dari semalam, nak pulak ada masa lapang sangat banyak nie boleh ar dengan selamba menaip secara perlahan2 berceloteh diblog aku nie.

Aku tengah melepak di rumah sambil anak2 aku si Lidya dan Dania menonton tv.  Mulut aku dah penat dah manggil dorang masuk bilik air. Dorang memang payah betul nak diajak mandi tapi bila dah masuk bilik mandi payah pulak nak diajak keluar.  Dania nie pulak pantang aku coti, kejab2 kang nak baring atas riba sambil menyelak baju.  yer..yer dia dah pun 3 tahun 2bulan tapi masih lagi ber'gantung'.  Dah payah pulak nak soh dia berhenti.  Kalo di tempat ramai orang takde pulak dia mintak, malu lagi ada.  Toksah tanya ada lagi ke tak susunya..yang pasti ada tapi tak macam dulu2 sampai bengkak penuh dek susu.  Aku tengah carik jalan nak berhentikan dia menyusu badan nie.  Budak dah bergigi nie kalo terlelap dia mengetap, so korang bayangkan tiap kali dia terlelap masa 'gantung' tu mengetap giginya.  Acapkali jugak aku terjerit kesakitan.  Tolong aku camner nak bagi berhenti..yang terdahulu si Julia n Lidya berhenti sendiri tu pun sebab aku dah mengandung.  Takkan yang nie nak kena aku mengandung gak..oh tidak..oh nehi kabhi nehi..

Oklah..aku nak chow dah dekat kul 11 dah nie..keja kat umah satu apa pun aku tak mula lagi nie..tak leh nak ikutkan sangat tahap kemalasan aku nie..kalo ikut sampai petang anak2 aku tu mandi kang..hahahahaha

Khamis, 20 Oktober 2011

tak habis2 char kuey teow

Sejuk2 nie kalo dapat makan yang panas2 ..pergghh..nikmatnya la kan..benda makan yang tak berapa nak sedap pun jadi sedap giler..kot orang nak ngorat pun tak jadi tengok betapa pelahapnya ko makan time tu [sib baik dah kahwin...kakakaka].

petang tadi punyalah hujan lebat kan?  tetiba jer hubby ajak gi makan char kuey teow kat gerai brader di Taman Tuanku Jaafar tu.  Aku order as usual char kuey teow with telor mata kobau[goyang]..air lak aku order horlick panas...dah lama lak tak minum ho..ho..horlick..

pic goyang daa..konon menggigil kelaparan..hehehe
hubby lak order lain dari char kuey teow...dia order maggi kuah dan air lak teh halia panas gak...perghh..sangat marvelous ok..

maggi nie kalo masak kat umah tak sama ok rasa dia..
Masa aku amek gambar maggi tu, kebetulan brader tu ternampak siap cakap "ai..siap ambik gambar".  aku leh jer jawab "nak letak dalam blog".  Dia pun diam..tak marah ke apa ke.  Masa hubby nak perah limau maggi, brader yang masak tu cakap "jangan perah limau tu dulu, rasa dulu" perghh..memang betul hubby tak yah nak perah limau sebab masa dia masak dia dah letak limau and dia pun ada letak tomato.  Aku suka ar style brader nie, dia tak sombong..sangat mesra okay..aku ingat lagi masa memula kitorang nak order char kuey teow dia siap tanya nak basah, sedang2 atau kering..hah sampai macam tu skali dia tanya tau..bila aku soh tambah telur mata kerbau pun dia tanya nak goyang dangdut atau yang keras..maksud dia yang goyang dangdut tu telur kuning tak masak sepenuhnya...

then petang tadi tu masa kitorang dah settle makan tetiba dia letak ataih meja..

cer teka apa nie?
aku ingat dia nak bagi kitorang makan lagi..upanya dia cakap "hah..cepat2 amek gambar nie letak dalam blog"..aku pun cecepat amek handphone aku snap..sib baik tak lupa tanya tu apa nama masakan dia tu bang?  dia cakap 'yee mee goreng basah"  then aku tanya lagi "harga dia sama ke?" Dia cakap yang tu RM4/-, char kuey teow jer rega dia 3hinggit sengah.[RM3.50]".

Korang kalo gi tetiba rasa tak sedap, janganlah salahkan aku yer.  Kita nie nama jer manusia tapi selera bukan selalunya sama.  Aku kata sedap ikut sedap tekak aku.  Tekak aku leh terima masakan dia same goes dengan hubby aku tu.  Kot tak sedap kat tekak kitorang takdelah kitorang pegi ke gerai dia.  Apapun kot nak buat sendiri pun ok jer...tu pun kalo rajin ler..tak rajin macam aku...gi jer order..hehehehe..

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila anak buat perangai..

Korang, kalo anak2 korang buat pangai tak semenggah korang buat apa?  Buat perangai kat rumah tu oklah nak marah or nak pukul [jangan dikelar sudah..adehh ramai betul manusia yang cepat hilang pertimbangan..menakutkan sungguh].  Anak2 aku berumur bawah 5 tahun [Lidya n Dania] sangatlah suka buat perangai..perangai camner? hah..macam2 perangai dibuat dek dorang nieh.  Setakat di rumah tu aku boleh ar nak kawtim camner dorang nei..setakat jeling or acah2 naik tangan takpun konon2 gegas nak gi pukul sure dorang takut.

Masalahnya ialah bila dorang suka betul buat perangai di hadapan khalayak ramai.  Nak dimarah kang malu tak marah pun malu gak.  Tak agak2 nak melalak sekuat hati, rasa macam aku pun nak melalak sama kat situ gak.  Aku bagi contoh eh..macam baru2 nie aku bawak dorang gi Carrefour Rahang.  Konon2 jadi mak yang baik nieh..bagi chance dorang main game kat situ.  Dah cukup time balik..boleh pulak dia buat pangai macam nie..

Kot sorang jer yang buat pangai camnie ok lagi kan?..kan?  cer kalo 2 orang, camner korang nak buat?


Si Lidya [skirt berbelang] tu siap cakap dalam tangisan.."mak jangan amek gambar".  Tau pun ko malu eh orang amek gambar ko pangai camni.  Aku jawab jer "ada mak kisah", mak tak kira mak nak amek gak".

Kesudahannya aku ajak dorang gi main kat tempat lain, barulah dorang lepaskan kaki aku..adeeeh...sesak nafas aku.  Si Julia yang sulung pun reti malu dengan pangai adik2 dia.  Tapi aku cakap gak, masa kecik2 pangai dia pun sama jer..kkekeke

Kalo korang camner eh korang buat?

Khamis, 13 Oktober 2011

SMS punya pasal..

Al-kisah handphone seorang suami berbunyi menandakan kemasukan pesanan ringkas ketika itu pula suami itu sedang memandu.  Maka si isteri yang kononnya ingin membantu mengambilkan handphone tersebut yang sedia terletak dalam beg pouch suaminya.

Si suami pun berkata"ala..sms jer yang masuk".  Si isteri pun terasa sedikit jengkel kononnya tak percayakan suami, cepat sahaja tangan nak menggapaikan handphone tersebut.  Maka si isteri ini pun dengan nada bersahaja atau dalam bahasa pasarnya 'selamba jer' pun membalas "so, kalo sms jer, saya takleh tengok?" "ada rahsia yang tak patut saya tau ker?".  Si suami sudah mengagak isterinya itu sudah terasa hati, lalu terdiam seketika.  Si isteri melihatkan suami mendiamkan diri, lagi mahu diprovokasi [perghh..ayat ko punyalah hai] dengan berkata "saya ingat kita takde apa2 rahsia".  "Ada rahsia yang tak patut saya tau kah" dengan nada suara keras yang dibuat2.

Si suami pun tak nak mengalah, maka dijawabnya "ada tapi malu nak cakap".  "Waah..ini sudah melampau nie" kata si isteri dalam hatinya.  "apa rahsianya?, tak boleh bagi tau sebab nanti dah tak jadi rahsia ker? tanya isteri lagi [memang sajer nak carik pasalkan?].  Si suami pun menjawab lagiii dengan jawapan yang sama "rahsia tu saya malu nak bagi tau".  "apa yang nak malu sangat, bagi tau jerlah..macamlah tak biasa dengan saya" desak si isteri pula..  Apakah rahsia yang malu sangat nak beritahu dek suaminya itu???


cer teka...cer teka...



































Jawapan si suaminya adalah.."saya terkentut dalam air".....mengong kan?  sakit tak hati korang?  Sabarjerlah.....

p/s; official opening kat tesco senawang, seremban jaya hari Sabtu nie..yeay aku off day tapi tak bestnya aku takde kat sini..hampehdotcom sungguh..

Ahad, 9 Oktober 2011

Kisah anak dan mak..

Pada suatu petang di dapur si mak sedang menghidangkan makan malam untuk keluarga.  Setelah siap si mak pun memanggil anak2 untuk makan bersama.  Mak yang penuh kesabaran itu melayan la kerenah anak2nya menjamu selera.  Secara tiba2 anaknya yang kecil baru berusia 3 tahun bersuara..

Anak kecil: Mak..mak..

Mak:  iyer..

Anak kecil: mak wat ape tu? [dengan pelatnya anak itu bertanya]

Mak:  tengah panaskan lauk untuk makan malam nie hah..

Anak kecil: Mak..mak..

Mak: iyer sayang..

Anak kecil: esok raya ker?

Mak:  raya apanya pulak dah abih dah ler..tinggal nak sambut raya haji jer nie..

Anak kecil pun jawab dengan selamba..: ooo..patutlah..[berhenti terus dari bercakap]

Si maknya pun tetiba terus rasa penat giler.  Rasa macam nak tumbuk dinding jam2 tu gak.  Nak menangis pun ada.  Tapi bila dipikir..ahh..si anak ini cuba nak berborak2 dengan maknya seperti kakak2 yang lain.  Ok diterima dan untuk menyedapkan hati si anak, maknya layan jerlah bercakap.  Agaknya anak kecil tu dah tak tau nak cakap apa.  Sekurang2nya ada gak lah topik yang hendak dicakapkan dari tah apa2 topik.  Betul tak? betull...betul...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tesco Senawang di Seremban Jaya



updated: DORANG DAH START BUKAK DAH HARI NIE 19/10/2011
updated 18/11/11: hampir semua lot2 kedai dah mula beroperasi sepenuhnya..


Aku hari2 dok lalu sini, cepat sungguh Tesco nie siap. Ada yang tak tau ker?  Tulah saper soh lalu kat Lekas Highway kan dah terlepas pandang..kakakakaka..  Dekat sangat dengan tol Senawang.  Saper yang dok lalu hari2 sure nampak kat tesco senawang nie.  Orang dok senawang tak yah sibuk nak gi S2 [seremban 2].

Confirm jalan jem giler babon nie time official opening sok nie.  Aku nak siap2 amek coti, maleh aku nak tempoh jln jem giler sok.  Leh caya ker tu?  Silap2 aku orang pertama bertunggu tangga kat depan tesco nie..kakakakaka. Waktu perniagaan Tesco memang dari pukul 8am - 1am eh?  Sebab tesco nie dia tulih camtu..pegghh..dasat betul dari seawal jam pagi ke lewat malam dia beroperasi..dasat memang dasat..

Jangan tanya aku bila tarikh bukak tapi yang aku dalam bulan nie gak.  Kalo aku tau sok surelah aku bagi tau korang.  Aku ada terbaca komen kat fb adik spupu aku, dia dok tulis 20hb nie.  Tapi aku tak sure tu betul ke idak.  Selalunya kalo baru2 bukak sure ada special event kan?  Tapi bila dok terbayang betapa penuh dan padat, aku rasa macam berat lak nak gi.  Tapi kalo ada orang nak ajak pegi aku sedia jer amek coti...kakakaka Nak gak merasa meriahnya hari pembukaan beb..hikhikhik..

p/s:  macam tak caya jer aku update blog time cam nie kan? sila ar percaya..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bajet 2012

Pembentangan bajet 2012 akan bermula jam 4 petang nie.  Kata PM kita ianya adalah merupakan satu transformasi buat rakyat khasnya.  Jangan asik dok bentang jer yer PM, perlaksanannya kenalah dibuat 100%.

Jangan kerana nak menang pilihanraya bagi macam2 tapi bila dah menang macam2 cukai dikenakan kat rakyat.  Baik toksah naik gaji kalo macam tu.  Yang kerja swasta tu jangan dipandang sepi yer.  cewaah..rasa macam ahli politik lak aku nie...kekekeeke

Hubby lagi best..dari semalam dia dok merungut.  "alaa..tak best ar hari nie Malaysia lawan Australia pukul 5ptg ar".  Hah..ko...orang dok sibuk citer pasal bajet, dia dok resah kesah tak dapat tengok perlawanan bola sepak.  Siap la balik petang nie sure dia ajak cepat2 siap nak tengok tv.

Tapi ok gak..sekurang2nya aku boleh ar dapat info terkini pasal sukan.  Kot tak, haram aku tau, silap2 buat tak tau lagi ada..heheheeh

p/s: hujung minggu nie korang wat per? gi mana?  aku? dok umah jer..huhhuhu

Pesanan2 mak kita

Selalu mak2 kita berpesan...

- Jangan makan berdiri, tak baik..
- Jangan melawan cakap orang2 tua, tak baik..
- Jangan buat perkara yang menjatuhkan maruah keluarga..
- Jangan buat sepah di rumah..
- Jangan jadi pemalas
- Jangan ikut kata hati
- Jaga suami tu elok2..
- Jangan lupa sembahyang..

ada lagi banyak kan?  Dulu2 rasa macam boring jer dengar tapi bila dah punya keluarga sendri, barulah aku mengerti..

Terima kasih mak kerana mak tak pernah bosan/jemu berpesan pada anak mak nie.  Moga Allah swt melindungi mak selalu..

Khamis, 6 Oktober 2011

Steve Jobs 1955-2011


Mr Steve Jobs founder and former CEO of Apple meninggal dunia semalam.  Untuk cerita selanjutnya boleh dibaca di SINI.

Isnin, 3 Oktober 2011

Bila dah ok..

Kesian hubby, bila dah sihat dari demam tapi badan tetap rasa semacam katanya.  Alhamdulillah anak2 pun dah sihat dah cuma batuk2 jer.  Tuan punya blog pun dah ok skit tekaknya.  Dah boleh merawat blog yang tak dikunjungi sekian lama..[cececeh..poyo jer].

Aktiviti di hujung minggu pun hanya ke rumah adik sepupu yang kata dek maknya makan2 tapi rupa2nya ada bacaan yassin bagai.  aku lak dengan selamba terjah rumah adik spupu aku tu dengan berbaju jersey MU [hubby hangin jer sebab dia penyokong kuat Liverpool].

Lepak2 borak2 pot pet dengan sedara mara..tau2 dah pun hampir jam 10malam.  Kalo hubby tak buat isyarat lagi ar tak reti nak gerak nak balik..huhuhu..yerlahkan bukan selalu dapat borak2 dengan sedara mara pun kan.  Sesekali berkumpul tu ada jerlah citernya..betul tak? betul2..

Oh yer lupa lak nak citer kisah malam minggu tu.  Aku lalu kat Dataran Senawang a.k.a Taipan Senawang sebab hubby nak tapau satey Hj Sahmuri pehtu lak si Julia tetiba "hah tu mak kedai gambar".  Setelah sekian lama dia dok cakap nak kena bawak gambar passport ke sekolah barulah malam tu gi buat.  Dan yang aku geram tu bila dah buat jer siap CD bagai boleh lak jumpa gambar masa dia pra-sekolah, walhal gambar tu punyalah penat aku dok cari sana sini sinun.  Dan yang best tu pulak si Julia nak guna gambar lama sebab gambar lama dia tu ok skit dari yang baru.  adeeh..kecik2 pun pandai nak pilih gambar elok tak elok..baru darjah satu tu..kot darjah 6 tu sok tak taulah..hmmmm..

Lagi satu..bulan 10 nie lah bulan aku ada banyak hal nak dibuat..[ececece..takde hal pun blog tak ter-update..hohoho].  hah..tu bila sampai masanya sok barulah aku citer kat sini.  Sebelum tu aku citer yang ala kadar jer yer..

Orait geng..nanti kita sambung lagi...tata..

Selasa, 27 September 2011

Bila ada yang tergolek...

ehem..ehem..tekak perit, tapi bab makan takde masalah, selamba jer telan walaupun sakit ya amat.  Bermula dengan si Lidya demam, kemudian beralih ke ayah dan uwan dan kakak dia.  Cuba korang teka saper yang terlebih2 tunjuk sakitnya?  Tak padan dengan umur, ragam dia mengalahkan budak kecik.  Mintak picit kepala lah..kakilah..badanlah..yang sihat boleh jadi tak sihat wa cakap lu beb.

Nie aku tengah mengadap blog nie, dari kejauhan dia dah tersengih jer.  Takde lain ar tu nak mintak picit paler ar tu.  Separuh merayu "tak dapat picit paler, picit kaki pun jadilah".  Anak2 aku yang demam pun tak macam nie punya peel.  Anak2 aku kot demam pun abih2 kang dok mengengek tu pun sekejab jer pehtu tido jer.  Adeeh..cer kalo aku yang demam, mintak picit paler kang dengan tangan sebelah jer dia picit itupun macam nak soh aku lagi cepat sakit.  Mana taknya mata tengok tv.  Abih tu camno?  Sedih ahcik tau..huhuhhuhu

Eh..jab apa ubat sakit tekak selain dari minum asam jawa eh?  Selain dari jangan makan benda2 berminyak, yang pedas apa lagi yang tak boleh?  Iyer2 tau..kena minum air masak or air kosong banyak2..lagi? meh meh share dengan aku.  Manalah tau kan..kot ada lagi yang lebih mujarab.  Tapi tulah selera makan camtu jer..kotlah nak kurus sekilo dua kan..haram..lagi gumuk ada ar..heheheehe

Nanti kita sambung lagi eh...babai..

Jumaat, 23 September 2011

SMS punya citer..

Tak mo nak citer pengenalan bagai terus jer citer pasal sms atau pesanan ringkas sepasang suami isteri yang dah berkahwin hampir sedekad.

Isteri punya sms: yang bak mai no. ic lama..

suaminya sms: A*******

SMS lagi dr ister: no. keta NBD 6789[bukan no. sebenar heh]

suaminya jawab: nbd7689

lagi isteri tanya: proton saga iswara kan?

suaminya jawab: yo

isterinya lagi sms: ok..i luv u..muahh..


suaminya TAK jawab...

lepas 10minit berlalu si isteri sms lagi: ms biler kita g genting dengan keta tu eh?

suaminya jawab: 2002 kot [aik..cepatnya dia jawab]


Lewat petang balik keja dalam kereta si isteri pun tanyalah kat suami...

"awak tak heran ke naper saya tanya soklan2 sms tu?"

suami jawab: "tak yah tanya, sure awak citer kat saya"

si isteri yang bengang lalu berkata "eleeeh...ok, saya taknak citer apahal saya tanya tu semua, just wait n see jerlah".  "then tadi saya sms awak luv2 tu naper tak jawab?"

dengan muka tak boleh blah si suami berkata "saya dah taip dah yu dabelyu ee kay tapi saya padam, tau sure awak marah".

si isteri dengan nada hampa,"apalah awak nie dah dekat 10tahun kahwin apalah salahnya jawab jer yang sama, sejuk hati saya tau".

Ingat nak tambah ar lagi ayat "macam nie inilah orang lelaki kalo bini depan mata wat derk jer, sok bila bini dah tak leh nak dengar, tak nampak barulah terhegeh nak peganglah, nak cium tanganlah, bisik i love u lah..hah pehtu ko dengarlah si Upin Ipin cakap "dah lambat dah"...kan ker padan muka...

tapi baik diam jer..koser nak balah2 pasal tu..sure aku gak yang berangin satu badan lak nanti..

anyway, selamat berhujung minggu and selamat menjamu selera mana2 open house..

Khamis, 22 September 2011

Citer Seram??...

Dulu2 masa kecik aku suka tengok citer seram.  Citer seram yang pernah aku tengok kat TV kebanyakan citer dari Indon..termasuk citer pocong tu [setan dr kuburan], sundel bolong dan macam2 lagilah.

Tapi sejak dah kahwin nie citer seram hanya ditonton waktu siang.  Apahal masa siang jer?  hah..kalo nak tau masa tu jer time encik hubby aku tu berani nak tengok.  Dia tak suka tengok waktu malam takut nanti ngigau.  So, citer2 seram kat tv yang bersiri tu mang takde masuk dalam book kitorang nak tengoklah.

Sekarang nie kakak@Julia anak sulung aku memang suka tengok citer seram tapi sebab dek ayah dia tak bagi, maka dia tak de peluang ar nak tengok.  Elok pun kan..sebab tak tengok pun tiap kali nak ke dapur memalam sure ajak orang teman.  Paling best si kecik@Dania tu pun sama gak sekarang nie nak ke dapur mesti nak berteman.  Aku tak tau naper tapi aku rasa dorang nie ditakutkan untuk tidak memberanikan diri sorang2 ke sana sini situ.

Well, dulu2 masa aku sekolah rendah, aku suka merayau sampaikan arwah Uwan aku takutkan aku dengan mengatakan kat kawasan umah aku tu ada orang sembelih kepala.  Aku takdelah nak caya sangat pun tapi aku takdelah menjawab cuma hati aku tergerak jer, 'nak takutkan orang pun takkan sampai macam tu sekali punya tipu'.  hehehehe peh tu kan tetiba lak heboh pasal 'hantu kum2'.   hah start tu aku dah memang takut nak kuar umah..tau pun takut..

Tapi sekarang lagilah takut..orang biasa yang pangai dia kalah dari hantu pun ada..betul tak?  Kot hantu betul pun abih2 dia tunjuk muka yang tak berapa nak lawa tu hah..orang pangai hantu tu tak yah citer ar kan..baca kat suratkhabar, tengok berita even dalam internet pun dah amat menakutkan kita, betul tak?

Apa yang silap eh?  Kurang didikan agama?  kurang kena rotan dek makpak ker?  Terlebih manja? kurang kasih sayang?  Dah besar panjang dah weih..mana leh salahkan orang lain..kena ar salahkan diri sendiri yang tak abih2 nak tunding jari kat orang len..eh jab melalut dari takut nak tengok citer seram leh lak citer orang pangai hantu..adeeh..ampuuuun...

dari aku melalut lagi kan..baik aku berhenti sekarang..ada lagi idea nak jadi tukang karut kang, kita sesama melalut dan mengarut eh? heh heh heh..

daaa..

Buat2 tak tau jer..

Hah kan..bila otak dah jem..dah serabut..hati lak tangkap sadis..blog pun jadi sepi..[eleh..time happy lagi ko buat tak tau dengan blog ko...erkkk].  Tengah miong pun yer gak nie..eh jab miong tu apa?  Tak tau tapi macam sedap jer nak guna..miong tu lebih kurang macam penin2 lalat ar kot..eh iyer ker?  ntahlah..tak kisahlah kan..tak miong pun dah macam miong..ahaakksss..

Mandangkan Syawal akan berakhir minggu depan [28hb nie bersamaan 29 Syawal yer].  Ada ker lagi yang buat rumah terbuka nie?  Minggu nie kira last ar kan?  Kot nak buat lagi pun boleh beb..sekalikan jer dengan kenduri doa selamat..konon2 nak sambut awal bulan Zulkaedah..kekekeke tapi ok per idea aku.  Lagi berkat per..

Anak2 aku lak tak abih2 dengan lagu raya duet Anuar Ellina tu hah..tapi sekarang nie dek penangan Upin Ipin nyanyi balik kat Astro Ceria tu hah..dengan2 aku pun sesama nyanyi dengan dorang..kot ada nak guna khidmat penyanyi kanak2 trio leh ar jemput anak2 aku tapi kalo tetiba dorang 'bisu' korang jangan salahkan aku lak..dorang tu pemalu ya hamat kalo dengan orang yang tak dikenali.  Nyanyian dorang..perghh..sedap tau..tapi kat telinga dorang ar, kot orang len dengar dah macam bunyik lalat plus kumbang plus langau plus nyamuk..kira2 pitching nun jauh ke laut dalam gitu..hehehe

Kuih raya korang banyak lagik ker?  Kat umah aku banyak lagi..almaklumlah kan buat sendiri..banyaklah lagi kat umah tu [dah tak sedap mang ar tinggal banyak lagi..huhuhhu]. Aku ingat nak buat biskut lagi ar sebab marjerin kat umah tu ada lagi skit..alaa..sajer2 jer konon2 nak latihkan diri supaya rajin.  Kot sedap boleh ar buat lagi banyak...untuk stok raya haji..hahahaha..poyos jer kan?

p/s: hari nie dah janji kat diri sendri nak update blog 2kali sebab semalam tak sempat nak update..tp nak buat satu nie pun dah makan berjam2 camno tu?  tak dapat aku bayangkan yang update blog sampai 3-4kali sehari tu..wa respect lu beb..

Selasa, 20 September 2011

Open House/Rumah Terbuka ada lagi ker?

Selagi tak abih bulan Syawal selagi tulah tak abih open house/rumah terbuka nie. Weihh..dah nak raya haji dah nie..Banyak jemputan terpaksa aku let go especially luar kawasan Somban...per kes? dah tak suka berjalan jauh ke apa aku nie?  well that question will remain unanswered..cewwahh..poyos punya jawapan aku bagi kan?

Aku lak tahun nie tak buat open house, hubby pun cakap tengok bajet nanti. hmm..Aku no hal der.  Nak buat boleh taknak buat lagilah boleh..hahahaha..tahun lepas aku buat open house siap ambik coti lagik tupun rasa penat tak abih.  aishh..bukan berlagak beb tapi hubby tu ramai kengkawan dia..kengkawan aku?  rata2 semuanya dok KL camner nak sampai kek Somban nie hah?  [wait..aku ada jemput ke tak eh? ada2 thru fb rasanya..

Janganlah korang salah sangka lak, tak semestinya aku tak buat open house aku langsung taknak terima tetamu datang beraya.  Aku ok jer..malah suka kalo ada tetamu yang sudi menjejak ke rumah aku yang tak seberapa tu.  Layanan insya Allah takdelah cincai boncai..takdelah kelaparan aku buat tetamu aku tu.  Agak2 arkan..makpak aku pun tak penah ajar aku biadap dengan tetamu.  Cuma takut kot nanti korang jer tak tahan dengar aku gelak terbahak2 siap mengilai bagai..silap2 ada yang tak hingin nak jadi tetamu aku dah..huhhuhu  Sedap borak sampai lupa nak jamu tetamu yang datang? boleh? Tapi rasanya takdelah terjadi pun..kot jadi pun kat adik badik aku jer..sebab bajet dorang leh pepandai nak minum or makan sendri kat umah aku tu.  Aihh..kalo dah siap tido baring takkan ko tak reti2 nak carik benda makan sendiri? opps..no no..itupun aku tak buat der..even adik badik aku or sedara aku mai sure kami akan hidangkan seperti tetamu yang lain.  

Aku selalu ingatkan diri sendri, tetamu yang datang itu adalah rezeki buat aku dan keluarga.  Camner leh rezeki lak?  Kadang2 ada tetamu yang bawak buah tangan takpun tuan rumah malas masak [aku ler tu] tetiba rajin nak hidang makanan.  Kan ker rezeki tu? hiiikkkk...[dah melalut dah nie..]


p/s; apapun, korang jadik tetamu sila behave yer..ala2 sopan gitu..kat umah jer leh buat macam umah sendri sebab aku pun jenis selamba badak..hehehehe
amacam ada bran nak jemput aku jadi tetamu? lariiiikk....

Isnin, 19 September 2011

Kertulah sangat...

Nak ceritera tentang si isteri memang suka sangat bergambar [kes siok sendiri nie].  Pantang jer muka ada mekap sure dia posing ala2 gadis remaja gitu walhal dah level dah tahap mak dara...kekekeke

Nak dijadikan ceritera..si isteri dah awal2 bersiap dan sementara menunggu suaminya menjemput dia pun men-touch upkan muka yang tak berapa nak lawa tu.  Usai selesai si isteri menouch-up mukanya, sampailah si suami dengan pakaian yang tampak sangatlah macho.  Dari kejauhan si isteri dan suami dah saling tersenyum sumbing [masing2 perasan  muda ar tu konon..hahahahaa].  Masuk jer dalam kereta, si isteri pun tak sabar2 nak bergambar bersama dengan suaminya.  Almaklumlah jarang2 suaminya berpakaian kemas sebegitu rupa.  Si suami dah tarik muka, seolah2 tak suka diambil gambarnya.

Maka si isteri pun bertanya "mengapa dulu2 bukan main lagi awak posing bergambar dengan saya, sekarang nie siap tarik muka bagai?"

Tak disangka dengan pantas si suami jawab "sebab saya dah banyak uban".  Maka berderailah ketawa si isteri dengan jawapan suaminya itu.  Dan teringatlah akan si isteri dengan peristiwa si suami dipanggil "pakcik" setiap kali membeli juadah berbuka puasa manakala si isteri pula dipanggil "kakak".  Kesian kan nasib si suami itu?  Dah ditawarkan dek isteri untuk mewarna rambut merah menyala, takut digelar "tua tak sedar diri" nanti.

Dan dengan itu, sehingga sekarang si suami sangatlah jarang2 hendak bergambar dengan isterinya dan anak2.  adeehh..macam nie pun boleh ka? hahahaha

p/s: takde kena mengena dengan orang len..[maksudnya?...sendiri mau ingatlah...hahahaha]..

Rabu, 7 September 2011

Beskut raya sendiri



Konon2 nak letak malam tadi pehtu aku pikir2 balik, alah kang letak awal2 kang lum tentu esok aku ada update..letak jer lewat2 skit..dapat gak blog aku berupdate sehari sekali..kekekekeke

Dapat snap 2balang jer beb..nie pun bukan semua nie. Nak pulak tukang snap adalah anak aku sendiri, aku dah tak koser..fenat giler babun masa nie. Ada yang ok rasa dia then ada gak yang kureng. Tapi semuanya aku sukat ikut suka hati aku berpandukan buku resipi. Alhamdulillah..sib baik jadi kot tak jadik haruslah malu bila hidang untuk tetamu yang datang.

Tapi tulah bila dah letak gambar, rasa malas pulak nak citer panjang lebar. Rasa malu pun ada gak. Orang len siap buat business kuih raya, aku lak terhegeh siap eksen kata buatan sendri. Ntah2 orang yang dok rasa kuih2 raya aku tu cover line kata sedap. Yerlahkan kot kata tak sedap kang sure takde aku nak buat lagi dah..huhuhu

Hah tu baru biskut raya jer tu..lum lagi aku tayang kat korang kek hasil tangan aku gak tu. cecece..dah mula dah nak bangga dah. Hubby pun dah excited semacam jer soh aku buat kek lagi. Paling tak menahan masa hari minggu hari tu kengkawan dia datang menanya siap masak bagai. Dengan selamba dia jawab.."ala..barang dah siap dah, men campak2 jer". Aku dengar dari tang dapur rasa macam nak gi sound jer "yang, meh nie ke dapur..cer awak campak2 jer barang2 jadi tak masakan awak". Tapi aku kan bini solehah *kedip2 mata sambil tunduk*, senyum jerlah bawak hasil masakan ke depan...heheheehe

Ok..nanti kita sambung citer lagi eh...babai..
Posted by Picasa

Selasa, 6 September 2011

Mengada2 lebih..

apsal ar aku nie semakin hari semakin malas nak update blog aku nie eh?
tarik nafas dalam2, dah ku renung..dah menung..tak gak jumpa jawapan..MALAS gak jawapan paling relevan.  Tak abih2 dengan MALAS.  Tak rasa kesian langsung kat orang dok hari2 klik blog baca benda yang sama dekat sebulan.  erkk..masalahnya ada ker yang sudi baca?  tet...perasannya la hai..

Apa nak citer pasal raya?  Biasalah tiap kali raya sure paling best dengan ahli keluarga sendiri jer.  alah..raya 1st jer dengan mertua masuk raya ke-2 dah balik KL dah.  iyerlah nak wat camner kan..orang takde kampung camtu la gamaknya.

Camner aku nak ada mood nak update blog?  [tak abih lagi carik alasan].  Bukan tak boleh nak upload pun.  Aku pun rasa kureng jer blog aku bila tak boleh nak upload gambar.  [poyo jer kan..macamlah orang ndak sangat tengok gambar ko yang tak apa2 kat blog nie].

Nantikan malam nie ..aku akan pastikan upload gambar beskut raya buatan sendiri.  Mak aku sendiri pun tak percaya aku boleh buat beskut raya berbalang2.  Di-testnya tart nenas katanya beli kata buat..perghh..sangat menusuk bila mak sendri pun tak caya anak dia boleh buat beskut raya.  Tapi aku bangga gak beb sebab mak menyamakan taraf beskut tart nenas aku tu dengan beskut yang dijual.  perggh..baru buat kali pertama dah sedap, bayangkan kalo buat banyak kali, sure lagi sedap kan?  [tak agak2 nak angkat diri kan?].

Takde ker yang nak jemput aku gi open house dorang? [hah yer macamlah ko dapat pegi sangat kan?] hhuhuhuhu..

p/s: hari nie 8 syawal tinggal lagi 21hari utk korang buat open house...buat jangan tak buat yer..and jangan lupa jemput aku..tapi lum tentu aku datang..[apa daa..soh org jemput tapi awal2 dah surrender tak leh pegi..]

Jumaat, 19 Ogos 2011

Baby n kids..

Kejadian nie baru jer berlaku petang semalam masa aku jalan depan hubby sambil meninjau2 lauk di bazar ramadan kat tmn desa dahlia, senawang.  Beli lauk?? apsal tak masak? tett....*kelip2 mata*. hahahaha  Ok yang aku nak citer nie bukan pasal juadah or pasal masak.  Aku nak citer tah macam mana aku stuck, tak boleh nak jalan ke depan kerana dipegang kuat dek sorang budak kecil yang comel.  Dah kena tegur dek mak dia or kakak dia barulah dia perasan dia salah pegang tangan.  Malu lak budak tu sambil tersengih.  Cute budak tu, pakai baju kemeja sedodon dengan 2 abang dia.  Somemore budak tu budak LELAKI..[fuh..sib baik budak2 lagi, kot dah dewasa harus dia kena sepak dengan hubby kat belakang..kakakakaka).  Perasan tertarik menarik tha bomb lak aku nie..kakakakaka..

Lagi satu citer..kali nie boy gak..tapi masih dalam hari ..aish nama pun aku dah terlupa pulak.  Masa tu dah time Maghrib..dok terlalak sangat nyaring wa cakap lu.  Aku nie memang tak leh langsung dengar suara sumbang di waktu Maghrib esp. suara baby.  Aku pun angkat von gi kat uwan dia, aku dukung tepuk2 kat belakang terus senyap dia ko..[wah..sib baik senyap kot melalak lagi kuat harus panik aku..malu tak yah cakap ar kan].  Aku pun tengok baby tu dah nak lelap, aku pun pass ler balik kat uwan dia..tup tup tak sempat aku nak sambung gossip dengan adik2 aku, baby boy tu melalak balik.  Uwan dia pun pass balik kat aku..nak tak nak kenalah dukung sambil tepuk n usap belakang dia..dengan suara yang mendayu dan perlahan2 dia tertido.  Pehtu ada ar sorang makcik nie dok sound "dia rasi ar dengan ko da".  "yerlah kot, sebab ada bau tetek ida" kakakaka..gilos punya jawapan aku kan?  Yerlah pada firasat aku yang tak berapa nak betul [memang tak betul] dia senyap dia ada bau badan aku serupa dengan mak dia.  Maksud aku tu sebab aku masih lagi menyusubadankan si Dania.

Tapi sebelum tu baby tu dok melalak pun dalam pelukan mak dia.   Apapun..aku siap usik adik spupu aku nak bawak balik baby dia, tak perlu bagi alasan dia menyusu badan sebab aku pun ada..kakakakaka  Dah cuak jer adik spupu aku tu.  ker sebenarnya dia tau aku sajer main2, aku yang perasan lelebih.  Almaklumlah baru jer dapat pujuk baby dari terus melalak dah rasa vangga giler dah.

korang rasa inikah petanda aku bakal dapat baby boy?  owhh..no no no no..dah cukup with 3 charlie's angels tu hah..kalo dah pompuan pun pangai dia mengalahkan lelaki, gurau kasar giler2.  Tak dapat aku bayang kalo dapat baby boy...nehi kabi nehi..

ok..selamat berbuka semua..n moga2 malam lailatul qadar sok kita adalah insan yang terpilih untuk melihatnya..

p/s: sori takde citer pasal puasa..hehehehe

Isnin, 15 Ogos 2011

Halfway dah...

Tup..tup..dah pun kita berpuasa 15hari kan?  Dah tak heran dah dengan rasa lapar or lembik or lemau..kira2 body kita dah leh terima keadaan kelaparan tu.  Aku dok terbayangkan orang2 kat Somalia tu hah, sepanjang masa terpaksa berlapar..kita kat sini siap berplastik2 benda makan bawak balik dari bazar ramadan tu.

Selamba jer aku kan?macam takde rasa bersalah jer tinggalkan blog dekat setengah bulan [well, macam dah tak heran..sesuka hati jer nak update blog].  Ampun dan maaf yer korang yang setia dok membaca blog aku nie hah..aku nie tengah mencari kekuatan untuk merajinkan diri meng-update blog selalu.

Dah 15hari puasa tu cuma sehari jer aku dapat balik ke KL untuk berbuka puasa dengan makpak aku.  Sedihnya la haii...alangkah seronoknya kalo2 aku dapat balik setiap minggu..perggh memang siok beb.

Tahun nie aku nak bagi tau yer..[taknak tau pun takper, aku tetap gak nak bagi tau] biskut raya tak de yang tunjuk2.  Buatan sendri wa cakap lu...[korang tak caya eh? aku lagi macam tak caya] tapi percayalah memang tahun nie atas persetujuan semua pihak [MIL,SIL n aku sendiri] tahun nie biskut raya kitorang buat sendiri.  Dan yang lagi tak percaya tu gak, my beloved hubby menolong sama [tak..tak..dia tak tolong tengok tapi tolong yang betul2 punya tolong..<-perlu ke ayat nie? hahahha]

Pengkritik tentang kesedapan biskut raya mestilah ramai beb..[anak2 aku, MIL, SIL n hubby sendiri].  Penat? boleh ar tahan sebab aku buat selepas masa berbuka.  [terawih pun dah lama tak pergi, sejak dari kahwin sampai la sekarang].  Hari Ahad tak buat..rileks..tak koser nak buat time siang..sangat terduga wo puasa ku nanti..hahahaha.  Nak tengok?  Insya Allah bila ada kesempatannya nanti aku akan uploadkan kat sini.  Baper jenis dah buat? hmmm..so far, aku buat skit2 untuk trial [sebalang besar] ada ar 3 jenis termasuk tart nenas gulung, biskut cornflakes dan samperit.  Buat yang senang jer dulu..koser eh nak buat yang fancy bukannya aku reti pun..hikkss

Korang punya persiapan camner lak?  eh..jangan lupa nanti gi bayar zakat fitrah.  Jangan tunggu last minit..terus terlupa.  hmm..baju raya kali nie hubby cakap takmo sama warna or kain..semua amek len2 kaler..adeehh..so, tahun nie takde kaler tema2 der.  takde nak sedondon der..huhhuhu..aku pun dengan rela [tetiba jer rela ko..kakakaka] mengikut perintah.  Dah kalo yang kuar modalnya dia kan, kenalah ikut [aii..selama nie dia yang kuar modal takde pun ikut perintah..kahkahkahkah].

oklah..dah panjang lak citer aku nie..macam haper jer kan?  harap2 aku akan lebih rajin update blog aku nanti..aku akan cuba sebaik mungkin yer..

p/s: Nuzul Quran bakal menjelang..moga2 kita semua mendapat shafaat...

Khamis, 28 Julai 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA

Ini malam pastinya hubby ku itu dah 'chop' dulu siaran langsung perlawanan Malaysia vs Singapura untuk pusingan kedua kelayakan piala dunia.   Semangat membara tu beb..tiket untuk perlawanan nie dah pun abih dijual.  hah..ambik ko Dato Rajagopal, dok mekak2 kata penonton Malaysia tak sayang pasukan sendiri masa lawan kelab2 Inggeris [Arsenal, Liverpool dan Chelsea] hari tu kan, sekarang nie lautan warna kuning kat Stadium Bukit Jalil tu.

Wartawan2 media sukan beria2 membakar semangat penonton, tak lupa siaran radio tak abih dok canang2 pasal perlawanan bakal tiba malam nie.  Dari semalam lagi tiket dah abih dijual..perggghh...memang dasat tu beb..

Kepada pemain bolasepak Harimau Malaya [tak kiralah harimau apa pun] dah kat tengah padang tu sila berjuang abis-abisan.  Pastikan perlawanan malam nie seperti perlawanan2 ketika korang berentap dengan pasukan kelab inggeris hari tu.  Tak pun buat yang lebih baik dari tu.

Paling tidak radio yang aku dok dengar hari2 yaknie SINAR FM, dok putarkan lagu2 patriotik sambil berkongsi pendapat pasal perlawanan nie.  Bagus SINAR FM, ini yang kita hendak.  Tak cukup dengan tu sampaikan PM, TPM pun memberi kata2 semangat buat korang.

ayuhh Harimau Malaya kemenangan harus dicapai..go Malaysia!!!

p/s; semangat bukan main poyos lagik kan..takper yang penting ada gak semangat dari buat tak reti siap merungut apa kes mainan nie, 22 orang men kejar2 demi bola sebijik...kakakakakaka

Isnin, 25 Julai 2011

MAHA NS 2011

Hari Sabtu hari tu bermula lah pelancaran Maha NS 2011.

Macam2 ada wa cakap lu beb...malas nak cakap banyak korang layan jer gambar yang aku tempek kat bawah nie yer...

Kat mana? di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban. Dah bermula dah pun dan bakal berakhir pada 30 Julai nie.  Jom kita gi ramai2..jom...




ada kuda, nak naik pun boleh 3kali pusing RM10
Aku tingin gak nak naik kuda tu tapi bila kang tak pepasal jer kuda tu patah tulang...baik belai2 dia jer dah cukup dah..kuda yang nak dinaiki tu pun jinak jer..aku dok buat bunyi macam nak panggil ayam kat kuda lain yang dok dalam kandang lain, alih2 kuda yang dalam kandang besar tu lak yang datang dari belakang...best jer rasa..konon2 power ar panggilan ko tu kan..kekekeekeke...


ok gambar ataih nie lak..sempat gak kitorang hilangkan dahaga dengan air jus kedondong..pergghh..sedap woo..murah jer segelas singgit beb..then kot dah penat or lenguh2 dok jenjalan sana sini leh ar gi urut2, sengah jam RM20 jer..tak lupa gak kami sempat tengok pertunjukan ular dek pasukan pertahanan awam..jangan memain wo itu ular tedung selar tu beb..siap dia cakap nak amek gambar pun boleh..aku cecepat blah..takut dan geli aku tengok ular2 tu..


pehtu kot ada yang gemarkan pokok2 dan bunga2an pun ada tau..rambang mata aku dibuatnya..tapi aku buat2 rileks jer..punyalah excited takleh nak cakap..rasa nak sauk jer semua yang ada depan mata aku masa nie..hehehehe

ada lagi...selain kuda..ada gak dipamerkan haiwan ternakan ...seperti lembu, kambing, ayam, rusa dan tak lupa ada gak terselit kedai yang mempamer serta menjual haiwan perliharaan seperti kucing, arnab, hamster, kura2 dan macam2 lagilah...


Yang seronoknya tu tentulah anak2 aku kan..tak larat nak jawab soklan2 yang keluar dari mulut mereka.  Tapi demi anak2 dilayankan jugak...

Jom ar pi..tapi jangan pi la nie..dia start pun kul 10 pagi dan berakhir jam 10 malam...hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails