Isnin, 3 Oktober 2011

Bila dah ok..

Kesian hubby, bila dah sihat dari demam tapi badan tetap rasa semacam katanya.  Alhamdulillah anak2 pun dah sihat dah cuma batuk2 jer.  Tuan punya blog pun dah ok skit tekaknya.  Dah boleh merawat blog yang tak dikunjungi sekian lama..[cececeh..poyo jer].

Aktiviti di hujung minggu pun hanya ke rumah adik sepupu yang kata dek maknya makan2 tapi rupa2nya ada bacaan yassin bagai.  aku lak dengan selamba terjah rumah adik spupu aku tu dengan berbaju jersey MU [hubby hangin jer sebab dia penyokong kuat Liverpool].

Lepak2 borak2 pot pet dengan sedara mara..tau2 dah pun hampir jam 10malam.  Kalo hubby tak buat isyarat lagi ar tak reti nak gerak nak balik..huhuhu..yerlahkan bukan selalu dapat borak2 dengan sedara mara pun kan.  Sesekali berkumpul tu ada jerlah citernya..betul tak? betul2..

Oh yer lupa lak nak citer kisah malam minggu tu.  Aku lalu kat Dataran Senawang a.k.a Taipan Senawang sebab hubby nak tapau satey Hj Sahmuri pehtu lak si Julia tetiba "hah tu mak kedai gambar".  Setelah sekian lama dia dok cakap nak kena bawak gambar passport ke sekolah barulah malam tu gi buat.  Dan yang aku geram tu bila dah buat jer siap CD bagai boleh lak jumpa gambar masa dia pra-sekolah, walhal gambar tu punyalah penat aku dok cari sana sini sinun.  Dan yang best tu pulak si Julia nak guna gambar lama sebab gambar lama dia tu ok skit dari yang baru.  adeeh..kecik2 pun pandai nak pilih gambar elok tak elok..baru darjah satu tu..kot darjah 6 tu sok tak taulah..hmmmm..

Lagi satu..bulan 10 nie lah bulan aku ada banyak hal nak dibuat..[ececece..takde hal pun blog tak ter-update..hohoho].  hah..tu bila sampai masanya sok barulah aku citer kat sini.  Sebelum tu aku citer yang ala kadar jer yer..

Orait geng..nanti kita sambung lagi...tata..

3 ulasan :

  1. Ida... akak dah mula sakit2 dah ni...tekak dah mula batuk2 ... berdengkang dengkung...

    BalasPadam
  2. Hello Ida, hey....long time no see. How you doin'?
    Regret read hubby not feeling well.
    There is a Chinese herbal drink, made in Ipoh, Perak called 'Hor Yan Hor'....very cheap....good for badan panas ke demam or flu....satu packet minum panas pagi, satu sebelum tidur malam, very good.


    Really nice have you drop by....you one of my longest blog friends.
    You stay young, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  3. Kak Anie, cuaca tak menentu punya psl ni takpun badan kita dah semakin uzur..adeeehh..

    Hi Uncle Lee,
    Yup its been a long time..am doing ok my husband too n thanks for your tips..next time i will find that herbal drink..

    terima kasih sebab sudi jugak tinggalkan komen di blog saya..

    p/s: wanted to stay young but my body wouldn't let me..hahahaha

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails