Khamis, 13 Oktober 2011

SMS punya pasal..

Al-kisah handphone seorang suami berbunyi menandakan kemasukan pesanan ringkas ketika itu pula suami itu sedang memandu.  Maka si isteri yang kononnya ingin membantu mengambilkan handphone tersebut yang sedia terletak dalam beg pouch suaminya.

Si suami pun berkata"ala..sms jer yang masuk".  Si isteri pun terasa sedikit jengkel kononnya tak percayakan suami, cepat sahaja tangan nak menggapaikan handphone tersebut.  Maka si isteri ini pun dengan nada bersahaja atau dalam bahasa pasarnya 'selamba jer' pun membalas "so, kalo sms jer, saya takleh tengok?" "ada rahsia yang tak patut saya tau ker?".  Si suami sudah mengagak isterinya itu sudah terasa hati, lalu terdiam seketika.  Si isteri melihatkan suami mendiamkan diri, lagi mahu diprovokasi [perghh..ayat ko punyalah hai] dengan berkata "saya ingat kita takde apa2 rahsia".  "Ada rahsia yang tak patut saya tau kah" dengan nada suara keras yang dibuat2.

Si suami pun tak nak mengalah, maka dijawabnya "ada tapi malu nak cakap".  "Waah..ini sudah melampau nie" kata si isteri dalam hatinya.  "apa rahsianya?, tak boleh bagi tau sebab nanti dah tak jadi rahsia ker? tanya isteri lagi [memang sajer nak carik pasalkan?].  Si suami pun menjawab lagiii dengan jawapan yang sama "rahsia tu saya malu nak bagi tau".  "apa yang nak malu sangat, bagi tau jerlah..macamlah tak biasa dengan saya" desak si isteri pula..  Apakah rahsia yang malu sangat nak beritahu dek suaminya itu???


cer teka...cer teka...



































Jawapan si suaminya adalah.."saya terkentut dalam air".....mengong kan?  sakit tak hati korang?  Sabarjerlah.....

p/s; official opening kat tesco senawang, seremban jaya hari Sabtu nie..yeay aku off day tapi tak bestnya aku takde kat sini..hampehdotcom sungguh..

2 ulasan :

  1. kalau hp bunyi,aku tak tah tanya sebab otomatik anak2 yg tanya
    'ayah sapa tepon?kawan ayah ker?kawan keje opis ker?mak aii..macam spy tau

    BalasPadam
  2. heehehe..owh anak2 lak jd spy..ala akak bukan apa pun sajer nak kasik panas kat cik abang tu..hehehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails