Selasa, 20 September 2011

Open House/Rumah Terbuka ada lagi ker?

Selagi tak abih bulan Syawal selagi tulah tak abih open house/rumah terbuka nie. Weihh..dah nak raya haji dah nie..Banyak jemputan terpaksa aku let go especially luar kawasan Somban...per kes? dah tak suka berjalan jauh ke apa aku nie?  well that question will remain unanswered..cewwahh..poyos punya jawapan aku bagi kan?

Aku lak tahun nie tak buat open house, hubby pun cakap tengok bajet nanti. hmm..Aku no hal der.  Nak buat boleh taknak buat lagilah boleh..hahahaha..tahun lepas aku buat open house siap ambik coti lagik tupun rasa penat tak abih.  aishh..bukan berlagak beb tapi hubby tu ramai kengkawan dia..kengkawan aku?  rata2 semuanya dok KL camner nak sampai kek Somban nie hah?  [wait..aku ada jemput ke tak eh? ada2 thru fb rasanya..

Janganlah korang salah sangka lak, tak semestinya aku tak buat open house aku langsung taknak terima tetamu datang beraya.  Aku ok jer..malah suka kalo ada tetamu yang sudi menjejak ke rumah aku yang tak seberapa tu.  Layanan insya Allah takdelah cincai boncai..takdelah kelaparan aku buat tetamu aku tu.  Agak2 arkan..makpak aku pun tak penah ajar aku biadap dengan tetamu.  Cuma takut kot nanti korang jer tak tahan dengar aku gelak terbahak2 siap mengilai bagai..silap2 ada yang tak hingin nak jadi tetamu aku dah..huhhuhu  Sedap borak sampai lupa nak jamu tetamu yang datang? boleh? Tapi rasanya takdelah terjadi pun..kot jadi pun kat adik badik aku jer..sebab bajet dorang leh pepandai nak minum or makan sendri kat umah aku tu.  Aihh..kalo dah siap tido baring takkan ko tak reti2 nak carik benda makan sendiri? opps..no no..itupun aku tak buat der..even adik badik aku or sedara aku mai sure kami akan hidangkan seperti tetamu yang lain.  

Aku selalu ingatkan diri sendri, tetamu yang datang itu adalah rezeki buat aku dan keluarga.  Camner leh rezeki lak?  Kadang2 ada tetamu yang bawak buah tangan takpun tuan rumah malas masak [aku ler tu] tetiba rajin nak hidang makanan.  Kan ker rezeki tu? hiiikkkk...[dah melalut dah nie..]


p/s; apapun, korang jadik tetamu sila behave yer..ala2 sopan gitu..kat umah jer leh buat macam umah sendri sebab aku pun jenis selamba badak..hehehehe
amacam ada bran nak jemput aku jadi tetamu? lariiiikk....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails