Selasa, 22 November 2011

Pasal bola sepak Sukan Sea 2011

cecece..semangat nak menaip bukan main lagi nie..menang ar katakan..cer kalo kalah, confirm haram kot nak amek tau.  Malam tadi tengok dengan hubby..aku sampai berselimut..rasa sejuk semacam ko..tak pernah aku alami macam tu punya gabrak tengok. Hubby aku tak abih2 dok ulang cakap, "kalo kalah ar team Malaysia, saya tak ralat, sekurang2nya dapat gak masuk final".   Punyalah dia nak cover line gabrak dia kan.

Secara keseluruhan, SEMANGAT pemain Malaysia untuk bermain bermatian2 dan secara profesional amat aku kagumi. [perggh..ayat mengalahkan pengulas sukan]  Walaupun ada 2-3 orang gelagat pemain yang aku rasa macam nak sepak2 tapi ianya dapat diatasi dengan kesungguhan dorang untuk menang.  Nahh..ini yang kita ndak dari pemain Malaysia. Bukan setakat dalam bola sepak malah untuk semua sukan yang diceburi.

Tergelak tengok aksi sorang pegawai FAM Dato Hamidin mencium kapla jurulatih Ong Kim Swee pehtu masa bagi pingat Menteri Sukan Dato Shabery pun sama gak.  Tu time menang ar kan..cer kalo kalah bukan cium kapla jer malah silap2 si jurulatih tu mesti kena "pancong kapla".  Dah jadi adat ar kan..bila masa menang, bila tengah top segala pujian diberikan, segala jenis anugerah dianugerahkan.  Bak kata hubby aku, 'lagi laku ar jersi Malaysia nanti nie'.  Kalo dulu saper ndak nak pakai jersi bola sepak Malaysia?  Malu nak pakai lagi ada.

Apa pun harap2 pemain2 Malaysia tak kira ar walau dalam apa jua sukan yang diceburi, teruskan usaha mengharumkan nama negara.

p/s: larat ker pasukan bola sepak Malaysia nak lawan Syria hari Rabu nie?[aish..takkan korang tak tau..bukan perlawanan sahabat tapi untuk kelayakan Olimpik]

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails