Isnin, 14 November 2011

Cerita hujung minggu..

Hari Jumaat malam hari tu, aku kat dapur dok perangatkan lauk pauk untuk makan malam kat umah MIL.  Yer..yer aku di hari bekerja makan malam di rumah MIL..yer yer aku tau aku sangat beruntung kerana balik kerja tak yah nak pening kepala nak masak lauk apa untuk makan malam.  Tu bukan citer utama..citer utama ialah panggilan tepon yang aku terima bila kala hubby pas henpon dia kat aku.  Bila aku jawab 'helo' jer terus suara sebelah sana sound aku persal henpon aku tak berjawab.  Sib baik yang bertanya bapak aku sendiri so, jawapan pun kira agak bersopan la skit.  Nak pulak masa jawab tu mak mertua, pak mertua even adik ipar aku pun ada kan.  Kot jawab ngengada kang lagi ar orang nyampah dengar.  Hah..aku memang lebih mengada dengan bapak aku, adik beradik aku sendiri pun dah maklum dengan pangai ngada2 aku tu.

Aku dah agak sure bapak call nak bagi tau dia nak datang ke Seremban.  So, dia tanya ar samada aku kerja ke tak hari Sabtu tu.  Aiishh..kalo tak kerja kan best boleh gak dia datang Jumaat malam tu gak.  Takper2 semalam pun dah kira ok dah.  Lagipun bapak bagi tau dia nak pulangkan barang2 dipinjam masa kenduri kahwin Ateh hari tu.  Barang2 tu pun kepunyaan makcik aku yang bakal mengadakan kenduri kahwin bulan depan.

Hari Sabtu tu pulak abih jer time keja adik ipar datang menjemput sebab nak ikut dorang ke kenduri kahwin.  Hubby tak ikut sebab time dia abih keja lewat sejam dari aku tapi dah siap pesan cepat2 kemas apa yang patut boleh terus pegi beli barang untuk makan malam.
Dah siap jer beli barang, hubby terus jer letak tulang ataih dapur untuk dibuat sup.  Aku pulak siang ikan siakap yang tak berapa besar untuk dibuat stim.  Bapak aku memang suka ikan siakap masak stim, favourite katanya.  Dalam dok makan malam tu boleh lak aku terlupa nak snap gambar masakan aku tu.  yerlahkan orang masak sesekali kena ar tunjuk kat blog..adeeh..boleh gak jadi bahan kat blog nie..hmmm..hampeh tul ar.

Dah siap semuanya adik sepupu aku lak call, bagi tau mama dia suruh aku datang untuk makan tengahari esoknya [Ahad].  Suruh tu beb..bukan ajak yer..siap adik spupu aku cakap 'ya, mama suruh, ini arahan yer'..kakakakaka  Bila dah sampai jer kat umah makcik aku tu..sampai ke malam ler kitorang dok the pot the pet, pot pet..almaklumlah jumpa sesekali ada jer ar citer yang nak diciterkan.

So, itulah kisah hujung minggu aku..korangnya hujung minggu lak camner?

6 ulasan :

  1. lupa nak habaq.. my blog dah ok...

    my last weekend... bergelumang dengan cheese! heheheh

    BalasPadam
  2. salam azima..dah ok yer..orait will link again asap..

    bergelumang dgn cheese? mesti buat cheese kek nie kan?

    BalasPadam
  3. ida... kalau disuruh tu...apa lagi... rezeki jangan ditolak...

    BalasPadam
  4. Kak Anie, mmg wajib pegi..no excuse utk menolak..kekekeeke

    BalasPadam
  5. duk umah je..nak merewang ke jj sban 2 pun gaji lom masuk lagi :-)

    BalasPadam
  6. HappyIrfa, dok umah pun ok jer, boleh layan internet...heheheehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails