Rabu, 30 Mac 2005

Bila nak bertudung nie?

Aku bukan tak suka pakai tudung, aku suka. Keluarga aku cakap bila aku bertudung aku nampak macam budak sekolah. (Kembangla jugak) Umur dah 30 puluh nampak macam budak sekolah sape tak kembang hidung. Aku bertudung bila kena gi ke jemputan kenduri tahlil dan kenduri doa selamat jer. Hipokritkan aku nie? Masa sekolah dulu aku bertudung sebab malas nak ikat rambut maklum rambut masa tu panjang sangat, malas aku nak buat 'pony tail', yelah sekolah sesi pagi..mana nak sempatkan.

Adik aku sendiri bertudung semenjak dia bertunang sampaila sekarang. Aku? Entah bilala nak start bertudung agaknya, takkan nak tunggu umur 50 baru nak bertudung kot. Padahal aku bukan tak tau hakikat bertudung itu WAJIB. Dalam Al-Quran pun dah termaktub dah..Tapi boleh ker kalau aku jadi baik bila dah bertudung nanti? Bertudung adalah merupakan batasan kepada orang pompuan untuk menjauhkan maksiat dan perbuatan keji. Saper yang tak tau tu..Semua orang taukan..tapi kenapa masih buat tak tau? Kenapa aku mesti nak pertikaikan orang yang bertudung tak semestinya dia kuat iman. Saper aku nak judge orang sampai macam tu sekali? Memang tak patut.

Takkan aku nak tunggu sampai hati aku terbuka nak bertudung sedangkan aku sendiri yang tutupkan hati cuma terkadang kala aku bertudung pada masa tertentu. Takkan aku nak tunggu anak aku sound kot..Malu aku nanti.

Aku pun kadangkala (selalu sebenarnya) tergolong dengan orang yang dokla mengata ingat yang bertudung tu baik sangat ker? Macamla aku nie baik sangat. Dahla tak bertudung peh tu nak mengata orang yang bertudung lak. Ada satu masa tu member aku yang bertudung sound aku bolehlak aku sound dia balik "kalau setakat tutup atas tapi pakai kain belah sampai nampak paha tu baik tak bertudung". Aftaghfirullah...Apala nak jadi dengan aku nie..

Insya Allah aku pasti bertudung..Bila? Aku sendiri kurang pasti..

Selasa, 29 Mac 2005

Nak citer apa ek?

Nak citer apa ek?..Perang? Mana2 pun ada perang..kat malaysia perang mulut, perang harga dan mcm2 lagila..
Nak citer apa ek?..Skandal? Mana2 pun ada skandal..skandal rumahtanggala..skandal pejabatla..skandal dunia artisla..
Nak citer apa ek?..Bencana dunia? Mana2 pun ada bencana..bencana alamla, bencana duniala..etc etc
Nak citer apa ek?..Cinta? Takde manusia yang tak mengalami cinta..cinta monyetla..cinta kolejla..cinta remaja..cinta orang istimewala..dan mcm2 jenis cintala..
Nak citer apa ek?..Sahabat? Hidup mesti ada sahabat..sahabat pena, sahabat yang terbaru sahabat dunia internet..hehehe
Nak citer apa ek?..Artis? Dalam majalah hiburan pun melambak pasal diorang..
Nak citer apa ek?..Citer jerla apa..janji ada citer..Citer kelakar ker..citer cinta ker..apa2 jerla janji ada citer..

Asyik citer jer..kerja bila nak buat?...hahahahaha

Isnin, 28 Mac 2005

Teringat Kisah Lucu

Kisah lucu nie aku dengar semasa aku on the way nak balik rumah dengan adik aku..Adik aku yang sorang nie kekadang ngam dengan aku tapi kekadang tu kitorang macam anjing n kucing...Anyway kisah nie berlaku bukan pada adik aku tapi officemate dia..Ali namanya(bukan nama sebenar)

Cerita dia camnie..Si Ali yang baru jer bertunang, nie kalau boleh nak jumpa hari2 tapi apala daya dia sebab tunang dia dinasihatkan dek orang tua supaya jangan selalu sangat jumpa..Nak dijadikan cerita, di suatu hujung minggu mereka nie berjanjila nak berjumpa di sebuah restoran. Saper yang tak excited nak jumpa tunang yang jarang2 jumpakan? (Orang yang bertunang jer paham nie)
Ok sambung lak citer tadi...

Si Ali nie dengan wajah 'macho' (dia rasala), pakaian yang smart giler (malam dah siap gosok baju dan seluar, kasut lak dah siap kilat tu)..Yelah excited nak jumpa tunangla katakan..mestila looks goodkan..

Sampai jer kat restoran, Ali call tunang dia, tunang dia cakap, "Dah sampai dah, ada kat dalam restoran nie." Ali tersenyum gembira sebab takyah nak tunggu tunang dia..(Orang pompuang kalau bersiap taula kan)

Ali nie terpacak kat pintu restoran jer nampakla tunang dia yang ayu dan manis..diapun dengan langkah macho bergegas masuk..Ntah macam mana kaki dia tersadung kat pintu masuk restoran..Dan ntah macam mana jugakla dia boleh termelatah dengan tangan menyilang(macam Ultraman tu) diarahkan kat salah sorang pekerja restoran dengan kata "Hah ambik kau!" Pekerja restoran pun terkejut dibuatnya.

Ali dengan selamba pun bangun dan menuju ke arah tunang dia yang masih control ayu tersenyum sumbing jerla..(agaknya balik rumah mesti dia gelak terkekeh)

Aku yang dengar citer adik aku bila dibayangkan pun boleh tergelak sampai semput inikan pula yang mengalaminya.

So, itulah antara kisah lucu yang ingin ku kongsikan dengan kalian.

Insya-Allah aku akan kongsi kisah lucu lain dengan kalian.

Mulut Laser ker?

Dulu masa kat sekolah aku digelar 'Si Mulut Laser' mana taknya aku sound kat orang dengan muka selamba and direct to the point takde nak selindung langsung. Bila orang tanya kenapa aku buat camtu, aku pun selamba jer jawab, kira okla aku sound direct daripada aku mengata2 kat belakang[yerlah tak ngatalah sgt yer..piraaaahh...kekekekke]. Aku bukan apa, kengkawan aku nie kalau sound aku dengan daring dan direct aku tak kisah naper time aku sound diorang nak terasa lak.

Lagipun manusia nie susah nak terima kebenaran atau hakikat kelemahan diri masing2. Aku pun beringat gak yang akupun bukanla perfect mana. Cuma bila aku sound tu atau lebih tepat lagi berterus-terang tu dalam masa yang sama dari situ aku pun dapat mengingatkan diri aku sendiri.

So, sampai sekarang aku masih lagi begitu, kekadang tu sampai kena warning dek orang jgn kerana mulut badan binasa.

Tapi aku takkan sound orang yang tak sound aku sebab takde sebab aku nak cari pasal dengan orang yang tak cari pasal dengan akukan. Lagipun kita nie hidup bermasyarakat, kalau tak suka, dokla kat hutan carila kengkawan kat sana. Hehehehe..

Sabtu, 26 Mac 2005

Tak kisahla

Bila tak join blog, tak heran nak tulis apa-apa pun, asyik baca jurnal orang jer. Bila dah join nie, macam dikerah pulak nak menulis. Time kerja tak pulak macam tu.

Kawan punya pasal join jugakla..Hari2 dia dok pot pet pot pet.."mesti update selalu tau", katanya..bla bla bla bla..Sabarjerla..mengalah kan editor majalah pulak dia..(khas buat kawan tu jangan mare ar)

Jab lagi nak gi beli sandal baru, sandal yang aku pakai ni dah ternganga dah..sikit lagi tapaknya nak tercabut..Biasala orang pompuan kalau shopping mesti hidup, tak heran dengan benda lain dah.
Suami aku tau sangat dengan peel aku nie..Nasihat aku kalau nak shopping don't bring along your husband..hampeh jadinya..potong stim nak shopping jadinya..silap2 boleh bermasam muka nanti..

Jumaat, 25 Mac 2005

Coretanku

Seronoknya esok aku balik jumpa mak, bapak dan adik2 dan tak lupa anak buah aku yang tersayang, si Farah. Aku bukan tak jumpa diorang langsung tapi kalau setakat 2 minggu sekali, rindula jugak. Pastinya diorang pun rindu kat aku jugak..

Diorang pastinya merindui aku especially si Julia, baby manja kami. Atuk dan wan dia apatah lagi.

Yang tak bestnya ada kenduri kahwin yang kitorang kena attend..alaa..bosannya. Tak dapatla kitorang lepak kat umah lama sebab masing2 kena bersiap untuk wedding tu. Dulu masa wedding aku diorang attend sekarang turn akula pulak..Kena 'saman'la nie..Rabakla lagi poket aku nampaknya..

Buat Adik Tersayang

Dik,

Kau sudah berumahtanga kini. Alhamdulillah...Syukur kupanjatkan ke atasNya kerana kau bertemu jodoh dengan orang yang kau cintai begitu jua si dia.

Dik,

Aku tahu hatimu tersentuh apabila ditanya tentang zuriat. Aku tahu kau ingin mengukuhkan kewanganmu namun zuriat adalah pengikat kasih sayang kamu berdua.

Dik,

Ingatlah jaminan kebahagiaan rumahtangga bukan hanya terletak pada kasih dan sayang.

Dik,

Hormatilah dan sayangilah rumahtanggamu seperti kau menyayangi dirimu sendiri.

Dik,

Andai kau sudah punya zuriat janganlah kau anggap ianya satu bebanan tapi ia adalah rezeki yang Maha hebat anugerah dariNYA.

Dik,

Langkahmu sudah ke hadapan namun sekali sekala tolehlah ke belakang bukan untuk menyakiti hati sendiri tetapi untuk mengingatkan diri yang kadang kala alpa yang kita pernah mengalaminya.

Dik,

Sesungguhnya doa kebahagiaan berpanjangan yang selalu kudoakan untukmu...Kerana kau adikku yang ISTIMEWA...

Khamis, 24 Mac 2005

Semua Kerana Julia

Sejak Julia hadir dalam hidup kami, suamiku terus berubah. Perhatiannya terhadap diriku sudah berkurangan.

Julia memang manis. Senyumannya mencairkan hati sesiapa yang melihat dia. Mata dia bersinar dengan pancaran kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kulitnya halus dan putih bersih sesuci embun pagi. Dia tak perlu memakai minyak wangi atau bersolek tebal untuk menarik perhatian. Dia juga tak perlu berhias untuk menarik perhatian suamiku atau sesiapa jua.

Aku dipandang sepi kini bukan seperti dahulu lagi. Aku terpaksa berhempas pulas untuk menarik perhatian suamiku. Aku kini ada pesaing yang sungguh hebat. Aku selalu tewas dengannya.

Namanya cukup menarik perhatian JULIA ADRIANA.

Ya, dialah anak kami yang lahir November lalu.

Semakin comel dan keletah kini.

Wahai Julia anakku, semoga kau bakal menjadi anak yang soleh. Amin ya Rabbal-Alamin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails