Khamis, 23 Februari 2012

Terkini..

Aku taknak beralasan kenapa dah lama tak update.  Kalau dah malas tu kan..cakapla apa pun memang tak jalan.  Asik dok klik2 blog orang, blog sendiri pun klik gak tapi takat klik jer, updatenya idak.  Blog nie pun bukan ramai sangat yang baca pun, takat untuk diri sendiri [kira2 siok sendiri] so ikut suka jer nak update pun.

Apapun, syukur Alhamdulillah aku selamat memberhentikan Dania dari BF [menetek dalam bahasa pasar/rojak atau lebih sopan ialah menyusu badan].  Masih baru pun takperlah sekurang2nya aku berhentikan dia atas kerelaan dia sendiri.  Camner aku buat?  Aku pun tak sangka ianya berjaya.  Maklumlah ada yang aku dengar siap letak minyak angin kat tetek semata2 nak bagi anak berhenti susu badan nie.  Aku letak gak beb tapi aku letak 'nescafe' tapi tak jalan, pahit tu sekejab jer kot.

Aku pening gak kapla memikirkan jalan untuk memberhentikan Dania dari menetek.  Last2 aku dapat idea..aku berlakon buat muka menangis sakit tiap kali dia nak menetek.  Asal dia selak baju jer, aku amek mood [cewah bajet pelakon handal kononnya] konon2 sedih sebab sakit.  Jadi, bila Dania nie nampak aku muka sedih, muka menahan sakit maka dia pun tak jadi nak menetek.  Yesss!!..berjaya akhirnya.

Kenapa aku sibuk nak berhentikan Dania dari menetek?  Sebab bulan August nie dia bakal menjangkau 4 tahun, dah memang sepatutnyalah dia berhenti.  Susu badan pun dah berkurangan nak pulak anak orang lain umur 2 tahun dah berhenti.  Aku lajak sampai anak aku dah 3tahun plus.  Naper aku bagi sampai umur dia 3tahun?  Ntah ler tak reti aku nak jawab..tapi memang ada aku nak berhentikan dari Dania berusia 2tahun tapi tak sampai hati pulak.  Air susu pun ada lagi masa tu, aku dah rasa bila susu badan masih banyak tetiba anak berhenti sebab ko preknan..adeehh..demam aku dibuatnya.  Jadiknya dah beberapa malam baju aku tak de kena selak dek Dania kecuali ayah dia. eh tersimpang lak..kekekeke

p/s: mood nak menaip dengan cerianya masih kurang ar beb..ada petua tak?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails