Jumaat, 27 Julai 2012

Bukan citer posa tapi citer pasal Arsenal vs Malaysia hari tu...

Wuihh...tetiba semangat nak menulis telah kembali..rasa macam tak best pulak tinggal lelama blog aku nie...ewwwahh..tajuk pun tak menahan tu beb...kekekekeke

Dah seminggu puasa, Alhamdulillah..anak2 aku dapat berpuasa dengan jayanya.  Tapi tak tau arkan kot macam ayah dorang kan..kecik2 dulu tak tahan sambil mandi teguk air dalam bilik air [eh ayah diorang jer ke?..maknya baiiiikk sangat kah??..heheheeh]

Kali nie aku nak taip nak luahkan rasa ketidakpuasan hubby terhadap perlawanan persahabatan Malaysia vs Arsenal hari tu.  Aku takdelah nak kata minat sangat dengan bola sepak nie tapi ambik tau gaklah skit2.  Kang majuk lak laki den dok citer pasal bola sepak bini dia buat pekak jer.  Pasakkan jerlah telinga menadah luahan hati suami ku itu.

Kata suamiku yang tak berapa nak hensem tapi sangat baik hati itu..kuikuikui [aku taip dalam bentuk point2 jerlah eh..

  • Walaupun ianya perlawanan persahabatan, tak sepatutnya 20minit terakhir tu dia tukar pemain2 yang bermain sangat cantik ie Saffee Sali [betul ke ejaan dia dak nie?], Aidil [walaupun berdepan masalah rumahtangga tapi dia sangat professional di padang..wa respect lu beb], S.Kunalan dan beberapa nama yang dia sebut aku pun tak hingat.  Siap cakap tu, kalau nak bagi peluang pemain bolasepak, tukarkan sekali si Farizal penjaga gol tu hah..tu dia..tak cukup dengan tu ditambah lagi..
  • peluang menang memang ada, kalau tak takkan si Arsene Wenger coach Arsenal tak senang duduk tengok game
  • bagilah sedikit pengharapan kepada peminat tegar bola sepak nie memandang pemain bolasepak Malaysia lebih tinggi walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan
  • tak ke gempak kalau Arsenal kalah dengan Malaysia? ni tak, awal2 dah betulkan persepsi bahawa Malaysia memang tak boleh menang lawan dengan Arsenal sedangkan gol pertama diperolehi bukan dari pihak lawan.
Itu antara point2 yang hubby aku dok bising2 dok pokpek kat telinga aku.  Aku ada gak cakap kat hubby kira setujulah kononnya dengan pendapat dia tu, Dato Rajagopal kot yer nak bagi 'chance' kat pemain dok bangku simpanan main dengan pemain bolasepak antarabangsa, pemain tu sendiri kena buktikan kualiti permainan mereka.  Tapi aku pun ada fikir gak mungkin Dato Rajagopal ada sebab dia sendiri bila dia tukarkan pemain di minit ke 20 yang terakhir tu.

Itu dia antara luahan hubby aku pasal perlawanan bola sepak kelab Arsenal vs Malaysia a.k.a Harimau Malaya.

Aku? tukang dengar n layan jerlah..kadang2 tu boleh pulak tersilap sebut nama pemain, member mula ar bengang siap bebel tu..nama pemain tu pun tak tau kan saya dah bagi tau..errrk..baik ko diam jer..toksah nak tunjuk konon2 ko minat..nampak sangat ko berlakon..kekekekee..

Adios geng...selamat berhujung minggu..

2 ulasan :

  1. Salam..kawan aku ni rupanya berblogging gak huhu

    BalasPadam
  2. salam kemal, ooopsss...dah lama dah beb..sajer konon2 nak low profile..kuikuikui

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails