Jumaat, 27 Julai 2012

Bukan citer posa tapi citer pasal Arsenal vs Malaysia hari tu...

Wuihh...tetiba semangat nak menulis telah kembali..rasa macam tak best pulak tinggal lelama blog aku nie...ewwwahh..tajuk pun tak menahan tu beb...kekekekeke

Dah seminggu puasa, Alhamdulillah..anak2 aku dapat berpuasa dengan jayanya.  Tapi tak tau arkan kot macam ayah dorang kan..kecik2 dulu tak tahan sambil mandi teguk air dalam bilik air [eh ayah diorang jer ke?..maknya baiiiikk sangat kah??..heheheeh]

Kali nie aku nak taip nak luahkan rasa ketidakpuasan hubby terhadap perlawanan persahabatan Malaysia vs Arsenal hari tu.  Aku takdelah nak kata minat sangat dengan bola sepak nie tapi ambik tau gaklah skit2.  Kang majuk lak laki den dok citer pasal bola sepak bini dia buat pekak jer.  Pasakkan jerlah telinga menadah luahan hati suami ku itu.

Kata suamiku yang tak berapa nak hensem tapi sangat baik hati itu..kuikuikui [aku taip dalam bentuk point2 jerlah eh..

  • Walaupun ianya perlawanan persahabatan, tak sepatutnya 20minit terakhir tu dia tukar pemain2 yang bermain sangat cantik ie Saffee Sali [betul ke ejaan dia dak nie?], Aidil [walaupun berdepan masalah rumahtangga tapi dia sangat professional di padang..wa respect lu beb], S.Kunalan dan beberapa nama yang dia sebut aku pun tak hingat.  Siap cakap tu, kalau nak bagi peluang pemain bolasepak, tukarkan sekali si Farizal penjaga gol tu hah..tu dia..tak cukup dengan tu ditambah lagi..
  • peluang menang memang ada, kalau tak takkan si Arsene Wenger coach Arsenal tak senang duduk tengok game
  • bagilah sedikit pengharapan kepada peminat tegar bola sepak nie memandang pemain bolasepak Malaysia lebih tinggi walaupun ianya sekadar perlawanan persahabatan
  • tak ke gempak kalau Arsenal kalah dengan Malaysia? ni tak, awal2 dah betulkan persepsi bahawa Malaysia memang tak boleh menang lawan dengan Arsenal sedangkan gol pertama diperolehi bukan dari pihak lawan.
Itu antara point2 yang hubby aku dok bising2 dok pokpek kat telinga aku.  Aku ada gak cakap kat hubby kira setujulah kononnya dengan pendapat dia tu, Dato Rajagopal kot yer nak bagi 'chance' kat pemain dok bangku simpanan main dengan pemain bolasepak antarabangsa, pemain tu sendiri kena buktikan kualiti permainan mereka.  Tapi aku pun ada fikir gak mungkin Dato Rajagopal ada sebab dia sendiri bila dia tukarkan pemain di minit ke 20 yang terakhir tu.

Itu dia antara luahan hubby aku pasal perlawanan bola sepak kelab Arsenal vs Malaysia a.k.a Harimau Malaya.

Aku? tukang dengar n layan jerlah..kadang2 tu boleh pulak tersilap sebut nama pemain, member mula ar bengang siap bebel tu..nama pemain tu pun tak tau kan saya dah bagi tau..errrk..baik ko diam jer..toksah nak tunjuk konon2 ko minat..nampak sangat ko berlakon..kekekekee..

Adios geng...selamat berhujung minggu..

Isnin, 23 Julai 2012

Puasa punya citer..

Malas lak rasanya nak citer pasal hari sukan anak aku tu.  Biar simpan jer dalam draft tu yer..koser nak edit ke apa ke..kita straight jer citer pasal puasa.

So, amacam hari ke-3 puasa nie? Ok tak? Bagi orang yang dah biasa puasa sunat, sure no hal puasa ni kan?  Rilek jer dengan rasa lapar dan dahaga tu, almaklumlah dah terbiasa puasa kan.  Cer kena kat orang yang time bulan Ramadhan baru terhegeh2 nak puasa, rasa letih, lemau, hangin sebadan dan macam2 lagilah.  TAPI sebabkan puasa itu mengajar kita erti SABAR, so no hal ar kan?  Eceh..macam ustazah ler puleks...hehehehe

Tahun nie aku seronok skit dengan puasa [macamkan tahun2 dulu tak seronok].  Aku kata seronok ditambah pulak dengan semangat berkobar2 nak puasa tu, perggh takleh digambarkan dengan kata2 beb.  Cewwwaah..lagi ayat poyo.  Alaaa..bukan apa pun beb, teruja sebab anak2 aku pun sama puasa si Julia & Lidya dah pun berlatih puasa.  Julia dari umur dia 6tahun aku nak soh dia puasa tapi...[lets the ayat gantung there].  Sekarang umur Julia dah nak masuk 8 tahun, seharusnya lah dia rasa malu kalo tak puasa kan.  Dan dia rasa lebih semangat nak puasa sebab dia ada geng sama2 puasa dengan dia, tak lain tak bukan si Lidya.

Kelakar jugak dengan kerenah dorang nie, especially si Lidya pantang nampak botol air terus nak disauk.  Cepat2 lak aku larang dia dari minum.  Aku cakap sabar..tak lama jer lagi.  Si Julia hari pertama dah mintak macam2 untuk berbuka nak maggi pedas [kari] pehtu nak nasi goreng kampung pehtu nampak lak adik dia si Dania yang kecik dok makan kentang goreng, disohnya adik dia simpan skit.  Senyum aku tengok gelagat dia sambil tu aku ada bagi tau masa puasa menahan lapar dan dahaga memang apa makanan yang kita nampak semuanya sedap.  Aku pun ada gak bagi tau kat dia macam mana kita rasa lapar dan haus tu, macam tulah rasa orang miskin yang takde apa2 untuk makan dan minum.  Oh ya, Lidya ada tertinggal sehari puasa semalam, tak dapat dia nak menahan diri tengok adik dia makan kentang goreng dan nugget terus selamba jer dia makan.

Hari nie tah apa lak permintaan dorang agaknya yer..hmmm

Apapun, aku nak ucap SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA khas buat korang2 yang beragama Islam yang rajin baca blog aku nie.

p/s: Jangan puasa yang yok yer..alangkan budak kecik leh tahan takkan kita dah tua bangka tak reti2 nak tahan lapar dan dahaga tu beb..

Selasa, 17 Julai 2012

Di hari sukan anak2..

Hai..hai..cewah tetiba jer rajin nak update kan..sajer letak selang sehari tak de nampak ketara sangat 'rajin'nya..hehehehe

Cerita hari tu bila aku baca aku pun naik boring..konon2 kata bukan nak 'ek' anak bagi respon cepat.  poyo terlebih aku nie.  Kalo korang nak tau..tu jerlah malam 'magik'nya anak2 aku tu baik kelakuan.  Esok tu dah start dorang buat pangai.  Elok pangai tak sampai 24jam pun.  Takkan aku nak sound lagi 'sayang aku ke tak', 'korang tak suka dok dengan mak ke?' dan macam2 lagi.  Dah namapun budak2 kan..ko tahan jerlah sabar yer..kot tak sabar kang, 'pelepak, pelepuk' jer ko bagi..kekekekeeke  [inilah dia contoh mak 'mithali'].

Hari nie apa cer?  Takde citer menarik pun.  Almaklumlah aku bukan retis yang orang nak amek tau pun kan.  Kot retis tu, kes makwe tak gi jenguk kat spital pun orang dah speku dah.  Adeeh..nasib ar jadi artis fofular..kot tak fofular ko buat apa pun "ada orang kesah?"...ahak ahak ahak..

Hujung minggu nie dah start posa dah.  Seronok aku dengan posa nie.  Yerlah maunya tak seronok..dapat gak aku control makan.  Kot tak kang, asik ingat nak mentekedarah jer kejanya.  Asal nak diet jer ingat makan..abih tu camno nak kurus?  Bertambah gumuk ada ar.  Bila aku cakap kat kenkawan aku nie gumuk, bukan ada yang percaya pun, yerlah tengok kat fb konon posing belah ataih jer siap dagu runcing bagai tapi belah bawah kembang setaamaaaan wa cakap lu...heh heh heh..

Memula jer semangat nak kuruih pehtu MALAS datang, siap package tu beb MALAS gak nak update blog, MALAS gak nak adap fb sudahnya aku macam kera sumbang.  Tapi tang tengok citer korea gak aku RAJIN.  kekekekeeke..  Tapi dah start MALAS balik, koser nak tengok citer korea dah.  Apa nak jadi?  Agaknya sebab aku kena bangun cepat kot..maklumlah dah dekat 3 bulan dah aku kena bangun seawal jam 4.30pagi untuk memasak.  Per kes santak ko bangun 4.30pagi kalah orang meniaga nie?  Aku kena masak untuk anak2 aku, sebab keadaan MIL [mom in-law] tak mengizinkan dia untuk memasak.  Baru2 nie dia masak pulut kuning, berair2 mata dia, sian aku tengok.

Eh..eh..nie sebenarnya aku nak citer pasal lain nie..adeeeh...tah ke mana lak aku konar citer lak nie..sowi yer..paler bengong sudah..better stop now sebelum aku lagi merapik yang tak ketahuan..huhuhuhu..

Nantilah2 aku citer hari sukan anak2 aku tu..esok ke lusa ke takpun malaaaam kang.  Aishh..tak baik tau korang nie, ada lak bulan depan.  Aku baru jer semangat nak update selalu blog aku nie tau.  ok ok..sambung lagi nanti eh..babai..muaaah..

Jumaat, 13 Julai 2012

tak percaya tapi ianya terjadi...

Assalamualaikum...hah sila jawab..takjawab kang dosa tau..

lama tul aku tak bercerita di blog aku nie..dah macam apa jer.  Dah tak heran orang nak baca kan?  maafkan aku kalo ada yang kalangan yang rajin klik blog tapi dok tengok tajuk yang sama jer sebulan.  I have no excuse...juz being lazy.  sibuk pun salah satu sebab tapi takdelah sesibuk mana pun.  Lebih malas yang sebenarnya.  Napa tetiba hari nie rajin lak..tentulah aku nak kongsi cerita yang baru jer berlaku pada aku malam tadi.  Jangan salah paham lak..takde ar gempak mana pun.  aku nak simpan cerita nie kat sini so that bila2 aku boleh kenang balik..insya allah.

Okay...macam yang aku katakan tadi cerita nie takdelah gempak mana.  Berkisahkan hal anak2 aku yang bermacam2 perangai dan kerenah.  Almaklumlah kan budak2 nak membesar, ada jerlah tingkah laku dorang macam mintak2 jer penangan dari aku dan hubby.  Hampir setiap hari setiap kali aku dan hubby balik kerja, ada jer laporan tak rasmi dari mulut uwan dorang.   Alkisah kakak atau julia anak sulung yang suka suki nak menjawab, yang no. 2 si Lidya lak tak abih2 dengan laporan terkencing kat dalam seluar sampaikan cikgu sampaikan pesan kat atok pada kami pakaikan ajerlah 'pampers'.  Dan yang si kecik yang tak berapa yang kecik tu si Dania, tak leh ar ditegur or diusik sure nak sentap, merajuk tak tentu pasal.

Hari2 aku dengar laporan tak rasmi tu buat aku dah tak heran dengan laporan bermacam2 tentang tingkah laku anak2 aku.  Yerlah tujuan uwan dorang cerita pun bukan nak soh kami, ianya cuma laporan semata2.  Tapi kalo dah hari2 ko dengar pun bikin panas gak kan.  opss..jangan korang ingat aku panas hati dengan uwan dorang lak..of cos ar aku panas hati dengan anak2 aku.  Yerlah makpak mana suka dengar citer2 kelakuan anak2 dorang yang tak baik kan?

Dalam banyak2 hari yang kami dengar tu..malam semalam membuatkan aku dengan hubby dah hilang sabar. Si kecik tak berapa nak kecik [aku panggil dia macam tu sebab dia selalu ingat dia bongsu, kena layanan istimewa..sowi selori..buat pangai memang makan 'ketip ketam' ler jawabnya.  Tapi hubby dah ilang sabar sesangat sebab perangai yang dia kata sangat 'degil' so dia makan 'tamparan' manja ayah dia.

So, on the way nak balik rumah aku pun mula ar pok the pek, pok the pek..[haiii..tingat mak aku pok pek now i'm taking my turn from my mom].  Masa hubby berhenti untuk singgah mengisi air dalam botol, aku pun kuarkan kata2 macam nie kat anak2 aku.. "korang dah tak sayang mak ayah ke?" "dah tak seronok dok dengan mak ayah eh" "cakap ar dengan kitorang, boleh anta korang dok umah anak2 yatim'.  Aku ajukan soklan sorang2 aku tanya sayang aku n hubby ke tak.  wuihh..pandai lak tu dorang jawab 'sayang'.  Yang si kakak Julia dah merebeh airmata termasuk gak si Lidya.  Siap aku cakap kat dorang mintak tolong jangan buat kami bertambah letih bila balik dari keja dengar macam2 laporan pasal dorang....macam2lah aku nie dok pok pek walhal anak2 aku tu pun bukannya sekolah menengah pun..masing semuanya bawah 8tahun, yes kakak now di tahun dua tapi bulan november nie barulah 8 tahun.

hahhh...meh aku paling suka nak citer part nie...

hah..part paling best tu sampai jer kat umah..kuar dari keta jer..macam magic lak masing2 pandai jer kuar keta elok siap bawak beg sekolah masing2 dan si kecik lak tengok ayah dia buang sampai boleh lak dengan beraninya gi stor yang gelap sorang pegi amek plastik sampah yang baru siap letak dalam tong sampah.  kakak2 dia yang lak pergh..pun pandai jer kemas2 barang2 dorang.  wah..masing2 macam tau apa yang dorang kena buat.  Masa aku tengok perubahan tu  aku rasa macam2..nak gelak ada senyuman mang tak lekang ar dari bibir mulus aku...akakakak [sempat lagi nak melawok..hehehehe].

Aku pun terfikir..yerlah ko dok tonggak tonggek siap tadah tangan mohon anak2 ko anak2 yang baik [yerlah kan mana ada makpak yang doakan anak2 dia jadi jahat lak].  so, harusnya aku bersyukur sebab walaupun dorang masih muda dorang nie paham gak apa yang ko sampaikan ayat2 penuh kedewasaan kat dorang.   Yerlah kan sampai bila aku nak pikir bahawasanya akal2 budak tahap mana jer pun.

Baru jer kena soklan ala2 dewasa terus tukar pangai..kira ok ar tu kan..tapi dok pikir gak nie..agak2 berapa lama perangai baik dorang bertahan.  silap2 jangan kata minggu depan..esok aku sure kena naik pitch ke gaung soh dorang kuar bilik air setiap kali mandi..ahahahahaha..

okay ar..aku dah taip panjang sangat dah nie, sampai maleh nak letak caps dah..koser teman dah..

sekali update punyalah panjang daaa..ampung kalo korang baca jadi boring...aku cuma nak kongsi jer cerita..bukan nak mendabik dada betapa cepat reaksi anak2 aku or betapa baiknya anak2 aku or betapa bagusnya aku..no..no..sekali lagi aku nak jelaskan ianya hanya cerita yang aku ingin kongsikan dengan korang yang rajin meng'klik' blog aku nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails