Jumaat, 26 November 2010

Pantang terlepa

Paham ker maksud 'terlepa' tu?  Sure paham nyalah..

Meh nak share kisah ragam anak aku yang bongsu [buat masa nie, akan datang dunno yet..perghh ada angan2 mau tambah ker?...kekekeke].  Biasalah kan perangai atau kerenah dorang masa kecik2 nie banyak melucukan.  Aku jarang2 nak gelak dengan kelakuan yang aku rasa sangat tak elok..sebab takut nanti dia hingat semua benda adalah melucukan dan tak salah.  Ada masa tu mang aku tak tahan terus jer jam2 tu aku gelak.

Tapi yang nie mang haruslah aku langsung tak hambur kegelakan tapi kemarahan yang bisa membuat tangan aku cepat jer 'pelepap' ke tangan anak aku yang berumur 2 tahun 3 bulan nie.



Akibat terleka mengadap laptop [tengok drama online, salah satu sebab semakin malas nak update blog].

abih my bedak, my stick foundation n my lipstick..













memang aku marah giler tapi takdelah sampai aku naik giler dan aku rasa baik aku terus capai handphone..kira dak Dania ingat paling lawa ar..macam cara mak dia nya mekap.. 

owh..ini bukan kes pertama yer kengkawan..ini tak tau yang dah baper kali dah Dania dok mengerjakan barang mekap aku..huhuhuhu
 (konon2 lawa ar tu dok posing senyum...grrr, tak tau mak dia punya geram tak tau nak cakap)



nampak tak benda mekap yang dah berterabur ataih sofa tu?  Padah letak handbag kat tempat yang senang dicapai dek anak2...

well..salah aku pun letak handbag atas sofa..bebudak mang suka 'mengemas' ler apa lagi...kan?




Citer nie tak abih sini..selang beberapa hari dia masuk bilik "Acik" dia di rumah uwan dia..abih eyeshadow, lipstick dan minyak wangi.  Aku balik keja aku perasan masing2 bibir merah semacam jer.  Kesian adik ipar abih barang mekap dia dikerjakan dek 3 beradik.

Pengsan!!  belum apa2 dah tunjuk bakat nak melaram mengalahkan mak dia pulak.  huhuhuhu..

Isnin, 15 November 2010

Char Kuey Teow & ABC

Hari tu aku dengan hubby singgah ke gerai Char Kuey Teow kat TTJ..dah lama tak lepak pun.  Aku pun macam biasa order char kuey teow basah 'berkuah' plus telur goreng mata kerbau.  Tokey kedai siap tanya "hai..selera ko nie biar betul".  Aku dengan selamba jer jawab.."tengoklah saiz badan saya nie".  Then bini dia lak nyampuk "time boleh makan, makan jerlah".  Aku bila ada orang sokong memang suka hati sungguh, aku pun sambung "ntahnya, sok sakit sok time tulah orang dok sua benda makan yang sedap2".  Ewaaahh..pandai aku susun ayat nak sokong dengan selera tak hingat aku tu.

Weihh..time2 hujan nie kan manglah selera makan tu meluap2.  Tapi bab gi buat senaman sorilah, dalam kapla otak jerlah nak buat hmm baik den lolap..kakakakakaka..




tu diaaa...slurrppp..tu pun aku tak mintak letak extra kerang tau..inipun dah baiiiikk punya sedaaapp..













ditambah perisa dgn limau kasturi, bawang putih tumbuk dan cili api potong..perghhh..malatups weihh..meleleh air hidung..











ditambah lagi dengan ABC (air batu campur)..freeze brain pun gasaklah janji yang panas, pedas n sejuk membeku...memang nikkmat wooohh..












p/s: jangan diamalkan sebagai makanan rutin yer..untuk yang tengah diet giler babeng tu kan..nasiblah kalo korang terliur...heheheehehe

Khamis, 4 November 2010

Hari Istimewa mereka..

Baru2 nie Julia atau panggilan di rumah Kakak menyambut hari lahirnya yang ke 6.  Seronok betul dia.  Aku dan hubby dah plan nak beli goodies untuk diberikan pada kawan2 pra-sekolah dia.  [sorry geng no picture was taken bcos my camera dah rosak, kamera handphone lak masa tu bateri kong..tensen!].  Goodies2 banyak yang mertua sponsor [Alhamdulillah..hehehehe] then ada gak kitorang tambah sikit.

Aku dan hubby pun ada order kek aiskrim ½kg yang harganya RM29 sementara tu atok dorang belikan ayam goreng KFC dan tak lupa juga hubby ada beli satay untuk meraikan hari lahir Julia hari Selasa hari tu.




inilah keknya..







 Julia tengah potong kek..patutnya tiup dulu..

aku pun lupa nak cakap..dok nak cepat2 snap gambar nie


yg nie blur skit sebab tangan aku adalah sangat tak steady yer..huhuhuuh
pakai baju tido..no party, hanya keraian bersama keluarga sahaja..






Apapun..aku sangat gembira bila tengok muka Julia yang tak henti2 tersenyum dan ketawa setelah lama menunggu dari awal tahun...[kesian woo dengan orang yang lahir hujung tahun nie..orang len dah tambah umur kita baru terhegeh nak raikan...huhuhuh]

Selamat Berhujung Minggu semua...muaaahh...

Bila anak gembira..

Perghh..baper minggu sekali aku update citer kat sini nie?  Konon2 nak bercerita selalu tapi hampehdotcom jer kan?  Dari cerita yang sedih sampaikan cerita gembira.  Kalau korang nak tau kan, boleh lak tetiba aku rasa taknak kongsi cerita konon2 takut orang kata tah apa2 cerita tah.  Walhal sebelum nie apa cerita pun aku [bukan semualah kan] cerita kat sini.  [korang rasa macam aku cari alasan selain dari MALAS kan? kakakakaa..tettt..tetiba termengaku la pulak].

Okay meh nak cerita yang paling sadis dulu [pada aku la kat korang tu aku tak taula kan].  Hari Jumaat 2 minggu lepas (22 Okt.) Julia ada rombongan ke 'Jelita' ostrich farm atau orang melayu kata ladang burung unta.  Kat mana?  Alaa..dekat Jalan Pantai nak ke Jelebu tu ler..bukan ke Pantai Dalam yer..kakkakaka [macam tak lawak jer neih].  Hari esoknya (23 Okt.) Julia mengadu sakit kepala dan badan dia pun ada sikit panas tapi sekejab sahaja.  Aku ingatkan Julia cuma keletihan sebab ke rombongan tulah.  Hari Ahad aku masak mee goreng yang selalunya orang pertama makan Julia, boleh lak dia kata takde selera.  Sehinggalah malam Ahad tu jam 11 malam dia tunjuk kaki nya yang ada ruam2 kecik, aku pun tunjuk kat hubby, kata hubby 'alaa..panas dalam tu'.  Sebagai seorang ibu, mana boleh ku terima jawapan mudah itu, aku pun check tangan dan mulut Julia.  aghh...aku dah mula syak dia terkena penyakit tu.  Tapi aku nie bukan doktor kan..gilos nak pepandai sendiri.  Aku pesan kat hubby esok hari Isnin bawak kakak ke klinik.  Boleh main pesan jer kan, takde langsung teringat nak pegi sekali dengan hubby.

Okay, aku malas nak panjangkan citer..dipendekkan cerita memang confirmlah Julia kena sakit tangan, kaki dan mulut.  Dan dia pun takdelah ke sekolah selama seminggu.  Dan tentulah jugak adik2 dia pun kena sama.  Paling mengada sampai taknak bercakap dan makan si Lidya dan paling kuat meragam pulak si Dania. Aku siap ugut si Lidya kalo taknak makan atau minum aku bawak gi hospital panggil doktor cucuk tangan dan vontot masuk air.  Barulah dia nak makan [kentang lenyek/putar] sebab mulut dorang penuh dengan ulcer.

Dan dipendekkan cerita mereka semua pun dah sembuh...[see betapa malasnya aku nak citer detail kat korang].

Meh nak share kat korang tips2 yang aku pelajari bila anak2 mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut yang nyata takde vaksin atau ubat nieh. 

  1. kebersihan harus diutamakan..segala cadar, sarong bantal dicuci dengan segeranya yer..
  2. anak2 jangan dibiarkan bermain diluar kerana penyakit nie senang berjangkit sama ada melalui udara, sentuhan, air liur dan air hingus
  3. anak2 pastinya takde selera nak makan, aku belikan jer kentang lenyek/putar kat KFC tu hah dan aku paksa anak2 aku minum air masak yang banyak 
  4. aku sapukan di dalam mulut dorang dengan madu lebah dan aku paksa mereka jugak minum air campuran madu lebah [sangat mujarab woooh]
tu jer tips2 yang aku ingat.  Rajin2 google yer untuk dapatkan tips.  Tulah untung zaman berteknologi tinggi nieh..informasi di hujung jari bak kata orang..cewaaaahh..

Stop sini dulu kang sambung citer lain lak..adioosss...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails