Khamis, 27 Oktober 2011

Hah..buat apa tu?

Dah ngam2 seminggu barulah reti nak update blog.  Ampunn..sangat tak malu nak mengaku bahawasanya aku sangat malas sekarang nie.  Ikut mood aku, ikut suka aku jer.  Kot tak tu, aku dah letak siap2 dalam auto publish.  Tapi memandangkan aku dah start coti dari semalam, nak pulak ada masa lapang sangat banyak nie boleh ar dengan selamba menaip secara perlahan2 berceloteh diblog aku nie.

Aku tengah melepak di rumah sambil anak2 aku si Lidya dan Dania menonton tv.  Mulut aku dah penat dah manggil dorang masuk bilik air. Dorang memang payah betul nak diajak mandi tapi bila dah masuk bilik mandi payah pulak nak diajak keluar.  Dania nie pulak pantang aku coti, kejab2 kang nak baring atas riba sambil menyelak baju.  yer..yer dia dah pun 3 tahun 2bulan tapi masih lagi ber'gantung'.  Dah payah pulak nak soh dia berhenti.  Kalo di tempat ramai orang takde pulak dia mintak, malu lagi ada.  Toksah tanya ada lagi ke tak susunya..yang pasti ada tapi tak macam dulu2 sampai bengkak penuh dek susu.  Aku tengah carik jalan nak berhentikan dia menyusu badan nie.  Budak dah bergigi nie kalo terlelap dia mengetap, so korang bayangkan tiap kali dia terlelap masa 'gantung' tu mengetap giginya.  Acapkali jugak aku terjerit kesakitan.  Tolong aku camner nak bagi berhenti..yang terdahulu si Julia n Lidya berhenti sendiri tu pun sebab aku dah mengandung.  Takkan yang nie nak kena aku mengandung gak..oh tidak..oh nehi kabhi nehi..

Oklah..aku nak chow dah dekat kul 11 dah nie..keja kat umah satu apa pun aku tak mula lagi nie..tak leh nak ikutkan sangat tahap kemalasan aku nie..kalo ikut sampai petang anak2 aku tu mandi kang..hahahahaha

Khamis, 20 Oktober 2011

tak habis2 char kuey teow

Sejuk2 nie kalo dapat makan yang panas2 ..pergghh..nikmatnya la kan..benda makan yang tak berapa nak sedap pun jadi sedap giler..kot orang nak ngorat pun tak jadi tengok betapa pelahapnya ko makan time tu [sib baik dah kahwin...kakakaka].

petang tadi punyalah hujan lebat kan?  tetiba jer hubby ajak gi makan char kuey teow kat gerai brader di Taman Tuanku Jaafar tu.  Aku order as usual char kuey teow with telor mata kobau[goyang]..air lak aku order horlick panas...dah lama lak tak minum ho..ho..horlick..

pic goyang daa..konon menggigil kelaparan..hehehe
hubby lak order lain dari char kuey teow...dia order maggi kuah dan air lak teh halia panas gak...perghh..sangat marvelous ok..

maggi nie kalo masak kat umah tak sama ok rasa dia..
Masa aku amek gambar maggi tu, kebetulan brader tu ternampak siap cakap "ai..siap ambik gambar".  aku leh jer jawab "nak letak dalam blog".  Dia pun diam..tak marah ke apa ke.  Masa hubby nak perah limau maggi, brader yang masak tu cakap "jangan perah limau tu dulu, rasa dulu" perghh..memang betul hubby tak yah nak perah limau sebab masa dia masak dia dah letak limau and dia pun ada letak tomato.  Aku suka ar style brader nie, dia tak sombong..sangat mesra okay..aku ingat lagi masa memula kitorang nak order char kuey teow dia siap tanya nak basah, sedang2 atau kering..hah sampai macam tu skali dia tanya tau..bila aku soh tambah telur mata kerbau pun dia tanya nak goyang dangdut atau yang keras..maksud dia yang goyang dangdut tu telur kuning tak masak sepenuhnya...

then petang tadi tu masa kitorang dah settle makan tetiba dia letak ataih meja..

cer teka apa nie?
aku ingat dia nak bagi kitorang makan lagi..upanya dia cakap "hah..cepat2 amek gambar nie letak dalam blog"..aku pun cecepat amek handphone aku snap..sib baik tak lupa tanya tu apa nama masakan dia tu bang?  dia cakap 'yee mee goreng basah"  then aku tanya lagi "harga dia sama ke?" Dia cakap yang tu RM4/-, char kuey teow jer rega dia 3hinggit sengah.[RM3.50]".

Korang kalo gi tetiba rasa tak sedap, janganlah salahkan aku yer.  Kita nie nama jer manusia tapi selera bukan selalunya sama.  Aku kata sedap ikut sedap tekak aku.  Tekak aku leh terima masakan dia same goes dengan hubby aku tu.  Kot tak sedap kat tekak kitorang takdelah kitorang pegi ke gerai dia.  Apapun kot nak buat sendiri pun ok jer...tu pun kalo rajin ler..tak rajin macam aku...gi jer order..hehehehe..

Rabu, 19 Oktober 2011

Bila anak buat perangai..

Korang, kalo anak2 korang buat pangai tak semenggah korang buat apa?  Buat perangai kat rumah tu oklah nak marah or nak pukul [jangan dikelar sudah..adehh ramai betul manusia yang cepat hilang pertimbangan..menakutkan sungguh].  Anak2 aku berumur bawah 5 tahun [Lidya n Dania] sangatlah suka buat perangai..perangai camner? hah..macam2 perangai dibuat dek dorang nieh.  Setakat di rumah tu aku boleh ar nak kawtim camner dorang nei..setakat jeling or acah2 naik tangan takpun konon2 gegas nak gi pukul sure dorang takut.

Masalahnya ialah bila dorang suka betul buat perangai di hadapan khalayak ramai.  Nak dimarah kang malu tak marah pun malu gak.  Tak agak2 nak melalak sekuat hati, rasa macam aku pun nak melalak sama kat situ gak.  Aku bagi contoh eh..macam baru2 nie aku bawak dorang gi Carrefour Rahang.  Konon2 jadi mak yang baik nieh..bagi chance dorang main game kat situ.  Dah cukup time balik..boleh pulak dia buat pangai macam nie..

Kot sorang jer yang buat pangai camnie ok lagi kan?..kan?  cer kalo 2 orang, camner korang nak buat?


Si Lidya [skirt berbelang] tu siap cakap dalam tangisan.."mak jangan amek gambar".  Tau pun ko malu eh orang amek gambar ko pangai camni.  Aku jawab jer "ada mak kisah", mak tak kira mak nak amek gak".

Kesudahannya aku ajak dorang gi main kat tempat lain, barulah dorang lepaskan kaki aku..adeeeh...sesak nafas aku.  Si Julia yang sulung pun reti malu dengan pangai adik2 dia.  Tapi aku cakap gak, masa kecik2 pangai dia pun sama jer..kkekeke

Kalo korang camner eh korang buat?

Khamis, 13 Oktober 2011

SMS punya pasal..

Al-kisah handphone seorang suami berbunyi menandakan kemasukan pesanan ringkas ketika itu pula suami itu sedang memandu.  Maka si isteri yang kononnya ingin membantu mengambilkan handphone tersebut yang sedia terletak dalam beg pouch suaminya.

Si suami pun berkata"ala..sms jer yang masuk".  Si isteri pun terasa sedikit jengkel kononnya tak percayakan suami, cepat sahaja tangan nak menggapaikan handphone tersebut.  Maka si isteri ini pun dengan nada bersahaja atau dalam bahasa pasarnya 'selamba jer' pun membalas "so, kalo sms jer, saya takleh tengok?" "ada rahsia yang tak patut saya tau ker?".  Si suami sudah mengagak isterinya itu sudah terasa hati, lalu terdiam seketika.  Si isteri melihatkan suami mendiamkan diri, lagi mahu diprovokasi [perghh..ayat ko punyalah hai] dengan berkata "saya ingat kita takde apa2 rahsia".  "Ada rahsia yang tak patut saya tau kah" dengan nada suara keras yang dibuat2.

Si suami pun tak nak mengalah, maka dijawabnya "ada tapi malu nak cakap".  "Waah..ini sudah melampau nie" kata si isteri dalam hatinya.  "apa rahsianya?, tak boleh bagi tau sebab nanti dah tak jadi rahsia ker? tanya isteri lagi [memang sajer nak carik pasalkan?].  Si suami pun menjawab lagiii dengan jawapan yang sama "rahsia tu saya malu nak bagi tau".  "apa yang nak malu sangat, bagi tau jerlah..macamlah tak biasa dengan saya" desak si isteri pula..  Apakah rahsia yang malu sangat nak beritahu dek suaminya itu???


cer teka...cer teka...



































Jawapan si suaminya adalah.."saya terkentut dalam air".....mengong kan?  sakit tak hati korang?  Sabarjerlah.....

p/s; official opening kat tesco senawang, seremban jaya hari Sabtu nie..yeay aku off day tapi tak bestnya aku takde kat sini..hampehdotcom sungguh..

Ahad, 9 Oktober 2011

Kisah anak dan mak..

Pada suatu petang di dapur si mak sedang menghidangkan makan malam untuk keluarga.  Setelah siap si mak pun memanggil anak2 untuk makan bersama.  Mak yang penuh kesabaran itu melayan la kerenah anak2nya menjamu selera.  Secara tiba2 anaknya yang kecil baru berusia 3 tahun bersuara..

Anak kecil: Mak..mak..

Mak:  iyer..

Anak kecil: mak wat ape tu? [dengan pelatnya anak itu bertanya]

Mak:  tengah panaskan lauk untuk makan malam nie hah..

Anak kecil: Mak..mak..

Mak: iyer sayang..

Anak kecil: esok raya ker?

Mak:  raya apanya pulak dah abih dah ler..tinggal nak sambut raya haji jer nie..

Anak kecil pun jawab dengan selamba..: ooo..patutlah..[berhenti terus dari bercakap]

Si maknya pun tetiba terus rasa penat giler.  Rasa macam nak tumbuk dinding jam2 tu gak.  Nak menangis pun ada.  Tapi bila dipikir..ahh..si anak ini cuba nak berborak2 dengan maknya seperti kakak2 yang lain.  Ok diterima dan untuk menyedapkan hati si anak, maknya layan jerlah bercakap.  Agaknya anak kecil tu dah tak tau nak cakap apa.  Sekurang2nya ada gak lah topik yang hendak dicakapkan dari tah apa2 topik.  Betul tak? betull...betul...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tesco Senawang di Seremban Jaya



updated: DORANG DAH START BUKAK DAH HARI NIE 19/10/2011
updated 18/11/11: hampir semua lot2 kedai dah mula beroperasi sepenuhnya..


Aku hari2 dok lalu sini, cepat sungguh Tesco nie siap. Ada yang tak tau ker?  Tulah saper soh lalu kat Lekas Highway kan dah terlepas pandang..kakakakaka..  Dekat sangat dengan tol Senawang.  Saper yang dok lalu hari2 sure nampak kat tesco senawang nie.  Orang dok senawang tak yah sibuk nak gi S2 [seremban 2].

Confirm jalan jem giler babon nie time official opening sok nie.  Aku nak siap2 amek coti, maleh aku nak tempoh jln jem giler sok.  Leh caya ker tu?  Silap2 aku orang pertama bertunggu tangga kat depan tesco nie..kakakakaka. Waktu perniagaan Tesco memang dari pukul 8am - 1am eh?  Sebab tesco nie dia tulih camtu..pegghh..dasat betul dari seawal jam pagi ke lewat malam dia beroperasi..dasat memang dasat..

Jangan tanya aku bila tarikh bukak tapi yang aku dalam bulan nie gak.  Kalo aku tau sok surelah aku bagi tau korang.  Aku ada terbaca komen kat fb adik spupu aku, dia dok tulis 20hb nie.  Tapi aku tak sure tu betul ke idak.  Selalunya kalo baru2 bukak sure ada special event kan?  Tapi bila dok terbayang betapa penuh dan padat, aku rasa macam berat lak nak gi.  Tapi kalo ada orang nak ajak pegi aku sedia jer amek coti...kakakaka Nak gak merasa meriahnya hari pembukaan beb..hikhikhik..

p/s:  macam tak caya jer aku update blog time cam nie kan? sila ar percaya..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Bajet 2012

Pembentangan bajet 2012 akan bermula jam 4 petang nie.  Kata PM kita ianya adalah merupakan satu transformasi buat rakyat khasnya.  Jangan asik dok bentang jer yer PM, perlaksanannya kenalah dibuat 100%.

Jangan kerana nak menang pilihanraya bagi macam2 tapi bila dah menang macam2 cukai dikenakan kat rakyat.  Baik toksah naik gaji kalo macam tu.  Yang kerja swasta tu jangan dipandang sepi yer.  cewaah..rasa macam ahli politik lak aku nie...kekekeeke

Hubby lagi best..dari semalam dia dok merungut.  "alaa..tak best ar hari nie Malaysia lawan Australia pukul 5ptg ar".  Hah..ko...orang dok sibuk citer pasal bajet, dia dok resah kesah tak dapat tengok perlawanan bola sepak.  Siap la balik petang nie sure dia ajak cepat2 siap nak tengok tv.

Tapi ok gak..sekurang2nya aku boleh ar dapat info terkini pasal sukan.  Kot tak, haram aku tau, silap2 buat tak tau lagi ada..heheheeh

p/s: hujung minggu nie korang wat per? gi mana?  aku? dok umah jer..huhhuhu

Pesanan2 mak kita

Selalu mak2 kita berpesan...

- Jangan makan berdiri, tak baik..
- Jangan melawan cakap orang2 tua, tak baik..
- Jangan buat perkara yang menjatuhkan maruah keluarga..
- Jangan buat sepah di rumah..
- Jangan jadi pemalas
- Jangan ikut kata hati
- Jaga suami tu elok2..
- Jangan lupa sembahyang..

ada lagi banyak kan?  Dulu2 rasa macam boring jer dengar tapi bila dah punya keluarga sendri, barulah aku mengerti..

Terima kasih mak kerana mak tak pernah bosan/jemu berpesan pada anak mak nie.  Moga Allah swt melindungi mak selalu..

Khamis, 6 Oktober 2011

Steve Jobs 1955-2011


Mr Steve Jobs founder and former CEO of Apple meninggal dunia semalam.  Untuk cerita selanjutnya boleh dibaca di SINI.

Isnin, 3 Oktober 2011

Bila dah ok..

Kesian hubby, bila dah sihat dari demam tapi badan tetap rasa semacam katanya.  Alhamdulillah anak2 pun dah sihat dah cuma batuk2 jer.  Tuan punya blog pun dah ok skit tekaknya.  Dah boleh merawat blog yang tak dikunjungi sekian lama..[cececeh..poyo jer].

Aktiviti di hujung minggu pun hanya ke rumah adik sepupu yang kata dek maknya makan2 tapi rupa2nya ada bacaan yassin bagai.  aku lak dengan selamba terjah rumah adik spupu aku tu dengan berbaju jersey MU [hubby hangin jer sebab dia penyokong kuat Liverpool].

Lepak2 borak2 pot pet dengan sedara mara..tau2 dah pun hampir jam 10malam.  Kalo hubby tak buat isyarat lagi ar tak reti nak gerak nak balik..huhuhu..yerlahkan bukan selalu dapat borak2 dengan sedara mara pun kan.  Sesekali berkumpul tu ada jerlah citernya..betul tak? betul2..

Oh yer lupa lak nak citer kisah malam minggu tu.  Aku lalu kat Dataran Senawang a.k.a Taipan Senawang sebab hubby nak tapau satey Hj Sahmuri pehtu lak si Julia tetiba "hah tu mak kedai gambar".  Setelah sekian lama dia dok cakap nak kena bawak gambar passport ke sekolah barulah malam tu gi buat.  Dan yang aku geram tu bila dah buat jer siap CD bagai boleh lak jumpa gambar masa dia pra-sekolah, walhal gambar tu punyalah penat aku dok cari sana sini sinun.  Dan yang best tu pulak si Julia nak guna gambar lama sebab gambar lama dia tu ok skit dari yang baru.  adeeh..kecik2 pun pandai nak pilih gambar elok tak elok..baru darjah satu tu..kot darjah 6 tu sok tak taulah..hmmmm..

Lagi satu..bulan 10 nie lah bulan aku ada banyak hal nak dibuat..[ececece..takde hal pun blog tak ter-update..hohoho].  hah..tu bila sampai masanya sok barulah aku citer kat sini.  Sebelum tu aku citer yang ala kadar jer yer..

Orait geng..nanti kita sambung lagi...tata..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails