Selasa, 14 Februari 2006

Tak banyak citer..

Dah seminggu tak tak menghupdet rupanya..Banyak citer nak aku citerkan tapi mood nak menaip tu kureng atau lebih tepat lagi MALAS nak menaip..Dulu punya lah excited nak berciter tapi sejak kebelakangan nie aku jadi MALAS lak..Nak kata disebabkan aku pregnant tu taklah jugak..Takperlah..kira2 hupdet hari nie pengganti pada hari2 sebelum nie..

Cuti seminggu yang lepas aku tak kemana2 pun. Tapi cuti Thaipusam hari tu aku gi Port Dickson siap ajak adik2 (Alang, Ateh n BangCik) termasuk adik sepupu aku yang aku panggil 'adek'. Kebetulan lak masa tu hubby ada kursus anjuran tempat kerja dia padahal dia dah pun mintak dikecualikan atas sebab masalah kesihatan yang melanda diri dia. Tapi bos dia suoh gak dia pegi sekadar untuk 'menunjuk muka'. Aku pun cadangkan hubby mintak izin dari pakcik dia yang memang ada apartment kat Port Dickson tu.

Apartment tu lak ada kolam renang yang peraturan pakaian yang tak ketat. Aku jadi lebih seronok bila tengok muka Julia yang gelak sakan bila aku bawak dia masuk dalam kolam renang tu. Kaki dia melonjak2 dan tangan dia pulak dok menepuk air..Puas rasanya tengok gelagat Julia begitu. Terus aku lupa pasal dia meragam hari tu.

Kitorang pun tak pegi jenjalan kat pantai Port Dickson tu. Cukup dengan aktiviti melepak kat apartment tu dan sesekali turun ke kolam renang.

Memasing sekarang nie dok sibuk cari cuti minggu yang lebih panjang semata2 nak pegi ke Port Dickson tu lagi. Hubby pun sibuk gak dok tengok kalendar. Almaklumlah ..sepanjang hari Sabtu dia kat tempat kursus tu. Hari Ahad petang tu kitorang dah nak balik. Insya Allah aku pasti akan ke PD lagi.

P/S: Sanggup tak pegi check-up semata2 nak gi port dickson..minggu nie baru nak gi..teruk tul kan..?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails