Selasa, 10 Mei 2011

Gembiranya hati ini..

Pagi Sabtu tu, hubby dah pegi keja, seperti biasa bila tak ke pejabat maklumlah kan off day, boleh ar rileks2 skit.  Tak delah nak relaks langsung kat rumah, anak2 aku kerah masuk bilik mandi.  Hubby dah pesan tak yah nak masak sangat, masak jer sup2 sayur.  Aku nie kalau dah dipesan dek hubby mang ingat jer especially bab2 masakan ringkas mang laju ajer.  Cer kalo dia soh masak rendang ayam or rendang daging hahh...ko kat situ gak aku menganga..hhahahaha..

Inilah dia kalo jadik ibu yang bekerja, walaupun tak bekerja di opis tapi kerja2 rumah perlu gak dibuat takde nak off day der.  Aku rasa takdelah penat sangat pun sebab hubby nie jenis ringan tangan [bukan ringan tangan kat aku yer] dia pun selalu jer tolong aku settlekan keja kat umah.  Aku yang malas lebih sebenarnya [tu sebab badan dah macam belon jer nieh..hahahaha] ops...wa dah melalut ar beb, nak citer pasal len tersangkut pasal hubby rajin lak...adeehh..


hahh...nampak tak budak lum mandi dok basuh pinggan tak seberapa tu?  Julia tanya aku "mak, kakak nak tolong basuh, boleh?".  Memula tu aku nak cakap tak yah sebab aku tau dia nie lebih nak main sabun n air jer.  Tapi aku berubah fikiran, aku pun bagi dia tolong.  eh..ok jer takde dia main pun.  Lepas jer basuh pinggan tu dia datang kat aku, "ada lagi keja nak buat tak?"  Aku pandang dia, "takde kakak".  Julia pun sambung lagi cakap "kakak nak tolong mak sempena hari Ibu nie".  Waahh..macam best jer aku dengar dia cakap macam tu.  Tapi..biasalah aku nie suka jer nak test dia "takkan time hari Ibu jer kakak tolong mak, hari len camner lak?".  Member tak dapat nak jawab, sengih jerlah jawapan dia.

Aku nak kata bangga tu, adalah skit takdelah nak bangga sangatkan pun pehtu terharu skit pun ada gak.  Kira2 dia ingat gaklah hari Ibu hari istimewa untuk mak dia.  Takde nak bagi hadiah tapi dia hulurkan tenaga yang tak seberapa demi hari Ibu.  Kira ok ar tu kan?  Gambar nie aku nak simpan..sok umur aku panjang masa dia dah besar sok bila soh buat keja banyak songeh aku keluarkan gambar nie, dulu masa kekecik ko punyalah rajin, persal dah besar nie semua nak kena suruh malas ke main.  Zaman moden nie ok gak beb..ada gak bukti nak tunjuk kat anak2..Asal malas jer kuarkan jer gambar or video time dorang kekecik yang rajin ke main tu..hahahaha.  Jangan time rajin jer time dorang buat pangai pun kita rakam, biar dorang malu bila tengok time dorang dah dewasa sok..hohohoho..

p/s: kalo boleh kan..hari2 aku nak sambut hari ibu nie..rasa mcm tak cukup celebrate sehari jer.  yerlah yerlah aku tau sehari tu adalah sebagai tanda peringatan jer.  kot kita nak sambut hari2 pun ok jer..ok sila telefon ibu anda hari2 sampai dia jemu dengar suara yang sengau itu..hahahaha


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails