Jumaat, 14 April 2006

Lamaran

Aku dah lebih seminggu jadi mem besar setiap kali naik kereta. Mana taknya, pintu depan tu dah rosak, aku kena duduk belakang. Hubby belum sempat nak pegi baiki. Lagi lambat lagi bagus..lagi lama ler aku berangan jadik mem..hehehehe

Hujung minggu nie dan minggu depan aku tak dapat balik KL. Boring.. :( Ahh..tak kisah ler tu. Lagipun dua minggu berturut2 sebelum nie aku dah balik dah.

Okay, seperti yang aku katakan semalam aku nak bercerita. Cerita ni dah berlaku hampir tiga tahun dulu. Saat aku dan si dia menghadapi masalah yang menyebabkan kami tak berhubungan selama sebulan. Dia tidak menghubungi aku dan aku pun begitu. Sedangkan ketika itu aku mengharap panggilan dari si dia. Aku pun tak tau kenapa tetiba kami dilanda krisis hingga menyebabkan masing2 tak mahu mengalah.

Aku amat peramah maka tak hairan aku senang berkawan dengan sesiapa. Namun setiap kali itulah aku rasa bersalah terhadap si dia. Agghh..lantaklah dia bukan suami aku untuk menyatakan hak dia..itulah fikiran aku ketika itu. Ketika aku hampir untuk menjalin dengan orang lain aku pastinya teringatkan si dia. Fikiran aku melayang sama ada kami masih lagi dianggap pasangan bercinta atau tidak.

Ini tak boleh jadik nie..lantas di suatu hari aku menelefon si dia. Tujuan aku menelefon dia pun bukan inginkan kepastian tapi aku dah buat keputusan. Aku tak ingin ada perasaan bersalah lagi. Aku inginkan noktah dalam hubungan yang tak berkesudahan.

Ketika dia menjawab di hujung talian. Hatiku jadi berdebar. Aku jadi tak tentu arah. Namun aku kuatkan semangat. Aku harus kuat untuk demi hati dan perasaan aku sendiri. Terus sahaja aku katakan pada sidia aku tak nak ada apa2 kaitan dengan si dia. Dia dihujung talian mendiamkan diri. Aku tak tau apa perasaan dia tapi yang pasti air mata ini tak semena2 mengalir deras. Aku cuba memanggil nama si dia tapi suara aku tersekat.

Secara tetiba itulah dia menyatakan betapa dia masih mengasihi dan meyayangi aku. Aku katakan sudah terlambat untuk itu. Kenapa dia tak cuba menghubungi aku kalau dia merindui aku, kalau dia masih kasih dan sayang pada aku? Setiap pertanyaan itu tak terjawab oleh sidia. Aku jadi geram tapi aku sebenarnya masih menyayangi dia. Agghh..ego masing-masing menyebabkan kami begini.

Entah macam mana ketika itu jugalah aku mengajak dia (kalau dia sudi) bersama aku, mak dan adik2 ke Genting Highlands. Terus sahaja dia setuju.
Di Genting Highlands, selepas makan malam. Dia mengajak aku turun ke bawah. Aku keberatan tapi kerana aku amat merindui dia, aku menurut sahaja.

Di saat aku terpandang dia..dia tersenyum lebar. Kami berbual seperti biasa seolah2 tiada apa2 yang berlaku antara kami. Secara tiba2 dia memegang tangan aku..dia menyatakan ingin mengahwini aku dan ketika itulah dia menghulur sebuah kotak comel ke tangan aku. Ketika itulah air mata ini mengalir..bukan sedih, tapi terharu. Dia bersungguh rupanya. Ada seorang lelaki Cina dan mesin-mesin minuman menjadi saksi kami.

Orang lain melamar dengan cincin tapi si dia melamar dengan sepasang anting2. Lain dari yang lain. Dan kini kami telah melayari alam perkahwinan yang bahagia selama lebih 2 tahun. Dan tak lama lagi kami bakal menimang cahayamata ke 2. Semoga ikatan kami kekal selamanya..Amin Ya Rabbal Alamin.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA :)..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails