Jumaat, 15 Februari 2008

Konon2 masa valentine

Sesiapa yang baca suratkhabar orang putih sure tau kisah pasal sorang lelaki yang sanggup membelanjakan sehingga RM40k iklan papan tanda dan RM14k sebentuk cincin berlian semata2 nak melamar girlfriend dia...walauweeeii...very big money lei. Sib baik ler si girlfriend said yes. Kalau tak, mang haru jadinya. Bila aku bagi tau kat member ofis aku (lelaki Cina), dia cakap ini orang membazir. (eleh..dia takleh buat mangler dia kata membazir). Itu antara kisah valentine's day. Aku? Mang tak pernah sambut langsung. Ada sekali tu jer..tupun niat dihati nak gi berbuka puasa dengan my abang ler together-gether with my sister (double date ar kiranya). Memang tak perasan langsung yang hari tu hari valentine. Rancangan awal nak buka puasa kat kedai2 makanan segera takpun gerai2 jer. Tapi semua tempat penuh. Aku dengan adik aku heran gak. Apsal ler ramai lak yang kuar. So, my abang (now already my hubby) suggested makan buffet jer kat Park Royal Hotel. Aku mang tak kisah. Bila dorang usher ke tempat duduk, kitorang terkejut..eh apahal lak ada bunga dengan kek lak nei? Selamba jerlah mulut aku tanya kat waiter..hari special apa ek hari nei? Waiter tu senyum jer. Dah duduk barulah kitorang nampak tertulis happy valentines day. Terus hati aku berdetak...siaplah bil nie kang. Hah..ko mangnya bil dia 4 orang makan RM500++. Sib baik bukan aku yang kuar duit. Kot aku mangler yang kuar duit harus belum sempat duduk aku dah chow sin. Dah abih makan tu..time balik tu yang betul2 buat aku dengan adik aku dah segan sebab kitorang kena gak bawak balik bunga (dah termasuk dalam bil kan). Masa jenjalan tu orang dah sengih2 tengok kitorang dok bawak bunga (eleh..baper kuntum jer). Hah..itulah antara kenangan hari valentine yang tak sengaja aku terbabit sama. Tahun bila pun aku tak ingat dah. Itu pun sebab kebetulan valentine tu jatuh hari Ahad dan aku cuma pikir nak dating my abang yang dah dekat dua minggu tak jumpa (cinta jarak jauh..eh jauh ker? KL-Seremban..cinta jarak sederhana la).

Selamat berhujung minggu yer..adios

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails