Khamis, 27 Oktober 2011

Hah..buat apa tu?

Dah ngam2 seminggu barulah reti nak update blog.  Ampunn..sangat tak malu nak mengaku bahawasanya aku sangat malas sekarang nie.  Ikut mood aku, ikut suka aku jer.  Kot tak tu, aku dah letak siap2 dalam auto publish.  Tapi memandangkan aku dah start coti dari semalam, nak pulak ada masa lapang sangat banyak nie boleh ar dengan selamba menaip secara perlahan2 berceloteh diblog aku nie.

Aku tengah melepak di rumah sambil anak2 aku si Lidya dan Dania menonton tv.  Mulut aku dah penat dah manggil dorang masuk bilik air. Dorang memang payah betul nak diajak mandi tapi bila dah masuk bilik mandi payah pulak nak diajak keluar.  Dania nie pulak pantang aku coti, kejab2 kang nak baring atas riba sambil menyelak baju.  yer..yer dia dah pun 3 tahun 2bulan tapi masih lagi ber'gantung'.  Dah payah pulak nak soh dia berhenti.  Kalo di tempat ramai orang takde pulak dia mintak, malu lagi ada.  Toksah tanya ada lagi ke tak susunya..yang pasti ada tapi tak macam dulu2 sampai bengkak penuh dek susu.  Aku tengah carik jalan nak berhentikan dia menyusu badan nie.  Budak dah bergigi nie kalo terlelap dia mengetap, so korang bayangkan tiap kali dia terlelap masa 'gantung' tu mengetap giginya.  Acapkali jugak aku terjerit kesakitan.  Tolong aku camner nak bagi berhenti..yang terdahulu si Julia n Lidya berhenti sendiri tu pun sebab aku dah mengandung.  Takkan yang nie nak kena aku mengandung gak..oh tidak..oh nehi kabhi nehi..

Oklah..aku nak chow dah dekat kul 11 dah nie..keja kat umah satu apa pun aku tak mula lagi nie..tak leh nak ikutkan sangat tahap kemalasan aku nie..kalo ikut sampai petang anak2 aku tu mandi kang..hahahahaha

2 ulasan :

  1. lama gile.aku target 2 tahun je.
    so kenit masih nyusu..sampai jan tahun depan.

    mak aku kata 'kalau lama sngt bukan susu lagi yg dia hisap tapi darah'.takut mek

    BalasPadam
  2. Irfa, mmg takut gak kot dia hisap darah ke apa tapi bila picit2 ada lagi susu..so, bagilah tapi takdelah lama..kejab jer pun..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails