Khamis, 5 Januari 2006

Macam2 Ragam..

Tahun baru sudah bermula. Hari persekolahan pun dah bermula kan? Seronok melihat telatah kanak2 sekolah. Terkenang pulak hari persekolahan aku yang dah lama aku tinggalkan.
Mesti bermacam ragam kerenah bebudak sekolah nie kan? Terutamanya yang baru memasuki dunia persekolahan rendah. Hhhmm..seronok jadi kanak2 nie kan? Takde masalah yang perlu difikirkan. Hah..yerlah tu masa kecik2 dulu asyik dok ingat nak cepat besar. La nie dok sibuk nak pusing balik masa lak. Zaman takde masalah saper yang taknak beb..heeheheehe

Hari nie aku nak berkongsi kisah. Kisah berkenaan seseorang yang amat rapat dengan aku. Seorang yang terlalu sensitif dan kadangkala suka menyakat aku dengan kata2 yang kekadang buat aku bengang giler dengan dia. Dulu masa keciknya akulah yang terpaksa korbankan masa bermain kerana terpaksa menjaga dia. Dia tak lain tak bukan adik aku yang kelima Abang Chik.

Abg Chik dah pun berusia 22 tahun bakal menyambut hari lahir ke 23 pada Oktober akan datang. Abang Chik yang ketinggian menjangkau 6kaki 2inci. Antara yang tertinggi dikalangan adik beradik sepupu yang lain. Aku taknak citer pasal dia sekarang. Tapi aku nak citer pasal kerenah yang dia buat semasa dia mula masuk ke sekolah rendah.
Memang kami adik-beradik tak pernah ke sekolah tadika termasuklah Abang Chik. Masa mak belikan dia baju seragam sekolah, alatulis dan segala barang keperluan sekolah, aku tengok dia excited ler sesangat..

Okay, beza umur aku dengan dia 9 tahun. Huh..jauh gak beza umur tu tapi dia cukup tak suka kuar dengan aku..konon katanya jatuh saham dia. Eleh..takkan diorang takleh nak beza adik beradik kot. Tapi kalau dah adik aku tu tinggi menggalah camnerlah orang nak tau dia tu adik aku kan. Eh..eh sudah lari citer lah aku nie..ok sambung lik

Abang chik nie beruntung betul. Maklumlah..dia yang paling muda selepas arwah adik yang bongsu meninggal so segala perhatian memang ler tertumpah kat abang chik. Time sekolah rendah dia sorang2 jer. Kehidupan kami sekeluarga pun taklah susah sangat.

Masa hari pertama dia di sekolah rendah..bapak temankan dia. Huh..aku dulu kenalah sorang2 carik sendiri kelas aku..Yerlah time tu abang aku sekolah pagi akulak sekolah petang. Dokla termanggu aku kat tangga tak tau nak gi kelas mana satu. Eh..aku dok citer pasal adik aku tetiba lak nak citer pasal aku ..pekehal ler aku nie..

Ntah camner hari ke3 bapak tugaskan aku lak gi temankan dia. Maklumlah masa tu aku dah sekolah menengah sesi pagi. Nak taknak kenalah aku gi ke sekolah rendah yang juga merupakan sekolah lama aku tu. So, aku pun dok ler berdiri kat depan kelas nengok dia. Aku senyum kat dia. Dia langsung tak balas. Kebetulan lak masa tu MR ‘T’(toilet) dah macam memanggil2 lak. Aku apa lagi, menapak ler ke arah toilet. Tak sampai lima tapak aku dok dengar orang jerit "Angah!!!". Bila aku toleh Abang Chik dah keluar kelas dengan airmata bertakung. Loor..apalak nie kata hati aku. "Meh sini!!" sambil ditariknya tangan aku dan disuroh berdiri betul2 kat depan pintu kelas. Terkepit2 aku dok menahan nak ke tandas. Dia taknak aku hilang dari pandangan dia. Ekleh Angah nak gi toilet ler , dia boleh buat derk. Adalah sorang pakcik nei sound Bangcik."Budak lelaki pun nak nangih ker?" Wuihh..ditolehnya kepala pandang pakcik tu siap jeling ko. Aku senyum jerlah kat pakcik tu.
Terpaksa la aku berdiri kat depan pintu dengan muka kelat nak mampus. Perut yang memulas pun hilang dengan perangai dia.

Selang 2minggu lepaih tu bapak citer lak. Belum sempat bapak mati enjin kereta Abang Chik dah sound kat bapak tak yah teman dia lagi. Abang Chik ada ramai kawan. Amboi..eksen ko yer.

Bila aku citer benda nie kat Abang Chik sure dia sengih2 peh tu kang dia angkat kaki ca alif but sebab tak tahan nak dengar kisah2 perangai dia yang lain2 tu. Banyak tul kerenah abang chik masa kecik nei tau. Nantilah bila ada masa nanti aku citer. Macamlah aku nie baik sesangat masa kecik dulu ek..heheheheehe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails