Sabtu, 14 Januari 2006

Updateler nie..

Hah..tajuk tu aku tujukan kat sorang tu. (Kalau stakat copy n paste lirik lagu tu kan...maleh den nak cito..*sambil mata jeling kat wirawan).

Update nie pengganti hari Senin nanti. Aku coti. Tak gi memana pun. Sajer nak amek coti tahun baru. Sebenarnya hubby yang ajak amek coti pun. Dia amek sampai hari Selasa. Katanya nak bermalas-malasan kat umah. Dia kan tak sihat. Dah siap beli 2-3 VCD sempena coti kami. Apsaller aku tak amek hari Selasa gak..ahh..hubby nyer coti yang dia amek tu coti dari last year. Aku mana ada coti last year. Memang company tempat aku keja nie tak kasi simpan coti. Tiap2 tahun coti mesti dihabiskan dalam tahun tu gak. Nyampah tul ler.

Takper..sok sok aku coti dua bulan bergaji..hehehehee..tapi masa tu sebulan lebih tak leh nak kuar umah..maklumler dalam pantang..cet..sabarjerlah..its ok janji cotiler gak. Apa la aku nie tak abih2 citer pasal coti..time keja banyak tau lak mulut merungut..keja banyak..time dok rileks tu tak lak membising..hisshh..apa la nak jadi dengan aku nie..ok dah..taknak citer pasal coti lagi dah..

Dolu2 kan ada bas mini. Bas mini masa tukan diseragamkan warna pink. Memang kelakar kaler dia kan? Ini antara pengalaman aku naik bas mini. Tiap2 pagi kami (aku dan adik aku Alang) tunggu bas mini no. 38 or 39 ke opis kami di PJ.

Kebetulan awal pagi tu kami dapat naik bas mini no. 39 yang tak ramai orang. Alaah..time tu hari Sabtu memangler tak ramai orang. Sebab kebanyakan orang keja kat PJ keja 5 hari seminggu jer. Tapi tempat keja aku nie sampai la sekarang nie masih tetap nak beroperasi sampai hari Sabtu.

Dalam perjalanan tu, pemandu bas mini nie tanyalah kat setiap penumpang turun kat mana. Sampai kat turn kami, aku dan alang memang tak perasan dia tanya kat kitorang. Dia tanya pandang cermin pandang belakang. So, aku dan Alang ingatkan dia tanya kat orang belakang kami. Lagiler kami buat derk jer. Peh tu tetiba dia jerit..'woi orang tanya dia buat tak tau lak". Aku dan Alang pandang diri masing2. Heran lak kami naper dia marah camtu. Aku pun jawabler kitorang turun kat Sec.14. Aku ingatkan dia dah okay ler.

Rupa2nya member tu tak puas hati. Membebel2 tak tahu ntah apa bijik butir. Tapi ada ayat yang aku dengar tu buat aku betul2 tak puas hati. Dia cakap "Ingat muka lawa tu lawa sangat ker?" "Sombong tak tentu pasal". Laa..bila masa pulak aku dengan Alang perasan lawa nie..Hati aku dah mula membara, sambil dalam hati aku kata Eh..pakena dengan driver nie? Apa yang dia tak puas hati lagi nie. Tak habis situ..dia sambung ntah apa dia cakap.

Sampai jer kat bas stop sec. 14 aku dengan alang siap2 nak turun. Aku pun amek kesempatan cakap "Pasal muka kitorang nie memang lawa lah, kitorang nie sombong". Punyalah driver tu bengang..dia mencarut balik kat kitorang. Aku dengan Alang buat derk jer. Lantaklah..aku dah geram dengan segala rungutan driver tu. Macam bagus jer.

Alang cakap aku nie berani sangat nak menjawab. Kalau dibuatnya dia turun belasah kitorang ntah camner ler agaknya. Aku cakap aku tak kisah, aku akan tendang *tut* dia sebelum sempat dia angkat tangan belasah kitorang. Alang cuma geleng kepala jer kat aku.

Sejak pada hari tu. Aku memang tak naik lagi dah bas tu. Driver bas mini tu pun memang cam kat aku. Tiap kali dia nampak aku kat bus stop kalau dia nampak kitorang sure dia akan pandang tajam kat kitorang. Alang marah kat aku sebab aku taknak naik bas tu. Ahh..aku cakap banyak lagi bas mini lain kita boleh naik. Konon2 mogok ler tu tak nak naik bas tu. Tapi mogok aku cuma tahan tak sampai sebulan sebab time tu memang susah nak dapat bas ke PJ. Mana taknya, bas kecik tu selalu jer penuh, padat macam tin sardin jer.


Tu semua dah tinggal kenangan dah. Sekarang nie dah ada LRT peh tu Intrakota dah tukar jadik RapidKL lak. Aku pun dah tak dok kat KL. Gi keja pun hubby yang hantarkan.

Cuma sesekali bila balik KL tu, bila nak ke Midvalley atau KLCC, aku akan naik komuter takpun LRT.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails