Isnin, 15 Januari 2007

cabaran dah bermula

Baru jer beberapa hari dalam tahun baru. Aku dah buat macam2 kesilapan. Aku rasa macam nak jerit jer. Walhal aku dah target dah..tahun baru 2007 adalah tahun untuk kesilapan '0'. Maklumlah orang biasa mana lah boleh lepas dari kesilapan kan? (ayat penyedap hati jer nieh).

Aku tersilap beri harga pada customer aku. Yang menyebabkan profit margin kami turun. Nasib baiklah bila aku call customer dan betulkan harga dia terima (tapi kena marah kaw kaw dek bos). Masa tu aku bos soh aku periksan dan kira marginnya. Aku cuma glance trough jer. Mengong betul aku. Sib baik masih lagi untung kot rugi ..dah tentu aku kena buang terus.

Disebabkan kecuaian tulah aku lebih berhati2 tiap kali nak bagi harga ke customer aku tu. Takut kesilapan yang berulang. (tau pun takut aku nieh)

Orang len dah belanja dah duit bonus kan? Aku jugak tak ketahuan dapat ke tak bonus tu. Memula tu aku dah berangan dah nak pakai henpon baru. Yalah kan...ker henpon aku buat hal sebelum nieh? Tapi hari tu aku dah hantar ke kedai bukannya masalah apa pun cuma tukar bateri dia jer. Hampeh tul..tapi kira ok ler tuh pada duit aku terbang beratus2 beli henpon baru, yang nie aku keluar duit tak sampai pun 50 ringgit untuk servis dan bateri henpon(bukan original) tu.

Nilah dia kalau kerja bergaji kan? Dok harap bonus tiap tahun dan gaji tiap bulan. Sabarjerlah..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails