Rabu, 12 November 2008

Kan dah..

Hari nie aku gi keja dengan rasa gundah gulana. Masa aku dukung baby Dania untuk menyusu badan airmata aku dah bergenang jer. Bermula dengan kakak yang demam diikuti dengan adiknya si Lidya dan akhir sekali baby Dania. Kalau setakat dua orang budak tu aku taklah rasa sedih tapi bila tang baby nie aku jadi lemah sesangat. Pakal ar bos aku dok cuti, kalo tak tu harus aku EL dari semalam. Apalah yang baby Dania tu boleh cakap dia sakit kat mana. Tapi tulah..baby Dania nie lak elok lak dia tak menangis atau mengengek sepanjang masa. Bila diagah pun gelak sesajer. Tapi aku leh nampak dia tak bertenaga seperti hari2 biasa. Cepatla sembut hendaknya baby aku yang sorang nei.

Dua hari lepas masa aku nak masak nasi, aku dah bagi tau kat hubby yang beras dah nak abih. Yang tinggal cukup2 untuk sekali masak jer. Begitu gak dengan minyak, telur dan lain2 lagi lah. Aku pun pesan baik2 esp beras ler. Kan ker orang tua2 ada pesan kalau boleh beras jangan ditunggu betul2 habis baru dibeli, tak baik.

So, petang semalam masa on the way nak balik jemput anak2 balik aku pun ajak hubby singgah gi kedai. Dia buat derk jer dengan aku.

Hish...orang tua nie apa penyakit tak nak benti kat kedai nie. Tak de duit ker? kata aku dalam hati

Boleh pulak dia cakap "alahai..minyak keta cepatnya ko nak abih"

Aku diam jer sebab aku tau tujuan dia cakap tu nak soh aku tolong ler tu. Nak taknak aku pun kuar RM20 untuk isi minyak (takleh tolong selalu..nanti dia ingat aku nie banyak duit..heehehehe). Tapi aku masih dok risau barang dapur yang aku mintak dia belikan belum dibeli.

Dah jemput anak2 balik umah, masa on the way ke rumah, aku dah sound soh dia singgah gi beli barang dapur.

Tak yah, duit takde nak beli..makan jer apa yang ada, kata hubby.

Ishh.. awak nie takkan nak tunggu beras licin lecau baru nak beli kot. Haba2 hangin satu badan nak sampai dah.

Hubby diam..buat derk jer. Dia pun takde nak singgah kedai. Aku pun maleh nak gaduh2, penat balik keja, tak koser aku nak bising2.

Sampai jer umah aku tukar uniform then aku pun siap2 nak masak nasi. Masa tulah aku nampak ada minyak, beras n etc kat atas dapur. Aku terus jer meluru kat hubby

Oooo..patutla buat derk jer..awak dah beli then sorok kat boot keta ek.

Hubby sengih jer. Hubby memang sajer nak mengena aku. Lepas tu dia buat lagi satu hal yang buat aku nak gelak tapi aku control jer tak nak tunjuk depan dia.

Masa tu aku dok menyusukan baby Dania, aku agak sure nasi dah hampir masak. Aku mintak tolong kat hubby,
kacau nasi dalam periuk. Boleh pulak dia buat kelakar bangang ..

huuu...haaa..huuu..haaa (dari jauh sambil tangan mengacah2 ke arah dapur tu). then dia cakap ok dah kacau dah.

Sabarjerla kan..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails