Khamis, 24 April 2008

ahh..kakak

Satu malam sejuk, sepi dan syahdu, begitulah juga hati dan perasaan seorang ibu itu..tanpa disedari airmata tergenang. Secara tiba2 si anak yang sedang menghisap botol susu telah berdiri merenung si ibu. Ketika itu jugalah si anak menegur si ibu...

si anak: mak, kenapa mata mak berair?

Si ibu mendiamkan diri sambil mengisyaratkan anak tidur di lengannya sambil menghisap susu. Si anak menurut sahaja. Bila anak sedang berbaring di lengan si ibu, dia mengusap kepala si anak dan menciumnya berkali2. Rasa sedih dan pilu itu hilang dan timbul pula rasa lapang di dada. Si ibu mengukir senyuman dalam tangisan diam.

Tiba2 sahaja si anak bingkas bangun, dipandang wajah si ibu dengan riak muka yang tak dapat si ibu ketahui maksud pandangan itu. Ketika itulah si anak mengesat mata ibu lalu dikucupnya pipi si ibu sambil berkata "kakak sayang mak, sayang adik" dan dicium pula perut ibu. Si ibu lantas terdiam seribu bahasa. Tak terungkap kata2 dek kelakuan si anak yang belum baligh tapi seolah2 mengerti perasaan si ibu ketika itu.

Bagaimanakah perasaan si ibu? Tentulah rasa aman dan bahagia sekali kerana anaknya yang belum cukup dewasa tapi amat mengerti perasaan hatinya.

Ini doa ringkas ibu untuk mu anak....Semoga si anak ini dan juga anak2 yang lain terus-terusan menjadi anak yang baik. amiiiin..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails