Rabu, 23 November 2011

Musim Mengawan Lagi..

Start jer coti sekolah hujung tahun, maka selamat para2 ibu dari aktiviti memasak di hujung minggu.  Ada ketika di satu hujung minggu tu sampai 2-3 jemputan yang terpaksa dalam rela untuk menghadirkan diri.  Aku dulu pun tak terkecuali, makcik2 aku awal2 dah pesan sila buat kenduri kahwin kala coti sekolah.  La nie anak2 masing2 dah besar panjang lain lak citernya, anak2 mereka itu adalah tak mendapat coti kerja mereka.  Tapi dalam masa yang sama gak sekarang nie giliran makcik2 aku pulak ke hulu hilir menghantar jemputan kenduri kahwin anak2 mereka.  Keluarga masing2 pun dah bertambah..rata2 adik spupu aku yang perempuan khasnya berkahwin pada usia sama ada awal 20an atau pertengahan 20an.  Kira ok ar tu..sedang elok ar pun kan usia macam tu nak kahwin pun.

Aku ingat aku kahwin lagi baper hari nak 29tahun tu dah rasa tua dah, sib baik Ateh ada [yang baru jer kahwin bulan Oktober hari tu umur dia dah 34].  Adik aku si Ateh muda dari aku 3 tahun, so korang leh agak baper umur aku sekarang.  Dan nasib baik jugak Alang yang muda dari aku 2 tahun [apsal aku rasa macam menaip soklan matematik spm jer nie?] tu badan dia besar dari aku..nampaklah aku nie muda skit [dasar aku tak sedar diri, perasan giler babun awet muda].  Alang..ko jangan marah eh tapi mang betul ko nampak macam anak sulung sebab ko tinggi n besar dalam adik beradik kita.  hah..nak citer sikit dalam kelompok adik beradik aku n adik beradik sepupu aku yang ramai, asal no.3 sure badan diorang debab dan dalam masa yang sama gak sure ada yang tak berapa nak cerah kulitnya dan ada yang sangatlah cerah kulitnya.  Aku dalam kelompok mana?  Cerah tak cerah, gelap tak berapa tapi malap..kakakakaka...apa punya tur daaa...

Musim mengawanlah a.k.a kenduri perkahwinan dinanti2kan dek ahli keluarga yang lain, kerna saudara yang jauh, sahabat handai dapat bertemu di dalam majlis tersebut.  Dalam masa yang sama hubungan kekeluargaan menjadi lebih rapat lagi.  Masa nielah masing2 dok sibuk pasang angan2 nak membuat perjumpaan yang tidak berkait langsung dengan kenduri kahwin [kan senang taip jer hari keluarga or family dah..sajer ar tu].

Apa pun..kepada bakal2 pengantin, selamat pengantin baru dan semoga korang dapat keberkatan dan kebahagian berkekalan ke akhir hayat dari Yang Maha Esa.

chooowwww...


Selasa, 22 November 2011

Stesen Komuter Senawang

hah..nie citer dah basi tapi sebab aku tengah rajin nak adjust draft2 blog aku tu, maka inilah hasilnya.  [poyo jer..macam nak bagitau citer best..walhal tetttt..]

Gambar nie aku amek masa aku nak jemput adik aku si Ateh dari stesen komuter Senawang pehtu hantar dia balik ke stesen yang sama gak.  Ingat kot tak ramai orang tapi ok gak leh tahan gak ramainya.  Maklumlah hujung minggu kan..ramai ar yang nak gi ke bandar Seremban takpun ke MidValley naik komuter jer.  eh..aku pun nak cuba ar nanti nek komuter dari Senawang ke MidValley tapi aku sorang jer ar..kot nak bawak 'askar2' tu kena ar ajak hubby sekali.   Tak sanggup rasanya nak handle 3 orang budak2 riang ke KL lak tu..errk tak leh aku nak bayangkan peel sorang2 macam mana nanti.

Ok..korang tengok jer gambar2 kat bawah nie untuk menguatkan bukti bahawasanya memang tak boleh aku nak angkut sorang2 bawak 3 Charlie's Angel aku tu.

hah..dia siap mencangkung taknak balik..

sambil2 dia gelak buat aksi nie

tu dia..tangan letak kat belakang kepala..rileks jer

lagi satu aksi yang sama..

dah ready jer nak meluru keluar..

yang nie takde keja lain, lari sana sini situ sinun

sori pic goyang sbb tgn dah gigil tahan geram n marah

dah rasa macam umah sendiri jer dorang nie..

Tu baru aksi sambil tunggu orang tu..hah belum lagi aksi2 naik komuter.  aishh..bukan tak pernah dorang nie buat hal masa aku nek komuter yang penuh sesak dek orang..rasa nak nangih pun ada tau..

Tunggu ar bila agak2 malu nak buat aksi cenggitu barulah aku berani sorang2 nek komuter bawak dorang nie jenjalan.

p/s; terlebih rajin sudah...

Pasal bola sepak Sukan Sea 2011

cecece..semangat nak menaip bukan main lagi nie..menang ar katakan..cer kalo kalah, confirm haram kot nak amek tau.  Malam tadi tengok dengan hubby..aku sampai berselimut..rasa sejuk semacam ko..tak pernah aku alami macam tu punya gabrak tengok. Hubby aku tak abih2 dok ulang cakap, "kalo kalah ar team Malaysia, saya tak ralat, sekurang2nya dapat gak masuk final".   Punyalah dia nak cover line gabrak dia kan.

Secara keseluruhan, SEMANGAT pemain Malaysia untuk bermain bermatian2 dan secara profesional amat aku kagumi. [perggh..ayat mengalahkan pengulas sukan]  Walaupun ada 2-3 orang gelagat pemain yang aku rasa macam nak sepak2 tapi ianya dapat diatasi dengan kesungguhan dorang untuk menang.  Nahh..ini yang kita ndak dari pemain Malaysia. Bukan setakat dalam bola sepak malah untuk semua sukan yang diceburi.

Tergelak tengok aksi sorang pegawai FAM Dato Hamidin mencium kapla jurulatih Ong Kim Swee pehtu masa bagi pingat Menteri Sukan Dato Shabery pun sama gak.  Tu time menang ar kan..cer kalo kalah bukan cium kapla jer malah silap2 si jurulatih tu mesti kena "pancong kapla".  Dah jadi adat ar kan..bila masa menang, bila tengah top segala pujian diberikan, segala jenis anugerah dianugerahkan.  Bak kata hubby aku, 'lagi laku ar jersi Malaysia nanti nie'.  Kalo dulu saper ndak nak pakai jersi bola sepak Malaysia?  Malu nak pakai lagi ada.

Apa pun harap2 pemain2 Malaysia tak kira ar walau dalam apa jua sukan yang diceburi, teruskan usaha mengharumkan nama negara.

p/s: larat ker pasukan bola sepak Malaysia nak lawan Syria hari Rabu nie?[aish..takkan korang tak tau..bukan perlawanan sahabat tapi untuk kelayakan Olimpik]

Khamis, 17 November 2011

Big Apple di Tesco Seremban Jaya


cer teka cer teka...baper bijik ada dalam nie?











































yummy...sedapnya....2bijik sekotak kecik..



Petang semalam sementara ke pukul 5.30pm, hubby gi menyinggah kat Tesco Seremban Jaya.  Perggh...sangat gebu..sangat sedap..bawak balik licin ko...Kesian kat Julia, dok tercuit2 lagi sebijik tapi awal2 dah kena sound yang tinggal tu untuk Uwan n Acik dia.  Sure ar dia tak suka aku cakap macam tu tapi kalo tak cakap abih semua dia nak sauk.  Walhal sebelum tu dia dah sedap dok makan pisang goreng dengan Atok dia.  Pehtu bila ajak makan nasik dah kenyang lak katanya.  Sabarjerlah..

Semua aku suka..semua gebu macam aku..eh gebu sangat ke ko jah? hahaha... Ada apa lagi kat dalam Tesco Seremban Jaya tu?  hmmm..aku tak sure tapi as hubby cakap most of shop dah pun bukak..pinjam dari pak Astro tu [aku lupa nama arwah atok tu]..MACAM2 ADA...Ad Jeans, Cosway, Xes shoe shop, Takasima..even cafe pun ada..aku pun blum terjah masuk lagi...hehehehe

Isnin, 14 November 2011

Cerita hujung minggu..

Hari Jumaat malam hari tu, aku kat dapur dok perangatkan lauk pauk untuk makan malam kat umah MIL.  Yer..yer aku di hari bekerja makan malam di rumah MIL..yer yer aku tau aku sangat beruntung kerana balik kerja tak yah nak pening kepala nak masak lauk apa untuk makan malam.  Tu bukan citer utama..citer utama ialah panggilan tepon yang aku terima bila kala hubby pas henpon dia kat aku.  Bila aku jawab 'helo' jer terus suara sebelah sana sound aku persal henpon aku tak berjawab.  Sib baik yang bertanya bapak aku sendiri so, jawapan pun kira agak bersopan la skit.  Nak pulak masa jawab tu mak mertua, pak mertua even adik ipar aku pun ada kan.  Kot jawab ngengada kang lagi ar orang nyampah dengar.  Hah..aku memang lebih mengada dengan bapak aku, adik beradik aku sendiri pun dah maklum dengan pangai ngada2 aku tu.

Aku dah agak sure bapak call nak bagi tau dia nak datang ke Seremban.  So, dia tanya ar samada aku kerja ke tak hari Sabtu tu.  Aiishh..kalo tak kerja kan best boleh gak dia datang Jumaat malam tu gak.  Takper2 semalam pun dah kira ok dah.  Lagipun bapak bagi tau dia nak pulangkan barang2 dipinjam masa kenduri kahwin Ateh hari tu.  Barang2 tu pun kepunyaan makcik aku yang bakal mengadakan kenduri kahwin bulan depan.

Hari Sabtu tu pulak abih jer time keja adik ipar datang menjemput sebab nak ikut dorang ke kenduri kahwin.  Hubby tak ikut sebab time dia abih keja lewat sejam dari aku tapi dah siap pesan cepat2 kemas apa yang patut boleh terus pegi beli barang untuk makan malam.
Dah siap jer beli barang, hubby terus jer letak tulang ataih dapur untuk dibuat sup.  Aku pulak siang ikan siakap yang tak berapa besar untuk dibuat stim.  Bapak aku memang suka ikan siakap masak stim, favourite katanya.  Dalam dok makan malam tu boleh lak aku terlupa nak snap gambar masakan aku tu.  yerlahkan orang masak sesekali kena ar tunjuk kat blog..adeeh..boleh gak jadi bahan kat blog nie..hmmm..hampeh tul ar.

Dah siap semuanya adik sepupu aku lak call, bagi tau mama dia suruh aku datang untuk makan tengahari esoknya [Ahad].  Suruh tu beb..bukan ajak yer..siap adik spupu aku cakap 'ya, mama suruh, ini arahan yer'..kakakakaka  Bila dah sampai jer kat umah makcik aku tu..sampai ke malam ler kitorang dok the pot the pet, pot pet..almaklumlah jumpa sesekali ada jer ar citer yang nak diciterkan.

So, itulah kisah hujung minggu aku..korangnya hujung minggu lak camner?

Khamis, 10 November 2011

KAMPUNG LOBAK THAI SEAFOOD & BBQ RESTAURANT




Tengahari tadi kami gi makan kat restoran Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ Restaurant. Lauk pauk yang kami makan macam kat gambar atas tu butter prawn, siakap stim, ayam goreng pandan, ketam curry paste, tomyam seafood dan kailan goreng ikan masin. Miunuman pula kami pesan air kepala eh kelapa. Sedap ker? Aish..dah nama makan FREE mestilah sedap. Kami tu bukan maksud aku dan keluarga sendiri tapi keluarga pejabat. Korang teka ar baper orang makan tu? 4 orang makan tu beb, aku sorang jer pompuan then aku jugak sorang jer melayu. Yang best tu bos aku tanya nak makan apa order jer..aii..pucuk dicita ulam mendatang, aku order jerlah..suka tak suka kenalah dorang ikut tekak aku..muahahaah [gelak sangat jahat nieh].

Oklah lauknya pun..nak kata tak sedap, sedap jer..nak kata tak sedap, sedap jer kat tekak aku nie. Nak pulak aku jenis suka makan yang pedas2 kan..hah amik ko..nasik aku amek sikit jer..tapi lauk aku bedal macamkan dah baper hari tak makan. Takde nak cover macam pompuan melayu terakhir bagai. Selamba jer aku makan depan 3 janz yang konon2 tak heran or buat2 tak nampak dengan cara aku makan tadi.

Layanan dia? hmm..boleh tahan gak ar cepat jer dorang nie masak sebab masa tengahari mang tak ramai yang datang.  Kot malam as per bos aku cakap..ramai gak yang gi makan kat restoran nie.  Kalo ramai tu maka nya boleh ar diterima dek tekak ramai..kot tak sedap korang gi ar makan tempat lain.  Kat malaysia nie banyak kedai makan korang leh pilih nak gi makan.  Asalkan ada $$ no problem beb.

Kat mana eh restoran nie? aku nak kata pandai sangat pasal somban nie, dah dekat 8 tahun aku dok sini, lokasi memang ar aku failed. Yang pasti aku tengok restoran sebelah jer dengan stesen petronas. hah..yerlah tau ar banyak stesen petronas kat somban nie. alah kalo yang tau nak ke Jln Manickavasagam. Tak gak tau? aish..sendiri google map ar[amboi..garang ko jah..]

Eh lupa nak bagi tau restoran nie pun ada free WIFI yer. Mana tau ar kan kot ada yang sambil makan tu nak updet blog ker fb ker twitter ker kan..cececce..

dah tu jer nak share dengan korang..eh tetiba mood rajin nak updet blog..walhal citer yang lelama tu dok terperam..ah bantai ar kan..blog sendiri punya kan..suka2 jer nak rajin ker..malas ker..janji wa happy [yer..happy la sangat ko jaaaahh..]

babai..
Posted by Picasa

3 beradik perempuan..

hai..hai..amcam ada sihat ka? wa hari nie suara sudah tukar la beb..feeling sexy dengan suara baru [ceh perasan sexy walhal macam angsa ada r..kakakaka].  Padan muka aku pun, asal panas jer teguk air dari peti sejuk tu.  Takperlah..suara angsa pun angsa lah at least ada gak suara daripada yang sebelum nie langsung tak kuar suara.  Gi keja time jawab tepon dah orang ingat aku dok berbisik..walhal punyalah perit tekak masa tu Tuhan ajer yang tau.

Dah lama tak kongsi dengan korang gambar anak2 aku kan?  Meh nak tunjuk anak2 aku konon2 bajet comel..bajet cun dalam gambar nie.  Gambar budak2 kalo buat apa pun nampak comel kan?  Cer kalo dah tua bangka buat cenggitu confirm orang chop ko bertebiat..kakakaka

melaram dengan spek mato makcik dorang...
tu baru satu pos jer tu..ada lagi..jab nak tunjuk..bukan main lagi dorang nie..masa nie Hari Raya Haji hari tu on the way nak ke umah MIL.  Hubby drive adik dia nyer keta..SIL gi Melaka beraya kek umah tunang eh.  Anak2 aku tau mana 'acik' dorang simpan spek dia, maka siaplah bergaya sakan dorang dengan spek tu.

tu dia siap tunjuk 'peace' lagik..heheehe
Seronok tengok gambar dorang nie, aku rasa cepat sangat masa berlalu..dulu dorang nie dalam kendongan dan sekarang nie dah pandai berkata2.  Dan secara tetiba aku rasa diri ini semakin tua [woi..dah lama dah tuanya beb ko tu yang kahwin lambat..adeeh]

Ah..oklah nak chow dulu..nanti sambung lagi citer..bila? lagi seminggu? 2 minggu? ahh..tidak..*lari sambil tutup muka*..

Sabtu, 5 November 2011

Sarapan Nasi Lemak

assalamualaikum..jawab tau, tak jawab dosa..[macam ar aku dengar korang jawab salam aku kan?]  apa mimpi aku tetiba update blog pagi buta nie?  Kira2 nie kurang pelik tau..lagi pelik tetiba time macam nie aku dah pun makan nasi lemak masakan sendiri..tak caya jer kan?  aku pun pelik naper tetiba aku rajin lak nak masak nasi lemak.  Time sabtu pagi camni bila tak kerja dok mengadap jer depan laptop, nie tak, lepas jer sembahyang subuh tadi aku takde nak sambung tido der..terus jer kuarkan bahan2 nak masak nasi lemak tu.

Konon2 nak buat sekali ar rendang kerang..perghh kot jadi ar aku masak rendang kerang tu tadi, sure hubby bertambah heran dengan tahap kerajinan aku nie.  mesti ada apa2 kan? nolah..takde apa pun..yang sebenarnya aku malas nak masak untuk makan tengahari kang..gasak ar ko..makanlah nasik lemak nie pagi dan tengahari kot nak buat makan malam pun boleh gak..akakakakaka  tapi sangatlah melampau kalo sampai dinner makan nasi lemak.  Kesian kat anak2 aku..lemau jer kang..malam nie ada pasar malam kat area umah aku nie.  So, boleh ar soh jer hubby gi beli apa2 yang patut untuk makan malam kang..

dan inilah dia...nasi lemak yang aku dah masak..sajer taknak pakai sudu garfu sebab nanti takde feel time makan nasi lemak aku tu.  perggh..makan nasi lemak pun nak ber'feel' bagai..apa daa..kakakaka

Jemput makan semua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails