Rabu, 31 Disember 2008

Tak lama jer..

Tak lama lagi kita akan menjejak ke tahun 2009. Sedia atau tidak masa tetap berjalan dan suka atau tidak kita harus menempuh lagi onak duri kehidupan. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita takkan dapat lari dari menempuh segala ujian dariNya.

Siapala kita untuk menahan masa berhenti demi kita. Siapalah kita juga untuk memerintah bumi dari berhenti berputar dari paksinya. Dan siapalah kita juga untuk lari dari kenyataan hidup.

Sepanjang tahun 2008 ini adalah tahun paling mencabar buat aku. Banyak perkara yang berlaku menuntut kesabaran untuk aku menghadapinya. Perkara yang berlaku itu membuat aku rasa betapa kecilnya diri ini. Ada juga pada satu2 masa aku rasa lemah untuk menghadapi dan ketika itulah juga airmata aku deras mengalir. Alhamdulillah..setelah aku diam berfikir, diam mengenang, aku jadi lebih kuat dari sebelumnya. Aku senantiasa mengingatkan diri aku bahawa setiap apa yang berlaku tak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah petunjuk dari Yang Esa.

Tahun 2008 juga membuatkan aku sedar betapa bukan semua perkara dapat kita diatasi dengan mudah. Banyak betul pengorbanan yang harus aku buat. Tidak mengapa..Allah swt Maha mengetahui isi hati hamba ini. Ada sebab musabab disebalik setiap perkara yang tak kita sangka terjadi.

Moga2 aku (kita) akan sentiasa tabah dan kuat untuk ujian getir yang akan datang..amin..amin..ya rabbal alamin..

SELAMAT TINGGAL 2008

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2009

SELAMAT TAHUN BARU..

Jumaat, 26 Disember 2008

dah terpaksa..

Seronoknya kalau cuti hari nie..rasa panjang jer cuti kan?  Bos aku dah 'chop' cuti hari nie, nak tak nak kenalah aku kerja. Kalau tak harus aku dok berlengkar lagi ataih tilam dengan anak2.

Semalam hari Krismas..macam biasalah iklan tv, iklan di suratkhabar malah di shopping complex awal2 dah letak hiasan2.  Rasa macam dok kat negeri omputeh jer.  Hari tu si kakak siap marah dengan aku..

Mak ni terukla tak bagi kakak raya Krismas..

Terpaksalah aku terangkan kat dia..Krismas tu bukan raya kita la..bla..bla..

Lagi satu, Julia nie kalau nampak kucing memangler dia takut sesangat (kes pernah kena cakar dek kucing..trauma dia dengan kucing).  Samalah dengan si Lidya.  Tapi kalau nampak anjing langsung dia tak takut.  Siap ditegurnya anjing tu.  Baru2 nie dia merajuk dengan uwan dia..

Uwan nie teruk ar..kakak nak beli anjing pun dia tak kasi..

Sabarjerlah..

Lagi satu aku sedih sebab tak dapat nak balik KL hujung minggu.  Walaupun dia tak sanggup tapi bapak sanggup nak jemput aku balik.  Tapi tulah hubby siap merajuk dengan aku yang ndak gak balik KL.  Hubby nie pun satu (sib baik ler satu)  bila diajak jenjalan kat Seremban ni, taknak lak dia.  Macam2 alasan dia bagi.  Bertambah ler kebosanan aku dibuatnya.

Takper tak lama lagi umah aku nak pasang internet(ayat nak sedapkan hati). Bolehlah aku berinternet selalu.  Kalau dia sound taulah aku nak sound dia balik. hehehhee

p/s: SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA..

Isnin, 22 Disember 2008

xtvt hujung minggu..

Hari Jumaat sebelah petang (dalam keta) tetiba hubby kata nak balik KL.  Tetiba jer hubby nak balik.  Aku pun kebetulan 'off' hari Sabtu..boleh ar aku siap2kan apa yang patut.  Masak lauk pun yang cincai jer.  Jadiklah dgn sambal telur, ikan masin ikan selar kuning tu dan tempe goreng.  Sib baik hubby jenis tak kisah (dgn aku jer ckp tak kisah kot tapi bila mak dia masak laju jer dia makan).

2-3 hari nie kena ar aku tido kat umah mentua.  FIL gi ikut rombongan ke Johor siap tinggal pesan sebelum kami bertolak ke KL hari tu, mintak kami tido temankan MIL.  No wonder ar beria2 dia ajak balik KL hari tu.  Ada makna tersirat upanya dia yer.

Aku nie kalau balik KL mestilah nak ajak adik2 aku gi jenjalan.  Tak dapat tidak round dalam keta pun dah ok kat aku.  Daripada 'topongap' dalam umah baiklah aku amek angin.  Aku dah sound kat bapak dah..mintak dia tolong jemput aku balik KL minggu nie.  Bila aku sampaikan hajat aku kat hubby jadik lain lak bunyinya..

'saya baru jer ingat nak berehat dgn awak', kata hubby.  Lemah tul ar.  Hubby nie kalau cakap berehat means berehat betul2 dok umah mengadap @stro yang tah apa2 citer.  Aku mang ler tak tahan dibuatnya.  Aku pun bukak mulut..sound dia balik..

'kalo setakat cuti berehat dok umah jer, baik saya balik kl'..

eh hubby taknak kalah ko..leh lak dia jawab..'namapun cuti berehat'..

sabarjerlah..

nampak gayanya rancangan tinggal rancangan jerlah..

Jumaat, 19 Disember 2008

dah ler

ok..aku dah tak tau nak taip apa dah nie..semalam dah teringat dah tetiba bila depan pc nie boleh lak jadi 'blank'.  isskk..camner nie.

hah..ok dah tingat dah..pasal IJN tu.  Aku jadi geram ler.  Geram sesangat.  Dalam banyak2 tempat ada ker patut Sime Darby nie nak beli IJN.  Hah..yerlah nak maintain feenya..silap2 tak sampai setahun sure dia cakap terpaksa naikkan fee sebab harga ubat, mesin dan segala mak nenek dah tak boleh nak cover.  

hah masa tu sok kerajaan pun tak leh nak masuk campur.  Kot kalo kerajaan masuk campur pun dah terlambat.

tolooonglah...pleaselaahh..taulah penyakit jantung sekarang adalah penyakit utama di seluruh dunia.  tapi janganlah nak buat duit atas kesengsaraan orang lain.

kot yer nak tolong..hah bukak la satu lagi spital macam IJN kat Sabah & Sarawak so that orang sana tak yah nak kuar duit tambang ke IJN.  Sime Darby nie pun kot yer nak beli spital..takde ker spital swasta len diorang nak beli?

apsal spital bahagia dorang taknak beli ek?

anyway...selamat berhujung minggu..

Khamis, 18 Disember 2008

lagi pasal birthday aku



Dalam aku kata tak de kek untuk birthday aku tahun nie.  Ada lak yang baik hati belikan untuk aku kek. Siap sekali dengan KFC dan tak lupa jugak facial mask (tak dapat nak ambik sbb hp dah low baterry).

Masa tu aku dok menyusukan si baby Dania, tepon bunyi.  Aku panggil ar hubby soh dia jer yang angkat tepon tu.  Aku takdelah nak menanya saper dok call ke apa sebab lepas menyusukan baby aku nak menyuapkan kanak2 ribena (julia & lidya) makan nasi lak.

Masa tengah menyuap anak2 tulah aku baru tingat nak tanya saper dok call.  Hubby jawab ar adik dia yang call.  Selalunya la kan lepas tanya saper call sure ar aku tanya apa hal.  Ni tak, aku senyap jer.  Buat 'derk' jer ar kan.

Yang terlebih kecoh soh aku tiup lilin is my hubby lar.  Tak abih2 dia dok nyakat aku, dah tu siap soh nyanyi ramai2.  Terus aku cakap...dah toksah2 nak lelebih lak..malu ar wei.  Tergelak2 hubby dapat nyakat aku.  (tapi aku tau dia happy sebab adik dia tunjuk baiikk hati beli kek, KFC dan hadiah).  Dan aku lak of coslah tersangat terharu sebab tak sangka lak dia sanggup bersusah payah untuk satu2nya akak ipar dia.

Dah ler awal petang dekat kul 3 tu bapak datang dari KL dan sudi lak jenguk anak dia kat opis yang buruk nie.  Bapak bawak anak sedara aku si Farah sekali.  Kesian dekat kul 3 belum makan tengahari lagi.  Aku pun mintak izin kat bos kuar kejab ajak dorang gi makan.  Tapi aku tak makan ar sebab aku dah makan.  Tak lama pun kitorang berborak.  Sebenarnya bapak datang ke Seremban nie untuk renew roadtax dia tapi dah alang2 tu dia datang ar tengok aku sekali.  Almaklumlah aku kan anak kesayangan dia..(muntah darah ler kalau adik2 aku dengar ayat skema nie).  Tapi kan bapak tu kalau dia taknak jumpa aku pun takper tapi dia luangkan gak masa datang tu, aku betul2 terharu.  Eceeehh..dah tangkap syahdu ar pulak..

p/s: dalam dok happy2 tu ada gak hal yang buat aku bengang tapi benda kecik jer..one eye shut jer ar benda tu..

Rabu, 17 Disember 2008

Alkisahnya yer

Almaklumlah kan semalam besday aku.  Dah tentulah hari special untuk aku.  Masuk keta jer soh hubby pasang aircond.  Eceh..pehtu maklumlah aku nie dok guna line 'hotlink' dan dapatler aku calling2 foc.  Tapi kena call mereka2 yg guna maxis gakler.  No prob.  Kebanyakan yang aku kenal pun guna line under hotlink..apa lagi kan.  Sakan ler aku guna.

Peh tu mesti ar gi amek bebudak dulu.  Awal2 lagi MIL tanya dapat ke tak KFCnya..aku geleng kepala.  "kedekut" kata MIL.  Aku diam jer ar kan.  Sebab aku pun tak sure hubby betul2 ker nak bawak aku gi Secret Recipe nie.

Dah siap2 kitorang pun balik umah kat Senawang.  Then hubby tanya aku,

nak masak apa?

aih..bukan awak kata nak belanja makan ker?

hubby tersengih jer.  Dekat jam 9 kitorang kuar.  Angkut ler anak2 sekali.  takde makna nak tinggalkan dorang kat umah atukwan dorang.  sekurang2nya anak2 dapat gak merasa berjalan2.  Well no cake r this year.  Yerlah rugipun kalau beli.   Takde saper nak makan.  Hubby bawak kitorang (me n anak2) ke Secret Recipe.  Aku order prawn macaroni with cheese and green apple kasturi w/o ice manakala hubby lak order new in menu beef steak.  Aku order utk anak2 alphabet fries n kakak lak nak smarties(gula2 warna warni) icecream.

aku tak amek gambar cos tak sempat nak caj bateri hp.  tapi rasa macam tak best jer makan kat situ kali nie.  hubby pun pk yang sama.  katanya lagi best kalau gi mkn kat penang street.  tak taulah mungkin aku dah jemu kot.  hubby kata dagingnya kecik n macam makan rendang jer.  dagingnya terlalu lembut (mcm dah direbus jerk).

Masa nak balik tu ternampak ler funfair, amboii..bukan main lagi dia terjerit ko.  Siap dengan tangan letak kat muka lagi.  Sorryla lidya ayah ko takde mood nak bawak ko.  Esok nak gi keja.  Next time ler jawabnya.  kesian lidya.

Sampai umah pun hubby tak abih2 dok pot pet dok tak puas hati lagi.  Aku pun nak sedapkan hati dia..ok lah yang, next time when your birthday comes, i belanja u kat penang street tu yer.  tu pun dia tak puas hati lagi.  masih lagi nak pot pet.  aku nak tak nak dengar jerlah.  benda dah masuk perut pun kan.  cakap lelebih lagi sakit hati jer kang.

Apapun, aku gembira atas ingatan hubby nak gak bawak aku gi makan2 di tengah2 bulan nie(hubby dapat bonus sebulan).

Selasa, 16 Disember 2008

Dah tambah lagi..

Jangan salah paham yer..tu maksudnya tambah lagi setahun umur aku..alaaa muda lagi la (perasan!)

At the same time aku aku nak wish kat semua orang yang besdaynya hari nie yer...semoga diberkatiNya dunia dan akhirat..

Malam tadi belum pun pukul 11 Alang dah call konon nak jadi orang pertama wish b'day kat aku.

Ekleh..apa barang nak wish belum masuk waktunya.

tak kira aku nak wish gak so that aku jadi yang 1st..

kena tunggu 12 tgh mlm ar, baru betul

ala..takut nanti aku tertido, aku wish ar awal2, ko buat kat bapak hari tu boleh

weh..kot nak jadi 1st..ngam2 harinya ar, ko tu advance sgt..(byk tol cekadak aku kan?)

tepat jam 12mlm (tapi aku tgk jam aku lagi 6minit)

Alang call lagi..

Ok..dah tgh mlm nie so, aku jd 1st wish ko..

aik jam aku tunjuk lum 12 ar.

yer ker? tapi jam aku tunjuk dah 12 dah..ahhh tak kira ar janji aku org 1st wish ko
..

yerlah2..thank u so much
..(malas aku nak gaduh sekurang2nya Alang ada initiative berjaga untuk wish aku happy b'day)

to my celebrity yang menyambut besdaynya hari nie yakni Benjamin Bratt (x bf Julia Roberts) happy birthday to you too(aku jer kenal ko Ben..kot ko kenal aku harus aku pun kena kejar dek paparazzi..hehehhhee)

malam nie hubby nak bawak gi makan..nope bukan pizza hut..ada satu lagi tempat..nope sori bukan KFC as wat MIL soh gi as to get the free gift tu..esok aku citer. Tapi sebelum tu aku nak share info pasal orang berbintang sama dengan aku kat bawah nie..betul ke dak aku pun tak tau, kalau betul pun..mak tak kisah nyah..! heheeheehe

The Sagittarius Female

If a woman behaves in a way that is distinctive of the personality associated with the zodiac sign of Sagittarius, she will have a tendency toward the characteristics listed below, providing there are no influences in her personal birthchart that are stronger than that of her Sagittarius sun sign.

Appearance
The typical Sagittarius woman:
* has an oval fave, a high forehead, and a pointed chin
* has a tall and slender body
* has eyes that are steady, bright, open, and honest
* has movement that is purposeful and even graceful
Behavior and Personality Traits
* is honest
* enjoys freedom of thought and travel
* will laugh about her misfortunes and mistakes, even while she is upset or in pain
* is angry if her integrity is questioned
* is kindhearted, though sometimes tactless
* can be deceived in romance, but is rarely misled in other areas of life
* enjoys taking risks, both physical and intellectual
* is often unconventional in relationships
* sticks by her own very clear moral standards
* can be cuttingly sarcastic when hurt
* regards herself and all others as equals

Sagittarius and Sex

A typical Sagittarius regards sex as another adventure to be enjoyed and explored. Sagittarians tend to take a chance on love, and they enter a relationship with the same recklessness that they display in their activities. In the relationship, he or she will be warm and loving and a wonderful companion.

Sagittarians normally enjoy a lot of touching and cuddling -- a good, warm, loving hug is their form of a security blanket. Common intellectual interests are equally essential to the success of any long-term sexual relationship.

Sagittarius and Partner

The person who contemplates becoming the marriage or business partner of a typical Sagittarius must realize that Sagittarius will value his or her freedom above everything. Given this, the person who partners Sagittarius can expect honesty and plenty of creative ideas.

Sagittarius Woman As A Partner

Frank and friendly, she wants a partner who can love her for her outspoken charm, not wilt under it. Her words and actions will always show what she is thinking and feeling, so a potential partner should be quite clear about their feelings. Sagittarian women are neither coy nor evasive, and will want a partner who does not play silly games. In marriage or in business, a partner must always ask her to do something, never tell her. However, she will respond to hints.

Opposite Sign

Gemini is the complementary opposite sign to Sagittarius. Although the relationship between the two may have some difficulties, Sagittarius can learn from Gemini how to notice and take account of details. In this way, Sagittarius can become inspiring guides, lighting the way for others, rather than leading them by preaching what the route should be.

Sagittarius and Friends

In general, Sagittarius likes a friend who is open-minded, ready for an adventure, and trusting.

Positive Factors

Sagittarians are friendly, gregarious people who accepts any friend who matches up to their personal standards. They will defend a friend with great loyalty, but they will also say exactly what they think.

Sagittarians have friends from many walks of life. Among those are likely to be both men and women, straight and gay people, a range of ages, and a mixture of ethnic groups; they will all be treated as equals.

Sagittarians respond to all calls of help. They will lend a friend money without expecting to be repaid; they take in stray animals and stray people and will support any cause in the name of friendship.

Negative Factors

Close friendship with just one or two people is not the Sagittarian norm. In fact, anyone who tries to get too familiar with or who takes advantage of the Sagittarian natural friendliness, may be struck by the fiery rocket of Sagittarian temper. They generally fight with words, as sharp as darts, but some may also use their fists.

Sagittarians can be eccentric and may find it difficult to keep a secret.

A compatibility chart, below, lists those with whom Sagittarius is likely to have the most satisfactory relationships.

Compatibility

In general, if people are typical of their zodiac sign, relationships between Sagittarius and other signs (including the complementary opposite sign, Gemini) are as shown below.

Sagittarius with Sagittarius: Harmonious
Sagittarius with Capricorn: Harmonious
Sagittarius with Aquarius: Harmonious
Sagittarius with Pisces: Difficult
Sagittarius with Aries: Harmonious
Sagittarius with Taurus: Turbulent
Sagittarius with Gemini: Difficult
Sagittarius with Cancer: Turbulent
Sagittarius with Leo: Harmonious
Sagittarius with Virgo: Difficult
Sagittarius with Libra: Harmonious
Sagittarius with Scorpio: Harmonious

Isnin, 15 Disember 2008

o oh

Semalam aku tak pegi ke mana2 pun. Special request kat hubby nak makan pizza pun tak dapat. Nasib baik ler si Nora adik spupu aku datang umah. Macam2 la cerita yang kami kongsikan. Tapi sempat gak aku order maggi goreng masa hubby nak kuar umah. Si Nora adik spupu aku ni amat suka pasal internet. Dia selalu rujuk dengan aku pasal internet. (macamla aku nie pandai sangat).

Malam tadi dia sempat lagi call aku bagi tau yang area rumah aku dah boleh masuk internet. Belum sempat aku tanya dari mana dia tau, dia dapat tau dari ejen (tak tau sah ke tak). Caj nya pun murah jer. Eh..ni yang tak sabar ni. Hubby mula ar cuak tu. Dia takut nau kalau aku cakap pasal internet. Sebab dia tau betapa sukanya aku dengan internet nieh.

Hubby pun maklum tujuan utama aku nak ada internet kat umah bukan nak chatting tapi untuk banking.

p/s: bukan dia tau pun pasal blog memblog nie..kalau dia tau sure dia tak minat..hehehehe

Sabtu, 13 Disember 2008

pizza oh pizza..

aku masih lum dapat nak merasa lagi nak makan pizza nie tau.  Geng pun takde.  Boring ar makan pizza sorang2.  Lewat petang semalam aku nak buat internet banking.  Terkuzut aku ada lak cash deposit RM50/-.  Heran gak aku mana datangnya RM50/-.  Kot ya pun bagilah lebih.  Tu yang aku teringat nak makan pizza tu.

Pagi tadi ada Abang(abang kandung yang sulung) dok sms..apa berita hepi2.  Amboii..belum apa2 lagi dia dah peringatkan aku pasal besday aku.  Rupa2nya abang yang bank in duit tu.  Cet..ingat kot saper, rupa2nya duit abang hutang kat aku.  Dia baru jer dapat nak bayar balik.  Kira ok ler tu ada gak aku duit extra.

Memandangkan ada duit extra tu tak dapat nak beli pizza (boleh mintak hubby beli kan jer), balik keja tadi aku gi singgah ke salun rambut ler.  Sempat buat treatment bagai.  Suka tul tokei soh tu kalau nampak muka aku.  Dapat aku bayangkan di mata tokei soh tu tanda 'kaching'.  Aku cakap ler aku nak cepat.  Dia pun panggil ahmoi cepat2 buat kat aku.  

Tak 'dan' nak abih tetiba hubby pun muncul, muka member bengang jer.  Ingat kot sebab jeles tak dapat nak join sama tapi rupanya sebab dia call aku 3 kali tak berangkat.  Ayoo..itu macam pun mau hangin ka?  Masa bercinta lambat 2 jam pun sanggup tunggu.  Dah kahwin nie lambat 5minit pun dah kecoh. Boring tul.  Yerlah2..nak buat macam mana kan..nak tak nak hubby kena gak tunggu.  Takkan aku nak balik dengan kepala basah lak.  Itupun aku tak buat blow cantik2, cincai boncai jer.   Kalau tak tu harus hubby kena tunggu lagi lama.

Ala, senang jer nak kowtim dengan hubby nie.  Just say sorry then bodek ler apa2 yang patut.  Aku offer ar diri buat facial ker, massage ker (eh massage takleh takut nanti jadi len..hehehee), belanja dia makan ker.  Senyum ler hubby tu.

Yang pasti hujung minggu nie aku dah tau ar apa nak buat hujung minggu begini. ;)

Jumaat, 12 Disember 2008

weekend datang lagi..

adoiii..!! aku sedang menanggung kesakitan, walaupun dah kurang sakitnya tapi bila diingat malu sei..  2 hari lepas sementara dok menyusu baby Dania, MIL dah dok terjerit memanggil bawakan kain buruk sebab anak aku no. 2 si Lidya muntah berlilah..aku dengan sepantas kilat (lembab sebenarnya) bawak ler kain buruk.  Kesian MIL dia tpaksa tumpang tengok tv kat dalam bilik tido yang kami dah kosongkan.  Gara2 FIL nak tengok pasukan Malaysia kalah main dengan Thailand. (kekalahan yang dah aku jangkakan pun).

Aku pun dengan terhegeh2 jugak bawak si Lidya keluar bilik untuk diberi minum air putih.  Si Lidya ni pulak memang ler payah nak minum air putih masak.  Tak macam kakak yang rajin nak minum air putih. Aku tak perasan kat muka pintu bilik tu si Lidya muntah gak.  Apalagi, masa aku nak lap kapet sreeet...macam penari balet aku terkangkang.  MIL dok sedap tengok tv pun terkuzut sambil kuar ayat ..Allah!  Aduii..ko! sakit lutut tu satu..malu tambah lagi satu.   Tapi aku memang jenis selamba jer, maka dengan selamba jugaklah aku boleh dok konon2 tanya kat MIL mana lagi tempat yang nak dilap walhal patutnya tempat yang aku jatuh tu yang kena lap.  Nak cover line malu ar tu..hahahahaha  Sampai hari nie lebam kat lutut tak hilang.  Ishh..nak bangun pun sakit lak tu.

Hujung minggu nie nak pegi mana ek?  Tak kisahler..tengok apa lak kata hubby nanti.  Aku rasa nak gi town jer.  Rasanya tak mungkin ler hubby nak bawak pun.  silap2 dok umah tengok dvd jer.

Selamat Berhujung Minggu..!

Rabu, 10 Disember 2008

selepas raya haji punya mood..

Raya Haji seronok dapat gak balik KL.  Alhamdulillah jalan takdelah sesak, lagipun kebanyakan orang balik arah Selatan.  Dah nak sampai ke tol sungai besi barulah hari hujan.  hubby pun rileks jer.  aku balik pun hari lewat pagi Ahad.  Yakni sehari jer nak raya haji.  Nak wat camner hubby cakap time tu jer pun nak baliknya.  Nak taknak aku kenalah ikut.  Kot majuk kang langsung tak dapat balik lak lagilah tak best.

Petang Raya Haji tu pun aku dah siap2 nak balik Seremban balik.  Ateh pun ikut sama.  Takdelah gi mana2 pun.  Raya Haji memang kurang nak ada mood raya pun.  Malam tu aku ajak hubby gi umah mama (adik bapak).  Cet..rupa2nya bapak pun ada.  Kata bapak pak uda ajak ikut dia pun ikutlah.  hmm..patut ar.

Semalam aku mc, kepala aku sakit.  Hari nie pun macam tu gak.  Aku memang tak suka makan ubat.  Tak suka langsung.  Baki aku kalau sakit kepala atau demam ubatnya ialah tido jer.  Tak yah nak makan antibiotik ker, panadol ker.  Aku tido then aku aku minum air bebanyak barulah aku lega.

Masa hari ulangtahun kami hari tu, dapat ar aku dengan hubby gi dating berdua.  Ngam2 sejam jer.  Jadiklah daripada langsung takde chance kan.

Jumaat, 5 Disember 2008

baru 5 tahun mar..

hari nie genap ler ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5
baru 5 tahun dah 3 anak..semua perempuan
hahahahaa..produktivit teras kejayaan..slogan yang sering aku gunakan bila kawan2 aku dok tanya tahun2 kelahiran anak2 aku..
hmmm...hubby masih lagi tak puas hati walaupun aku kata dah cukup dengan 3, takut nanti kalau 'ter' lagi yang ke 4 masih lagi perempuan. hubby pandai lak jawap 'takperlah..anak kita gak'. amboii..hubby bukan main lagi, tak kesian dengan isterimu inikah..urat2 semua dah putus..balancing & alignment pun dah lari...hahahahaha (tak patut korang pun gelakkan aku). nak buat macam mana, kalau tak nanti camner 70juta menjelang 2020 menjadi kenyataan..hahahaha
apapun..moga2 perkahwinan kami kekal ke akhir hayat dilimpahi rezeki dan rahmatNya ..amin ya rabbal alamin..

Khamis, 4 Disember 2008

dah lepas geram

yippi yai yeay!! dapat gak aku lepas geram main boling minggu lepas..yesss..hari sabtu hari tu bapak datang dengan mak untuk menjemput aku balik ke Pantai. Kesian dorang demi nak lepas rindu kat anak eh cucu, sanggup dorang datang dari KL ke Seremban. Disebabkan terlalu seronok sampai aku terlupa tatkala sampai di KL untuk memberitahu hubby yang aku dah selamat di KL (terlupa ke buat2 lupa..hahaaha)


aku ingat naklah pegi ke warehouse sale pureen tu. tapi sebab bangcik ajak gi Berjaya Times. Tak pernah pegi..baru 1st time nak pegi mestilah rasa excited jer kan. Jadinya hari Ahad kami ke Berjaya Times beramai2. Adooii..lenguh aku dibuatnya tau. Dah lebih setahun tak main boling, point yang aku buat pun tah apa jerk.



lepas main boling, kitorang pun sajer window shopping. sempat jugaklah aku beli minyak wangi kat S@S@. Kesian bangcik, dok usha kasut bola tapi yang berkenan takde size paling besar. katanya dia nak beli kasut bola sebab kasut bola dia yang lama dah koyak.



Si Kakak Julia anak sulung aku tu punyalah penakut..awal2 lagi dah sound dah..



Mak kakak taknak main permainan kat sini yer..













harap ada gaya jerlah..jgn kata strike, nak spare pun payah..



tak penting pun pasal point tu tapi aku rasa seronok sampaikan aku terasa berat jer nak balik seremban. hubby call sampai sound ler kat aku ..
ingat taknak balik dah..
hehehehe..raya haji balik kl lagi..waaahhh...bestnyaaaa...

























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails