Jumaat, 20 Februari 2009

Kakak

geram..geram geram geram..bukan marah..bukan sakit hati tapi skit terkilan jer. Tau2 jer mak, bapak, ateh dan abang aku dah sampai ke Langkawi. Amboiii..gi jenjalan tak ajak aku tau dorang nieh..sabarjerlah. Jangan tak beli kan aku apa2 dr Langkawi tu dah ler. Aku majuk taknak balik jumpa dorang baru tau (aku gak yang terindu2 lak kang).

Aku tak de pegi memana pun. Dok umah jer. Tak koser nak ajak hubby ke sana ke sini. Takde mood nak gi berjalan sebab poket tengah 'kering'. heheheheheehehe

Hari nie aku nak citer pasal kakak atau nama penuh dia Julia Adriana. Memandangkan dia lahir pada bulan November, makanya umur dia pun jadi muda skitlah. Atas alasan tu MIL tak bagi kakak ke Tadika (hal nie buat adik beradik aku marah betul kat aku). Apa nak buat Kakak uwan ko kata ko tu baru jer masuk 4thn masa tu. And your daddy pun macam tak kisah. Aku? hmmm..




Masa aku mengandung baby Dania, kakak masih lagi memakai lampin pakai buang tu. Aku cuba latih tapi tak berjaya, sehinggalah aku bersalin baby Dania dan masa tu aku dah pun dok pindah umah sendiri. Masa nilah aku latih betul2 sampailah sekarang nie dia tak pakai lagi dah.

Kadang2 tu ada gak Uwan dia pakaikan lampin tapi aku cakap dengan tegas dengan kakak. Jangan ar pakai pampers lagi kakak so Kakak pun takde la pakai lampin pakai buang tu lagi. Kakak nie mulut dia aduuuiii aii..kalah tul mulut orang yang sebaya dengan dia. Ada jer benda dia nak cakap..ada jer benda dia tanya kat aku. Kadang2 hilang mood aku nak tengok tv. Dan paling aku geram tu bila aku dok borak dengan uwan dia ker dengan ayah dia ker hah masa tulah dia sebok nak tanya itu ini kat aku.

Yang paling aku geram ada satu hal tuh..sampaikan uwan dia cakap Kakak tu mulut dia kurang ajar. Aku sendiri pun tak leh nak cakap apa sebab aku pun penah gak terkedu dengan jawapan kakak nie.

Kisahnya Uwan dia tak jumpa seluar dalam untuk kakak pakai selepas mandi. Kakak pulak senang jer jumpa dan terus ar dia sound uwan dia..

Uwan nie carik sebab tak pakai spek, sebab tu tak nampak spender kakak.

Aku pulak lagilah..masa tu dia nak pegi buang air kecik..masa tu dah kali ke 3. Aku pun sound dia

Tah baper kali kakak nie kencing..main air kot

Selamba jer dia jawab...abih tu mak suka ker kakak kencing kat kapet nie..kat lantai..?

Hubby masa tu pandang muka aku dengan senyum sumbing dia. Yerlah kan aku yang dok latih kakak sampai masa aku kena sedas balik. Ada banyak lagilah ayat2 sumbang sumbing dari kakak.

Bila disuruh banyak sangat kerja..kakak nie anak emaklah bukan bibik.

Pandai lak tu merayu dengan aku dengan perkataan..please..please..please sambil tangan bertaut tuh..bila nak aku penuhi kehendak dia. Si Lidya pun dah pandai ikut cakap macam tu gak. Adeeehh..Lidya nie lagilah pening nak layan.

p/s: Agak2 la kan..dari mana datangnya mulut pot pet kakak nie?hheheheehe..

2 ulasan :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails