Isnin, 2 Februari 2009

1 malam di Tiara Beach, PD

Posted by Picasa

Hari Sabtu 24hb, bermula la secara rasminya aku bercoti selama seminggu sehingga 31hb. Kalo seminggu sebelum tu aku ke Melaka dengan family aku kali nie aku ke Tiara Beach pulak bersama family hubby(in law aku ler) pulak.

Hubby keja sekerat hari, so aku awal2 dah packing baju dorang (masukkan balik baju yang dah basuh tang melaka hari tu). Itupun aku boleh terlupa nak bawak diapers si Lidya. As usual ar kena bebel ler dengan hubby. Alaaa..biasalah kan. Kalau aku silap hubby tu mang tak bagi chance pun.

Dengan pertolongan makcik dapatlah aku dok situ dengan rate yang rendah skit. Hubby as usual ar kan..mang payah nak diajak tapi bila dah sampai dia lak yang terlebihnya. Yang terlebih pulak  gembira jugak tentulah askar2 ku itu. (maknya pun sama hehehehe). Dengan pertolongan makcik gak aku dapat mintak foc tilam.

Sabtu petang kami sampai tu pun ngam2 time check in. Dah sampai tu takkan nak terperuk jer dalam bilik kan? Haruslah aku tukar baju anak2 dan gedeboosh..masuk kolam ler apa lagi.

Mang 'happening' ar kat Tiara nieh. Diorang buat macam aktiviti..tak payah ler nak kuar dari tempat dia..macam2 ada. Sempat lagi aku snap gambor dorang dok ajar makcik2 n pakcik2 menari pocho2. Aku takdelah nak join pun..anak2 aku saper nak tolong tengok. Tupun nasib baik baby Dania MIL dok tolong tengok2kan.

Esoknya pagi lagi hubby naik beskal, aku pun tumpang sekaki..tapi tulah kan aku dah lama tak naik, rasa gayat semacam jer.  Lepas aku..ishhh jangan tak caya, FIL aku lak coba mengayuh.  Ratenya hari tu setengah jam = RM8 shj.  Masa kitorang sewa tuh double rider tu dah takde.  Tak pulak aku tau yang kat Tiara nieh ko leh dapat free WIFI gitu.  Speed dia pun ok gak (as wat yang aku tanya kat sorang adik yang dok berlaptop kat tengah medan Tiara tuh)

Kami terpaksa cut short our nite sebab hari Ahad malam tu ada majlis bbq kat lorong umah aku. Siap ada lucky draw bagai. Tujuan utama pun nak beramah mesra sesama jiran. almaklumlah kan..masing2 kuar pagi balik lewat petang. Tah bila ada masa nak borak2nya pun kan.  Dah masing2 pun kerja, kot yer jadi surirumah pun takdela nak berkumpul jer hari2 kan?

Aktiviti2 sepanjang coti ada ar lagi..nanti aku cuba letak gambo lagi..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails