Khamis, 26 Februari 2009

Aku dan internet

Dunia aku dengan internet bermula sejak aku mula bekerja sehinggalah diawal tahun 2000. Pernah aku ke cc(cyber cafe) berjam2 lamanya semata2 nak berinternet. Selalunya aku masuk ICQ (adalagi ke?), MSN chat takpun yahoo chat. Siap angkut adik beradik aku skali (aku tolong bayar) balik umah dekat jam 3 pagi. Tapi takperlah sebab dekat jer dengan rumah masing2 dok pakai baju tidor jer..hahahahaha (kelakar betul bila aku ingatkan balik)

Then rumah aku pulak ada internet (dail 1515) (streamyx belum ada). Aku mang taksub sampaikan aku pernah chat dari seawal jam 8malam ke lewat pagi. Hahh..macam2 ICQ yang aku masuk..geng mamak la, mamak kampunglah..dan macam2 lagilah.

Akulah yang dok ajar member opis aku camner nak berchatting. heheehe aku nie memang bagi contoh tak baik kat kawan aku tu. Apa2 hal kalau pasal internet sure dia tanya kat aku. Aku pulak ajar macam2 kat dia. Kadang2 tu kitorang tukar2 info pasal chatting nie. Dari chatting jugak aku berkenalan dengan pelbagai jenis orang dan ada jugak yang menjadi kawan.

Chatting kat internet juga memberi kesan yang amat besar dalam hidup kawan aku tu. Tak perlulah aku citer lebih2, yang penting dia bahagia sekarang.

Then bermula la hidup aku tanpa internet selepas aku berkahwin dan tinggal bersama mertua. Rumah dia masa tu takde internet. Boring sungguh. Aku rasa betul2 terkebelakang. Sehinggalah mak mertua aku pujuk suami dia pasang internet..waaaahh..meriah betul aku rasa hidup aku. Dan kebetulan juga opis aku pun ada internet, lagilah meriah hidup aku.

Aku mengetahui dunia blog sudah lama tapi aku takut2 nak memulakan dan aku tak tau nak mulakan. Tak aku sangka jugak kawan yang menjadi tempat luahan segala citer juga mempunyai blog. Bila dia dah termengaku tu aku paksa dia bagi tau aku nama blog dia. ahhh..kenangan lama bila ingat memang buat kita tersengih jer kan?

Kini setelah hampir 4thn berblog..aku jadi semakin lama semakin malas..semakin ingin menjauhkan diri. Aku jadi lemas..ececehh...jiwang karan konon...tapi tak taulah kan, mungkin esok lusa aku bertukar fikiran. Aku rasa macam dah tak best jer. Dulu segala mak nenek skyp$, ym, msn aku dah 'on' dah. Aku dah boringg tau..boring sebab sampai la sekarang nie umah aku takde internet..(aiihh..korang tak baik tau gelakkan aku).

Mintak2 cepatlah internet kat umah nie...pakai handphone NOKI# tu tak laju ar weiihh...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails