Selasa, 13 Januari 2009

Cuti kat PD

Sabtu 10/01/09
Aku keja. Kain baju aku and 'the gang' seawal hari Khamis malam sebab hubby kata lagi senang tido jer kat umah mak dia malam Jumaat. Aku habih keja kul 12.15 dan dah aku tinggal pesan suruh adik ipar aku jemput balik keja, dia pun ok kan ajer. Tapi dekat tengahari tu pak mertua telefon kata dia dah dalam perjalanan nak jemput aku. Kata pak mertua adik ipar aku tak sempat nak jemput sebab dia masih dok terkial2 membungkus hadiah untuk hari keluarga kat PD esok.

Dekat jam 1 tengahari adik ipar aku dah 'chow' dulu, organiser kenalah gi awal kan. Aku dengan hubby lepas bertolak 2.15 petang. Kami sampai jer kat PD, hubby soh aku call. Bertuah tul hubby aku nie tau, mentang2 handphone aku tu tak pernahnya takde kredit, pandai tul soh aku. Adik ipar aku lak satu hal..semedang jer tukar nombor. Terpaksa lak aku call pak mertua untuk bagitau yang aku dah sampai.

Julia awal2 dah sound nak mandi kolam. Baju mandi dia dulu dah pun turun ke Lidya, so kenalah beli baju mandi baru untuk si Julia. Sempatlah kami singgat kat Batu 8 untuk beli baju mandi siap dengan pelampung kat lengan tu eh..tambah lagi satu dia nak 'gogles'. Dahler tu kalau si kakak ada, si adiknya pun nak ler. Terbang RM34/-.

Gambar kakak kat kolam renang nanti aku letak yer..hah citer pasal kolam renang nie..ada satu insiden yang amat memalukan tau. Sebelum kitorang pegi meronda2..aku dah siap2 pakaikan kakak dan lidya baju mandi sebab nanti tak payah ler nak letak dalam beg ke apa ke kan. Dah abih meronda tu kitorang pun pegilah kat kolam mandi tu..kakak lah yang paling terujanya pun. Hubby tolong bukakan baju kakak manakala aku bukakan baju Lidya..peh tu kakak mestilah nak letak pelampung lengan..dalam aku dok sibuk nak letak pelampung si Lidya dah hulur baju mandi dia kat aku, terjerit aku dibuatnya. Manataknya, dah 'boleng' jer dia. Tergelak ler dua tiga orang yang ada kat situ. Ya ampun..nasib baik ler tak ramai orang masa tu. Kalau tidak, lagi malu ler dibuatnya.

Dalam aku dok peratikan dorang kat kolam tu pun ada gak ketika si Lidya tenggelam..cepat2 aku sauk dia ke tepi. Sekejab jerlah dia seriaunya pun. Pehtu dia sambung terlompat terjerit kat kolam tu. Tak baper lama tu si baby Dania lak membuat 'baja'. Kebetulan lak aku memang tak bawak 'diaper'. Kenalah aku menapak balik ke bilik tukarkan dia siap dengan mandinya sekali.

Malam tu kami BBQ betul2 dekat dengan jakuzzi dan kolam renang. Aduuhhaiii..memang tak de selera tul dibuatnya tau. Dengan si kakak berlari2 dengan si Lidya lak asik nak pegi ke arah dua tempat tu sesaja. Sib baik si baby tak banyak ragam. Tidur jer dia.

Ahad 11/01/2009
Sarapan stail buffet. Ada roti, ada kentang lecek, ada mihun goreng, nasi goreng dan macam2 lagilah. Dekat jam 12 tengahari kami pun siap2 nak balik. Sempatlah kakak ikut aciknya ke kolam sekali lagi. Lidya? Tak yah ler..mau dia taknak balik jadiknya nanti.

Kitorang tinggal kat Eagle Ranch Resort..kalau korang minat nak dok situ leh ar masuk web www.eagleranch.com.my, ada banyak pilihan tempat tido kat situ. Aktiviti pun banyak gak terutama untuk yang dalam grouping nih. Aku tido kat bandwagon belah bawah, kalo tingkat atas ada extra satu loteng. Seronok gak ar...tapi sebab aku nie bawak 'the gang' yang masih halus malus tak dapat ler nak buat apa2 aktiviti.

Hujung minggu nie lak..ke Melaka. wuiaii..very2 der 'fool' (full) xtvt hujung minggu aku kali nie.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails