Jumaat, 23 Januari 2009

Pasal bola sepak

Kesian betul pasukan bola sepak kita nie..boleh kalah lak 5-0 dengan UAE. Tak cukup stamina ker? Terlebih makan ke? Manja sangat ke? Okay..keterlaluan kalau kita bandingkan dorang nie dengan status EPL (English Premier League). Tapi kemudahan yang dorang kecapi tak ke setaraf dengan EPL? Main bola guna kelapa ke? Tak cukup peruntukan? Apa lagi kurang? Mana perginya semangat cintakan Malaysia(ntah2 lebih cinta lain kot) Ada tak dorang(pemain Malaysia) nie tengok pasukan lain Indonesia, Vietnam, Laos yang susah dari segala segi tapi prestasi amatlah cemerlangnya.

Maruah Malaysia tercalar lagi dengan sikap peminat yang baling botol air mineral ke arah jurulatih yang sedang bersalaman dengan jurulatih UAE. Kenapa peminat marah? Kenapa dengan tiba2 jurulatih Malaysia kata perlawanan liga yang ada sekarang bukan bola sepak. hhhmmm...dia nak samakan dengan bola jaring kot. Aku tengok kat tv ada macam2 program demi untuk meningkatkan prestasi bola sepak kita tapi dok tang tu gak.

Yerlah saperlah aku untuk memberi kata dua pasal bola sepak kat Malaysia nie. Korang tengok ek..kat Korea Selatan tu hah tak pun Jepun siap boleh export pemain dorang ke peringkat antarabangsa (main kat Manchester United contohnya tapi aku dah lupa nama pemainnya).

Siapa yang patut bertanggungjawab sebenarnya? Wartawan sukan kita ker? Para pegawainya ker? Tapi yang dok main kat tengah padang tu kan pemain bola sepak. Dorang tu yang sepatutnya bertanggungjawab..kalau dah jurulatih dah berbuih mulut tak gak jalan...sah2 ler mentaliti pemain kita kena dia bersihkan sebersih2nya.

Entah2 dorang nie kena 'beli' tak?...jawapannya lu pk ar sendiri....

p/s: selamat bercoti dan berhujung minggu weeehhh...

to all my chinese friend...GONG XI FA CAI

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails