Jumaat, 13 Mac 2009

CAMPUR

Hari tu tajuk rehat tapi citer pasal hubby.  Hari nie tajuk 'campur' tak taulah kena ke tak dengan apa yang bakal aku taip nieh.  Korang baca jerlah ek sebab selama nie pun korang baca jer and takde penah tinggal komen pun kan...huhuhu.  

Okay kalau korang nak tau ar kan (macam la korang nak tau sangat kan?)..Aku dengan hubby dari sebelum kahwin sampaila sekarang nieh kan ada jer benda yang kitorang selisih pendapat.  Kadang tu pasal kecik pun aku leh nangih.  Silap2 aku ngan hubby tak bertergur sapa sampai 2 hari (tu paling lama ar tuh).  Aku nie takdelah moody sangat eceeh...macam tak caya jerk..ayat skema nieh.  Kalau tetiba aku 'jammed' dengan hubby siaplah mang aku moncong then sorilah kot aku nak balas cakap hubby tuh.  Hubby nak pujuk? haramm..dia buat derk lagilah.  Dia tunggu aku cool then baru dia cakap if still not ok gak dia lagi ar buat tak reti.  Kata dia nanti aku nie naik mua kalu dia asik nak pujuk aku.  Alaa..sesekali pujuk takkan aku nak mua lak..muak tu ada ar..hahahaha..

Hubby dolu2 masa memula kahwin mang ler tak reti nak buat keja umah tapi sejak kena sound direct dengan aku sekarang nie nie ghajin ler nak wat keja2 umah.  Kalau dulu nak lipat kain pun tak reti sekarang dah boleh dah..dulu lepasa makan letak jer pinggan kat sinki tuh la nie siap basuh bagai...dulu tak reti nak tekan punat mesin basuh la nie dah pandai dah..dulu tak penah sidai kain(singkap kain selalu..kikikikik) la nie dia yang buat..dulu tak reti buat susu anak..la nie dia dah pandai dah..(pssst..kakak tak suka, tak sedap kata kakak).

Nak tau apa aku sound dia?  Dulu sebelum nieh kan kitorang dok dengan mak dia.  Balik keja jer aku ler yang tolong MIL buat semua keja umah kecuali memasak.  Then adik hubby lak dah start keja..keja umah pun bertambah.  Takkan aku nak soh SIL tolong kalau dah mak n abang dia sendiri pun tak suoh kan? Memula tu ok gak aku leh ar terima sebab dok menumpang umah orang kena ar pandai buat keja umah.  Tapi lelama aku fedup ar.  Aku pun keja gak.  Bila aku tak buat hubby bising naper tak buat.  Aiihh..berangin n berasap ler aku jadiknya.  Tapi aku takdelah jam jam tu gak aku sound direct.  Mula2 aku komplen ar aku penat sebab aku nie peknan dah tu kena tolong wat keja umah (walaupun tak seberapa n tak berat).  Hubby nie wat derk jer.  Aeihh..kalau sekali dua cakap tak gak paham, aku guna lah cara lain..physko ar apa lagi.

Ayat2 sound tuh aku guna pakai masa dalam keta.  Konon2 citer pasal kawan dok ngadu hal hubby yang tau nak bising jer kalau umah sepah, kain tak lipat, pinggan mangkuk tak berbasuh.  Tolong memekak apa kes ar kan..aku pun konon2 nak tolong kawan aku pun sound ar..'kalau dah sesama carik makan, sesama kena maki dek bos or customer, sendri mau ingat ar beb'..'cakap jer direct kat laki ko'..eceh..hubby pun sure ar terasa kan..nak pulak bini dia tuh kan sarat dgn anak no. 3..menjadik ler.  hah..taulak hubby tu dok merungut penat wat keja umah..hahaha..  Aku selamba jelah..baru jer buat dah mengeluh org dah bertahun2 mengeluh pun awak buat derk jer..

Tapi bila dok sendiri nieh kena ar sesama tulun..aku masak hubby jaga anak..then lepas makan hubby basuh pinggan mangkuk..kadang tu (selalu) masing2 ngelat time nak wat susu anak..hubby selalu lepas sebab kakak mang tak suka hubby bancuh susu..yerlah kan apa2 dari air tangan mak kan mang sedap? hehehehe

selamat berhujung minggu yer...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails