Selasa, 17 Mac 2009

Sijil

Kisah nie selalu bermain di fikiran aku. Aku dok ar terpikir elok ke tak kalau bercerita tentang kisah nieh. Kisah nie jugak selalu membuat aku rasa sedih sesangat. Selain tu ada gak la benda lain tapi hal lampau nie gak yang sentiasa buat aku rasa kesal..geram..marah pada diri aku sendiri. Apa kah bendanya?

Ok bukan senang aku nak cerita benda nieh. Aku tak pernah bukak cerita nie pada sesapa pun kecuali mereka yang rapat sahaja mengetahuinya. Yerlah kan saper suka citer benda tak baik diceritakan pada orang lain.

Niat aku bukan nak membuka pekung di dada..malu ar kan. Aku harap apa yang bakal aku ceritakan nie jadi satu pengajaran pada adik2 semua terutamanya yang baru jer dapat result SPM baru2 nie. Aku citer nie sebab lepas aku baca entri kak sya. Harap2 adik2 semua jadikan lah kisah yang berlaku pada akak nie sebagai satu pengajaran ok?

Di awal aku berblog lagi aku nak bercerita tapi aku simpankan jer. Tapi hari nie aku rasa 'terberani' pulak nak cerita. so..inilah citernya yer..

Masa aku dapat result SPM iaitu awal tahun 90an..aku happy sesangat..time aku di kira aggerate. Aku dapat pangkat 2 with aggerat 26 kalau kurang 2 dpt ar pangkat 1. Aku gembira sebab dalam keadaan demam kuat (sampai meracau beb) aku dapat gak aggregrate yang baik.

Aku dalam aliran perdagangan tapi aku tak ambik subjek sejarah walhal aku dpt kredit c3 ms SRP(skrg PMR). Masa member baik aku nak test for this subjek aku byk tolong dia. yerlah kan..masa tu aku takde saper nak mintak tolong..abang aku dengan dunia dia jer..so, terkapai2la aku sendirian. Lagipun masa tu yang amek subjek sejarah terlalu ramai sedangkan subjek sastera boleh dikira dengan jari jerk.

Aku pun mula ar amek borang Itm(la ni Uitm). 1st time isi of cos lah banyak cacat celanya. jadinya tak delah aku berjaya. Dalam pada yang sama sekolah pun ada tawarkan masuk form 6. tapi aku buat derk..sebab aku kesian kat mak..masa tu aku ada 3 org adik lagi nak belajar. 2 menengah dan sorang sekolah rendah. aku jadi tak sampai hati..ramai gak kengkawan aku heran naper aku tak nak masuk form 6 tuh sedangkan dorang tau result SPM macam mana.

Bila dok umah aku tolong mak jaga budak-budak seramai 5 orang yang berusia dari 1thn ke 4thn. Sebelah petang lepas budak2 nie balik, mak soh aku gi belajar menaip. Tak mahal sangat pun kata mak. Oklah.. Dalam pada tu ada gak ramai member2 sekolah aku yang tak dpt sambung belajar bekerja di serata pasaraya. Aku ada cakap kat mak nak keja kilang tapi mak tak bagi. Dia takut dengan macam2 citer yang dia dengar.

Dalam pada tu aku ada gak memohon kali ke2 ke Itm Diploma in Accountancy..mana tau kot leh gak dapat. Yer memang aku minat sgt2 akaun nieh. Dari kelas SRT(sains rumahtangga) naik tingkatan 4 terhegeh2 belajar akaun..

Dan dalam pada tu jugak aku dapat peluang bekerja di bank sebagai kerani. Terkejut gak kengkawan aku yang len termasuk la ada sorang makcik sedara yg dok dkt dgn umah aku(dah la taknak rekomen aku keja kat tempat dia..mcmlah aku nie tak layak jer keja bank bila dia heran camner aku leh dpt keja bank tuh).

Tapi aku keja bank tu pun tak lama sebab aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Itm nun di cawangan Arau, Perlis. hah ko sekali dapat nun jauh ke Utara. Makbapak tentulah happy sesangat sebab tak ramai masa sedara aku yang dpt sambung belajar ke pengajian tinggi. Lagipun aku nie antara cucu pompuan yang paling tua kenalah ada contoh terbaik untuk adik2 aku yang lain.

sambung.....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails