Khamis, 26 Mac 2009

cute...?







muaaah.....buat yang merindui aku..eceh...perasan sungguh! Ala biasa ar ayat skema kan. Buat jerlah muka toyer n selamba derk.. heheheheeh

Inilah gaya si lidya anak aku no. 2 bila mood dia baik. Suoh buat apa pun dia buat jerk. Lidya nie penghibur hati hubby. Hubby suka menyakat dia..suka tengok gelagat dia. Memula aku risau jugak dengan Lidya yang lambat tul nak pandai bercakap. Alhamdulillah...aku lebih mengerti kini sebab musababnya.




Dari sehari ke sehari nak menaip dalam blog asyik tertangguh. Semalam dok umah pun tak sempat nak berinternet. Almaklumlah kan..dok umah pun bukan boleh rileks sangat pun. Anak2 perlukan perhatian yang lebih bila aku bercuti. Semalam aku coti kecemasan sebab MIL aku demam. Kesian dia..tak leh nak bangun sangat. Takkanlah aku nak biar kan jugak anak2 dengan MIL gak. Sungguh tak perihatin punya menantu lak nanti aku nieh.

Hari nie pun MIL masih kurang sihat..hubby lak coti..tapi aku dah siapkan anak2 mandi dan kebetulan jugak adik ipar aku bercuti gak. Boleh ar dia tolong mak dia skit2. Aku pun dapat gak jimat coti gitu ..huhuhuhu



Aku ingatkan si Lidya nie lambat bercakap ada kena mengena jugak dengan masalah tumbesaran dia. Atas nasihat doktor, kawan2 dan tak lupa internet, aku dah tak risau dah. Lidya bukannya lambat sangat pandai cakap pun. Dia cuma malas...hehehehe Asik jer dengan dunia dia yang tersendiri. Paling suka tengok rancangan kartun, sampaikan perangai pun dah macam kartun jer aku tengok..hahaha

Kalau pasal bergurau aduuuhh...kalah boys. Hari tu kan..aku ingat kot suara si baby melalak tapi upa2nya dia dok gelak sakan dengan akak dia si Lidya nie. Dok bergurau senda..bergusti...seriau aku tengok...budak umur 2 1/2 tahun dok bergumpal dgn budak umur yang belum pun setahun. Kot la terpenyek si baby Dania nie tak ke haru jadiknya kan?

adoii aii..tu baru jer dpt anak pompuan tuh...kot aku nie dapat anak janz...adeeehhh lagi ar pengsan!! Kalau korang nak tau ar kan..ahli keluarga aku gelar si Lydia nie 'Jerman' sebab dia cakap yang sorang pun tak paham apa dia cakap..hehehehe...hmmm tak lama lagi dia bakal mencecah 3 tahun. Dah sepatutnya pandai cakap untuk ke bilik air. Aku nak latih dia and aku tahu pastinya susah skit sebab dia masih lagi dok terkial2 dengan ayat dia. Tapi kena jugak ar aku latih dia kan. Insya Allah aku pasti boleh..susah macam mana pun aku tau lelama kena gak terima hakikat anak aku dah pandai ke bilik air bila nak kencing berak..ayat selamba direct jer aku nieh..hehehehe

Kakak Julia sekarang nei pun dah pandai cebok sendiri. Sebelum nie aku dok sound tah bersih ke idak, siap si kakak menonggeng soh aku check sendiri bersih ke tak..hahahahaha sabarjerlah. Ok aku nak chow sin yer maklumlah sekarang nie kan sibuk pasal alif wau mim nun wau. Kenalah gak amek tau walaupun tak minat.
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails