Jumaat, 23 Oktober 2009

Citer Dania


Lama aku tak citer pasal Dania kan? Kurang seminggu dia akan berusia 14 bln. Dalam dok risau gigi dia yang tak tumbuh lagi..hah ko kali nie sekali kuar 4 btg ataih..2btg kat bawah.

Lasak? Mang pun lasak..sangat2 lasak. Pantang jer pintu umah terbuka, bussh..berlari dia keluar. Aku suka tengok dia sengih...yerlah kan bebudak punya muka seronok saper yang tak suka tengok..betul tak? Dia nie suka crowd ler. Kalo orang ramai2 tu mulalah dia terjerit dan gelak kesukaan. Tapi ganass sungguh beb..hari tu sedara hubby sajer datang beraya, leh dia bulinya anak sedara yg tua bulan jer. Dah ar tu dak tu lelaki lak tu.

Dia nie pantang tengok aku berdiri..mulalah mintak amek..nak dukung..kot aku duduk kang siaplah dia singkap baju mintak 'upah'. Sekejab pun takper janji lepas r gian dia. Tapi tulah dia nie tak kuat sangat menyusu macam kakak2 dia. Tapi apa orang makan dia pun sibuk gak nak makan. Agaknya dia lambat tumbuh gigi sbb gusi dia keras sgt payah gigi dia nak kuar kot. [sesuka jer kan teori aku nie?].

Takut dengan orang pun yer gak..kira2 dia memilih gak ar nak kat orang. Orang yang dia dah biasa, dia mang takkan takot tapi ada gak orang yang dia tak pernah jumpa dia suka. Siap dok celah kaki [konon tak nak sebut kangkang..hehehe]

Hujung minggu nie aku nak balik ke KL..nak tengok mak aku..Alang call aku 2 hari lepas citer mak jatuh kat dalam bilik air. Lebam pipi mak..Ateh skit pun tak bagi tau. Tadi baru jer Ateh call..tanya pasal plan esok. Perggh...silap2 kang tetiba jer dorang..mana tau..bapak tu pantang aku bukak mulut, sure ok sesaja.

Bapak mang lah sorang bapak..penyayang ikut arwah uwan..susah nak dengar dia marah2 tapi sekali dia marah..perrgghh..cukuplah dia sound 2-3patah ..boleh 2-3 hari aku melalak [eleh..konon..walhal aku yang sensitif nak mam..].

Ok dah..kang aku melalut ke lain lak kang..hmm..sambung jerlah nanti mana tau ko mlm kang tetiba aku rajin nak taip utk korang..SELAMAT BERCOTI yer warga N9..coti2 nak ke mana korang? aku? balik p.dlm ler apa lagi..hehehehe

p/s: pening ar paler dok pk topik apa yg menarik nak citer kat blog aku hari2...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails