Sabtu, 31 Januari 2009

Apa citer?

Aku ingatkan bila dah coti dok umah seminggu boleh la jengok2 internet.  hmmm...hampeh..kali nie aku dapat layan internet sebab aku kat umah MIL.  Hubby dok pegi tengok NS vs Melaka kat Stadium Paroi nun hah.

Apa yang aku buat sepanjang bercoti seminggu nieh?..hhmm..macam2 jugaklah.  Niat kot nak mengemas umah pun hanya boleh dibuat esok (kot ler aku rajin).  Dah sedap coti bermalasan..jadi lagi malas dan lagi 'tembun' aku dibuatnya..heheheheehe

Tak terasa coti seminggu berlalu dengan pantas.  Seronok?  Itu dah semestinya..mana tak seronoknya beb, ada jer aktiviti aku.

Nipun aku dah nak chow balik umah..takut kot nanti kena sound balik malam sangat.  Almaklumlah..ada baby kan.  Cakap pasal baby nie kan..Baby Dania dah pandai nak tegak badan kat meja.  Itulah aktiviti terbaru dia.  Nanti aku letak gambar yer. Hari tu masa dia kat Melaka lagi dah pandai merangkak dah.

Lasak sungguh si kecik nieh..badan dia susut sesangat.  Kalau aku bagi susu botol harus la dia taknak, ayah dia suap or orang lain mang confirm habis.  Sabarjerlah.

Ok..apa2 hal hari Isnin (tu pun kalau aku tak sibuk dengan month end closing) aku cuba upload gambar masa aku bercoti hari tu..

SELAMA BERHUJUNG MINGGU SEMUAAA....!!

Jumaat, 23 Januari 2009

Pasal bola sepak

Kesian betul pasukan bola sepak kita nie..boleh kalah lak 5-0 dengan UAE. Tak cukup stamina ker? Terlebih makan ke? Manja sangat ke? Okay..keterlaluan kalau kita bandingkan dorang nie dengan status EPL (English Premier League). Tapi kemudahan yang dorang kecapi tak ke setaraf dengan EPL? Main bola guna kelapa ke? Tak cukup peruntukan? Apa lagi kurang? Mana perginya semangat cintakan Malaysia(ntah2 lebih cinta lain kot) Ada tak dorang(pemain Malaysia) nie tengok pasukan lain Indonesia, Vietnam, Laos yang susah dari segala segi tapi prestasi amatlah cemerlangnya.

Maruah Malaysia tercalar lagi dengan sikap peminat yang baling botol air mineral ke arah jurulatih yang sedang bersalaman dengan jurulatih UAE. Kenapa peminat marah? Kenapa dengan tiba2 jurulatih Malaysia kata perlawanan liga yang ada sekarang bukan bola sepak. hhhmmm...dia nak samakan dengan bola jaring kot. Aku tengok kat tv ada macam2 program demi untuk meningkatkan prestasi bola sepak kita tapi dok tang tu gak.

Yerlah saperlah aku untuk memberi kata dua pasal bola sepak kat Malaysia nie. Korang tengok ek..kat Korea Selatan tu hah tak pun Jepun siap boleh export pemain dorang ke peringkat antarabangsa (main kat Manchester United contohnya tapi aku dah lupa nama pemainnya).

Siapa yang patut bertanggungjawab sebenarnya? Wartawan sukan kita ker? Para pegawainya ker? Tapi yang dok main kat tengah padang tu kan pemain bola sepak. Dorang tu yang sepatutnya bertanggungjawab..kalau dah jurulatih dah berbuih mulut tak gak jalan...sah2 ler mentaliti pemain kita kena dia bersihkan sebersih2nya.

Entah2 dorang nie kena 'beli' tak?...jawapannya lu pk ar sendiri....

p/s: selamat bercoti dan berhujung minggu weeehhh...

to all my chinese friend...GONG XI FA CAI

Khamis, 22 Januari 2009

Sajer lekat gambar



Makbapak dengan cucu2 dorang..








Abangcik dgn laptop dia dok borak dgn kengkawan dia yg nite shift hari tu









kak yong dukung baby Dania..very helful 'nanny' haha..tgk pp Dania teruk kena ruam susu..jab baik jab kena balik pp dia tu






mak jarang nak senyum dpn camera..tetiba lak mood dia baik nak senyum..












Gambar 1 keluarga..aku takde..aku jadik tukang amek gambar..yg ada muka aku tak hingin nak letak..gemuk giler aku nieh(mcm Alang yg dok pegang baby cuma aku kurang baper cm jer)







Tiga beradik dok men kolam..menggigil2 pun x nak gak keluar..










my bapak..lepaskan penat..tak larat nak ikut anak2 dok sedap shopping




p/s: esok aku last keja..office shut down for 1 whole week..coti aku kena ptg 3 hari..weh..nak wat per sok nieh...internet lum gak masuk kat umah..last check kata kabel prob..ish..sabar jadi tak sabar dah nie..

Selasa, 20 Januari 2009

Gambar kat Melaka



Kat atas tu antara gambar yang diambil masa kami anak beranak bercoti kat Melaka. Masa malam minggu tu kami anak beranak pegi main bowling pakai baju T-shirt (Alang sponsor). Cayalah mak and bapak sporting lak nak pakai baju t-shirt yang sama. Memang seronok sesangat. Kalau boleh nak wat jadik acara tahunan..bestnya..

Kat bilik kitorang mang boleh berinternet..Alang r..ajak tengok u tube hantu..hah ko...jadik takut lak dibuatnya.

Hampir semua tempat kitorang pegi..ke Umbai, ke Pantai Puteri ke Dataran Pahlawan..Makam Hang Tuah (lalu jer)..takdelah nak shopping sangat pun.

Masa balik Alang anak beranak kecuali Amal sorang tak sedap badan. Kak Yong muntah2..kesian dia...langsung takde selera nak makan. Semalam lak si Lidya yang muntah2. Aku lak kena cirit birit tapi taklah teruk sangat. Rasanya yang kena tu sebab minum fresh orange yang disediakan kat hotel kot. Yang len semuanya ok jer. Tapi sesapa yang minum air oren masa sarapan semuanya jadik lembik.

Oh..ya lupa lak..kitorang dok kat Hotel Straits Meridian. Korang leh tengok sini.

Hujung minggu nie lak MIL ajak gi Port Dickson..hah kalau dah berjalan tu..asik berjalan jerk..takper, i seronok u. Takdelah nak merungut lagi asik terpongap kek umah..heheheheeh
Posted by Picasa

Isnin, 19 Januari 2009

Bila dipesan..

Sebelum aku cerita pasal percutian aku kat Melaka hari tu. Aku nak berkongsi rasa skit. Skit2 jer cukup ar kan. Kot nanti lelebih korang ingat aku nie apa lak.

Masa nak ke Melaka tu hubby dah pesan soh call dia. Aku pun iyakan jerlah. Maklumlah satu kereta berhimpit2 kan. Nak menunggu Alang lagi satu kereta lagi la lambat (tunggu pun takper, aku sampai Melaka pun lewat gak untuk 'gathering' tu).

Bila dah sampai aku pun call cik abang aku tu. Dia pun tanya ar kat aku pegi ke tak dinner yang sepatut aku pegi tu. Aku pun jawab yang aku tak jadi pegi sebab dah terlalu lewat tambahan memasing dah letih sesangat. Kebetulan mak pulak ada bawak bekal nasi lemak, jadi kami tak perlu ler nak kuar bilik untuk cari tempat makan malam tuh.

Yang aku jadi bengang sesangat tu kan...bila aku dengar hubby pesan jaga anak2 tu elok2 esp. si Lidya..dia tu lasak..bla bla.. Aku pun sound ar..kot kalau dia ikut kan senang. wuiihh..hangin lak member. Dia kata apa kena mengena dengan apa yang dia dok pesan dengan apa yang aku cakap kat dia tu. Korang sure dah paham kan? Kalau hubby ikut tak yah ler dia nak pesan soh aku jaga anak bebaik bagai, boleh gak dia tolong aku perhatikan anak2.

Tu baru sorang yang pesan tu lum masuk makbapak hubby tu. Ishh...kenapa mesti nak pesan itu ini bagai? Aku ni tak reti jaga anak ker? 'The gang' tu anak aku sendiri, takkan aku nak biarkan anak2 aku. Lagipun yang pegi tu ramai tau, bukan aku & 'the gang' semata2. Mak, bapak, adik2 aku 3 orang dok ada sama. Ok aku akui tujuan hubby tu baik, dia ingatkan aku sebab Lidya penah hilang sebelum nie. Tapi sejak dua menjak ni Lidya pun dah pandai dah. Tiap kali keluar beramai2 sure dia akan pegang tangan salah sorang dari kami. Dan sudah tentunya aku dan adik2 aku check bebetul saper pegang saper. Takde yang terlepas pandang walau seminit. Eceeeehh...tapi yerlah kan orang pompuan nie bila dah mula nampak benda nak dibeli mulalah ilang ingatan, sekurang2nya pesanan hubby tu buat aku lebih beri hati2 ler. Yerlah kan..dibuatnya kot jadi apa2 kang..aku gak yang susah kang..heheheheehe

p/s: gambar kat melaka mungkin lambat skit sbb ada masalah dengan komputer aku tuh..sabarjerlah..

Jumaat, 16 Januari 2009

melaka aku disini...

aku dah pun sampai kat melaka..seronoknyaaa aiiii...aku ingatkan petang tadi aku nak ar berkongsi cerita aku nak melaka..tapi bos lak asik kat opis jer..ndak tak ndak kena ar tunggu aku abih keja..

nanti aku letak gambar apartment aku dok nie yer..aku tak gi pun dinner opis aku tu..dah terlambat sampai pun..aku pun maleh nak kuar sorang diri...tak per lah tak makan dengan kengkawan pun janji aku dapat gumbira gumbiri dengan family aku.. :)

tapi sayang ar..my hubby is not here with me (lagi suka sebenarnya..hehehehe jahat tul aku).
nanti bila ada masa boleh ar aku upload tempat aku dok nie..issh..jgnler ingat aku dok kat tempat lima bintang ek...aku dok apartment jerk..jadiklah janji dapat gak aku bercoti..dengan family aku lak tu...memang seronok sesangat..inilah saat yang aku dok nanti2kan.
as for now...gonna have some fun..borak2 with my siblings...or maybe dok jer ngadap internet nieh...

Selasa, 13 Januari 2009

gambar kat PD





di tingkap rumah minangkabau...kakak dok panggil ''hi mak.."










hah ni dia umah minangkabau dari jauh..










kahkahkah...bila pusing tang belakang kosong..tertipu ler korang








inilah bandwagon..2 tingkat..tingkat atas ada loteng..kitorang dok tingkat bawah..leh dgr orang 'flush' kat bilik air..







aku lupa mention..kat sana pun leh naik kuda dan tak lupa gak naik basikal tapi area resort jer yer tak lek keluar..

Cuti kat PD

Sabtu 10/01/09
Aku keja. Kain baju aku and 'the gang' seawal hari Khamis malam sebab hubby kata lagi senang tido jer kat umah mak dia malam Jumaat. Aku habih keja kul 12.15 dan dah aku tinggal pesan suruh adik ipar aku jemput balik keja, dia pun ok kan ajer. Tapi dekat tengahari tu pak mertua telefon kata dia dah dalam perjalanan nak jemput aku. Kata pak mertua adik ipar aku tak sempat nak jemput sebab dia masih dok terkial2 membungkus hadiah untuk hari keluarga kat PD esok.

Dekat jam 1 tengahari adik ipar aku dah 'chow' dulu, organiser kenalah gi awal kan. Aku dengan hubby lepas bertolak 2.15 petang. Kami sampai jer kat PD, hubby soh aku call. Bertuah tul hubby aku nie tau, mentang2 handphone aku tu tak pernahnya takde kredit, pandai tul soh aku. Adik ipar aku lak satu hal..semedang jer tukar nombor. Terpaksa lak aku call pak mertua untuk bagitau yang aku dah sampai.

Julia awal2 dah sound nak mandi kolam. Baju mandi dia dulu dah pun turun ke Lidya, so kenalah beli baju mandi baru untuk si Julia. Sempatlah kami singgat kat Batu 8 untuk beli baju mandi siap dengan pelampung kat lengan tu eh..tambah lagi satu dia nak 'gogles'. Dahler tu kalau si kakak ada, si adiknya pun nak ler. Terbang RM34/-.

Gambar kakak kat kolam renang nanti aku letak yer..hah citer pasal kolam renang nie..ada satu insiden yang amat memalukan tau. Sebelum kitorang pegi meronda2..aku dah siap2 pakaikan kakak dan lidya baju mandi sebab nanti tak payah ler nak letak dalam beg ke apa ke kan. Dah abih meronda tu kitorang pun pegilah kat kolam mandi tu..kakak lah yang paling terujanya pun. Hubby tolong bukakan baju kakak manakala aku bukakan baju Lidya..peh tu kakak mestilah nak letak pelampung lengan..dalam aku dok sibuk nak letak pelampung si Lidya dah hulur baju mandi dia kat aku, terjerit aku dibuatnya. Manataknya, dah 'boleng' jer dia. Tergelak ler dua tiga orang yang ada kat situ. Ya ampun..nasib baik ler tak ramai orang masa tu. Kalau tidak, lagi malu ler dibuatnya.

Dalam aku dok peratikan dorang kat kolam tu pun ada gak ketika si Lidya tenggelam..cepat2 aku sauk dia ke tepi. Sekejab jerlah dia seriaunya pun. Pehtu dia sambung terlompat terjerit kat kolam tu. Tak baper lama tu si baby Dania lak membuat 'baja'. Kebetulan lak aku memang tak bawak 'diaper'. Kenalah aku menapak balik ke bilik tukarkan dia siap dengan mandinya sekali.

Malam tu kami BBQ betul2 dekat dengan jakuzzi dan kolam renang. Aduuhhaiii..memang tak de selera tul dibuatnya tau. Dengan si kakak berlari2 dengan si Lidya lak asik nak pegi ke arah dua tempat tu sesaja. Sib baik si baby tak banyak ragam. Tidur jer dia.

Ahad 11/01/2009
Sarapan stail buffet. Ada roti, ada kentang lecek, ada mihun goreng, nasi goreng dan macam2 lagilah. Dekat jam 12 tengahari kami pun siap2 nak balik. Sempatlah kakak ikut aciknya ke kolam sekali lagi. Lidya? Tak yah ler..mau dia taknak balik jadiknya nanti.

Kitorang tinggal kat Eagle Ranch Resort..kalau korang minat nak dok situ leh ar masuk web www.eagleranch.com.my, ada banyak pilihan tempat tido kat situ. Aktiviti pun banyak gak terutama untuk yang dalam grouping nih. Aku tido kat bandwagon belah bawah, kalo tingkat atas ada extra satu loteng. Seronok gak ar...tapi sebab aku nie bawak 'the gang' yang masih halus malus tak dapat ler nak buat apa2 aktiviti.

Hujung minggu nie lak..ke Melaka. wuiaii..very2 der 'fool' (full) xtvt hujung minggu aku kali nie.

Jumaat, 9 Januari 2009

Senyum hujung minggu

hehhehehehe..aku dah boleh tersenyum gumbira..lalalalalala..Alhamdulillah dah pun keluar memo pasal bonus. Hujung minggu nie aku senyum jerlah..marah pun senyum..sakit hati pun senyum..geram pun senyum. Orang perli aku pun senyum. (macam tak pernah dapat bonus jer aku nie tau). Dah kalau ada rezeki tu kan..Alhamdulillah.

Esok lepas keja terus ke Port Dickson. Aku bakal menghabiskan hujung minggu aku ke Port Dickson. Atas permintaan yang tak dapat aku tolak aku kena jugak pergi. ala kalau dah nak berseronok2 tu kan, tak yah paksa, harus aku pegi gak.

Memula aku diajak dek adik ipar ke Bkt Tinggi tapi alih2 rancangan bertukar ke Port Dickson. Ok gak tu, daripada Bukit Tinggi baik ler Port Dickson. Tak jauh pun Seremban-Port Dickson tak sampai 20minit perjalanannya pun.

Hubby tu macam biasalah kan..tak nak...ergghh bikin panas jer laki aku nie tau. Padan muka dia, kena paksa dek mak dia hah barulah dia nak pegi. Boleh ke caya aku jer nak ikut siap bawak 'the gang' dengan adik dia sorang tu? Kot 'the gang' tinggal..mang panjang jerlah langkah aku kan. Issh..tapi aku mang tak sampai hati ar nak tinggalkan anak2 aku seharian.

Insya Allah..kalau takde aral melintang..boleh ar aku bagi tau kat mana aku dok nanti. Siap dengan gambar bagai...dan sehingga tu

HAPPY WEEKEND!!

Rabu, 7 Januari 2009

Baby dania..













Diam tak diam tak lama lagi (hujung bulan nie) Baby Dania akan berusia 5 bulan.  Gambar nie aku ambil masa dia nak masuk 4 bulan hari tu.  Cam tak jer kan..cepat tul masa berlalu.

Dalam aku dok menahan sakit nak bersalin tup tup baby Dania dah pun nak masuk 5 bulan.  Sok bulan Ogos genap dia setahun. Wuiih..tak 'dan' nak kelek dia dah besar dah.  Mulut dia bising (mana lagi kuah nak tumpah kalau tak ke nasi kan..abih2 pun ke lantai)hehehehe..

Masa minggu pertama aku kerja lepas pantang tu..rasa nak pengsan uwan dia dibuatnya.  Dia langsung taknak minum susu dari botol.  Ok..my mistake jugak la sebab ingat dia sama jer macam kakak dia si Lidya tu.  Apapun boleh janji kenyang perut.  Aku tersilap catur ar kiranya.

Muka dia memang seiras jer dengan Lidya. Kulit pun sama jer gelapnya.  Ikut maknya lah kan.  Suka gurau..kalau bagi pipi tuh abih dikemamnya (sib baik lum tumbuh gigi).  Kuat gurau pun yer gak.  Kalau gelak..mang ceria sungguh.

Sebelum nie teruk pipi dia kena ruam susu (dah baik dah).  Badan dia pun dah susut skit (banyak kot).  Mungkin sebab dia kurang minum susu nak gak susu badan.  Aku dengar orang kalu bagi susu badan nie badan leh susut..tapi aku makin 'kembang' lak.  (mang ar..makan style mentedarah).  Takper takper aku nak ganti poser..leh ar kurus.  Tapi tulah..kang kurus kang terjangkit lak 'penyakit' lain lak kang.  Penyakit apa lagi..penyakit lepas 9 bulan baru kebah ler.

Bukan tak pernah terjadi pung.  Hasilnya si Lidya & Dania ler..hahahaaha

p/s:  hah..time rajin sampai 2 entri tu..hehhehehe

Makan Malam

fuh..fuh..fuh..banyaknya habuk dan sawang kat blog aku nie..almaklumlah kan baru balik dari coti panjang keja opis pun berlambak ar jadiknya..

Hari Jumaat 10hb nie sepatutnya aku ke Melaka. Ada jamuan makan malam. Tapi atas sebab2 yang tak dapat yang dielakkan, dorang tangguhkan ke 16hb sok. Aku nie sesaja ar gatai tangan sms kat bapak kot dia nak ke idak gi ke Melaka. hah...ko Si Alang dah baca sms aku terus ler tanya itu ini. Nak pegi baper orang bagai.

Hah..kan..tu dia..coti2 ke Melaka ler kami sok. Hubby? Awal2 lagi dah surrender tak nak ikut. Aku pun macam biasa suka atik ko la hubby oii..bukan aku tak ajak, dia yang memang taknak ikut. Perli la camner sekali pun takkan ada dia nak ikut der. Tipula kalo aku kata aku tak kisah langsung. Kesian tau mak bapak aku tu. Tah apa ar dorang pikir pasal hubby aku yang semanjang jer tak join kami berkumpul nieh.

Kalau sedara dia pegi 'outing' tu boleh pulak dia ikut jer. Hilang segala penyakit dia ko. Aku bukan nak ngata ek laki (dah kasar dah) aku tu tapi memang pangai dia dari awal kahwin sampai ler sekarang. Oghang Utara cakap tu..aku dah 'mangli' dengan pangai hubby aku tu. Mang dia ada jer alasan tak nak ngikut aku berkumpul dengan keluarga aku. Mulut dia gak yang cakap dulu kat aku nie yang dia kahwin dengan aku bukan aku sorang tapi dengan family aku gak. Tapi aku rasa aku yang macam tu.

Kang bila aku balik lambat kang tau lak mulut tu pok pek pok pek. Aku pun kalau dah cik abang tak ngikut hah..apalagi ar kan 'very the free' gitu. Boleh ler sok sek sok sek dengan adik badik aku jer.hehehehhee. Mang tak ingat ler kat hubby tu (kes lupa ingatan tapi sekejab jer)..hahahahahaha

Khamis, 1 Januari 2009

Semalam 1 Jan 2009

Semalam hanya bersantai di rumah bersama hubby dan anak2. Lepas makan tengahari memasing berlengkar tapi aku tak tido..ada gak hati nak lelap tapi lebih suka melayan internet. Tak dapat nak posting hp bateri aku tetiba 'kong'.




Hah..yer aku guna hp 'cokia' aku untuk berinternet kat umah sejak semalam. Tapi la nie aku kat umah mertua. Hari nie aku sambung coti hubby pun sama coti. Sib baik gak hubby coti sebab ayah hubby mintak tolong hantar ke opis dia nak gi ke Penang.


Pagi semalam dekat kul 9 hubby nak kuar gi beli sarapan..tapi aku ada idea lagi baik..baik aku and 'the gang' (anak2) ikut dia gi breakfast kat luar then boleh beli lauk sekali untuk makan tengahari.


Bersungut gak dia takut2 tak sempat..hahaha..silap orang ar kan..tak sampai setengah jam..semua dah ready dah..baru hubby tau kecekapan aku meng'handle' the gang. hehehehe


Balik dari kedai hampir jam 12, tanpa lengah aku terus bawak barang dapur yang dah dibeli lepas sarapan tu untuk masak makan tengahari lak..














hidangan lauk tengahari hampir 1.30 pun siap..aku masak bayam tumis dgn sotong, kari ayam dan sambal tempe ikan bilis. Jadiklah kan..bebudak pun boleh makan sayur bayam tuh.








Sementara aku masak hubby kena ar jaga anak2 kan...hah tu dia Baby Dania dok kacau hubby baca suratkhabar....habis terjejeh air liur kat muka hubby..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails